Krabi : Tips & Tricks 4 hari 3 malam (2018)

Bismillah!
Dah dekat sebulan balik dari Krabi, baru terhegeh-hegeh nak cerita. Ni kalau tangguh-tangguh lagi ni, memang basilah jawabnya kenangan Krabi ni. 

*Amaran: Entri ini adalah entri yang agak panjang. Hanya yang betul-betul nak ke Krabi dalam tahun 2018 ni je yang sanggup baca. Tapi aku (kata ganti yang paling santai untuk entri ni) janji, entri ni akan memuatkan info yang berguna dan tak akan merepek meraban~


Pertama sekali bak aku nak cerita tentang tiket kapal terbang. Tiket ke Krabi ni kami dapat sewaktu Matta Fair bulan 9 2017. Nampak tak berapa lama kami dah rancang perjalanan ni semata-mata nak dapatkan best price. Nak tunggu online offer by AirAsia sampai hang website- Memang taklah! Aku ok je bayar caj pada service provider kat Matta Fair tu takat RM10 janji dapat tarikh yang aku nak, yet harga pun masih reliable~

Untuk pergi, kami hanya guna allocation 7kg beg setiap seorang. Waktu balik je kami beli extra 20kg atas nama suami. Konon-konon takut banyak membeli~

Jadi pada hari yang ditetapkan, kami pun bergerak ke KLIA2 dengan dihantar oleh adik ipar. Sebolehnya nak jimat. Sebab tu kami letak kereta di rumah mertua di Nilai dan minta tolong dia hantar. Kalau tak, jenuh juga nak membayar caj tempat letak kereta. 
Perjalanan sempena ulangtahun pertunangan ketiga. Bertunang pun kat celebrate ke, D? Haih ni la perempuan~
Hari Pertama

Penerbangan ke Krabi jam 5 petang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Thailand ni pula sejam lambat dari waktu kita. Jadi waktu kami sampai tu sepatutnya 6.30 petang, tapi sebab undur 1 jam ke belakang, waktu sampai Krabi dalam 5.30 petang. Setengah jam je naik kapal terbang~ Hahahha!

Sampai je, terus ke kaunter untuk beli tiket shuttle van dari lapangan terbang ke Aonang pada harga 150 Bath terus ke hotel.
Shuttle provider ni sangat expert dan professional. Sebut je nama hotel, mereka akan pastikan kau sampai depan lobi. Lagi satu, van yang mereka guna untuk bawa pelancong ni bersih, kemas dan sangat VVIP. Bukan pakai Nissan Vennette cabuk tu eh~
Tiket. Tempoh menunggu tak lama pun. Konsepnya kalau dah penuh van tu dalam 10 orang, dia akan terus gerak. Perjalanan dari lapangan terbang ke Aonang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sampai je Aonang, pemandu akan hantar penumpang ikut hotel yang dah kita beritahu. Best kan?
Oh ya, dulu duit kita dengan duit mereka adalah setara. Maksudnya 100 Bath=RM10. Senang nak convert kan? Tapi sejak-sejak duit Malaysia dah jatuh ni, 100 Bath=RM12 lebih kurang. Jadi susah sikit dah nak convert. Tapi untuk menyenangkan cerita aku sepanjang penulisan ni, aku anggap kadar duit setara je la eh~

Sampai je hotel, dah dekat 6.30 petang, tapi hari dah agak gelap. Proses daftar masuk pun cepat dan mudah. Macam biasa, aku guna Booking.com. Kami menginap di Aonang Guest Home, landed homestay yang sangat tenang, tapi masih dekat dengan kawasan yang happening kat Aonang tu. Harga memang puas hati dengan apa yang kami dapat. 1000 Bath lebih kurang, dapat landed (tak payah daki tangga), suasana aman, takde bunyi bising motor dan kereta, luar dalam cantik, dan masih walking distance untuk ke pantai Aonang atau untuk membeli belah.
Aonang Guest Home, tempat penginapan kami
Bilik 102 kami. Bilik sebelah kiri kami tu orang Malaysia juga yang duduk, team TV AlHijrah yang datang satu van mungkin untuk buat penggambaran. Sebelah kanan tu pula pasangan dari German yang sangat peramah sampai aku nak sidai kain pun dia ajak menyembang~
ID bilik ni pula ala-ala rustic gitu. Nampak macam rumah tak siap sebab nampak simen tak rata dengan warna kelabu asap bercapuk-capuk. Tapi aku akuilah memang tema rustic tu ada cuma aku ni yang tak menghargai seni. Hhahaha! Bilik ni super lengkap dengan tuala dan mandian (yang ditukar setiap hari), minibar, pendingin hawa dan tilam yang selesa.

