Bismillah
Jom pakat dok depan tv. Sediakan jajan atau pop corn. This might be a humor movie of the day. Saya bukanlah anti kerajaan sangat. Cuma harapnya Bajet2016 ini lebih telus dalam menjaga hak rakyat. Bukan sedikit kisah kesempitan rakyat yang dihimpit polisi negara. Harga minyak naik, harga barang pun naik. Harga tol naik, kadar gaji masih di tangga lama.
Bukan tidak bersyukur
Bukan tidak bersyukur
Bukan tidak bersyukur
Seperti apa yang dikata pak menteri.
Tapi besarlah harapan kami para pemimpin yang memegang amanah dapat mengurangkan kerenah birokrasi dan memudahkan urusan rakyat yang ditadbir. Kalau mereka menaiki Perdana, rakyat tak patut menunggang motosikal dengan anak ramai ke Pulau Pinang untuk balik ke kampung sempena raya.
Harapan peribadi saya adalah semoga harga rumah dapat dikawal supaya orang medium class macam kami terutamanya yang baru menikah ni dapatlah memiliki rumah pertama terutamanya di kawasan Lembah Klang. Saya paling sensitif dengan isu rumah. Kalau nak cakap, memang entri ini jadi entri rumah. Beri peluang dan hak kami. Bukan kami tidak berusaha, bukan kami tidak menyimpan. Tapi apa boleh buat kalau harga sebuah rumah- Dibawa ke bank untuk loan- Kami dikata tidak layak?
Pak Jib, jangan fokus pada golongan berpendapatan rendah saja. Sedarlah akan kewujudan golongan pertengahan ini yang kebanyakannya menjadi miskin bandar. Gaji RM3.5K, tinggal di KL, kami dilabel sebagai miskin. Mari gelakkan diri sendiri kerana kami dikatakan tidak berusaha.
Entahlah.
Saya rasa tak ada banyak berita gembira untuk orang macam saya. Dulu masa bekerja di sektor swasta, memang sakit
Mari.
Jangan marah saya.
Mari dengar dulu apa orang tu nak cakap~
Dhiya
Sayang negara
No comments