Assalamualaikum
Aku rasa cerita ni macam dah basi. Tapi aku rasa ada keperluan untuk aku buka balik cerita lama ni- Bukan untuk mengungkit, berdendam atau nak musnahkan sesiapa. Aku tulis untuk adik-adik muda mudi yang baru grad, yang masih belum ada kerja, yang sangat perlukan duit dan terasa sangat desperate untuk kerja.
Di luar sana sangat banyak portal yang mengiklankan kerja kosong kerajaan. Adik- sebelum aku pergi jauh, aku nak bagitahu satu perkara. Iklan-iklan kerja kerajaan yang diiklankan selain di laman web SPA adalah untuk jawatan kontrak atau PSH sahaja. Untuk kau masuk sektor kerajaan, kau kena melalui SPA. Jadi bila kau nampak banyak iklan-iklan kat portal internet, bukan maknanya aku halang kau dari mohon. Cubalah. Ikhtiarkan. Tapi kalau dapat, kau kena ingat kau bukanlah setaraf dengan orang kerajaan malah mungkin kau dibuli teruk oleh superior kau atau kerani yang mungkin sebaya atau lagi muda dari kau.
Itulah yang terjadi pada aku. Tapi bezanya, aku tak mohon kerja ni melalui portal-portal murahan. Aku diambil dengan cara elok oleh SS (bos aku yang ada pangkat gred 48 di sebuah badan kerajaan yang sangat berpengaruh di Malaysia) melalui sebuah universiti. Aku ditemuduga sebanyak dua kali- Sekali oleh universiti, dan sekali oleh SS dan soalan temuduga pun boleh tahan academic-based sebab skop kerja aku sangat berkait rapat dengan kajian dan kelulusan aku.
Bila aku mula bekerja di pejabat yang boleh dikatakan gah tu, aku kena act sama macam budaya orang kerajaanlah. Itu sudah tentu. Tapi aku tak terima sebarang privilege yang membolehkan aku menjalankan kerja aku dengan efisyen.
Satu
Aku tak ada akses kad untuk masuk ke pejabat. Kau boleh bayangkan tak macam mana susahnya aku? Kadang-kadang aku berkejar dari tempat letak kereta untuk ke pejabat mengejar punch card jam 7.30 pagi. Masa tu memang tak ramai orang sebab kebanyakannya masuk WP2. Tengah laju aku berlari, tiba-tiba aku stuck kat depan pintu utama sebab tak ada akses kad. Aku memang 100% bergantung kepada orang yang keluar masuk tu je untuk aku tumpang menyelit. Bila 2-3 kali lambat punch, SS bising macam murai. Aku beritahu dia aku tak ada kad akses, tapi dia cakap aku tak layak dapat kad akses. So? Agak-agak kalau kau jadi aku, apakah best word untuk keadaan ini?
Dua
Aku tak ada desktop. Aku ada mohon. SS cakap apa?
"Awak mana layak dapat komputer sebab awak bukan under pejabat ni. Awak under universiti. Komputer kat sini semua aset, jadi agak susah juga kalau nak minta untuk awak. Alah..nak senang, awak bawa jelah laptop sendiri. Itukan memang kerja awak"
Sumpah, aku tak redha dengan SS sebab sampai sekarang aku sakit belakang usung laptop aku sendiri dari rumah ke pejabat setiap hari plus laptop aku 'jahanam' dengan pelbagai bugs dia. Nak format tapi tak ada masa lagi!
Aku harap laptop buruk untuk PhD dia tu akan rasa juga penyakit laptop aku.
Tiga
Mulut bos aku, SS tu memang jenis tak ada filter. Mula-mula aku ingat mungkin dia tak sengaja. Tapi kalau dah selalu sangat aku terkena, ditambah pula aku dengar benda yang sama dari mulut staf dia yang lain, aku mula tahu dan faham SS tu macam mana.
Kalau takat suruh buat kerja last minute, kemudian nak segera itu sudah biasa. Hasil kerja aku juga pernah diperlekahkan dengan teruk hingga disamakan dengan 'level kerani'. Tapi aku cuba positif sebab aku rasa raw material yang aku dapat dari dia pun semua level kerani- Dengan typo teruk, alignment lari lintang pukang, grammar pun jahanam. Aku tak tahu dia ni graduate mana~! Bila aku tengok dia ada kelemahan bab tu, aku tak marah kalau dia cakap aku level kerani sebab dia bagi aku kerja pun dari level kerani juga. Jadi aku maafkan kerani professional gred 48 macam dia. Hahhahah~!
