Bercuti di Golden Sands Resort by Shangri-La





Bismillah

Destinasi terakhir percutian di Pulau Pinang, kami mendaftar masuk dan bermalam di Golden Sands Resort by Shangri-La, Batu Feringgi.

Batu Feringgi ni macam hidden gems of Penang. Punyalah jauh sebab kami dari bandar. Tapi demi sebuah tempat yang dikatakan cantik, kami sabar jelah. Jalan pun lereng bukit, tepi gaung, bawah laut. Tapi cantik. Tak boleh cakap banyak.

Sampai je di hotel, saya boleh nampak biasa lagi. Bilik yang menghadap jalan memang dapat pemandangan jalan yang sesak dan kedai-kedai macam kat Yusong (tempat mastautin kat Korea dulu).
Image result for golden sands by shangri la
Sementara tunggu daftar masuk, kami menunggu di foyer. Masa tu dah boleh nampak kolam renang yang sangat happening tu. Erm...Boleh tahan juga, ni!
Proses daftar masuk tak berapa menggembirakan saya. Orang ramai. 5 bilik kami, hanya 2 yang tersedia. Jadi kami tumpang dulu bilik adik kerani suami saya tu, rehat-rehat, duduk-duduk. Tapi awkward lah. Kesian sebab dia tak boleh nak freestyle dengan suami dia. Kami pun tak boleh la nak bergolek sangat walaupun bukan main penat lagi.

Kami hanya dapat bilik kami sejam selepas tu. Sabar jelah. Tapi housekeeping keep on say sorry dan nampak kelam kabut. Ada seorang kakak housekeeping ni cakap, orang ramai. Mereka tak menang tangan. Tak apalah. saya faham. Things deal with service, these are the risks.

Masuk je bilik, kami tak fikir apa dah. Bantai tidur dulu. Overall bilik sangat puas hati. Cuma semua bilik kami menghadap jalan yang macam Yusong tu. Bilik yang menghadap kolam renang dan laut tu siap ada koridor dan haruslah lebih mahal dan kebanyakannya dihuni oleh orang asing.
For the king and queen :p
Tandas takde hose. Haih~!
Ice machine di hujung aras kami. Tak faham kenapa kena ada ice machine ni. Untuk mandi ais barangkali. Tapi kemudahan ni bagus juga untuk yang teringin minum sejuk dalam bilik yang sejuk. Entahlah~
Bangun je tidur, kami bersiap untuk aktiviti air. Mak-mak budak ni bukanlah seronok mana. Tapi sengaja meraikan anak-anak staf lain. Kolam renang hotel ni ada banyak, bergantung kepada kedalaman. Jalan ke depan sikit, dah boleh sampai pantai. Pantainya pun cantik dan ada banyak aktiviti juga.
Petang tu, kami berendam dalam air bukan main sakan lagi. Kemudian kami ke pantai untuk bermain bola tampar sehinggalah hujan. Sebaik hujan reda, kami berendam dalam kolam sekali lagi sebelum balik ke bilik hotel.
Tempat rehat sekitar kolam renang
Sunbathing chair yang menghadap laut.
Personally, Golden Sands Resort by Shangri-La ni sangat ekslusif. Bilik hotel cantik, kawasan cantik, pantai cantik, makan sedap (hah, makannnnnn je!). Harga pun haruslah sama ekslusif. Tapi Alhamdulillah percutian ini ditaja. Kalau kena guna duit poket sendiri, memang tak kan merasalah kami hotel ni.Huhuhu!
Pemandangan bangunan hotel dari kolam renang. Inilah bilik-bilik hotel yang menghadap laut yang saya cakapkan tu. Kalau nak dibandingkan dengan bilik kami yang manghadap Yusong tu, tak dinafikan bilik ini nampak lebih ekslusif.
Malamnya: Kami makan malam di Hard Rock Café Penang. Ya Rabbi sungguh saya tak expect mereka bawa makan di sini. Saya pakai 'baju tidur' je. Sungguh tak lawa kalau nak dibanding dengan orang lain. Naya tau! Dahla lapar pulak tu. Saya order menu nasi dan ayam percik. Tinggal lagi tak makan pakai tangan je. Lapaq oiiii~! Padan muka kat diri sendiri!
Nasi, ayam percik @ Hard Rock Café Penang
Tempat duduk kami yang betul-betul di bawah pentas.
Masuk jam 11 malam, kami dah kena tinggalkan Hard Rock Café sebab dah mula ada persembahan-persembahan yang tak sesuai. Kami berjalan di gerai-gerai sekitar hotel yang tak ubah macam Chenang di Langkawi.