Masuk je bilik, letak beg,solat jamak dan terus keluar pergi cari makan malam. Aim makan malam tu adalah asal kenyang je sebab selebihnya teruja nak berjalan sambil mencari pakej pulau yang menarik. Kami makan dekat restoran depan Pantai Aonang tu je. Nama restoran tak ingat, tapi halal pastinya. Memandangkan dah ada di bumi Thailand, tak sah la kan kalau tak makan makanan Thai! Suami aku makan green curry dan aku makan nasi goreng seafood dengan sepinggan somtam. Somtam dia Ya Allah sedapnyaaaaaaa! Terbayang-bayang ni ha waktu aku menulis ni oi~Ha. Ambik kau!
Nah aku bagi close up biar tengok sampai mengences!
Nasi goreng seafood ni nampak biasa je kan? Seafood dia ada nun tertanam dalam nasi tu. Sedaplah la juga sebab kena dengan tekak aku.
Restoran ni dua tingkat. Kami minta nak duduk di bahagian atas sebab nak privacy. Sebab tu nampak macam kosong je. Dah nak habis makan tu baru ada satu kumpulan Mat Saleh datang mintak makan chicken chop (tak mencabar betul~)
Untuk restoran ni, harga aku boleh cakap agak mahal sikit, mungkin sebab kedai ni berada di tengah-tengah Aonang yang happening. Nasi goreng yang aku makan tu jatuh dalam anggaran RM belas-belas juga. Tapi aku tak kisah dah sebab malam tu kami penat dan lapar tapi tempat dia bersih siap view cantik. Win-win situation lah kan.

Lepas makan, kami jalan-jalan dengan misi mencari pakej pulau untuk aktiviti keesokan harinya.
Pemandangan biasa sepanjang jalan di Aonang.
Kaki lima kedai yang sangat meriah. Ni adalah contoh booth yang jual pakej island hopping. Mereka ni tak memaksa. Jadi kita boleh tengok pakej dan tanya apa-apa soalan tanpa rasa tertekan,
Akhirnya setelah survey 3-4 tempat, kami beli pakej 4 Island pada harga 800 Bath termasuk cukai taman negara dengan seorang ejen perempuan Muslim yang boleh bercakap Bahasa Melayu siap ada ijazah sarjana muda dari UPSI. Untuk pengetahuan, kat Aonang ni banyak je jual pakej-pakej island hopping di tepi-tepi jalan. Tinggal lagi survey dan carilah pakej yang bagi harga terbaik ok~ Kebanyakan mereka di sini juga boleh bercakap Bahasa Melayu jadi kau tak payah nak speaking berhabuk sangat. Mana-mana pakej pun, mereka akan ambil depan hotel pada waktu yang ditetapkan. Jadi kalau orang tu kata 8 pagi, silalah tepati waktu sebab apa yang aku tengok, mereka sangat sangat punctual. Jangan bawa sangat budaya Melayu tu ke negara orang ya~
Selain tu, kami dah mula beli souvenir sikit sikit dah. Saja la rembat apa yang dirasakan berkenan macam pouch comel-comel tu untuk bagi kat officemate. Baju T-shirt jangan beli kat sini. Ada tempat lain yang jauh lebih murah. Teruskan pembacaan kalau nak tau di mana.

