Bismillah
Amaran: Ini adalah entri panjang sebab cerita ni merangkap itinerari, cerita dan tips perkongsian. Siapa yang sungguh-sungguh nak pergi Pulau Tioman je akan habiskan pembacaan ni. Hahhaha!
Sebelum bercuti
Dua bulan sebelum bercuti, saya dah tengok tarikh yang sesuai, nak duduk mana, nak buat aktiviti apa dan macam-macam lagi dah mula fikir. Dua bulan, ya. Bukan minggu depan nak pergi, minggu ni baru nak terhegeh-hegeh. No no no!
Pulau Tioman ni ada beberapa kawasan tumpuan. Masa kami pergi haritu, feri hanya berhenti di tiga tempat ni saja walaupun dari apa yang saya baca sebelum ni, feri berhenti di beberapa kampung lain.:
1. Tekek: Pekan. Ada ATM, boleh nampak kereta, van, lori dan agak sibuk. Tapi kalau dah nama pergi pulau, mestilah nak tempat yang sunyi dan tenang kan?
2. Air Batang: Perhentian tengah antara Tekek dengan Salang. Pantai kat jeti tak boleh berenang. Tapi di kawasan ABC (Air Batang Chalet) boleh berenang dan snorkeling di pantai. Marine Park juga terletak di Air Batang, siap boleh pergi jalan kaki je. Di situ boleh snorkeling dan bagi makan ikan besar besar!
3. Salang: Kampung paling hujung dan perhentian terakhir feri. Pantai Salang landai dan cantik. Boleh berenang depan Chalet je. Cuma sibuk sikit sebab banyak bot teksi di pantai sebab Salang ni memang pilihan utama pelancong. Hotel sentiasa penuh.
Macam biasa, kami menempah hotel melalui Booking.com. Asalnya memang nak menginap di Salang sebab banyak review cakap best. Tapi memandangkan kami pergi masa cuti umum (Awal Muharam), kami dapat bayangkan Salang akan jadi sangat sibuk dan ramai orang, sedangkan kami cuba nak cari tempat sunyi dan tenang. Akhirnya kami buat keputusan untuk menginap di Tioman Restu Chalet di Air Batang atas beberapa sebab, antaranya:
a. Air Batang sedikit terlindung dengan pokok-pokok. Suasananya teduh, banyak pokok rendang yang menghijau. Laluan dari jeti ke chalet pun macam lorong dalam taman je.
b. Kebanyakan chalet di Air Batang terletak di pinggir pantai dan tak akan masuk jauh ke dalam sangat. Jadi kebarangkalian untuk dapat chalet depan pantai dengan pemandangan pokok-pokok yang rendang, angin yang sepoi-sepoi bahasa sangatlah tinggi.
c. Kebanyakan chalet boleh sampai dengan jalan kaki sahaja dari jeti. Berjalan pun tak akan letih sebab laluan dia macam dalam taman sambil dijamu dengan pemandangan kampung yang sangat indah
Hari Pertama
Kami bergerak ke Jeti Tanjung Gemok Rompin jam 11 malam Khamis 21 September 2017. Kenapa Jeti Tanjung Gemok sedangkan boleh juga ke Pulau Tioman Melalui Jeti Mersing?
Begini ceritanya:
Walaupun kami dah buat tempahan chalet seawal dua bulan sebelum tarikh pergi, tapi kami tak tahu yang tiket feri juga perlu ditempah jika pergi dalam waktu puncak. Mujurlah saya tergerak hati untuk call Jeti Mersing untuk tanya availability tiket. Bukan main terkejut lagi sebab pekerja Bluewater Express (servis feri yang bawa pelancong ke Pulau Tioman) beritahu yang tiket pada tarikh kedatangan kami dah habis. Tapi pekerja tu beri saya nombor telefon Jeti Tanjung Gemok Rompin untuk tanya availability tiket dan buat tempahan.
Mujurlah tiket dari Tanjung Gemok masih ada. Jadi saya buat reservation melalui telefon.
(Lesson: Buat tempahan tiket feri juga. Jangan ingat tiket feri ke Pulau Tioman boleh beli macam tiket LRT ya!)
