Bismillah
Beberapa tahun pengalaman kerja telah membolehkan saya berjumpa dengan ramai orang, terutamanya golongan profesional. Lebih lagi, saya banyak berurusan dengan pelbagai lapisan bangsa dan kedudukan.
Saya mempunyai rakan cleaner dari Indonesia yang setiap pagi akan mengemop dan mengemas cubicle saya. Saya punya seorang pakcik jaga yang setiap hari memberi salam sewaktu saya melintasinya- Hingga saya malu dan terus berlumba untuk memberi salam terlebih dahulu darinya.
Saya juga memiliki rakan-rakan sekerja yang baik dan ceria. Namum sebahagiannya jelas nampak sebaliknya.
Saya akui, satu-satunya konflik saya di tempat kerja adalah dengan seorang gadis Melayu bahagian akaun yang sebaya dengan saya- Tapi berlagak senior sedangkan dia bekerja di situ lebih lewat dari saya. Hanya kerana terasa dan terlihat sebagai pekerja yang disayangi oleh bos, dia sangat mudah menghukum saya. Paling sakit jiwa- Apabila dibahas, dengan bos sekali akan hentam saya!
Nampak tak adil.
Kan?
Tapi saya diamkan.
Cukup waktunya,
Iaitu pada tarikh ini, setahun yang lepas...
Saya menghantar surat meletak jawatan dengan alasan untuk menyambung pengajian. Masa tu Jane (bos saya) kelam kabut dan memujuk saya dengan kenaikan jawatan dan gaji.
Apabila saya menolak (kerana pengajian saya telah bermula), dia kata saya bodoh kerana menolak rezeki.
Saya melangkah keluar dari situ tanpa sebarang ayat mempertahankan diri, tetapi semua rakan saya tahu yang 'kemenangan' di pihak saya tidak perlu diumumkan dengan kata-kata.
Orang bodoh (atau bahasa sopannya orang kurang bijak)- memang tak perlu dilawan dan dilayan.
Untuk Jane dan Sya- Saya masih survive dalam tempoh setahun ini- Kerana rezeki saya Allah yang beri. Bukan anda. Ianya malah berganda-ganda dan menggembirakan. Saya rasa saya telah membuat keputusan yang tepat dengan meninggalkan kalian dan memekakkan telinga atas fitnah dan kata nista yang dilontarkan.
Terima kasih juga kepada kakak-kakak sepejabat yang sangat baik dan selalu bertanya khabar. Kak Ja sampai terkejut apabila suatu hari dia bertanya khabar saya- Saya beritahu yang saya dah 3 minggu berada di Korea.
I don't regret because I never argue with stupid people~
Forgive not forget,
Dhiya
No comments