Hari kedua

Macam aku cakap tadi, island hopping package yang kami bayar malam tadi tu termasuk hotel pick-up. Tunggu je depan hotel nanti ada orang berhenti depan foyer dan cari kita. Kita pun patutnya dah boleh agak. Selalunya dia akan minta resit untuk pengesahan dan seterusnya kita akan dibawa ke jeti untuk menaiki bot.
Pakej 4 Islands yang kami ambil ni menggunakan long tail boat, dalam 24 orang satu bot. Sebelum naik bot, tekong akan susun penumpang ikut hotel. Dia juga akan kenalkan diri dia sebab sepanjang trip tu, kita memang akan dengan dia je, ala-ala tourist guide. Paling penting, dia akan suruh kita ingat nombor bot demi keselamatan penumpang. Tekong kami nama Mahn. Osman katanya. Muslim, boleh cakap Melayu.
Lokasi: Pranang Cave/Island, Chicken Island, Tup Island.
Lawaaaaaa!
Chicken Island. Nah kepala ayam.
Makan tengahari di Poda Island. Nasi putih pakapau dengan air sejuk. Nikmatnya Ya Allah!
Basically Krabi ni selling point dia adalah island hopping. Kalau sampai-sampai dari lapangan terbang, kemudian duduk je kat pekan Aonang tu- Memang bosan dan rugi. Aku yang dalam pada takut-takut ni masih juga gagahkan diri sahut cabaran naik bot dan melompat dari satu pulau ke pulau untuk menikmati pemandangan indah ciptaan Allah di Krabi.

Aktiviti tamat jam 3 petang. Kami dihantar dekat simpang menuju ke hotel. Dalam perjalanan balik ke hotel tu, lalu Seven Eleven (yang memang jadi favourite aku dan suami) dan sempatlah beli aiskrim. Huhuhu!
Sampai je hotel- Rehat-rehat sekejap, solat jamak dan keluar berjalan lagi. Kemain, kan? Sebelum tu kami singgah lagi Seven Eleven dekat dengan hotel kami tu untuk minum petang istimewa: Pancake!
Kali ni kami pergi jauh sikit. Kami naik tuk-tuk terus ke kawasan masjid Aonang pada harga 120 Bath. Mahal la jugak sebenarnya. Tapi sebab nak cepat, pejam mata jelah. Lagi pun, harga barang untuk beli belah di kawasan masjid ni jauh lebih murah berbanding di pekan Aonang di mana kami menginap tu.

Sekitar masjid Aonang tu ada banyak juga gerai-gerai yang kebanyakannya orang Islam yang menyewa tapak masjid. Di sinilah korang boleh dapat barang-barang cenderamata pada harga yang lebih murah. T-shirt Krabi boleh dapat 100 Bath di kawasan masjid Aonang ni, compared to Pekan Aonang +- 200 Bath. Jauh beza kan? Kat sini juga, kalau beli banyak, boleh tawar menawar lagi. Huhuhu. Sourvenir pun boleh dapat 70 Bath (5 ketul pouch yang comel-comel tu atau keychain) compared to 100 Bath di pekan Aonang. Padahal benda yang sama je~ Mujurlah kami tak memborong sakan masa malam mula-mula sampai tu. Kalau tak, mesti terkilan teruk.
Makan malam: restoran Sarefah. Sedap, harga pun berbaloi. Pekerja mereka boleh cakap Melayu. Kedai makan ni tak jauh pun dari masjid Aonang. Dari masjid tu, jalan ke depan sikit sehingga ada selekoh. Restoran Sarefah berada betul-betul dekat selekoh tu.


Lepas makan, kami berjalan balik. Ya, kami jalan kaki saja sambil menikmati pemandangan yang happening. Mula-mula macam tak confident juga. 'Boleh ke aku ni balik jalan kaki ni~' Tapi percayalah. Dengan pemandangan yang menarik di malam hari, banyak kedai-kedai menarik untuk disinggah, memang kita tak sedar pun yang ehhhhh tiba-tiba dah sampai hotel!
Malam tu, kami lalu kaki lima sekitar Aonang lagi sambil mencari pakej Phi-Phi Island pula. Ini memang tak masuk dalam perancangan kami. Asalnya dah dapat naik bot sekali yang 4 Island tu, dah la kan. Rupanya suami aku ni tak puas lagi. Dia baca review orang kat blog katanya kalau dah sampai Krabi- Tapi kalau tak pergi Phi Phi Island, kerugian besar katanya. Aku pun anggukkan saja sebab sikit pun tak merugikan aku (malah menguntungkan sebab pakej ni dia yang belanja!) Hahahhahaha!

