Bismillah...
Cuti saya kali ini agak lama. Memang disengajakan.
Pertamanya saya tak kuasa hendak beramai-ramai di lebuh raya dengan pergerakan kereta yang perlahan. Cukuplah tahun lepas saya sudah melaluinya dengan Yan. Hingga terlalu 'sakit' menanggung kebosanan, kami buang rasa malu dan berkaraoke sambil memegang botol minuman! :p
Keduanya saya memang perlukan masa untuk bersama keluarga. Ikatan kekeluargaan pada saya adalah satu ikatan emosi yang penuh misteri. Saya tolak semua bebanan kerja ke tepi. Pihak atasan juga meluluskan cuti saya tanpa banyak kerenah. Alhamdulillah, ini memang rezeki saya untuk bersama keluarga.
Temerloh Bandar Ikan Patin
Semalam saya ke bandar untuk mengambil cukai jalan yang telah diperbaharui oleh Uncle Ganesh. Pada awalnya saya berhajat untuk pergi sendirian. Tapi semuanya berubah apabila akak dan anak-anaknya mahu turut serta dan abah yang memang susah untuk percaya kami dua beradik akhirnya turut serta ke sana. Pendek kata, kami sekeluarga telah ke bandar hanya untuk mengambil cukai jalan saya. Haih~
Bandar Temerloh didominasi oleh peniaga berbangsa Cina. Jadi bersempena sambutan Tahun Baru Cina semalam, banyak kedai yang ditutup dan kami tidak berpeluang untuk berjalan dan cuci mata pun. Baguslah. Jimat duit masing-masing. (-.-)
Sambutan Hari Jadi
Itu janji dan azam saya tahun ini. Saya bawa mereka ke Secret Recipe, malangnya penuh dengan pelanggan. Saya mengambil keputusan untuk take away sahaja kek yang dihajati. Tapi tak sangka pula anak-anak saudara saya mahukan keseluruhan Chocolate Indulgence yang masih tinggal separuh di dalam tempat simpan kek di restoran tersebut. Adoi laaaaaa anak-anak ku!
Sampai di rumah, mereka bukan main taat lagi. Disuruh mandi, cepat sahaja mereka mencapai tuala dan masuk ke bilik mandi. Selepas itu, laju sahaja mengambil rehal dan Al Quran dan Muqaddam masing-masing untuk mengaji. Ajaib. Semuanya dek kerana penangan kek coklat istimewa itu.
Beberapa detik sebelum sambutan kecil kami dimulakan, seluruh rumah tiba-tiba gelap, keputusan bekalan elektrik. Jurutera elektrik perlu jumpa saya dan berikan penjelasan tentang isu ini. Grrr!
Akhirnya sambutan hari jadi kami diadakan juga dalam gelap, ditemani lilin. Kata emak, lebih rapat, lebih istimewa.
'Ala kulli hal, selamat hari jadi Nabiha, Dhiya dan Lia.
Emosi Semangkuk Tomyam
Rasanya seluruh isi rumah ini sudah maklum yang saya sangat gemarkan tomyam. Emak sudah cukup arif dengan kehendak saya yang satu ini. Setiap kali pulang, saya pasti akan dijamu menu wajib ini.
Tapi kali ini semuanya berbeza- tomyam kegemaran saya dimasak oleh akak. Saya merajuk seharian. Saya mahu tomyam saya dimasak oleh emak, bukan akak. Saya jadi emosi. (TT)
Tapi emak memang hebat- emak alter menu tersebut supaya ada sentuhan keibuannya. Terima kasih emak. Dhiya sayang emak!!!
Untuk akak- Sorry!
Desa Tanpa Wayar
Geli hati saya membaca papan tanda yang tertera projek ini di balai raya tadi. Sebaik sahaja selesai membacanya, kepala saya terdongak melihat kabel elektrik yang masih bergayut di tiang-tiang elektrik di tepi jalan.
"Bagaimana untuk jadi desa tanpa wayar?" Huhu
Lama saya berfikir, barulah saya dapat menangkap:
" Oh...Desa wireless kut..."
Er...Niat memartabatkan Bahasa Melayu tu ada dan sangat dihargai. Tapi rasanya terma wireless tu tak sesuai ditukar menjadi 'tanpa wayar'. Bunyi pelik dan sukar difahami.
Maaf pak ADUN. Ini hanya pendapat saya. :)
Esok
Kalau boleh saya tidak mahu berbicara tentang esok. Cuti saya akan berakhir esok! Sedih dan sayu untuk kembali semula ke Kota Mega yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Secara peribadi, saya senang berada di desa bukan kerana di sini tersedia semuanya...Tetapi saya tenang kerana menjadi diri saya sendiri.
Saya senang menjadi anak kampung yang 'tertutup' dari segala apa yang terbuka di kota metropolitan sana. Benar, saya sangat takut dan agak tertekan dengan kehidupan di sana sekarang. Tapi apa boleh buat, survival perlu diteruskan. Kebergantungan dengan Allah itu yang utama.
Esok saya mahu ke bank atas urusan permohonan kad baru. Sejak kehilangan dompet awal bulan ini, masih banyak kad-kad yang hilang dan belum sempat di retrieve semula. Allah, mudahkan urusan saya!
Lesen memandu yang akan tamat awal Februari nanti juga perlu diperbaharui esok. Nanti apabila sudah di Kota Mega, saya tidak betah hendak menyusahkan orang lain atas hal-hal peribadi saya. Nampak sangat saya tidak pandai berdikari dan berusaha sendiri.
Insya Allah, apa-apa yang boleh saya selesaikan di sini sendiri, saya akan cuba lakukannya.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Malam ini seperti biasa- kami sekeluarga bersantai di ruang tamu, saling melayan keletah seorang demi seorang ahlinya. Ini momen kebahagiaan saya.
Moga nanti, apabila saya bersuami dan punya keluarga sendiri, saya juga akan memiliki keluarga sakinah yang membahagiakan hati seperti ini.
Biarlah tidak punya harta yang melimpah ruah, tapi saya ada kebahagiaan dalam mengecapi hidup berkeluarga. Ya, itu impian saya. Mungkin jauh lagi. Tapi tidak salah rasanya sekali sekala meluahkannya.
Moga nanti, apabila saya bersuami dan punya keluarga sendiri, saya juga akan memiliki keluarga sakinah yang membahagiakan hati seperti ini.
Biarlah tidak punya harta yang melimpah ruah, tapi saya ada kebahagiaan dalam mengecapi hidup berkeluarga. Ya, itu impian saya. Mungkin jauh lagi. Tapi tidak salah rasanya sekali sekala meluahkannya.
p/s: Tuhan, peliharakan desa permai ini dari sebarang bala bencana. Peliharakan keluarga kecil kami dari kedukaan dan gundah gulana. Peliharakan iman seluruh isinya dari dibolak balikkan hatinya. Semoga apa yang dimiliki hari ini akan terus disyukuri dan terus diberkati. Amin
Salam sayang,
Dhiya
Salam sayang,
Dhiya
No comments