Jam 12 malam, kami balik dan tidur. Sedihnya dah nak balik esok :p

Sarapan: Café agak kecil. Masa kami turun tu, orang sangat ramai. Jadi kami dibawa ke café dekat dengan pantai untuk bersarapan di sana. Menu semua sama, cuma tempat sajalah berbeza. Tapi tempat ni nampak lebih selesa dan romantic. Hhahahahah. Saya sukaaa!
Mixed fruit with yogurt Ya Allah sedapnya!
Selepas sarapan, kami berjalan balik ke bilik dan berehat sekejap sebelum bersiap-siap untuk daftar keluar.
Hallway untuk ke bilik kami
Missed!
Jam 12 tengahari, kami daftar keluar dan tinggalkan hotel dengan harapan yang kami akan datang balik (entah bila)~
Kami terus pecut balik ke KL dan tak join yang lain untuk makan-makan sebab kami ada hal lain. Alhamdulillah sampai di KL agak awal. Esoknya pula kerja. Penat, tapi seronok.
Selamat tinggal Pulau Pinang!
Berjalan ni memang penat. Tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kenangan, pengalaman dan semua yang kita kutip sepanjang perjalanan tu. Tak ada yang boleh diganti dengan wang ringgit. Alhamdulillah saya ada partner in crime yang boleh berkongsi minat dengan saya. Suka berjalan (tambah suka makan) dan suka tengok tempat orang.

Walau tak sampai ke negara luar lagi, tapi kami rasa puas dapat bersama-sama ke merata tempat dalam negara.

Hutang cerita percutian ke Utara telah selesai. Insya Allah we'll move to another story.

Salam sayang,
Dhiya

Century Bay Private Residences, Bayan Lepas Pulau Pinang


Bismillah

Sebaik mendaftar keluar dari Kamalodge, kami terus saja bergerak ke Pulau Pinang. Sebelum tu sempatlah kami free brunch di rumah kakak saya di Bukit Merah.

Perjalanan kami baik-baik saja. Untuk makan tengahari, kami singgah di Warung Kelapa Sawit di Juru untuk makan nasi dengan bawal panas rangup. Kami bukan main terkejut lagi jumpa kari kepala ikan RM 15 je semangkuk. Mana nak jumpa ni kat KL? hoihhhhh~!

Untuk ke pulau, kami pilih untuk menaiki feri pada kadar RM7.70, sama macam lalu tol juga. Kali pertama kami ke pulau dengan feri adalah pada Disember lepas, bersama keluarga kakak saya dan juga mak dan abah. Masa tu bukan main beratur panjang dan ramai orang. Kali ini, kami jadi kereta pertama yang dapat masuk ke feri, siap dapat dek atas depan sekali. Rasa macam queen sangat! Padahal naik feri je punnn.
Suasana dalam feri, tingkat atas. Masa ni ruang masih kosong. 5 minit lepas tu, orang dah mula ramai.
Pemandangan Pulau Pinang dari atas feri
Sampai je pulau, kami terus ke hotel untuk daftar masuk. Saya memang tak involve langsung proses daftar masuk ni sebab ini urusan syarikat suami. Cuma saya dengar salah seorang staf kami merungut, katanya deposit hotel ni lebih mahal dari harga bilik.

Tapi saya memang concern juga bab-bab deposit ni. Biasanya standard deposit untuk sesebuah bilik hotel adalah RM50- RM100, bergantung kepada hotel. Cuma kami pernah je bernasib baik- Deposit RM50 je untuk sebuah studio untuk penginapan 3 hari 2 malam. Heh!
Kesian jugaklah sebenarnya kalau deposit lagi mahal dari harga bilik ni. Putus urat nafsu nak bercuti, walaupun tahu akan dapat balik deposit tu.

