Telur Rebus Yang Macam Mana Anda Mahu?

Ini tips yang sangat berguna. Sekali sekala melayan kegemaran suami, bolehlah semak balik nota ni. 

Oh baru saya tahu, untuk dapatkan telur rebus yang separuh masak, purata merebusnya adalah sekitar 3-5 minit sahaja. Kalau dah terlajak tu, jadi telur rebus kenduri kahwin sajalah~

Selamat mencuba~!

Proud To Be Part of Them


Bismillah
Alhamdulillah

Bangga

Ijazah Sarjana Muda: Universiti Malaya
Ijazah Sarjana: Universiti Kebangsaan Malaysia
Doktor Falsafah: Tak nampak lagi wawasannya. Banyak duit negara hilang dan tak dapat bantu anak bangsa sekarang ni.. Eh~
Dua universiti inilah yang mengajar saya nilai ilmu yang bukan hanya pada kertas dan buku. Pencarian ilmu di sini telah mengajar saya erti pengorbanan, kesungguhan dan pengabdian diri kepada Tuhan.

Rindu sangat pada zaman kehidupan kampus. Suasananya tenang, mungkin sebab keberkatan tempatnya yang penuh dengan orang berilmu dan orang yang menagih ilmu.

Paling penting, ilmu yang didapati bukanlah hanya untuk dibanggakan atas sekeping kertas ijazah. Semoga kita dapat mengaplikasikannya dengan baik dan memberi manfaat kepada orang lain.

Rindu
Dhiya

Sooo Me~!

Waktu belajar dulu, saya adalah antara spesies yang suka menunggu minit-minit akhir dalam menyiapkan tugasan. Adik-adik universiti, sila jangan contohi akak. 
Satu yang saya disiplinkan diri dalam menyiapkan tugasan adalah; walaupun saya jenis yang kaki last minute, saya tidak pernah cari bahan rujukan di akhir waktu malah saya akan khaskan sehari atau dua hari suntuk untuk penyediaan bahan.
Paling saya 'kagum' dengan diri sendiri, saya boleh duduk dan fokus dengan tugasan last minute itu sehari suntuk demi menghasilkan tugasan yang sempurna dan berkualiti.
Maksud sempurna dan berkualiti: Tidak plagiat, rephrase, dan references yang tepat. (Jangan ingat tesis saja kena unik. Assignment biasa pun kenalah perfect~!)
Sekarang sudah berkahwin- Saya paling selalu last minute dalam hal mengemas beg untuk balik kampung atau travel. Kadang-kadang suami saya bising juga. Paling sampai hati, dia pernah buli saya.

Dia: D, esok kita gerak lepas abang balik kerja. Dalam pukul 6 macam tu.
Saya: Okay (flip hair sambil dalam hati cakap, ok kemas beg esok pun masih sempat)

Esoknya, jam 3 petang

Dia: D, abang ada meeting kat Bangi. Siap-siap, tunggu kat bawah. Ikut sekali pergi meeting sebab lepas meeting kita terus gerak

Meributlah saya. Nasib baik memang sudah cuti.

Moral: Janganlah suka buat kerja di hujung waktu. Takut tak sempurna, takut penat, takut kelam kabut.

Sedang perbaiki diri
Dhiya

Siapa Dalam Range Umur Ini, Sila Angkat Tangan!


Assalamualaikum

Siapa yang lahir dalam julat tahun di bawah, sedarkah kita yang umur kita semakin meningkat? Rasa baru semalam sweet 17 celebrate kat sekolah, awal 20-an di universiti and blahblahblah...Alih-alih, hari ini sudah kahwin dan semakin tua!

Kadang-kadang kalau pergi pasar malam, masih perasan muda sebab akan panggil orang berjual tu dengan panggilan 'akak' atau 'abang' atau 'pakcik'. Ohhh~
We are not getting old. Just getting more experience~

p/s: Semakin tua, ingatlah mati. Kadang-kadang mati pun tak tunggu tua. Sentap~!

Dhiya
Remaja purba

Pengalaman Bercuti: Bayou Lagoon Park Resort Melaka


Bismillah

Hujung minggu baru-baru ini, kami ke Melaka. Company suami saya ni memang begitu. Tak payah tunggu nak buat family day besar-besar untuk berkumpul dan beraktiviti. Pakej yang diambil ini pun adalah pakej promosi yang mereka dapatkan semasa Matta Fair baru-baru ini.

Saya dan suami ditugaskan untuk membuat daftar masuk. Kami bertolak awal dan sampai seawal jam 1.30 petang. Sengaja kami cuba-cuba nasib untuk daftar masuk awal. Eh rupanya berjaya. 9 dari 13 bilik yang ditempah dah sedia untuk dimasuki.
Saya belek-belek confirmation letter tu, ada dinyatakan bilik studio with Jacuzzi/ water park view. Fuh...Best! Tapi bila kami confirmkan balik dengan receptionist, dia beritahu yang bilik kami ni adalah bilik biasa sahaja. Bilik studio dengan Jacuzzi/ water park view tu tak boleh guna baucer yang kami dapat waktu Matta Fair dan kalau nak juga, kena tambah duit sebab kadar bilik Jacuzzi/ water park view ni dah lain.

Stranded

Suami saya telefon senior dia. Tanya macam mana. Iyalah~ Dalam confirmation cakap lain, tapi kat kaunter cakap lain. Kami ni malaslah sampai nak panggil-panggil manager nak bersilat bertekak bagai. Abang SE suami saya cakap tunggu dia dan seorang lagi senior sampai untuk bantu daftar masuk.

