Farm Ville Cafe & Homestay- Sekinchan


Bismillah

Bulan 11 haritu kami sepakat untuk ke Sekinchan, meraikan bibik dan dua orang adik ipar saya. Bibik tu nak balik bercuti ke Indonesia manakala salah seorang ipar saya pula baru saja menamatkan pengajian sarjana mudanya.

Kami memilih untuk menginap di Farm Ville CafĂ© & Homestay Sekinchan. Kalau yang belum tahu, Farm Ville Cafe & Homestay ni adalah berkonsepkan hotel yang diperbuat daripada kabin yang terletak di tepi sawah. 
Bab-bab booking ni memang selalunya saya punya bahagian lah. Tapi memandangkan saya pun memang enjoy buat kerja ni, saya ok je. Tak susah pun nak berhubung dengan pihak Farm Ville Cafe & Homestay ni. Saya buat tempahan melalui WA pada nombor yang tertera saja. PIC yang berkomunikasi dengan saya pun sangatlah ramah. 
Dipendekkan cerita, kami ambil bilik Family Deluxe Room (tingkat bawah) pada kadar RM 168 semalaman. Ok lah tu sebab dapat tidur dalam kontena siap ada 2 katil king yang sangat selesa!

Perhatian: 2 katil besar tu memang tak ada partition. Jadi saya memang bertudung 24 jam melainkan kalau adik-adik ipar saya keluar. Tapi ok lah sebab budak berdua tu pun dah dinasihatkan oleh abang mereka untuk berpakaian sopan. Lagipun sebab tu suami saya insist nak bawa bibik jadi peneman saya.
Gambar ID yang saya ambil dari laman web mereka
Laman pemuka web mereka
Hotel ni tak ada dalam Booking.com tau. Jadi tempahan telah dibuat melalui nombor yang tertera tu: 017-2068666. 
Alamat:
Farm Ville Cafe & Homestay
Lot 11304, Kampung Site B Tambahan
Jalan Tepi Sawah, Sekinchan
45400 Sekinchan, Selangor


Basically kami memang spend masa berehat saja. Kami bersiar-siar di tepi sawah, bergambar dan dengar  bibik bercerita sambil bergurau senda.
Halaman depan hotel kabin ni ada tempat lapang ni untuk bergambar.
Malamnya kami ke Kelip-Kelip Kg Kuantan. 1 bot tu muat 4 orang, RM60 kalau tak silap. Saya tak minat dan takut juga. Jadi saya biarkan mereka berempat saja yang naik bot tu dan tengok kelip-kelip. Saya tunggu je lah~

Esok paginya kami bersarapan ala kadar saja. Yang selebihnya suami saya ada misi mencari mentarang. Mentarang ni hanya terdapat di kawasan Kuala Selangor dan Sekinchan ni sahaja. Kat Johor, kat Kuantan- Tak ada~ Harga berbeza ikut penjual, tapi julat dari RM18-20 sekilo. Mahal la jugak ni sebab mak saya cakap (mak saya orang sini), dulu sekilo RM5-6 je. Mak kata lagi, dulu masa susah, inilah makanan mereka. Tapi sekarang mentarang dah jadi makanan orang kaya. Hahhahaha!

Balik je hotel, sedang elok nak kena daftar keluar dah. Dipendekkan cerita, kami makan tengahari ala kadar je (memang nak buli budak-budak ni kasi lapar teruk). Lepas tu kami lepak-lepak di Pantai Remis sambil bakar mentarang tadi. Bibik pula sibuk menyediakan sambal kicap untuk cicahan mentarang tu.
Lama juga kami melepak di Pantai Remis tu. Sempatlah terlelap sambil dengar bunyi ombak. Bila dah nak masuk Maghrib, kami ke Medan Ikan Bakar Pantai Remis untuk makan malam. Memang sengaja buat budak-budak tu dan bibik lapar supaya mereka boleh menikmati makan malam ni. Huhu!
Makan untuk 5 orang, lebih kurang RM110 sahaja siap termasuk air. Murah dan sedap. Saya tengok adik ipar saya tersandar kekenyangan. Bibik pula dah marah-marah sebab makanan tak dihabiskan. Dia nak habiskan seorang memang tak mampu. Perut kecil katnya~

All in all, semua orang nampak happy. Kami ni tak mampu la nak bawak ahli keluarga berjalan ke tempat-tempat mewah sangat, fully sponsored lagi. Apa yang kami mampu, ini sajalah. Yang buat kami gembira bila semua orang nampak gembira dan ucapan terima kasih. Selebihnya kami cuma mohon doa agar kami terus dimurahkan rezeki dan boleh berkongsi kegembiraan dengan yang tersayang.

Sekali lagi, sesiapa yang nak cuba hotel kabin tu, boleh hubungi nombor tertera. Kalau nak pemandangan cantik, datanglah pada musim padi menghijau sekitar bulan Jun hingga Disember. Kami datang ni bulan November, waktu musim menuai tengah rancak. Memang boleh Nampak mesin padi bekerja. Hotel kabin ni ada pantri, kolam renang dan trampoline untuk kanak-kanak di tingkat atas kabin. Memang seronok!

Hope it helps. Enjoy!

1 comment