Dapat je masuk bilik (rumah sebenarnya), haruslah kami buat ritual utama dulu- Ambil gambar! Hahahah!
Basically rumah ni ada 3 bilik, satu ruang tamu yang besar untuk bentang toto dan 2 bilik air iaitu satu dalam master bedroom siap bath tub dan satu lagi bilik air dekat ruang tamu. Rumah ni juga ada tv, air cond, peti ais, mesin basuh dan utensils siap tong gas. Tapi ada beberapa facilities yang kalau kita guna, mereka akan caj seperti tong air pada water dispenser dan tong gas.
Ruang tamu yang sangat luas, siap ada meja makan lagi. Kalau memasak, memang boleh buat kenduri dalam rumah ni.
Kami dapat master bedroom (sebab suami saya bos). Eh takkk. Sebab out of three rooms, we only utilize 2 rooms. Lagi satu pasangan tu macam kami juga, belum ada anak dan dia pun relakan je bos dia dan isteri bos dia masuk master bedroom tu. Hahahahha!
ID rumah ni boleh tahan juga cantiknya. Macam biasalah, setiap kali masuk hotel, kami suka tengok hiasan dalaman bilik-bilik ni dengan teliti sambil berangan nak ada satu macamtu. Kami yakin dan percaya bahawa berangan itu tidak membebankan kami walau sepicing. Jadi dengan itu kami pun beranganlah selagi boleh!
Pemandangan rumah orang. Tapi di kejauhan boleh Nampak Jambatan Kedua Pulau Pinang! Waktu malam lagilah cantik :)
Master bedroom kami
Bilik air agak kecil, tapi usaha nak letak bath tub tu sangatlah dihargai. Hahahahah!

Ini cerita kawasa sekitar hotel pula. Pada saya, hiasan landskap hotel ni sederhana saja, mungkin sebab ruang atau halaman yang agak terhad. Ialah hotel ini berkonsepkan kondominium. Apa yang kau boleh expect untuk halaman dia. Dah ada kolam renang besar pun dah cukup bagus.
Bercakap tentang kolam renang, saya suka betul dengan kolam renangnya. Pertama sebab tak ramai orang, dan kami boleh buat macam kolam sendiri. Keduanya ada satu ruang cetek macam kolam kanak-kanak tapi ada Jacuzzi! Cumanya kolam ni agak dalam malah saya sendiri tak lepas untuk explore sampai hujung kolam. Huuu!
Ruang makan agak terhad. Malah, menu sarapan pagi juga sangat terhad. Bayangkanlah, menu sarapan cuma ada bihun goreng dan roti dengan jem. Air jus dan teh/ susu. Salad, buah, roti canai, sup memang tak ada. Omelet dan pancake siap kena tempah, limited to one menu only per pax. Bapaklah kedekut! Hahahhahaha!
Selebihnya, hotel ni ada sediakan ruang riadah seperti meja ping pong, snooker dan gim. Merasalah juga kami berpeluh sebab main ping pong :0

Malamnya kami makan malam di Hammer Bay Ikan Bakar Special. Bab makan ni saya tak larat ceritalah. Memang puas hati, sama je macam makan ikan bakar kat Teluk Tempoyak. Pulau Pinang memang terkenal dengan syurga makanan. Tinggal lagi pandai survey dan cari saja.

Overall rate of Century Bay Private Residence was 7/10. Sesuai untuk keluarga besar. Satu unit tu boleh masuk maksimum 3 keluarga. Boleh bentang toto lagi, boleh memasak lagi. Memang berbaloi jugalah sebab kita boleh bawa bahan masak sendiri. Kalau anda bijak lagi, bawalah electric multi cooker sebagai bantuan tambahan.

Demikianlah pengalaman malam kedua percutian kami. Esoknya (hari ketiga) kami akan daftar masuk ke hotel lebih istimewa di Batu Feringghi. Tunggu ceritanya ya!