Aku keluar seawal pukul 6.30 setiap pagi untuk punch 8 pagi. Tapi kau bayangkanlah aku memandu dari PJ ke PJ . Jauh dengan pakej jem lagi, aku tak ada pilihan dan aku selalu sampai 8.03 pagi, 8.02 pagi. Memang sipi-sipi dan aku tahu aku salah. Tapi bila aku tunjuk punch card tu pada SS, dia punya bebel tu macam aku buat salah besar sangat sampai call CLI bagai. At last aku decide untuk keluar awal lagi dan boleh sampai 7.30 pagi. Sebab tu aku cakap pada dia aku tukar kepada WP1 sebab aku dah dapat rentak dan timing aku.
Masuk bulan kedua kerja, aku mula rasa tak gembira sebab gaji bulan pertama aku tak nampak bayang. Hal ini aku sudah cerita dalam entri yang dulu. Tambah pula dengan perangai SS yang langsung tak profesional, aku jadi tawar hati. Aku rasa, penyelia PhD dia pun tak layan aku macam sampah. Malah ada 2-3 kali aku jumpa penyelia dia di universiti, dia layan aku baik macam kawan. SS patut malu. Tapi aku tak beritahu dia aku dapat layanan baik dari penyelia dia sendiri sebab aku taknak dia malu dengan aku. Aku cuma nak dia malu pada diri sendiri.
Bila aku bagi surat berhenti, macam-macam dia bebelkan aku. Macam-macam dia sekolahkan aku macam aku ni bodoh sangat sebab tinggalkan sektor kerajaan ni. Katanya walaupun aku hanya kontrak, tapi sebelah kaki aku dah ada dalam sektor kerajaan dan dia boleh sokong aku dengan surat supaya aku diserap sebagai staf kekal.
Malangnya aku tak percaya semua tu sebab aku tahu hakikat sebenar.
Kemudian, dia 'ajar' aku lagi betapa buruknya reputasi aku kelak sebab dalam CV aku akan tulis pengalaman kerja dalam sektor kerajaan hanya untuk 2 bulan. Malang sekali lagi kerana bukan saja berhenti, tapi aku nak terus eliminate dan tak nak pun tulis pengalaman aku dengan dia dalan CV aku. Aku tak bangga langsung nak tulis pengalaman teruk aku dengan dia dan pejabat dia.
Banyak lagi la dia cakap termasuklah soal kerja taraf kerani yang aku buat sedangkan aku ada kelulusan sarjana dan dia tambah lagi dengan tazkirah keberkatan dan rezeki yang halal segala. Aku pun keliru halal dan berkat ni sebab selama 2 bulan aku kerja, gaji aku pun mereka tak bayar dan aku hanya terima gaji pertama aku sebaik aku berhenti~!
Kalau nak counter balik, boleh sangat. Tapi aku rasa membazir je layan spesis ayam dedak macam ni jadi aku gumpal semua simpan dalam hati dan akhirnya aku terpaksa luahkan di sini dengan mode 'aku' tanda aku sangat marah. Walaupun sudah 2 bulan aku berhenti dari dia, tapi aku masih terkenang cara dia layan aku. Aku kecewa sebab dia guna khidmat aku, dia kata dia bayar aku (walaupun tertunggak), tapi tak boleh ke dia jadi bos yang memahami sikit. Bos atas dia pun masalahnya tak macam dia~! OoOoOoOOOO memalukan jantina, kau ni!
Nasihat aku kepada adik-adik di luar sana, aku tak halang kau cuba. Pergi. Tapi please have stand dan jangan jadi pak turut. Dan untuk kawan-kawan aku yang dah berjawatan tinggi dan ada subordinate, tolong jangan jadi macam pegawai gred 48 di pejabat kerajaan di sebuah pusat pentadbiran terkemuka di Malaysia yang aku maksudkan ni. Aku, dengan jawatan baru aku sekarang- Aku boleh pergi semula ke bilik dia dengan bawa seorang pemandu dan seorang kerani.
Orang macam dia ni, cara untuk ajar dia adalah kita kena perlu jadi lebih baik dari dia.
Padu.
Dhiya Dahlia
No comments