Cara tempahan:
1. Tempahan melalui telefon, Bluewater Jeti Mersing: 07-7994811
2. Tempahan melalui telefon, Bluewater Jeti Tanjung Gemok: 09-4131362
Ok berbalik kepada cerita perjalanan kami. Kami sempat tidur dan makan sekejap di R&R Gambang sebelum keluar Exit Gambang untuk menghala ke Rompin. Perjalanan selepas itu agak mencabar sebab kami melalui jalan kampung, dalam keadaan masing-masing penat dan mengantuk. Sobs!
Tapi Alhamdulillah kami sampai ke Jeti Tanjung Gemok pada jam 6 pagi. Selepas solat subuh, saya pun beratur dan suami saya mencari tempat letak kereta. Punyalah ramai orang. Yang dah buat booking ke, beli on the spot ke- Semua kena beratur. Panjang pula tu. Terasa macam tak efisyen juga. In the end, bila dah dapat tiket, tak ikut pun waktu berlepas yang kita tempah tu. Kita akan diberi boarding pass berwarna dan kemudian tunggulah pengumuman panggilan masuk ke dalam feri mengikut warna boarding pass tu. Tapi mujurlah waktu menunggu tak lama. Instead of feri pukul 7 pagi, kami bergerak pada jam 8 pagi. Tapi menurut pekerja di situ, pergerakan feri pun bergantung kepada pasang surut air dan cuaca. Mujur sangat cuaca selama perjalanan kami sangat baik tanpa setitik hujan pun.
|
Boarding pass warna biru, seat nombor 69. Feri waktu pergi memang ada nombor. Tak boleh main duduk je tau. Harga: RM70 seorang (dewasa, untuk pergi balik) |
|
Pemandangan sewaktu sedang beratur untuk masuk ke dalam feri di Jeti Tanjung Gemok |
Perjalanan dengan feri Bluewater dari Jeti Tanjung Gemuk ke Pulau Tioman memakan masa 1.5 ke 2 jam. Sempat jugalah tidur sebab feri bergerak smooth je tanpa rasa gelombang kuat, mungkin sebab cuaca yang baik.
Sewaktu sampai, pekerja feri akan buat pengumuman di setiap jeti. Jadi kena alert dan tahu kita nak berhenti di mana. Jarak dari satu jeti ke satu jeti yang lain tak lama pun, dalam 5-10 minit perjalanan saja. Jadi jangan tidur lah sebab dah nak sampai!
|
Jeti Kampung Air Batang, Pulau Tioman |
Alhamdulillah kami sampai di Jeti Air Batang, Pulau Tioman lebih kurang jam 10 pagi. Cuaca baik, pemandangan Masya Allah cantik. Lama juga kami duduk di jeti tu untuk melihat-lihat sekeliling sambil memberi ikan makan di jeti. Campak je roti, bukan main kerumun lagi. Macam tu agaknya cara mereka welcome kami :)
Bila dah hilang penat, kami mula berjalan menuju ke chalet. Perjalanan kami melalui lorong kecil yang diturap dengan simen. Di kiri kami adalah pantai dan di kanan kami adalah deretan chalet yang berbeza-beza pemilik. Ada juga gerai-gerai makan dan juga pusat latihan menyelam. Banyak pokok mangga yang rendang dan sedang berputik lebat. Ada yang boleh dicapai dengan tangan.
Orang Air Batang juga sangat peramah. Kadang kadang ada motorsikal tayar tiga lalu membawa tangki oksigen ke jeti untuk pelancong yang ingin menyelam dan kita kena beri laluan. Mereka akan senyum dan ucap terima kasih. Mereka juga rajin menegur dan bertanya nak ke chalet mana dan siap tunjuk lagi arah awalaupun jalan sepanjang chalet tu lurus je. Nampak tak baiknya mereka?
