Rutin


Bismillah

Teringat masa di Korea dulu, saya survive dengan banyak benda terutamanya bab makanan. Lauk pauk- Kalau daging, ayam- memang janganlah letak harapan tinggi. It was almost zero-hope dan kalau ada pun, sebulan sekali tu sudah cukup mewah.

Salah satu menu kegemaran saya semasa di Korea adalah nasi putih, telur goreng, dan tomato dicicah air asam. Sumber sangat terhad, jadi saya belajar banyak benda untuk hidup.
Beras: Beras Korea sifatnya melekit. Kadang-kadang, kalau saya nak tukar selera, saya akan guna beras ketupat yang dibawa dari Malaysia, dikeluarkan dari plastiknya dan ditanak seperti biasa dalam periuk nasi
Telur: Mujur telur ayam boleh didapati dengan mudah di Korea. Seminggu kadang-kadang habis 10 biji.
Minyak masak: Terpaksa bertahan guna minyak kacang. Di sana tidak ada minyak jagung atau minyak sawit. Baunya lain sikit, tapi telur yang digoreng tu masih jadi telur goreng :)
Tomato: Dalam banyak-banyak sayur yang terdapat di sana, saya hanya boleh terima tomato sahaja.
Air asam: Jangan tak tahu- Saya bawa 2 paket asam jawa. Buat 'ubat' kalau tak lalu makan. Dan ia memang berkesan.
Bawang & cili: Bahan-bahan asas seperti ini selalunya mudah je nak didapati.

Apabila saya tengok balik gambar-gambar menu di sana, rasa sebak pula. Betapa survival di sana banyak mengajar saya erti susah dan semangat untuk hidup.

Sampai hari ini pun, saya sangat 'ketagih' dengan tomato. Saya tak menyesal dengan ketagihan ini sebab tomato pun sangat baik kepada diet kita.
Selasa lepas, saya ke pasar malam dengan kawan baik yang baru mendaftar pengajian PhD di sini. Semangatlah saya membeli barang-barang dapur macamkan ada dapur. Semua tu gara-gara teringat menu tomato cicah air asam semasa di Korea.
Nampak macam menu orang sakit, tapi semasa di sana- Inilah menu paling sorga!

Terima kasih Lin teman dan layan shopping kat pasar malam, sampai berbondong-bondong- kiri kanan plastik dijinjingnya.
Insya Allah hajatnya nak terus merutinkan tomato dalam diet saya.

p/s: Samalah juga dengan amalan baik yang dilakukan setiap hari- Bukankah ia akan menjadi darah daging dan rutin kebaikan tanpa perlu dipaksa lagi?

Salam sayang
Dhiya

No comments