Best price yang kami dapat: 750 Bath, tak termasuk cukai taman negara. Phi Phi Island trip akan merangkumi lawatan ke 7 pulau. Fuhh. Bunyi macam menarik! Tapi takpe. Kita tunggu esok dan tengok macam mana~

Hari ketiga


Tunggu depan hotel untuk pickup ke jeti untuk pakej Phi Phi Island. Sampai ke jeti (kawasan pantai yang ada banyak bot dan kat situ memang tempat mula untuk semua island trip, tapi aku lupa apa nama pantai dan jeti tu~), kami akan dibahagikan mengikut hotel ke bot-bot tertentu. Kali ni naik speed boat 3 enjin sebab perjalanan agak lama dan perlu ke banyak tempat. Tapi fret not, bot yang disediakan oleh Photo Travel Agency (agensi yang kami guna ni) memang baru dan sangat bersih. Life jacket pun masih bau kedai. Blade kat enjin pun berkilat lagi, siap kena tutup dengan kain setiap kali penumpang nak turun naik. Takut kena orang agaknya~ Tekong (Tour guide kami seorang wanita tempatan bernama Om)
Destinasi: 7 pulau / tempat:
Maya Bay. Tempat penggambaran filem The Beach. Try Google ya~
Makan tengahari disediakan, makan macam raja! Lupa pulak nak ambil gambar kat tempat makan tu sebab lapar sangat. Tapi jangan bimbang, makanan memang halal, untuk market orang Islam. Kalau tak halal, bisnes deorang pun tak maju. Antara menu yang ada adalah nasi, ayam pakapao, fish fillet, spageti (untuk bukan Asian), buah-buahan yang infiniti, air sejuk, tea and coffee. Kat tempat makan ni kita akan diberi masa sejam sebelum menyambung perjalanan ke beberapa destinasi lagi yang belum selesai.

Dipendekkan cerita, ktiviti tamat jam 4 petang. Kami dihantar betul betul depan hotel dalam keadaan penat tapi seronok. Sampai je hotel, rehat-rehat sekejap, solat jamak dan bersiap untuk keluar berjalan lagi. Ya Allah memang tak sedar diri sungguh aku kat Krabi ni. Memandangkan malam ni adalah malam terakhir di sini, jadi penat letih sakit pinggang sakit kaki semua aku tolak tepi. 

Tapi sebelum keluar tu, kami sempat booking shuttle van untuk balik ke airport untuk keesokan harinya. Bayar 100 Bath je sebab dia bagi promotion sebab masa datang haritu dah guna servis deorang. Kira untunglah kan. Ok, bab nak balik ke airport esok dah selesai. Boleh keluar berjalan dengan senang hati.

Sekali lagi kami naik tuk-tuk ke kawasan masjid Aonang pada caj 100 Bath. Murah sikit dari semalam. Cesss~. Untuk makan malam, kami makan di  Bangboo halal restaurant. Since dinner malam terakhir sebelum balik, kami makan besar sikit lah. Nasi putih, tomyam putih, somtam, telur dadar, pulut mangga dan air. Harga standard macam makan menu Thai kat Malaysia je, aku boleh cakap. Cuma bezanya kat sini kau dapat makan ori citarasa orang Thailand. Rasanya setiap makan malam kat sini aku dengan suami ambik tomyam dan somtam. Hahahahah. Tak dinafikan, memang sedap~
Balik jalan kaki lagi sebab semalam dah berjaya buat. Jadi malam ni aku dengan yakinnya buat lagi. Penat apa semua habis lupa sebab kawasan jalan kaki tu sangat happening. Alah senang cakap, macam kau jalan-jalan cari baju raya kat Jalan TAR tu ha. Kan tak sedar. Tau-tau dah sampai hujung~
Antara gerai yang ada di sekitar masjid Aonang. Kat sini banyak peniaga Muslim dan boleh bercakap Bahasa Melayu. Ada satu kedai cenderamata tu, pekedai dia boleh cakap Kelantan sebab asal dari Pattani. Aku pun apa lagi, goreng teruk sampai hangit la untuk dapat diskaun lebih. Dia pun kagum aku boleh cakap Kelantan (padahal aku orang Selangor campur Pahang campur KL) Hahaahah!
Ini aiskrim gulung 80 Bath. Suami aku teringin. 
Pemandangan Masjid Aonang di waktu malam.
Dalam perjalanan balik tu, suami aku cakap teringin nak buat Thai massage. Kami pun sambil berjalan tu tengok-tengok la harga. Range pakej urutan Thai (ada banyak jenis urutan lagi sebenarnya) adalah pada harga 200 Bath / jam hingga 250 Bath / jam (lebih kurang RM 20 ke RM 25 sejam). Pada aku murah la, sebab di Malaysia urut macam ni boleh jatuh RM60  jam.  Kami singgah di Ally Massage ni sebab ni paling murah, paling dekat dengan hotel kami dan paling cerah (sebab ada je rupa macam rumah urut yang yang gelap lagi menyeramkan tu). Aku tanya pekerja di situ, Thai massage ni macam mana? Dia cakap Thai massage ni basically full body massage. Aku dengan dominannya, mewakili suami aku, aku cakap tolong bagi tukang urut lelaki untuk suami aku. Hahahahahha! (Sayang laki wehhh) Lepas tu pekerja tu anggukkan saja. Katanya memang selalunya tukang urut sama jantina. Dia bawa suami aku ke tingkat atas (oh susah hatinya aku) sedangkan aku tunggu kat bawah je. Itu pun sebab aku nak tumpang duduk sebab tak larat. Aku memang tak urut walaupun teringin sangat.  Lepas sejam, suami aku turun. Muka tak ada perasaan. Tapi sedap katanya~ Dia cakap Thai massage tu takde pun guna minyak atau  kena buka-buka baju segala. Pakai baju yang kat badan tu je. Tapi memang dia lipat kau habis stretch gila la. Meletup-letup habis sendi. Aku dengar pun macam sedap. Duduk kat pejabat hari-hari je, alangkah indahnya kalau dapat stretch macam tu~