Jam sudah menunjukkan jam 2.30 petang. Masih belum boleh daftar masuk. Suami saya ajak saya makan tengahari dulu sebab dah lewat sangat ni. Lagipun sudah ada senior yang nak bantu dan mereka tengah tunggu manager hotel turun. Erkkk~!

Kami ke Mydin. Depan Mydin tu kami jumpa satu restoran asam pedas Parit Jawa. Suami saya pun ajak ke sana. Jam 3 petang dan kami menunggu dengan penuh laparnya. Mujurlah masih ada lauknya. Selalunya jam 3 petang, mana ada restoran jamu makan tengahari dah oi~
Balik saja ke bilik, kami diberitahu yang kami dapat 10 bilik studio (tanpa Jacuzzi/ water park view) tapi dapat 1 penthouse dengan 4 bilik mungkin sebagai compliment kut. Saya tak pastilah bagaimana mereka selesaikan isu sampai boleh dapat satu penthouse di tingkat 12 yang ala-ala apartment mewah tu :p
Dalam penthouse :)
Yang menceriakan penthouse :p
Petang selepas solat Asar, kami turun ke taman air. Gelang tangan untuk masuk ke taman air tu kenalah pakai. Saya tanya pada pekerja di kaunter tu. 
"Nanti lepas keluar dari water park, boleh buka ke? Esok boleh guna balik?"
"Boleh buka...(Ada cara bukanya, dia tunjukkan pada saya). Esok boleh pakai balik tak ada masalah"
Saya tanya tu bukan apa, ada beberapa review yang saya baca di blog, Bayou akan gunting gelang tangan tu setiap kali pelanggan keluar. Katanya ada yang keluar nak ambil tuala pun kena potong gelangnya dan terpaksa beli lain.
Tapi mungkin Bayou sudah kemaskini polisi mereka untuk tahun 2016 ni.

Sejam juga kami bermain dalam taman air tu. Boleh tahan berkepak sama naik dengan budak-budak sampai lupa nak ambil gambar di dalam tu sampai ke sudah. Padan muka diri sendiri. Hahahah!
Jam 7, siren dibunyikan. Semua orang kena naik dan kosongkan kolam.

8.15 malam, kami makan malam di luar. Di kedai makan berhampiran dengan Bayou. Makanan sedap apatah lagi dapat makan beramai-ramai sambil bercerita.

10.30 malam, semua berkumpul di penthouse untuk aktiviti suka-suka. Anak-anak ajelah yang suka. Tiup belon, kuiz, teka teki dan macam-macam lagi. Kita yang tua-tua ni tukang gelak saja.

Lewat malam, geng ayah-ayah ni bantai main kad entah sampai pukul berapa. Saya dah pengsan dulu sebab tak larat nak menunggu.

Ahad pagi, kami bersarapan di CC sebelah kiri kaunter daftar masuk. Makanan biasa-biasa saja. Bagi saya tak ada banyak pilihan sangatlah. 6/10 saja :p Lepas makan, kami terjun kolam lagi sampai pukul 11 lebih. Macam yang saya baca review orang lain, kolam mereka masih tak perbaiki lagi. Banyak je tiles yang lekang dan tercabut. Anak SE suami saya luka terkena tiles tu. Ada juga ruang tiles yang tertanggal tu hanya ditampal dengan simen saja, tapi at least selamatlah juga dari terkena serpihan tiles yang tajam-tajam tu kan? Mohon penambahbaikan dari pihak Bayou.

Naik-naik je terus kemas beg dan bersiap untuk daftar keluar. Aaaaaaaa~! Kenapa masa berlalu begitu pantas~!?

Pamphlet Bayou Lagoon Park Resort Melaka untuk rujukan anda
Sebaik daftar keluar, kami ke Magic Art Museum. Seronok juga menggila di dalam tu. Banyak lukisan 3D yang cantik-cantik untuk kita berposing. Kalau ramai orang, memang sesak sikitlah. Kebetulan masa kami pergi masa tu tak ramai orang sangat. Tenang lah sedikit nak bergambar dan bergelak ketawa.
Malangnya saya tak ada gambar untuk saya tampal di dalam DDD ini kerana dah balik rumah baru perasan saya tak ada ambil gambar kosong, semuanya ada muka kamiiii~!
Maaf, ya!

Dalam perjalanan pulang, kami makan asam pedas lagi, beli coconut shake Alai (tak larat nak pergi Klebang sebab ramai orang), dan beli kuih di kedai kuih muih Melayu yang glamour tu. Kami balik ikut jalan lama. Lalu Rembau most wanted yaw.. Sengaja pilih jalan kampung sebab boringlah lalu lebuh raya ni~

Sampai rumah- Masak untuk makan malam- tersadai macam buaya kekenyangan- keletihan- tidur.
Dan hujung minggu kami pun berakhir dengan penuh kenangan. Huuuu~

Terima kasih Melaka

Wedding Review: Kek Kahwin


Bismillah

Ini bukan wedding review lah kut. Mari kita namakannya sebagai penghargaan. 

Perkahwinan saya- Saya hanya ada seorang penasihat peribadi sahaja. Namanya Nurul. Entahlah. Saya selalu tukar-tukar namanya. Sekejap Nurul, sekejap Iqa, sekejap kentang atau apa-apa saja yang saya nak panggil dia.