|
Pemandangan sepanjang perjalanan kami untuk ke chalet. Bumbung yang anda nampak tu adalah bumbung jeti. |
Sebaik sampai di chalet yang ditempah, sudah ada host menunggu. Dia yang memperkenalkan dirinya sebagai Nisa yang uruskan daftar masuk kami. Jam 11 pagi, kami dah dapat masuk ke chalet. Chalet kami terletak di atas bukit, jadi pemandangan kami lebih indah sebab nampak laut yang luas dan angin yang kuat. Since saya sudah tidak tidur lebih 24 jam sejak semalamnya (sebab aktiviti tempat kerja yang ke Gua Tempurung tu), terus tersadai atas katil tertidur tak sedar apa dah!
|
Bilik kami. Katil selesa. Kelengkapan basic, tapi lengkap siap ada tuala. Tu yang paling penting sebab nama kata nak bawa dari KL letak dalam beg, memang beratlah feri! |
|
Ups sorry gambar tandas. Saja nak bagitau yang chalet kami ni lengkap, bersih dan sangat strategik. Nak cari makan pun tak susah. |
|
Beranda chalet kami. Siap ada dua kerusi dan menghadap laut. Angin kuat tak kira waktu. Masya Allah indahnya! |
|
Pemandangan dari beranda chalet kami. Macam yang saya cakap tadi, chalet kami terletak di atas bukit, tapi masih walking distance dari jalan utama. Bumbung merah yang anda nampak tu adalah chalet jenis lain. Ada yang ada pendingin hawa. Tapi kalau dekat sangat dengan jalan, bising sikit sebab motor lalu lalang. Huhuhu~ |
Hari pertama kami di Pulau Tioman sebenarnya baru bermula. Dalam pukul 3 petang macam tu, kami mula untuk berjalan dan merayap. Bayangkanlah. Tengahari rembang macam tu pun kami redah je sebab memikirkan peluang dan masa yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Dari hotel kami tu, kami berjalan balik ke arah jeti untuk bergambar sebab masa tu jeti tengah kosong. Kemudian dari jeti tu pula kami ke arah kanan menuju Marine Park (walaupun tak sampai ke sana) saja-saja untuk ambil gambar.
Petang tu memang kami bergambar sesaja. No one bother us. Pulau Tioman tu kami yang punya. Oh ya. Lupa nak kongsikan: Selama kami di Air Batang, tak ramai orang Melayu di sini. Kalau ada pun merpati sepasang macam kami juga. Sebab orang berkeluarga kebanyakannya ramai di Salang atau Tekek sebab lebih banyak kemudahan mungkin. Mesej nya, kalau nak berbulan madu, Air Batang adalah tempat terbaik sebab tak ramai orang!
|
Jeti Kampung Air Batang. Ini pemandangan dari jeti. Dari jeti ini, kalau ke kiri anda akan menghala ke ABC iaitu chalet paling hujung di kawasan tu, dan juga chalet kami, Tioman Restu. Kalau ke kanan, anda menghala ke Marine Park Pulau Tioman sambil terdapat deretan chalet di sepanjang pantai. |
|
Gambar waktu air tengah surut. Kalau air pasang, batu batan tu tak akan kelihatan. |
|
Berani? Kelapa atas pokok RM10 sebiji. Entah ada air entah tidak~ |
Selepas puas, kami berpatah balik dan menuju ke ABC chalet. ABC chalet ni sebenarnya chalet yang paling hujung di bahagian kiri Kampung Air Batang (dari jeti, belok kiri). Depan ABC tu ada pantai yang landai dan boleh mandi manda dan juga snorkelling. Memandangkan air masih surut, sekali lagi kami hanya bergambar sajalah. Lagipun baru hari pertama. Esoknya kita akan main air sampai jenuh~
|
Pemandangan dari pantai landai depan ABC chalet. Bumbung biru yang anda boleh lihat tu adalah kawasan chalet ABC. |
|
Ehem |
Siang hari pertama kami sudah berakhir. Alhamdulillah. Malamnya kami makan malam di gerai makan milik Johan's Place (chalet dekat dengan chalet kami je). Makan ala kadar je sebab nak rehat. Oh ya, harga makanan di Pulau Tioman ni agak mahal. Anda perlu tahu kenapa :P. Walaupun kami dah tahu dan ada bawa makanan sendiri, tapi suami saya ni jenis pemakan dan suka mencuba. Jadi dia tak berkira sangatlah makan di Pulau Tioman walaupun harganya agak mahal.
