Bermula awal April ni, terasa rutin saya jadi huru hara. Ini semua gara-gara MPB (terutamanya TV9, sebab saya penonton tegar TV9 sambil buat kerja) banyak rombak rancangan TV mereka dengan menamatkan rancangan-rancangan ilmiah dan drama-drama pendek.
Bayangkanlah, dulu saya suka sangat buka TV9 terutamanya di hari Jumaat sebab penuh dengan rancangan ilmu, keagamaan dan tazkirah. Tapi bermula Jumaat lepas, MPB TV9 'menggila' dengan menayangkan iklan (ala-ala smart shop dan go-shop tu) seawal dari 10 pagi hingga 4 petang!
Dengar katanya itu adalah sebahagian dari strategi pemasaran baru apabila MPB dah ada perjanjian kerjasama dengan sebuah syarikat iklan terkemuka.
Kalau ditengok-tengok FB TV9, ramai yang kecewa dengan rombakan ini. Tak kisah pun sebenarnya apa juga strategi pemasaran mereka- Tapi kalau nak buat iklan tanpa henti begitu, buatlah satu saluran khas untuk iklan tu sahaja. Kasihan suri rumah, pengasuh di tadika/ pusat asuhan yang selama ini terhibur dengan rancangan TV9 jadi tak tentu arah sebab rombakan ini.
Memang ada komen-komen dari ibu-ibu yang mengasuh anak, pengasuh pusat asuhan kanak-kanak yang kecewa dengan TV9 dan cakap anak mereka meraung-raung nak kan Upin Ipin jam 1.30 petang. Macam mana tu~?
Saya yang kehilangan rancangan Tanyalah Ustazah 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari pun dah bosan tahap melangut langit, inikan pula anak-anak yang susah kita nak fahamkan mereka.
Saya sungguh tak faham dengan MPB sekarang. Tindakan mereka ini hanyalah untuk keuntungan sementara sedangkan mereka sedang kehilangan penonton setia.
Nampak gayanya kita kena beli smart tv lah, abang~
Kecewa
Dhiya
ain datang singgah sini :)
ReplyDeleteeeeh tv9 pown dh ada mcm go shop....
ReplyDeleteSekarang dah CJ WOW SHOP memanjang
DeleteBetul tu. Saya sakit hati sgt. Kartun2 yg selama ni ada dah takde. Hari Sabtu Ahad pun masih buat iklan tu. Malam tu pulak cerita Doraemon dan shin chan pun takde. Kalau keluarga tak berkemampuan beli astro tu mmg bosan gila la diorang di rmh. Kesian.
ReplyDeletehahaha ini kelakar!
DeleteRancangan Assalamualaikum tulis nomber fon tp call xjawab lebih baik jgn sediakn nomber fon. 2.Rancangan pencerahan Agama hari jumaat di siarkn waktu 7.30pm utk siapa tgk kebanyakn umat Islam solat mahgrid xpikir ka....@ utk Menteri baru kkm
ReplyDeleteBetul.. Jom follow blog saya
ReplyDelete