Waktu saya ribut-ribut dengan persiapan kahwin dahulu, saya hampir lupa tentang kek. Walhal kek lah yang berada dalam senarai teratas persiapan kahwin saya. Saya tanya idea Nurul. Banyak juga dia hantar IG tokey kek sekitar Pahang dengan design yang meletup macam mercun.
Tapi saya pilih-pilih  juga sebab saya bermain dengan bajet. Orang cheapskate memang begitu.

Alih-alih, Nurul beritahu saya yang dia willing nak sponsor kek kahwin saya. Saya rasa bersalah. Alamak.
Rasa malu pun ada.

Dipendekkan cerita, persetujuan ringkas dicapai. Saya bilang pada Nurul;
'Terserahlah kek yang bagaimana sebab kau yang payungkan~. Kau suka yang macam mana- Itu kau punya suka. Aku menurut sajalah'
Dia cuma minta saya hantar gambar warna idaman. Saya hantar satu gambar gabungan bunga melalui WA. Itu sahaja.

Kek itu sampai 2 jam sebelum majlis akad nikah. Nurul bawa khas dari jauh. Saya terharu. Apabila dibuka, saya terkejut sebab warna bunga hiasan pada kek tu sama sangat dengan contoh yang saya hantar tempoh hari.
Terus terasa sayang nak dimakan. Mujurlah ini kek untuk majlis potong kek. Kalau jadi kek hantaran, pastinya saya minta balik dari pihak lelaki. Lantaklah kalau buruk siku sekalipun.
Penyeri majlis. Perkara yang saya paling appreciate sekali dalam majlis saya, jauh lebih dari pelamin idaman yang GF pasangkan untuk saya :)
Nurul, aku nangis masa tulis caption ni tauuu!
Masa potong kek ni, makhluk yang paling seronok mestilah budak-budak. Disebabkan kek ni kesayangan pengantin, mendapatlah korang seorang sedikit. Ngengehngehngeh~!
Finishing and detailing kek ni cantik dan kemassssssss sangat. Keknya pun lembut. Krim dia tak muak pun. Memang sedap sampai rasa sayang nak makan.
Rasanya banyak lagi gambar kek ni. Tapi saya tak ingat di mana saya simpan.

Saya nak ucapkan teriam kasih kepada sahabat saya, Nurul yang sudi menyumbang kek ni. Sumpah sayang gilaaaa nak makan dan sayang sangat nak tayang sebab rasa cemburu tengok orang makan (walhal pengantin pun tumpang sekali makan...~!) Buruk betul kekdahnya! 

Terima kasih Nurul

Nanti kita tempah untuk baby shower pula. Kkekekekkeke!

Dhiya

Resepi: Asam Pedas Ikan Kembong


BAHAN-BAHAN
1. 4 ekor ikan kembong saiz besar (4 ekor pun dah rm 6.50)
2. 10 batang bendi, cuci dan toskan
3. 2 biji tomato dibelah dua
4. 1 kuntum bunga kantan, belah 2
5. 1 genggam daun kesom, cuci dant toskan
6. 1/2 senduk nasi cili kisar
7. 3/4 camca teh lada hitam, tumbuk halus
8. 1 kiub pati ikan bilis
9. 3 biji bawang merah, hiris
10. 1 ulas bawang putih, hiris
11. 3/4 camca besar pes asam jawa
12. Garam dan gula secukup rasa
13. Air secukupnya

Ikan kembong.

Bahan-bahan utama
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS smile emoticon
1. 8 biji bawang merah kecil
2. 2 ulas bawang putih
3. 2 keping hirisan halia
4. 1/2 inci kunyit hidup
5. 1/2 inci belacan
6. 2 biji cili merah, dibuang biji (saya ganti dengan 2 biji cili kecil)

CARA MEMBUATNYA smile emoticon

1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan. Saya tak kerat dua ikan tu. 

2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga wangi dan perang.
3. Masukkan bahan kisar halus dan masak hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. (Pastikan betul-betul naik minyak tau!)
4. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
5. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau rata dan biar mendidih. 

6. Tambah kiub ikan bilis (hancurkan), lada hitam tumbuk, bendi dan bunga kantan. 
7. Masak sekejap dan masukkan ikan. Kacau perlahan, masukkan daun kesom. 
8. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
9. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. 

Hasilnya. Masya Allah sangat sedap. Tak sangka sangat percubaan pertama saya menjadi. Seronok tengok Hubster makan sampai hirup kuah berpeluh-peluh. Eh ini bukan puji drama tau. Memang rasa dia sama dengan asam pedas Parit Jawa yang kami makan di Melaka hujung minggu lepas.
P/S:

Resepi dari FB, gambar milik saya sendiri.


Ini gara-gara masa hari keluarga di Melaka minggu lepaslah ni. Kami berdua jadi gila asam pedas. Asam pedas Melaka kami makan, asam pedas Parit Jawa depan Mydin tu pun kami sebat. Kalau dah Johor tu, Johorlah juga. Terima kasih abang sebab berjaya menyerapkan elemen Jawa Johor ke dalam diri isterimu ini.

Dhiya
Orang KL

Wedding Review: Budaya Gotong Royong Kampung


Cerita kahwin lagi~!

Malu jugalah sebab dah nak sambut ulangtahun pertama, tapi masih nak cerita kenangan kahwin sendiri.
Ahhhhhh~ Lantakkan!
Kalau bukan saya yang nak cerita, siapa lagi? Kucing?

Kali ini saya nak cerita keunikan kenduri saya di Pahang. Saya tinggal di sebuah desa terancang di negeri Pahang. Emak dan abah berpindah ke sini sejak 30 tahun yang lalu. Jadi tidak mustahillah kalau emak dan abah telah membina hubungan yang sangat baik dengan jiran-jiran serta mempunyai komuniti yang sangat teguh dan rukun.