Selamat malam Pulau Tioman. Jumpa esok, dengan cabaran baharu!
Hari Kedua
Lepas solat subuh, kami dah duduk di beranda chalet. Masya Allah indahnya pemandangan pagi. Bunyi ombak dah memanggil-manggil kami untuk turun ke pantai pagi tu walaupun aktiviti kami hanya akan bermula pada jam 10 pagi.
Kami akhirnya keluar juga untuk mencari sarapan (walaupun ada je bawa roti dan tuna sendiri). Beberapa meter dari chalet kami, ada orang kampung yang menjual nasi lemak dan nasi dagang untuk juadah sarapan. Rasa nasi lemak dan nasi dagang Tioman sedap lah juga (atau kita sebenarnya yang craving makanan rutin ni~)
|
Nasi lemak lauk ayam: RM5. Ok je kan? Sedap pun sedap sebab rasa sangat santan dia tu. Nasi lemak KL kan nasi putih biasa je~ |
Kami makan di tepi pantai berdekatan dengan Restoran Hijau. Masa tu orang pun tak bangun lagi dan banyak kedai pun masih belum beroperasi. Jadi kami bolehlah tumpang tempat duduk mereka untuk bersarapan sambal menikmati pemandangan pagi.
Selepas sarapan, kami duduk sambal bergambar di kawasan yang dalam gambar ni. Tiba-tiba macam perasan ada orang 'menyibuk' bawa Go-Pro dia juga di kawasan kami tengah berdating tu. Tengok-tengok, 'ehhhh macam kenal~' Subhanallah rupanya dia adalah kawan universiti kami, satu fakulti dengan kami dan satu course dengan saya!
Katanya: "Keciknya dunia. We are all coming from KL but we met here. Punyalah banyak tempat kat Pulau Tioman ni, kenapalah Air Batang. Oh D, you married to a guy whom I know him very very well! Tak sangka korang kawin! Hhahahahahah"
After a long chit-chat, we dismissed sebab dah nak bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya: Splash the water and get tanned!
Sebenarnya di Pulau Tioman ni banyak sangat servis yang boleh bawa anda menikmati keindahan alam. Harga selalunya standard sebab mereka tak perlukan persaingan. Macam kami, kami terus berhubung dengan Nisa, pilih pakej mana yang kita nak dan dia akan uruskan semua. Senang hidup!
Kami ambil pakej RM85 di mana kami dibawa ke beberapa tempat sekitar Pulau Tioman dengan menggunakan bot laju dan kami boleh menjalankan aktiviti snorkelling. RM85 tu dah termasuk semua peralatan snorkelling, tapi tak termasuk perbelanjaan makan.
Antara destinasi kami adalah Pasir Panjang, Teluk Genting, Batu Malang (kemudian rehat dan makan tengahari selama 1.5 jam di Salang) sebelum ke Pulau Soyak dan Monkey Bay sebelum pulang.
|
Bunting tentang pakej yang ditawarkan. Destinasi tu tak tetap. Bergantung kepada host. Kena tanya dengan mereka ok |
|
Menunggu bot laju yang akan membawa kami. Kami bernasib baik sebab bot kami hanya ada 6 orang saja. Dua orang dari German dan lagi dua orang dari Johor. Mudah kerja abang bot, mereka pun semuanya mesra. |
|
Pemandangan di Coral Beach atau Pasir Panjang. Ya Allah cantik betul tempat ni, rasa macam dalam lukisan je! |
|
Kalau tak silap, ini adalah Teluk Genting. Saya tak turun sebab masih takut. Ya, saya memang penakut air macam yang saya cerita dalam entri Gua Tempurung tempoh hari. |
Tapi saya kuatkan semangat terjun juga di Batu Malang sebab tak tahan kena cabar dengan suami saya. Dalam pada takut-takut ni, beranikan juga diri tengok ke dalam air. Ada bahagian jurang dalam dan batu karang yang sangat besar. Saya jadi takut. Tapi ada tempat yang batu karang dia cantik-cantik dan tidaklah dalam sangat, sambil ikan-ikan datang mengelilingi sebab ada bawa roti sebagai umpan. Ha masa tu dah seronok dah!