Aku tengah menonton tukang urut ni mengurut dua orang makcik German. Tengok pun dah sedap~
Hari keempat.

Hari terakhir. Bangun pagi pun be lazy je. Dalam pada malas-malas tu, kami keluar juga berjalan sambil cari sarapan. Kami ke kawasan balai polis pelancong dan sarapan baguette telur dan beli pancake bungkus saja untuk dimakan di bilik nanti sambil mengemas beg.
Sarapan kat gerai ni je
Makan tepi jalan like nobody cares!
Lepas makan, kami sempat la jalan-jalan sekejap dan balik semula ke bilik. Duduk di bilik saja layan air-cond sambil mengemas beg. Sumbat punya sumbat, boleh taham juga berat beg kami. Mujurlah hala balik ni kami dah beli check-in luggage 20KG. Kalau tak memang tak lepas masuk kabin!

Pukul 12: daftar keluar. Tapi memandangkan van kami hanya akan sampai pada pukul 2, kami letak beg di receptionist dan jalan-jalan dulu.
Selamat tinggal rumah comel. Kalau dataang Krabi lagi, aku memang akan duduk sini lagi. 
Lepak lepak tepi pantai Aonang sambil makan aiskrim sambil layan angin tengahari yang kuat. Sambil buat konklusi atas rehlah kami suami isteri kali ini. Heh kami ni memang gila-gila tapi kami tahu macam mana nak belajar dan ambil ibrah atas segala apa yang kami lihat di sekeliling kami.
Orang Krabi ni hidup dengan meniaga barang dan servis. Semuanya bergantung kepada kedatangan pelancong. Kalau tengok yang bawa bot dan bawa tuk-tuk, nampak urat mereka yang timbul dan kulit mereka yang terbakar- Semata-mata nak cari duit untuk meneruskan kehidupan. Kita yang senang lenang, Allah bagi rezeki boleh jalan tengok tempat orang ni- Bersyukurlah. Lagi banyak berjalan tengok tempat orang, semoga lebih matang dan banyak belajar.
Pukul 2 petang: tunggu di foyer hotel balik untuk shuttle van pickup kami balik ke Krabi airport. Perjalanan mengambil masa 45 minit - 1 jam. Tapi van kami ni terpaksa berpatah balik hantar seorang pelancong China yang salah naik van. Dah separuh jalan baru dia sedar yang van kami tu nak ke lapangan terbang, sedangkan dia nak ke Hatyai naik bot. Aku bengang jugalah sebab macam mana kau boleh salah naik van ni. Kenapa tak bertanya. Tak pasal-pasal kita yang kejar kapal terbang ni delay sebab kena hantar dia balik ke hotel. Mujur kami dengan ada sepasang Mat Saleh ni tak rushing sangat. Masing-masing flight pukul 6 ke atas.
Terima kasih Aonang Guest Home!
Penerbangan balik jam 6 petang, sampai 8.30 malam (waktu Malaysia). Pukul 9.30 malam juga baru dapat keluar sebab menunggu bag yang lambat.