Sejak saya kecil lagi, saya telah faham yang komuniti di sini mengamalkan gotong royong dalam banyak majlis terutamanya majlis besar seperti kenduri kahwin. Di sini memang ada beberapa badan yang ditubuhkan yang mana ahlinya terdiri daripada penduduk kampung yang akan menjaga kebajikan badan atau koperasi tersebut. Tujuan ditubuhkan beberapa badan itu bukanlah untuk memecahkan ahli, tapi bagi mengelakkan kepenatan. Iyalah...Takkanlah setiap kali kenduri besar, satu koperasi tu saja yang akan bekerja. Teruklah ahlinya kalau kenduri setiap minggu kan~

Emak dan abah menjadi ahli kepada salah satu koperasi di kampung ini sejak dulu lagi. Dua orang kakak saya berkahwin dengan mendapat khidmat gotong royong dari koperasi ini. Konsepnya asas. Ada yuran keahlian, ada sedikit kutipan setiap kali kenduri dan gotong royong akan dijalankan di rumah majlis. Segala kelengkapan majlis (terutamanya alatan memasak) disediakan seperti periuk besar, belanga, sudip, pinggan mangkuk, kanopi dan meja serta alat hidangan. Alah..Macam syarikat katering selalu ada tu~ Ahli akan dapat guna semua alatan itu jika mereka ingin membuat kenduri kendara.
Tong gas sangatlah perlu untuk masak memasak. Ada yang dipinjamkan jiran, ada juga yang dari koperasi dan ada dalam 2 tong milik emak dan abah sendiri. Ini sikit je ni. Kalau tak silap saya, jumlah tong gas untuk majlis saya dulu adalah 10 buah.
Bila dah masak gotong royong, banyak keperluan perlu disediakan sendiri terutamanya kelapa. Kenduri kahwin memang nak kena ada banyak kelapa sebab nak buat gulai kan~ Tapi Alhamdulillah rezeki emak dan abah sangat murah. Ada orang bagi 50 biji, ada yang sedekah 10 biji, hasil dari kebun blok perumahan adalah dalam 80 biji. Ada juga yang abah minta beli dari jiran-jiran tapi apabila hendak diberi duit, ditolak pula. Murah rezeki mereka juga hendaknya.
Jangan tak tahu, sayalah yang mengopek kelapa ini setiap petang beberapa hari sebelum kenduri. Masa tu abah masih lagi di bawah nasihat doktor untuk tidak membuat kerja berat kerana penyakit jantungnya. Jadi siapalah lagi yang nak diharapkan melainkan pengantin sendiri~
Alatan dan kelengkapan kenduri sampai ke rumah seawal seminggu sebelum majlis. Ini adalah pemerah santan. Siapa tak tahu, dia orang bandar. Hahhahah!
Sehari sebelum kenduri.
Sehari sebelum kenduri juga. Gotong royong mengacau 10 kg wajik yang disedekahkan oleh seorang jiran emak.
Gotong royong mengisi goodies. Meriah kan macamni? Inilah yang saya suka. Walaupun macam sesak, dan mungkin bersepah, tapi apalah nilainya kalau nak dibandingkan dengan semangat kejiranan yang ada.
Gotong royong kampung ni sebenarnya lebih kemas. Dalam tak sedar, sifat kepimpinan mereka lebih baik. Mereka ini mungkin tak ada pendidikan tinggi belajar di universiti hingga dapat Masters, tapi tengoklah bagaimana mereka boleh mengawal selia majlis besar ini dengan baik.
Hari majlis. Golongan lelaki sibuk mamasak lauk kenduri. Sambil lepak-lepak tu biasalah~
DJ saya? Orang kampung tu juga. Tak perlu pun panggil artis bagai. Lagu-lagu cool, celotehnya pun menceriakan. Cuma saya agak terkilan sebab abang DJ ni umumkan yang rombongan pengantin lelaki datang dari Nilai. Salah tu bang..Rombongan pengantin lelaki SEMUANYA dari Johor. Bukan Nilai. Nilai tu penuh dengan Pakistan jual karpet je.
Menu kenduri. Saya sendiri pun terkilan sebab tak rasa lauk tetamu. Lauk pengantin tak sama sangat dengan lauk tetamu. Dah setahun pun masih teringat-ingat...uwaaa~!

Cerita meja makan beradab dan menu makan beradab:


Jiran emak adalah seorang bekas guru KEMAS. Dia memang sediakan perkhidmatan hiasan meja makan beradap dan sekali dengan hidangannya. 

Dipendekkan cerita, kami serah semuanya kepada jiran emak tu. Kami hanya beritahu bilangan pax rombongan pengantin, kedudukan meja, warna scallop dan bunga yang dikehendaki serta menu yang dikehendaki.
Bajet? Haruslah ada bajet. Bukan cakap kosong saja kan. Tapi cikgu ini Alhamdulillah mudah orangnya. Meja makan beradap disiapkan sehari sebelum majlis. Di hari majlis, cikgu menjadi 'kepala' masakan pengantin di dapur. Emak keluarkan pinggan mangkuk ekslusifnya sendiri untuk memudahkan cikgu. Cukup jam, pengantin duduk dengan penuh kelaparan dan makan dengan gembiranya. Tak ada isu langsung Alhamdulillah.

