13 Januari 2012


13 Januari 2012

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sehari lagi usia saya meningkat. Usia baru ini perlu disyukuri.

Terima kasih Allah kerana masih memberi keizinan untuk saya terus bernafas dan mengecap nikmat Islam dan Iman ini.
Sungguh saya sedar bahawa nikmat usia ini hanyalah pinjaman. Semoga kita semua terus istiqamah dalam ibadah dan perjuangan sebagai khalifah di jalan juang ini.

Teringat sewaktu kecil dulu, emak dan abah jarang meraikan hari jadi saya dengan sambutan dan kek hari jadi. Mereka cuma tak pernah lupa memberikan hadiah kepada saya. Walaupun tiada kejutan, tetapi hadiah yang diberikan itu yang paling berharga. Mungkin tak semahal mana, tapi tetap punya emosi yang tersendiri padanya.

Bercakap soal sambutan, saya jarang menyambut ulang tahun kelahiran. Masih- tiada parti, tiada kek, dan tiada hadiah mewah dan mahal. Saya jarang peduli akan semua itu melainkan ucapan selamat yang diterima dari rakan-rakan dan ahli keluarga.

Pada sambutan yang ke 18, saya telah diraikan di padang kawad Kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating seawal 6.30 pagi. Rakan-rakan saya pada ketika itu sangat pandai menghargai satu sama lain. Walaupun tiada sambutan yang sempurna, tapi kejutan yang dibuat sangat mengharukan. Saya gembira. Terima kasih kawan-kawan. Di mana kalian semua, ya? :)

Paling tak akan dilupakan, ulang tahun saya yang ke 19 menyaksikan gaya hidup di kampus yang banyak mengajar erti persahabatan. Saya diraikan dengan sambutan yang sangat 'gila'. Masih teringat saat-saat saya dipulau seharian oleh Nurul, Nabil, Wawa, dan Ilham. Mereka mengelak untuk bercakap dan berjumpa dengan saya. Rupanya mereka telah menyediakan satu kejutan yang sangat tak disangka.
Mereka khabarkan yang Wawa demam panas di biliknya dan apabila saya berkejar ke sana, semuanya drama dan saya lihat satu demi satu kejutan yang mereka buat.
* Wawa, pandai betul kamu berlakon ye. Alhamdulillah, dah jadi doktor pun!
* Terima kasih atas hadiah hebat kalian. Saya tak akan lupa sampai bila-bila!- Siput babi dalam kotak kasut. Bijak!

********************************
Apa pun, saya ingin memanjatkan rasa bersyukur atas apa yang saya miliki dan siapa saya hari ini.
Mungkin pencapaian saya tak sehebat orang lain, tapi secara peribadinya saya telah keluar dari kepompong saya sendiri.
Saya anak desa yang suatu masa dulu tak punya apa. Tapi atas perjuangan emak dan abah, mereka telah tanpa gagal menyiapkan saya dengan ilmu agama dan akademik yang sempurna atas acuan mereka sendiri. Saya tak pernah rasa terpaksa atau tertekan dengan cara didikan mereka. Syukur, mereka adalah emak dan abah saya!

Atas semua mehnah dan tribulasi yang telah saya lalui sepanjang usia ini, saya berdoa semoga Allah mengurniakan saya kematangan dan kesabaran yang seiring dengan usia.
Tak dilupa, semoga terus dikurniakan semangat juang yang tinggi dan rezeki yang diberkati

Apabila ditanya tentang harapan, saya sebak. Cukuplah- Saya ingin menjadi seorang muslimah sejati yang punya hati di bawah taklukan Illahi. Saya tak kisah untuk berubah 360 darjah demi sebuah kehidupan menuju Syurga. Saya sedang berusaha untuk menuju ke arah dakapan kasihNya. Allah, perkenankanlah!

p/s: Sebak dalam gembira. Semoga terus matang, Dhiya!
Terima kasih atas ucapan dan doa yang dikirim melalui FB, e-mail, SMS dan panggilan telefon. Semoga Allah mengurniakan kebaikan seperti mana kalian mendoakan kebaikan terhadap saya.
Hadiah Istimewa? Tiada. Tapi terima kasih atas sehelai tudung litup warga kegemaran saya itu.

4 comments

  1. Alhamdulillah... Semoga diperkenankan hajat di hati ye kawan..InsyaAllah..=)

    ReplyDelete
  2. tq olin. berapa banyak air mata aku tumpah untuk entri ini. thanks again!

    ReplyDelete
  3. aku nak bercakap dengan kau..satu hari nanti!

    ReplyDelete