Tips and Tricks:

1. Buat tempahan tiket kapal terbang awal. Kami tempat flight ni masa Matta Fair September 2017. Terbang bulan Jan 2018. Kau ghaserrr?
2. Tempat hotel awal juga. Untuk tempahan terbaik, boleh guna booking.com. Setakat ni aku memag puas hati dengan booking.com ni. Buka Trivago, mesti booking.com tawarkan harga termurah.
3. Sediakan itinerary. Jangan masin sondol je aktiviti yang nak dibuat kat sana.
4. Jangan bawa baju banyak. Perkhidmatan dobi bersepah kat sana. Paling murah aku jumpa 25 Bath/ KG. Paling mahal 40 Bath/ KG untuk basuh dan keringkan. Kalau nak siap iron, nak ekspress, harga lain.
5. Allocate duit tu elok-elok. Jangan syiok sangat Tarik duit dari dalam dompet, tapi in the end kau tak tau apa yang kau spend.
6. Makanan halal mudah didapati.
7. Tandas: Kat sini susah nak nampak tandas awam. Aku rasa takde pun. Hahahha! Tapi kau boleh je tumpang-tumpang kedai makan punya tandas. To my surprise, tandas kat sini semua bersih-bersih kalau nak dibandingkan tandas awam di Kuala Lumpur. Malu tak? Malu okehhh~
8. Tepati waktu kalau ambil pakej island hopping. Kalau ejen tu cakap pukul 8 pagi, tolonglah ada kat situ tepat pada waktunya. Van yang ambil korang tu bukan ambil kau je. Deorang perlu ke beberapa hotel lagi untuk ambil orang lain juga. Kalau berhenti kat pulau-pulau pulak, kalau dia kata 45 minit je, 45 je lah. Adalah memalukan bila kau jadi orang terakhir yang naik bot dan semua orang dah tunggu kau 10 minit. Jangan buat malu Malaysia, please~
9. Jaga barang peribadi baik-baik. Orang kat sini ramai. Walaupun aku tak de nampak satu pengemis atau kes ragut pun di sini, tapi kau tetap kena jaga barang elok-elok. Beg duit, passport dan kunci hotel simpan kat tempat selamat.
10. Aku tak reveal kos sebenar perbelanjaan kami sebab semua tu kau kena customize ikut cara dan bajet kau. Tapi kami suami isteri banyak spend kat island hopping. Makan dan cenderamata tu tak sangat sebab makan tengahari dah inclusive dalam pakej island hopping. Makan malam je la pun kalau nak spend. Huhu! Yang penting, tak habis nye RM1000. 

That's my stories. Harapnya cerita aku ni memberi info kepada pembaca yang nak ke Krabi untuk tahun 2018 dan tahun mendatang. Reward yourselves and have fun! Kerja teruk-teruk, kumpul duit tak guna rugilah~ Huhuhu!

Kalau ada apa-apa yang korang nak tanya, tinggalkan je komen ok. Maafkan aku kalau ada apa-apa info yang tertinggal. Semoga bermanfaat!

Dhiya

47 comments

  1. Ngences weh tgk somtam. K tu je nak habaq. Byee

    ReplyDelete
  2. Pakej 4 pulau tu 800 bath untk se orng ke?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. 800 bath tu bersamaan rm80 ringgit kea?

      Delete
    2. yea saya bundarkan mcm tu supaya mudah utk awak estimate. tp rate tu bukan rate sekarang ya. 800 bath skrg tah2 dah jd rm120 i'm not sure.

      Delete
  4. sis, mana yang lagi best,ambil pakej 4 island atau 7 island?