Cerita ringkas sahaja sebab majlis saya memang ringkas, cuma nampak grand meletup (lah sangat) sebab kemeriahannya saja :)

Sekian cerita review kahwin. Cerita gotong royong kami orang kampung :)

Dhiya
The pengantin

Tips Wanita Octopus


Sejak menjawat jawatan domestic manager ni, saya selalu buat research tentang tips and trick ketika menguruskan rumah. Dari sekecil-kecil tip hinggalah ke sebesar-besar tip (macam tip membersihkan peti ais ke~), saya akan cari dan simpan untuk rujukan. Semua tu untuk apa?

Untuk mudahkan sayalah~

Sudahlah sekarang memang kena belajar buat kerja macam octopus, jadi saya kena belajar bagaimana untuk jadi octopus yang pantas dan efisyen!

Nah, saya kongsikan lima tips yang saya praktikkan. Tidaklah saya mengaku saya ini seorang yang sempurna. Tapi saya harap lima yang sedikit ini dapatlah memberi idea untuk menjadi seorang yang cekap dan dapat menjimatkan masa serta mengurangkan keletihan :)

[satu] Sebaik bangun tidur, terus susun bantal dan lipat selimut. Alah bukan susah pun kan. Sambil tutup mata pun boleh buat. Tegangkan cadar supaya kalau ada rasa-rasa nak tidur lepas solat, kita akan rasa bersalah sebab katil sudah dikemas.

[dua] Jangan buka FB sebak terjaga dari tidur. Itu akan menyebabkan mind-set anda kita akan terganggu dan menjadi tidak fokus. Sebaiknya- Selepas solat, jerang air (saya tak ada Coway ye) untuk buat minuman panas dan sediakan sarapan secara tenang. Sambil itu basuhlah pinggan mangkuk kotor kalau ada.

[tiga] Buka tingkap di awal pagi. Biar udara segar masuk dan membawa 'rezeki' dan perkara-perkara yang baik sahaja sekaligus 'menolak' atmosfera negatif dari dalam rumah. Terus menyapu, nyahkan debu-debu dan sampah yang ada untuk semalaman malam tadinya.

[empat] Sambil-sambil menunggu air yang dijerang tadi mendidih, bolehlah mesinkan baju supaya sebaik matahari naik, kita dah boleh sidai kain baju tu dan elok saja kena cahaya matahari. Kadang-kadang boleh minta tolong encik suami. Tolong kan dapat pahala~ (cat face)

[lima] Gosok baju? Saya gosok baju hanya dua kali seminggu. Isnin dan Khamis. Saya gosok sekali banyak dan definitely saya tak akan gosok baju pada hari Ahad atau pagi sebelum ke tempat kerja. Secara psikologinya gosok baju pada hari Ahad dan pagi sebelum ke tempat kerja adalah sangat tidak memberi motivasi untuk meneruskan aktiviti sepanjang hari yang akan dihadapi.

Bukan idola
Dhiya

Facebook Bukan Cermin Kehidupan Sebenar Seseorang


Dipetik dari FB Dai'e Izzhar
[ Facebook tak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang.]
Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan famili. Biasa kan?
Bila tengok, apa kita rasa?
Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.
Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang.
Ini pesan sifu saya, Faisal Abdullah.
“Apa yang kita nampak di media sosial tak menggambarkan kehidupan lengkap mereka. Kita cuma nampak apa yang telah dipilih, disusun dan diatur untuk ditunjukkan ke dunia.”
Kadang-kadang, saya rasa bersalah bila orang cakap,
“Kalaulah aku boleh jadi macam Da’i Izzhar, mesti best.”
"Baru 22 tahun, belum habis study dah dapat offer jadi Host MHI!"
Seolah-olah saya ada kehidupan yang sangat sempurna!
Berapa ramai yang tahu selama ini saya ke sri pentas untuk mengacara MHI dengan motor Honda kapcai?
Berapa ramai yang tahu saya pernah solat subuh tepi jalan raya sebab motor rosak dan saya ada 7 minit lagi nak On Air?
Berapa ramai yang tahu lepas habis ceramah waktu malam saya tersadai tepi jalan sampai 3 pagi sebab dah tak larat nak drive balik rumah?
Sebab disebalik apa yang kita nampak, sebenarnya banyak lagi yang kita tak nampak.
Status-status ceria di wall tak semestinya menggambarkan kawan kita itu punyai kehidupan yang bahagia sempurna.
Lambakan gambar kucing comel di wall tak bermaksud mereka tak kisah tentang isu semasa.
Tak perlu salahkan takdir kenapa hidup aku tak best macam orang lain.
Jangan terlalu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Cerita hidup kita dan mereka tak sama. Kesusahan dan keperitan yang dilalui jauh berbeza.
Sebenarnya, hari ni juga kita boleh mula tulis skrip kehidupan yang kita idamkan. Mulakan dengan syukuri apa kita ada, teruskan usaha untuk tingkatkan kualiti hidup kita.
Chaiyok!
* Sebab itu sudah lama saya private kan FB saya dari tontonan orang termasuklah rakan sendiri. Apa yang ada di wall saya hanyalah perkongsian iklan yang MPC sahaja sebab itu memang kerja saya. Resepi, artikel menarik apatah lagi gambar kahwin- Semuanya saya set only me di wall FB saya. 
Kerana apa? 
Kerana saya tidak mahu orang melihat kehidupan saya sebagai indah belaka tanpa melihat keindahan dan kegembiraan yang ada dalam diri mereka sendiri terlebih dahulu. Saya dahulu begitulah. Setiap kali saya scroll down FB news feed, seperti ada satu perasaan tidak cukup di dalam hati. Menyedari itu adalah simptom sakit, saya memilih untuk menutup diri sejak tahun 2013. FB saya sekarang memang untuk tujuan menyimpan koleksi resepi sahaja. Tidak lagi aktif menulis seperti dahulu.
Saya terus memilih untuk menulis blog kerana saya gembira untuk tidak mempamerkan diri saya sendiri. Biarlah penulisan saya yang menjadi tatapan, bukan wajah dan batang tubuh saya. Kalau ada private sharing pun, saya berkongsi di IG. Tapi itupun sangat jarang dan hanya ada 7 follower saja. Saya gembira begitu, kerana matlamat hidup saya bukan lagi untuk meraih perhatian manusia. 
Justeru maaf kepada sahabat handai yang menghantar mesej bertanya perkembangan diri saya- Yang saya jawab;
"Saya ada, tidak ke mana-mana"
Sombong?
"Tidak. Saya cuma memilih untuk tidak lagi lantang dan kepoh seperti dahulu. Matlamat hidup saya sudah berubah ke arah yang lebih fokus dan matang"
Semoga memberi motivasi
Dhiya

