Bismillah
Ini cerita minggu lepas.
It was an express birthday celebration. Tak expect langsung nak sambut beria. Elis pun datang dah lambat.
Paling sedih, dia pun dah makan di pejabat. Lauk kambing siap! Masa tu rasa macam:
"Habis kita ni nak celebrate siapa? Gr~"
Lepas tu boleh tanya lagi nak makan kat mana.
Memang bukan birthday celebration langsung!
Akhirnya kami ambil keputusan untuk makan di Nu-in Little Perak ni.
Tapi disebabkan kami tak rancang pun, jadi semuanya saya anggap ok and please proceed. Hahha
To cut it short,
Sebelum ni pernah makan dah kat sini. Makanan memang sedap, tapi er...portion dia macam sikit. (Siapa yang lapar dan craving for a big scale portion, lebih baik tempah 2 pinggan meals!)
Harga pun agak mahal sebenarnya.
Tapi
I like their service and the cozy atmosphere.
Kedai mereka bersih, kemas, dan cantik.
Pelayan pun sangat peramah dan siap tolong cadangkan menu untuk saya. Kebetulan kami memilih untuk makan di koridor luar, dan tak lama selepas tu hujan dan tempias- Pelayan tu siap bawakan makanan kami bawa ke meja di dalam kedai yang lebih selesa.
Nu-in Little Perak. Lupa pula nak tanya kenapa nama kedainya begini. |
Menu: Nasi lauk ayam istimea Nu-in, sagu gula merah, laicikang, dan sirap selasih. Orang dah makan kambing hanya makan sagu gula merah je. Gr..~ |
Rasa birthday celebration tu sangat bermakna! Hahhaha!
Paling istimewa
Nu-in pernah termasuk dalam rancangan JJCM sebab saya nampak plak JJCM tergantung di dinding kedai mereka.
:)
Salam sayang,
Dhiya
No comments