Closing Sale AEON Mahkota Cheras


Bismillah

Sehari selepas Closing Sale AEON Mahkota Cheras diumumkan, kami ke sana untuk tengok-tengok apa yang patut. Tapi dalam hati memang dah niat nak beli comforter untuk bilik tidur kami.  

Sesampai je di sana, kami tengok ramai sangat orang di bahagian dalam AEON tu. Saya tak masuk pun sebab bedding sale semua di bahagian luar pintu AEON dan saya pun terus ke bahagian yang saya nak saja. Alhamdulillah dapatlah Novelle comforter set pada harga yang agak murah (sangat murah dan berbaloi!)

Sebaik buat bayaran, kami nak cuba-cubalah masuk ke dalam. Nak juga tengok apa yang murah sangat memandangkan katanya dah nak tutup sangat dah AEON ni...
Tapi apa yang kami lihat dan alami sangat mengejutkan.

Rak pakaian bayi yang bersepah. Bayi tak buat sepah, mak bayi yang buat sepah~
1. Orang sangat ramai. Mereka membongkar pakaian yang dilonggokkan dalam display basket dengan rakus. Pakaian yang mereka bongkar itu pula dibiar dan ditinggal begitu saja kalau mereka tak mahukannya. Ada mak ayah yang berebut di rak pakaian bayi dan menyarungkan pakaian dan mengacu di situ juga.

2. Orang ramai macam boleh buat sesuka hati macam tak ada etika. Memang dah tak ada sale person yang nak assist sebab mereka pun macam nak let go everything and let people take and pay whatever they want. Tapi tak bermakna kita sebagai pembeli boleh buat sesuka hati

3. Saya pergi ke bahagian kasut dan sangat sangat terkejut. Kotak kasut bersepah di atas lantai sampai nak berjalan pun susah. Ada yang berisi kasut, ada juga yang kosong dan kasutnya entah ke mana. Lagi teruk, kebanyakan kasut di situ dah bercampur aduk jenamanya dan tak lengkap kiri dan kanannya. Bersepah sangat. Who did this?
Apabila saya dapat sepasang kasut POLO yang lengkap, saya cuba tanya sale person akan harganya, saya boleh cakap yang harganya taklah murah sangat dan rasanya masih dalam range harga POLO . What I expect before was POLO shoes boleh dapat harga RM30+- (mustahil sebenarnya).

4. Harga barang yang dijual tak semua murah dan discounted SEBENARNYA! Branded items masih mengekalkan range harga asal mereka. Hanya barang-barang tertentu sahaja yang ditawarkan murah.

Malaysians are sick! Dengar je sale, dengar je discount, terus jadi uncivilized. Saya tak lama pun di situ sebab tak dapat nak membeli. Lagipun memang tak aim apa-apa pun melainkan comforter sahaja. Cuma nak cakap yang saya sangat terkejut tengok attitude orang Malaysia yang berebut-rebut di pusat membeli belah hanya kerana SALE. Itu apa yang saya lihat sewaktu sale masih baru. Saya tak pasti apa yang jadi dengan AEON tu sekarang. Saya harap keadaanya tersusun dan pekerja mereka tenang.
Tak salah kalau nak membeli waktu harga murah. Saya cuma tak berapa setuju dengan sikap kita yang gelojoh dan berebut rebut tu saja. Malu~
Hidup kita bulan susah macam kat Rohingya sampai kena berebut.

So Malaysians and nearby folks, please behave!

*Baru baca pasal kemudahan MRT yang telah 'dirogol' vandalisms tak sampai seminggu beroperasi.  Haih...

Dhiya 

3 comments

  1. memang pun..masa sebelum raya aritu pegi aeon shah alam, mcm biasa brands outlet mmg biasa buat sale..menyampah lak rasa nak cari seluar husband bila diorg longgok2 seluar yg ada..

    ReplyDelete
  2. sama macam kes pinggan mangkuk lawa kat CM tu kan. punyalah ramai org cakap. mujurlah saya tak minat sgt benda2 berebut ni. tengok dari luar pun dah rasa malu amat nak berebut~

    ReplyDelete