Dr. Zakir Naik dan Pencantas Agama


Dua tiga hari ini memang hangat dengan isu kehadiran Dr. Zakir Naik ke Malaysia yang tidak disenangi oleh beberapa pihak.
Sebaik mendapat berita programnya di UTeM dibatalkan atas arahan KPN dengan alasan yang tidak masuk akal, saya pula yang jadi bertambah 'panas'. Panas hati dengan keputusan pemimpin atau orang yang punya autoriti dalam membuat keputusan dalam hal ini.

Come on~Siapa yang pernah menonton program Dr. Zakir Naik pasti akan tahu bagaimana isi dan penyampaiannya. Beliau tidak akan memburukkan agama lain, sebaliknya memberi hujah berdasarkan sumber pegangan sahih.

Sepatutnya- SEPATUTNYA lah~ Kedatangan ahli atau intelek seperti ini diraikan, bukan dianggap sebagai ancaman. Kalau tajuknya dianggap 'mengancam keselamatan' sekali pun, pembatalan terus bukan tindakan yang bijak. Lebih bijak jika tajuknya ditukar, distruktur semula atau diberi garis panduan. 
Saya secara peribadi tidak nampak sebarang ancaman pada program Dr. Zakir Naik ni. Beliau seorang ahli perbandingan agama, bukan ahli memburukkan agama lain selain dari agamanya. 

Yang paling saya kecewa, kenyataan yang mengatakan program Dr. Zakir Naik tidak ada sebarang kebaikan adalah datang dari kenyataan seorang Muslim yang ada kuasa dan boleh membuat keputusan. Saya jadi lebih remuk apabila Malaysia yang agama rasminya adalah Islam dan penduduknya majoriti Muslim menolak program intelek kerohanian yang sebenarnya bukan hanya untuk Muslim, tetapi bagus untuk tontonan semua lapisan masyarakat Malaysia.

Saya tak faham kenapa 'kita' takut pada majlis ilmu sedangkan kita betul-betul dahagakannya. Kalau nak dikatakan tidak bermanfaat, banyak lagi rancangan di Malaysia ni yang berada di bawah paras 'sampah sarap'. Rancangan-rancangan di waktu Maghrib- Encik Sotong, Encik Stalker, Sorry-Sorry I Love You, Clever, Maharaja and whatnot~ You name it! Kalau nak cakap program Dr. Zakir Naik ni rasis, banyak lagi isu rasis yang sudah wujud macam api dalam sekam sebelum kedatangan Dr. Zakir Naik lagi.

Pemimpin yang terlibat, moga Allah mengampuni dan memberi Hidayah. 
Inni Akhaaf Allah
Sesungguhnya kami takutkan Allah!

Apalah nak jadi dengan Malaysia kita

Islam hanya pada nama

Jumaat


Sejak bujang sampai la dah berkahwin, saya memang seronok dengan Jumaat ni. Tak ada sebab yang signifikan sangat melainkan sebab esoknya adalah Sabtu~! Itu saja :)

Weekend ini mungkin biasa-biasa saja. Tapi weekend depan mungkin agak sibuk dan huru-hara sebab kami akan ke Melaka untuk family day company suami saya. Saya tahu yang mereka ni dah jadi macam satu keluarga dan senang masuk dalam semua cerita.

Masa mula-mula kahwin dulu, saya dibawa untuk hari keluarga mereka buat kali pertama- Tapi dia punya penerimaan tu dah macam kenal lama. Kami boleh bergelak ketawa dan mengusik antara satu sama lain macam saudara. SE suami saya pula dah macam abang-abang, jadi dia selalu ada memberi nasihat dan bantuan

Eh tercerita benda yang belum jadi lagi~
Tiap kali Jumaat sekarang ni, mulalah melentok ajak makan luar sebab malas memasak. Tapi suami saya lagi pandai. Dia selalu bawa balik nasi beriyani atau nasi daging dan makanlah kami makanan luar tapi di rumah. Hahahah.
Saya akui yang sejak berkahwin, kami dah jarang sangat makan di luar sebab suami saya lebih selesa berada di rumah. Cuma kadang-kadang adalah sekali sekala dia buat kejutan bawa saya tengok wayang dan makan di luar sebagai reward untuk diri masing-masing.

Saya masih tak boleh terima macam mana nak utilize hanya dua hari untuk keluarga sedangkan hari-hari lain kita ni teruk sangat bekerja. Saya sangat kagum dengan pasangan muda yang sudah ada anak dan dalam masa yang sama tertekan dengan tuntutan kerja. Kalian memang hebat sangat! Saya rasa masih tak bersedia dan tak layak untuk semua tu.