|
Pemandangan di dalam laut. Masya Allah, Subhanallah! |
Kami makan tengahari di Salang dan berehat di situ selama sejam setengah. Betullah tekaan saya. Salang kelihatan sangat sibuk dan padat dengan orang. Kata abang bot, ada kenduri kahwin juga pada hari yang sama. Jadi dapat bayangkan tak betapa sibuknya jeti salang dengan pelancong pada hujung minggu ditambah dengan tetamu kenduri kahwin? Kami rasa bersyukur sangat sebab tak menginap di Salang . Huhu!
Tapi dalam tempoh 1.5 jam tu kami enjoy jugaklah Salang sambil bergambar sakan. Tak dinafikan pantai Salang memang cantik cuma kami nak avoid crowd.
|
Inilah chalet yang terbiar tu. Katanya dah dekat 20 tahun tak dihuni. Buat dan bina, tapi tak dapat kelulusan untuk beroperasi. Sayangkan? Kata abang bot, kalau rasa nak bajet, taknak keluar duit untuk hotel, bolehlah tidur hotel ni sebab percuma je. Tapi rasanya satu malam je tahan kut. Hhahahahaha! |
|
Pantai Salang |
|
Menu makan tengahari kami. Harga jangan tanya. Tapi goreng-goreng begini, di waktu tengahari boleh cecah belas-belas ringgit. |
Selepas makan tengahari, kami berjalan-jalan di sekitar Kampung Salang sambil tengok keadaan sekeliling. Pada pendapat peribadi saya, Salang memang cantik, tapi padat. Sebaik sampai dekat dengan kawasan kenduri kahwin tu, kami berpatah balik ke pantai. Nanti kena iring masuk ke majlis, payah pula~
Tamat 1.5 jam, kami ke Pulau Soyak. Di sana saya bersnorkelling boleh tahan sakan juga. Mungkin sebab dah seronok dan dah kenyang sampai tak ada gambar. Hahahah! Tapi tak apalah. Destinasi terakhir kami adalah Monkey Bay tapi Monkey Bay tak boleh snorkelling sebab airnya tak jernih dan banyak monyet.
Hampir jam 4 petang, kami akhirnya tiba di tempat di mana kami bermula pagi tadi. Penat, tapi seronok. Hajat di hati nak ke Marine Park terus, jalan kaki je. Tapi memandangkan kami belum solat jamak qasar, kami balik ke bilik dulu solat dan turun balik untuk ke Marine Park dalam pukul 5 petang.
Marine Park
Kami berjalan kaki saja ke Marine Park ni. Patutlah dalam pakej RM85 tadi tak ada itinerari ke Marine Park sebab sesiapa yang menginap di Tekek dan Air Batang, Marine Park boleh diakses dengan berjalan kaki atau berbasikal sahaja.
Perjalanan mengambil masa 20 minit berjalan kaki. Tak penat manalah sebab leka melayan pemandangan yang sangat indah. Memandangkan kami masih ada semua kelengkapan snorkelling tadi, jadi kami tak perlu sewa apa-apa di Marine Park. Jimat duit sebab satu jaket je dah RM8. Itu belum mask dan fin lagi.
|
Marine Park, pemandangan dari jambatan biru dari Air Batang |
Hari dah petang. Jadi jangan buang masa. Terjunlah! Di Marine Park ni anda boleh tengok ikan yang besar-besar belaka. Ikan-ikan ni juga sangat gelojoh kalau dijamu dengan roti. Kalau lambat, boleh jadi kita dihurungnya pula.
|
Ikan-ikan gemuk di Marine Park :) |
Sebenarnya Marine Park ni masih dalam proses pembinaan jeti dan pelantar yang lebih sempurna. Apa yang anda lihat di atas adalah jeti sementara untuk
snorkelling. Jeti sementara ni agak bergoyang kalau ombak kuat atau ada bot besar lalu. Jadi anda mungkin akan berasa pening sikit.
