Urusan Dunia


Bismillah...

Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang sentiasa ingat akan hari kiamat!

Isnin:
Sibuk sungguh dengan seminar yang satu itu sedangkan bos tahu saya juga ada seminar dua hari pada Selasa dan Rabu.
Persiapan seminar saya terpaksa diketepikan terlebih dahulu demi menyiapkan seminar itu. (-.-)

Selasa:
Keluar dari rumah seawal 6.45 pagi. Banyak lagi persiapan seminar saya yang masih tertangguh. Semuanya mesti disiapkan sebelum pendaftaran yang akan dibuka pada jam 8 pagi. 
Tiada siapa yang membantu saya kecuali seorang abang building services yang kebetulan ingin membuka kunci bilik seminar.
Tamat seminar hari pertama, saya terus pulang. Memang sengaja pulang awal. Penat!
Tak tamat di situ, panggilan telefon bertalu-talu dari pejabat hingga merentas azan Maghrib yang sedang berkumandang. Pantang betul saya diasak dengan hal dunia pada waktu-waktu begini! Bolayan~

Rabu:
Awal pagi sudah berada di pejabat. Kedengaran si pembawa berita bercerita akan amukan semalam. Maaflah. Saya bukan Dhiya yang lemah lembut boleh dipijak seperti dahulu lagi...
Seminar diteruskan sambil menyiapkan minit mesyuarat yang sebulan lepas masih tertangguh hingga ke hari ini. Beritahu saya, bila masa saya boleh duduk bersenang lenang berteleku di surau pejabat sambil bermain game Angry Bird sementara masuk waktu Asar?

Khamis:
Akan ke Hotel Istana esok. Entah, mungkin sebelum subuh kut...Arahan mesti sampai sebelum 7.30 pagi wajib dituruti. Baguslah. Lagi bagus sebab mereka yang berkenaan mampu menganjurkan majlis gilang gemilang di hotel megah ini, tapi tak mampu menyewa sebilik dua buat kami menumpang mandi pagi!

Jumaat:
Masih akan berada di Hotel Istana. Saya berdoa semoga Allah izinkan saya untuk pulang awal (ditambah dengan kesesakan lalu lintas kota mega) untuk sampai awal semula ke pejabat. Saya akan menghadiri mesyuarat bulanan salah sebuah jabatan.
Hebatlah. Minit mesyuarat masih belum siap sepenuhnya.

Sabtu:
Ketika entri ini ditulis, Sabtu hanya akan tiba tiga hari lagi. Itu pun selepas menghadapi seribu satu dugaan. Entahlah...Berkesempatan atau tidak saya bertemu Sabtu SSB saya.
Sabtu SSB? Tak ada makna... Seminggu lepas lagi saya sudah di'ayat' untuk datang bekerja.
Sampah.
Beritahu saya, bila masa saya boleh berada di rumah pada hujung minggu sambil mengemas dan mengurus diri dan melayan kehendak dan privasi sendiri?

**************************************
Paling penting, sempatkah saya mengingati mati dan melaksanakan semua assignment menuju kematian? Hal dunia terlalu kejam untuk bertolak ansur dengan soal akhirat. Semuanya terletak pada nilai iman yang senipis kulit bawang ini untuk menimbang tara buruk baiknya.

Mohon untuk dimengerti, 
Dhiya Dahlia

No comments