Bismillah
Sudah masuk minggu ketiga bekerja. Akibat bercuti hampir dua minggu (campur cuti raya, Sabtu Ahad dan cuti tahunan yang diambil), momentum kerja untuk minggu pertama memang ke laut! Mujurlah 2 hari pertama bekerja tu saya tak perlu masuk ke pejabat sebab ada kursus di luar. Kalau tidak, mau saya tidur je dalam pejabat~
Hujung minggu kami pun tak ada rumah terbuka sangat untuk dihadiri. Kami lebih banyak berada di rumah, get back on track, dan uruskan kehidupan macam biasa. Makan pun banyaknya menu biasa-biasa saja. Jenuh dah rasanya makan rendang ketupat bagai. Teringin pula pada ikan masin dan sambal belacan.
Julai ini saya sangat sibuk dengan urusan kerja. Saya ada dua event besar minggu depan dan hujung bulan ini masing-masing. Kalau diikutkan penat, memang penat. Tapi saya bertahan jelah sebelum kami akan bercuti sekali lagi hujung bulan ini sempena ulangtahun perkahwinan!
Hal kerja ni memang kena fokus lebih sebab kami tak cukup orang sekarang. Saya sendiri pun ada menanggung tugas orang lain. Didoakan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Raya kami meriah, Alhamdulillah. Dalam pada kalut berkejar ke sana ke mari atas banyak sebab pun, kami masih boleh enjoy raya walaupun agak penat. Tapi raya kan setahun sekali je. Jadi tak apalah penat sikit pun. Untuk yang tak tahu, tahun ni kami beraya di Pahang (kampung saya) dan kemudiannya balik ke Johor (kampung suami) pula.
Insya Allah kami akan balik ke Pahang sekali lagi hujung minggu ini untuk closing raya. Saya sangat rindukan kampung. Raya haritu tak sempat bermanja sangat sebab sibuk.
Insya Allah kami akan balik ke Pahang sekali lagi hujung minggu ini untuk closing raya. Saya sangat rindukan kampung. Raya haritu tak sempat bermanja sangat sebab sibuk.
Esok saya akan ke Pulau Pinang untuk dua hari. Khamis kami ada sambutan hari raya di pejabat. Jumaat saya tak mahu buat apa-apa kecuali balik ke kampung!
Insya allah banyak sangat nak ditulis. Tapi kekangan masa ini sangat sukar untuk diatasi.
Semoga berjumpa lagi, Insya Allah.
Salam sayang,
Dhiya
Semoga berjumpa lagi, Insya Allah.
Salam sayang,
Dhiya
No comments