Kadang-kadang Sabtu dan Ahad kami hanya memilih untuk memerap di rumah supaya kami dapat appreciate me-time masing-masing. Suami saya dengan tool box nya. Kadang-kadang tengok tv walaupun cerita kartun yang entah apa-apa. Saya pula menatap buku sambil bermalas-malasan di depan tv. Hanya itu saja masa yang kami ada sebab hari-hari minggu kami penuh dengan komitmen masing-masing.

Sebab itulah saya sangat suka setiap kali hujung minggu menjelma. Begitulah selayaknya dan semestinya rakan-rakan saya yang sudah ada anak, mesti banyak perkara yang hendak dibuat bersama :) Saya doakan hujung minggu kita semua terguna dengan sebaik mungkin dan jangan sia-siakan waktu bersama keluarga.

Jumaat
Salam hujung minggu~!


Positif


Bersangka baik sama saja maksudnya dengan berfikiran positif.

Semoga Allah bantu hati-hati kita untuk terus berfikir baik terhadap orang lain (walaupun kadang-kadang sangat susah). Saya sendiri pun luka parah kalau nak kenangkan balik cerita lepas-lepas. Cuma kekuatan saya adalah janji Allah.
Dalam situasi sekarang, memanglah agak tertekan. Saya perlu kuat dalam mengimbangi perasaan. Terima kasih suami atas sokongan. Semoga kita terus positif mendepani hari-hari di depan :)

Dhiya

Financial Freedom tu Macam Mana Rasanya?


Setiap 5 haribulan, saya akan teringat cut-off bayaran kereta Baby K saya. Sejak beberapa tahun dulu (sejak saya kerja) saya belajar erti komitmen bayar hutang. Dapat gaji je, terus bayar duit kereta. Semalam pun begitu juga.

"Alamak abang! Dah 5 haribulan la...Dah lambat sebenarnya nak bayar duit kereta ni! Kenapalah relax sangat bulan ni. Ya Allah Ya Allah!" Saya cemas

"Sejak bila kelam kabut ni?" Dia

"Sejak D ada kereta lah bang!" Saya

"Ceh~ Ingatkan sejak beli kereta baru. Maklumlah, orang dah habis bayar kereta" Dia

"Mana ada kereta baru...." Saya yang masih tak faham

2 minit

3 minit

"Eh~ Yelah. Baby-K D tu dah habis bayar awal bulan 3 haritu" Sambil garu kepala

Saya hampir-hampir lupa yang Baby-K sudah habis dibayar bulan lepas. Ini adalah bulan pertama saya tak perlu bayar kereta. Itu sebab saya lupa. Walhal saya keluar lunch time semalam dengan suami pun adalah untuk batalkan nama bank pada geran kereta. Macam manalah boleh terlupa. Sindrom peningkatan usia sangat!

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Kereta kecil saja. Tapi banyak jasanya. Saya dapat kereta tu di tahun 3 pengajian di UM dulu. Sebaik habis belajar, ramai kawan yang angkut MyVi, Saga malah ada juga yang ambil Mitsubishi. Saya tak cemburu malah tak ada niat pun untuk tukar kereta baharu. Sehingga ke hari ini pun saya masih tak ada 'nafsu' untuk beli kereta baru. Saya selalu usap-usap Baby-K sambil berkata:
"Baby jangan risau. Mama tak akan gantikan Baby dengan kereta baru. Baba nanti yang akan beli kereta baru dan kereta baba akan jadi kereta mama yang baru"
Suami saya batuk keras di sebelah tanda terasa.

Macam mana rasanya dah habis bayar hutang?

Jawapan saya- Tenang. Paling tidak, satu ruang dalam otak kita yang selama ini bekerja keras untuk ingatkan kita tentang tanggungjawab bulanan itu sudah boleh berehat dan boleh buat kerja lain. Walaupun saya belum lagi menikmati financial freedom secara total, tapi saya dapat rasakan auranya. Sebab itulah agaknya Allah tekankan sangat tentang hutang ni sebab hutang sangat berkait dengan hati.

Saya masih ada sedikit baki hutang pinjaman pengajian yang saya berazam saya nak habiskan dalam masa setahun. Walaupun ada bunga ke apa (malas nak sentuh bab tu), saya akan bayar juga. Selebihnya biarlah badan peminjam dengan Allah yang uruskan.

The next stage in my financial freedom mission adalah untuk set-up perniagaan. Benar kata kawan saya, untuk berniaga ni kena ada ilmu tapi jangan ambil masa sangat untuk berfikir dan atur strategi. Kadang-kadang tagline 'Just Do It' itu ada benarnya. Buat saja. Insya Allah doakan saya :)

Rasanya ramai lagi di luar sana yang dah menikmati financial freedom yang lebih dari saya. Andalah inspirasi saya. Kalau dah sampai tahap WAHM yang boleh generate gaji bulanan sama macam executive, saya memang tak ingin jejak kaki ke industri lagi. Tiada apa lagi yang saya inginkan melainkan suami dan anak-anak di depan mata. Insya Allah

Amin

Baru habis satu bab hutang
Dhiya

CJ WOW Shop TV9 yang Annoying!