Dah nak dekat azan Maghrib, kami pun balik. Nampaknya hari kedua kami sudah berakhir dengan pengalaman yang sangat menyeronokkan!
Hari Ketiga
Feri pulang kami adalah pada jam 9 pagi. Kata Nisa, kena ada di jeti sejam sebelum pukul 9. Nak dijadikan cerita, dalam keseronokan kami bercuti, di sinilah kami diuji. Feri yang dijanjikan tak kunjung tiba. Katanya kerana tak boleh keluar dari jeti Tanjung Gemok sebab air di sana sedang cetek.
Kami menunggu hingga pukul 3 petang, barulah ada feri datang. Itu pun dengan orang yang ramai, kecoh jugalah orang ramai siap berebut-rebut nak masuk ke dalam feri. Memang kenangan pahit jugalah sebenarnya. Dahla penat, panas, lapar segala. Feri pulak tak ada. Kalau tak sabar, memang boleh buat gaduh tau~ Nampaknya lepas ni kena cuba Cataferry lah~ Ehhhhh! (Cataferry ni feri mewah dan besar. Harga lebih kurang RM160 seorang)
Selepas dua jam perjalanan, kami akhirnya sampai ke Jeti Tanjung Gemok dengan selamat pada jam 5 petang. Selepas solat, kami terus ke kereta yang diparking di kawasan parking jeti dan membayar parking fee sebanyak RM36 untuk 3 hari 2 malam. Kira ok lah kan. Orang yang jaga parking tu siap verify kereta kita dengan kad pengenalan pemandu.
|
Terima kasih, Jeti Tanjung Gemok! |
Since tak sempat nak ambil gambar jeti masa datang hari tu sebab subuh gelap dan kelam kabut, kita snap je lah masa nak balik. Dalam terminal tu ada juga kedai cenderamata Tioman (kalau tak sempat ke Tekek untuk membeli apa-apa untuk dibuat buah tangan).
All in all, Tioman adalah pengalaman yang paling indah untuk saya. Masa suami saya sebut Tioman, saya hampir cakap 'impossible' sebab macam tak mampu nak uruskan booking (booking memang selalu saya yang buat. Suami saya selalu in charge bab makan), risau nanti dapat hotel yang entah apa-apa, jauh dan banyak lagi alasan.
Sedikit tips untuk ke Pulau Tioman
1. Buat tempahan hotel dan feri lebih awal. Rancang percutian anda.
2. Minimumkan barang yang dibawa. Kalau setakat 3 hari 2 malam, tak payah bawa luggage yang besar tu. Susah nak bawa masuk feri.
3. Kalau bawa anak, cukupkan keperluan dia. Mak apak cuba minimumkan barang. Ini tak, saya tengok teddy bear pun bawak. Adoilaaaa~
4. Makan mudah kat sana. Tapi kalau di kedai-kedai runcit atau gerai, harganya agak mahal. Jadi dinasihatkan bawalah makanan sendiri.
5. Bawa keperluan ubat yang cukup. Ubat mabuk laut, ubat pening, minyak kapak, minyak angin, Panadol, minyak gamat dan apa-apa yang dirasakan perlu
6. Kalau duduk selain dari Tekek, pastikan ada ada wang tunai yang cukup. Kalau tak, sepasal pulak nak ke Tekek semata-mata nak cari mesin ATM. Urusniaga di sana guna tunai. Tak boleh guna kad debit untuk bayar RM85 tambang coral trip atau check in hotel~
Betullah, luas perjalanan banyak pengalaman. Kami memandu balik meninggalkan Jeti Tanjung Gemok dengan seribu kepuasan menghala ke rumah emak sebab tak larat nak memandu terus ke KL. Mujurlah ada rumah mak untuk transit satu dalam dan mujurlah memang kami dah ambil cuti tahun pada keesokan harinya (25 September) sebab memang dah tahu akan penat punya.
Terima kasih cinta, terima kasih kenangan. Moga kembara kita membawa berkah dan mengajar kita erti hidup.
Salam sayang,
Dhiya Dahlia