    ReplyDelete
    Replies
    1. i op for 7 island. Huhuhu. tp skrg ada satu pulau dalam pakej 7 pulau tgh ditutup utk kerja pembersihan. kena check balik. takut kalua pegi nti rugi

      Delete
  5. Sis nk tny kalu bwk baby 5 month perlu ke bwk stroller?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pendapat peribadi saya, YES PERLU. sebab nak berjalan kat kawasan pekan aonang tu jauh jugak. lgpun kaki lima dia sesuai je untuk tolak stroller. tp bawak lah yang ringan dan compact. bawa juga baby carrier sebab kdg2 lg selesa guna baby carrier kalua di tempat sesak

      Delete
  6. Nak tanya, shuttle bus tu boleh naik dua orang ke ? Lama tak perjalanan ? Dia hantar kita je ke atau ada orang lain jugak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Farhanah, semua jawapan kpd soalan awak ada dlm entri Panjang saya ni.
      1. shuttle bus blh memuatkan max 20 orang. kalua van, blh masuk 10 orang
      2. mereka akan hantar semua orang y ada dalam bas atau van tu

      Delete
  7. hi sis.. nak tanya pendapat.. perlu tak guna travel agent utk book semua dr malaysia? atau kat krabi nnti bru cari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, I personally prefer cari kalau dah sampai sana. Kat sana ada banyakkkkk sangat pilihan. Boleh compare harga dan face to face dengan agent tu. Book guna travel agent kat Malaysia ni saya takut dorg markup harga. Pegi sana dulu k, cari kat sana.

      Delete
  8. hai juz tnya pndpt sesuai x klu sy nk bwk ank2 ke krabi range umor dari 9 bulan ke 8 thn. or mn lg tpt sesuai di thai utk bwk ank2 kecik jln2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mizznisak, saya pernah ke Krabi je. Pada pendapat saya, ok je bawa anak2 ke Krabi. Pekan Aonang tu happening je dan takdelah suasana dia mcm bukit bintang tu.

      Delete
  9. Cmner nk booking van blik ke airport...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, contact balik company yang hantar awak ke hotel tu. selalunya dekat resit ada nombor mereka. Kalau tak ada mobile, suruh je hotel atau guesthouse call kan. Minta mereka pick up awak kat hotel mana, flight pukul berapa semua bgtau.

      Delete
  10. Brp harga tiket pergi dan balik kL-krabi?

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. i like your story.. seronok baca! will go to krabi soon with my husband

    ReplyDelete
  13. Haloo sis... Sis.. lau pi krabi tu.. perlu ker?? Bawak sunblock?? Speck hitam?? And topi?? Time pi island hopping?? Sbb saya ada baca satu article ni.. dia suruh bawak.. takut incase apa-apa.. soo i should bought it or not?? And in island.. sis pi 4 island?? And termasuk tak?? Phi phi island??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Takmo letak question marks banyak-banyak sangat sis. Penuh hidup saya dengan persoalan nanti~
      Nama kata pergi pulau, bawalah segala sunblock, spek hitam, n topi tu sebab nak bergambar masuk Ig kan. Tapi for me, sunblock is a must.
      Phi Phi island termasuk dalam 7 island package.

      Delete
  14. Seronok baca ���� tengah plan nak ke Krabi bulan 10 nti. Sy nak tanya, booth di kaki lima yg jual pakej island hoping tu, apa nama tmpt nya utk kita beritahu pada tuk tuk jika nak ke sana.
    Aonang guest house sis duduk tu dekat dgn pantai ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Asza, bgtau je nak ke pekan aonang atau aonang. dorg tau la nak drop awak kat mana. along the roadside tu mmg banyak agent yang jual pakej island hopping ni. tinggal lg nak pilih je. Hotel saya tak dekat dengan pantai. mmg saya pilih taknak dekat dengan pantai. tp hotel sy landed. ada halaman dan sangat tenang.

      Delete
  15. Hi sis..nak tnye klu toileterist n makeup set blh hand carry tak? Pastu klu nama kat boading pass xde bin/binti tp kat paspot ada blh jd isu tak? Dgr2 apot kat krabi strict..

    ReplyDelete
    Replies
    1. toiletries yang liquid blh je hand carry tp amount kena less than 100ml kalau tak silap. kena check dgn aa website k. Ala takat shower gel, syampu dan ubat gigi, beli kat 7/11 kat sana je. Yang saya ingat, powerbank wajib hand carry tak boleh check-in. ttg nama tak boarding pass vs passport ni, saya tak pasti la. maaf.

      Delete
  16. Hi sis, saya nak tanya..perkhidmatan tuk tuk tu memang banyak ke..termasuk dekat dengan hotel sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Tuk tuk is everywhere in Aonang. Deorang mmg tunggu dan pelawa pelancong. Kami pernah guna tuktuk dari Aonang ke Masjid Al Munawwarah sebab nak makan malam n shopping kat sana.