Bermula awal April ni, terasa rutin saya jadi huru hara. Ini semua gara-gara MPB (terutamanya TV9, sebab saya penonton tegar TV9 sambil buat kerja) banyak rombak rancangan TV mereka dengan menamatkan rancangan-rancangan ilmiah dan drama-drama pendek. 
Bayangkanlah, dulu saya suka sangat buka TV9 terutamanya di hari Jumaat sebab penuh dengan rancangan ilmu, keagamaan dan tazkirah. Tapi bermula Jumaat lepas, MPB TV9 'menggila' dengan menayangkan iklan (ala-ala smart shop dan go-shop tu) seawal dari 10 pagi hingga 4 petang! 

Dengar katanya itu adalah sebahagian dari strategi pemasaran baru apabila MPB dah ada perjanjian kerjasama dengan sebuah syarikat iklan terkemuka. 
Kalau ditengok-tengok FB TV9, ramai yang kecewa dengan rombakan ini. Tak kisah pun sebenarnya apa juga strategi pemasaran mereka- Tapi kalau nak buat iklan tanpa henti begitu, buatlah satu saluran khas untuk iklan tu sahaja. Kasihan suri rumah, pengasuh di tadika/ pusat asuhan yang selama ini terhibur dengan rancangan TV9 jadi tak tentu arah sebab rombakan ini.
Memang ada komen-komen dari ibu-ibu yang mengasuh anak, pengasuh pusat asuhan kanak-kanak yang kecewa dengan TV9 dan cakap anak mereka meraung-raung nak kan Upin Ipin jam 1.30 petang. Macam mana tu~?

Saya yang kehilangan rancangan Tanyalah Ustazah 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari pun dah bosan tahap melangut langit, inikan pula anak-anak yang susah kita nak fahamkan mereka.

Saya sungguh tak faham dengan MPB sekarang. Tindakan mereka ini hanyalah untuk keuntungan sementara sedangkan mereka sedang kehilangan penonton setia.

Nampak gayanya kita kena beli smart tv lah, abang~

Kecewa
Dhiya

Nasi Ayam Penyet


Bismillah

Tahukah anda, nasi ayam penyet adalah antara menu yang paling pantas untuk disediakan di alam semesta ini?

Saya dah buktikan.
Selain nasi ayam penyet, nasi ayam dan nasi daging adalah menu lain yang cepat untuk disediakan dan disukai oleh tukang makan.

Kami sekarang fikir menu yang sedap, cepat dan kenyang. Tak ada masa nak hias-hias macam Masterchef or whatsoever.  Tapi masih, menu-menu sebegini walaupun macam 'main campak-campak' je- tapi sedapnya terasa lebih kalau nak dibandingkan makan di kedai (siapa tak nak puji diri sendiri kan)
Menu mudah sangat-sangat. Tak payahla tulis-tulis resepi ye? Hahahah~
Terung berlada 
Ulam ikut dan
Ayam pun goreng jadi ayam goreng berempah :(
Tempe dan tauhu  yang menjadi rebutan
Sambal kicap JDT
Jemput makan, ye~

Dhiya

Clever Girl


D, cepat! Meh duduk sini. Clever Girl dah mula ni!

Dia punya seronok tu bukan main lagi.

"Yang abang gembira sangat ni kenapa?"
"Saja"
"Baik cakap betul-betul"
"Betuuull...Abang suka-suka je. Bagus tajamkan general knowledge sambil kita boleh gelak tengok clown!"

"Who's the clown?"

Dia tak jawab. Matanya fokus menonton rancangan CG tu sambil berebut-rebut menjawab soalan yang diajukan pengacara
(Dan saya dah boleh agak apa yang dia maksudkan~)

Kami ada la tengok rancangan ni. Itu pun sambil lipat kainlah, sambil makan malamlah..
Tapi first impression saya like..."No waayyyy~!" 
(dalam hati jerit this is not a real clever girl la oi!!!)

Sejujurnya kami tonton CG ni just for fun. Say dapat gelak bila kau jawab betul, tapi dia jawab salah. Hahahah! Nothing to impress and nothing to proud of. The definition of CLEVER is too general. Dan paling boleh dipersoalkan, soalan-soalan yang diajukan tak melambangkan level CLEVER sangat apatah lagi dijawab dengan salah oleh girl yang dikatakan clever. (Oh teruknya aku punya komen hari ni

Come on...Tolong jangan ada CG musim kedua ok. Nanti anak saudara saya yang nak masuk darjah 3 tu pun akan minta nak masuk rancangan CG tu. Get what I mean?

Pihak produksi sepatutnya kena teliti semua aspek program ni. Konsep kuiz tu macam tak sesuai sebab nampak macam teka teki atau pop kuiz Paknil. Soalan-soalan kuiz mereka pula kenalah nampak lebih (LEBIH) intelek dan informatif. Mungkin masa ujibakat dulu: Ada ijazah [ok], ada rupa [ok], dia paling menyerlah [ok], dia paling banyak jawab soalan betul [ok]-- terus layak. Kalaulah nak masuk PTD semudah ini, alangkah baiknya! Saya dah 4 kali temuduga PTD pun masih gagal! Huuuu~

I pledge dah tak mahu tengok CG. Saya akan minta suami saya plug in hard disc dan tonton filem yang lebih menarik.

-----> Atau kan D...Abang rasa mereka patut buat rancangan untuk young Muslim married couple, lepas tu soalan berkisar tentang Aqidah, Fiqah dan lain-lain. Kalau kita tak boleh masuk pun, kita boleh duduk depan TV sambil cuba-cuba jawab soalan agama~!
Zasssss. Tertusuk dalam ke perdu jantung, bang!

TV3 tolong ambil pertimbangan cadangan suami saya tu.

Dhiya
Not clever