Dhiya

Semak Keputusan PAC Pegawai Tadbir Diplomatik 2017


Bismillah

Pengumuman terkini!

Keputusan PAC untuk jawatan PTD 2017 sudah boleh disemak.

Tahniah untuk yang berjaya!

Yang kurang bernasib baik, itulah adat perjuangan. Cuba lagi!

Dhiya

Travelog Dhiya: Kamalodge Taiping


Bismillah

9 Feb 2017, kami bertolak dari KL terus ke Taiping, atau dengan lebih spesifiknya ke Kamalodge di kaki Bukit Larut, berhampiran dengan Taman Tasik Taiping.

Sejujurnya saya tak tahu langsung hotel mana yang kami akan daftar masuk sepanjang konvoi ini. Suami saya sengaja rahsiakan daripada saya. Surprise kononnya. Tapi sebaik sampai, memang saya terkejut pun. My first impression towards Kamalodge was awesome!

Secara jujurnya, sebaik kaki menjejak Kamalodge- Saya sudah rasa seronok. Berpuluh-puluh kali saya ulang alik Taiping dan Bukit Merah, tak pernah saya betul-betul menghargai tempat ini sehinggalah lawatan kali ini. Mungkin sebab tiap kali balik Taiping, kami tidur di rumah kakak kut~
Ok berbalik kepada cerita asal.
Kamalodge ni bukanlah hotel mewah, tapi lebih kepada konsep chalet sebuah-sebuah. Masuk-masuk je kawasan chalet, terus boleh letak kereta dan berjalan masuk ke chalet. Chalet tu pula cantik je berdepan dengan kolam renang. Budak-budak memang suka sangatlah..
 Jadi inilah dia Kamalodge yang saya ceritakan tu. Sampai-sampai je terus kagum sebab Nampak cantik dan suasana sekeliling yang sangat tenang dan hijau.
Chalet kami
Cumanya, chalet kami bukan katil king atau queen. Single bed je. Tapi itu bukan masalah pun sebab kami rapatkan jelah. Kalau nak katil besar, kalau tak silap saya kena ambil bilik family yang lebih besar dan luas. Harga tak pasti. Maaf :p
Tapi untuk kami berdua, sedang elok sangat dah ni.
Sebuah chalet ni ada dua pintu, maknanya 2 bilik yang berasingan. Cuma di tengah tu ada connecting door, sesuai untuk keluarga juga.
Hiasan dalaman Kamalodge pun sederhana saja. Tak ada yang istimewa sangat, tapi tak pula mengecewakan.
Lantai carpet tile. Saya memang suka karpet berbanding tile sebab kaki saya tak tahan sejuk.
Selepas daftar masuk, kami ke Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang. Ini adalah kali ketiga saya ke sana, jadi tak rasa teruja sangat pun. Yang seronok sebab orang belanja je.Hhahaha!
Saya dah bosan dengan mee udang, jadi saya makan char kuey tiaw pula. Sebenanrnya saya tidak pernah kecewa kalau ke sini. Jadi sesiapa yang ke Taiping, datanglah ke Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang ni ya.

Selepas makan, kami berjalan-jalan sekitar Taman Tasik Taiping sambal berpeluang mengayuh basikal air di tasik tu. Selama ni tak pernah rasa. Datang hari keluarga baru terhegeh-hegeh nak merasa. Maafkanlah diri ini~

Malam tu mereka semua ke Night Safari. Memandangkan kami agak kepenatan, jadi kami memilih untuk berada di bilik saja. Tapi sebab sunyi, kami ke rumah kakak saya di Bukit Merah dan dapat makan malam free sambil mengambil barang kiriman emak. Hhahaha!

Jumaat, (keesokannya) kami bangun lambat dan terus bergerak ke Pulau Pinang dan sebelum tu singgah di rumah kakak saya sekali lagi untuk sarapan percuma~!

Gambar-gambar dan cerita Pulau Pinang, tunggu entri seterusnya ok~?

Salam sayang
Dhiya