      Delete
  17. Time mandi Kat laut tu segala barangan penting letak kt mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. barang penting: passport, kunci hotel, kamera, phone semua letak dlm satu bag je. kita akan naik bot in small group. so masa mandi tu letak je dalam bot sebab ada je orang dlm bot. kalau turun ke pantai mcm utk lunch ke, kena bawaklah.

      Delete
  18. Travel iron baju blh hand carry ke nk kena cekin luggage jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya tak sure ttg ni…Saya pi Krabi bawak baju and tudung ironless je sebab taknak buang masa menggosok baju. Nak maximize masa berjalan n tgk tempat orang je. Boleh check dgn air asia lah kut, tgk barang apa yang boleh hand carry apa yang kena check-in..

      Delete
  19. Salam hye sis,sis sy nk gy bercuti berdia dgn kezen pompuan sy ke krabi selamat x? And sy nak tanya mmg semua hotel kat booking.com yg ada nama Aaonang tu dekat ke untuk ke street yg sis kata ada jual pakej pe semua tu? Saya takut tersalah pilih hotel

    ReplyDelete
    Replies
    1. I personally can say YES it is safe. Tapi kena la jugak take precaution okay. Kalau nak tahu dekat ke tak dengan pekan, boka Booking.com. pada setiap nama hotel, dia akan mention berapa jarak dari centre (iaitu Pekan Aonang) Awak boleh agak dari situ. Ada yang 250m je, means sangat dekat tp takut awak tak selesa sebab bising. Hotel saya dulu 950m dari Aonang. Kena jalan sikit lah tapi percayalah tak penat n tak sedar pun awak jalan jauh sebab pemandangan n environment berbeza akan buat kita ralit tgk sekeliling.

      Delete
  20. hi sis , boleh tak bagi nama kedai sis beli pakej 4pulau tu ? sbb sy nak pergi lusa ni , tp pakej island hopping tak cari lagi, berbaloi beli online atau beli dekat sana ja ?

    ReplyDelete
  21. Hi. Nama kedai OMG tak pasti. Resit dah tak ingat letak mana. Tapi kat sana memang banyaaaaaak sangat ejen y jual pakej pulau ni n insya allah semua pun reliable. I advice you utk beli kat sana. boleh communicate direct dgn dorg. kadang kalua pandai goreng dapat la diskaun 100-200 bath~ (+- rm10-20) masa saya pg tu

    ReplyDelete
  22. tetibe kagum tgok dhiya reply semua comment.hahahahaha..power2..by the way..hotel yg u booking tu..booking brp hr sebelum ek?sbb sy plan nak p krabi next bulan 3..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kenaaaaa respond semua, kalua tak nanti org cakap 'entri tak membantu sgt pon~!' hahha btw saya book 2 bulan sblm pergi. Kalau nak pergi during peak season (bulan 3 kan ada cuti sekolah), better book awal. Sebab orang Malaysia ramai pergi sana bawak family. takut hotel penuh nanti tinggal hotel yang tak best

      Delete
  23. ada jual kad telco x di krabi? harga? line ok x?

    tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jual dekat airport. Tapi kami tak beli pun. kami guna wifi kat bilik je. so saya tak pasti ttgh harga dan line. maaf ya

      Delete
  24. as salam dhiya. island hoping 4 pulau tu disediakan makanan kiranya dah termasuk dlm pakej la ye? bukan kite dikenakan bayaran utk makanan lagi ye? Terima kasih.

    ReplyDelete
  25. Salam.. Klu time nk pergi kt klia baggage kita xlebih dari 7kg.. Tpi saiz bag tu besar.. Perlu bayar ke utk bag?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Cuba cek website Airasia. 7kg bag dan beg tu ada size dan ukuran y dah ditetapkan. kena bayar ke tak, tu saya tak pastu.

      Delete
  26. Salam sis. Nk tny kalau bawak budak 2yr, berbaloi x pegi 4 island and 7 island tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 year...boleh la.2 y/o pun dah pandai impress kalau tgk bird, fish etc etc...tp kena perhati manjang. tak boleh terlepas pandang. Budak kan~

      Delete