What Happen Recently


Bismillah

Mari undur ke belakang sedikit. Ada beberapa cerita yang aku rasa perlu masuk dalam life event aku ni.

28 September 
Isnin

Aku dan F ambil AL sebab nak uruskan insurans kami anak beranak. Kebetulan semalamnya baru balik dari Pahang jadi macam malas je nak ribut-ribut datang kerja. AL aku pun banyak so siapa nak marah kan?
Kami ke Coffee Bean berjumpa dengan Abang A, our official 'abang' yang akan uruskan insurans kami. From now on, he will be 'taking care' of us, in case anything happen in terms of insurance coverage. Cerita insurans kami sekeluarga ni rasanya macam kena ada entri lain sebab panjang sangat. tapi overall, kami dah selamat ambil perlindungan insurans (medical dan hibah) walaupun agak lambat. 
Masa tengah-tengah berbincang dengan Abang A, aku terima email dari HR, bagitau yang department aku diarahkan untuk menjalani HSO di rumah berkuatkuasa harini juga sebab nak sanitize ofiice kononnya. Masa tu aku dah berderau. 
Ye, aku tau apa yang berlaku sebenarnya. Colleague aku ada sorang baru balik dari Sabah, masa tu tengah ligat kempen PRN Sabah dan dia tak kuarantin. Masa tu tak wajib lagi untuk self quarantin tapi HOD aku offer dia suruh WFH. Tapi colleague aku ni tah macam mana degil ke, workaholic ke - Dia datang juga ke pejabat dan kerja macam biasa. Aku siap sindir-sindir dia; "Wei, HOD punyalah baik, suruh hang WFH, duduk jelah rumah. Awat yang mai jugak pejabat" Tapi dia buat dek je. Aku nak report to HR tapi macam mana tah jadi lupa and benda tu tak terjadi pun.
Aku tak tahu macam mana HR boleh tahu sampai mereka keluarkan arahan tu kepada seluruh ahli department kami berkuatkuasa serta merta. Colleague aku tu diarahkan untuk menjalani ujian Covid-19 dan kami yang lain kena self-quarantine di rumah sementara menunggu hasil ujian.
Tapi self-quarantine gaya aku macam mana wei~ Aku ada anak, suami. Duduk serumah. Dah la baru balik dari hometown.  HOD aku ada ayah dah tua. Yang lain lain pun ada je family members yang lain serumah. Kan ke dah big problem kat situ.
Aku call HOD aku, tanya- aku pun kena buat test ke. HOD aku cakap tak payah sehingga kita semua tahu result colleague kami tu and yes, penantian itu suatu penyiksaan.
Tapi mujurlah tak lama- esoknya dia share kat group kami yang dia negative. Tapi aku masih geram sebab dia, orang lain terbabit sama.

12 Oktober
Isnin

Sepatutnya aku masuk ofis balik selepas 14 hari HSO. Tapi aku ambil AL sebab macam risau kes di Selangor naik banyak sangat, plus ada satu kluster tu memang 2 lorong je dari orong rumah aku. Nama kluster tu pun nama tempat tinggal kami. HOD dan ada sorang Budak HR tanya khabar aku, sebab deorang tahu aku duduk situ. So aku tak hantar Nuha sebab nak kurangkan pergerakan. 

On this date juga, government umumkan CMCO ke atas Selangor, WPKL dan Putrajaya bermula 14 Oktober - 27 Oktober.

13 Oktober
Selasa

Apa je pilihan yang aku ada. Aku dan F pergi kerja macam biasa, hantar Nuha ke rumah pengasuh. Matlamat aku ke ofis hari tu adalah antara lain untuk bercakap dengan HOD aku, untuk benarkan aku bekerja dari rumah sekali lagi. 
Sebelum aku apply, aku menunggu-nunggu latest circular from HR regarding on CMCO. Yelah, kut dapat WFH ke, alternate day ke, or anything la kan. Tapi nan hado. Yang ada cumalah circular mengatakan (aku rephrase ye) 'hey government tak keluarkan apa-apa SOP pun untuk CMCO ni, so kau orang kena kerja macam biasa'
Aku frust. Padahal ada je tertulis dalam arahan kerjaan tu, pekerja DIGALAKKAN untuk bekerja dari rumah. But it's okay. Aku memang dah ada niat pun nak apply WFH sebab aku ada kekangan aku sendiri.
Kebetulan aku dapat satu surat pekeliling dari JKM mengatakan taska juga ditutup. So tekadlah aku untuk memohon bekerja dari rumah. HOD approve, tu pun aku mintak WFH bermula 16 Oktober, Jumaat. Bukan immediate pun.

14 Oktober
Rabu

F bekerja di rumah sambil mengasuh Nuha. Aku masih bekerja. 

15 Oktober
Khamis

Aku WFH sebab HR ada keluarkan arahan begitu. Katanya nak sanitize ofis. Berapa kali dia nak sanitize ofis, aku tak taulah. Malas nak masuk campur hal kerja deorang. Kang cakap tak efisyen, sentap pulak. Lantak kau sana~

16 Oktober
Jumaat

Aku WFH, berkitai dengan anak. Seriously juggling between so many things are not as easy as you think. Tak, aku tak merungut. This are the thing that I really want to experience long time ago. 
At the same day, aku dapat another pekeliling from HR saying that we are all allowed to work from home alternately. Kalau haritu deorang keluarkan circular ni awal-awal kan sedap hati membacanya. Ni haritu cakap kerja macam biasa, pastu selang tak berapa lama keluar pulak another circular cakap macam ni pulak.
Aku dah cakap, deorang ni memang funny like a clown. Tak sah kalau tak keluar 
lebih dari satu email, statement belit-belit dan suka U-turn macam Menteri sekarang. 

18 Oktober hingga hari ini

Rutin aku sama je. 
F?
Since bidang dia agak berbeza dengan bidang aku, jadi tuntutan kerja dia pun berbeza. Aku tak boleh nak question banyak. So aku sangat marah bila orang cakap (maksud lainnya berbunyi macam ni lah lebih kurang): 'Asyik you je yang request WFH sebab takde siapa nak jaga anak. Husband mana? Tak tolong ke?'
Satu, kita mungkin berada dalam badai yang sama. Tapi kita berada dalam kapal yang berbeza. Jadi jangan banding-bandingkan hidup kita dengan orang lain dengan mempersoalkan hal begitu. Ia mungkin mudah di mata orang yang bertanya, tapi mungkin amat sukar di mata kita yang menanggung.
Dua, aku tak ada masa nak cerita A-Z hal rumahtangga aku. Aku tak boleh nak bawa scale untuk timbang pengorbanan aku ke pengorbanan F yang lagi banyak and kena tunjuk kat korang just untuk korang judge. No.
So sebelum kau tanya soalan tu, kau tanya diri kau dulu- Apa pengorbanan kau kat pasangan kau, ok?

26 Oktober
Isnin

CMCO dilanjutkan lagi hingga 9 November. Aku dah ambil AL 30 Oktober ni sebab nak balik Pahang. Nampaknya kena batalkanlah~ I miss my parents so much tapi apa je yang aku boleh buat. Lagipun apelah sangat tak boleh balik Pahang sebulan ni. MCO bulan March dulu dekat 3-4 bulan aku tak balik. (Nangis bawah bantal~)

Kalau orang tanya apa yang aku nak sekarang- 
Aku nak escape sekejap.
Working at home, with kid is not easy. Aku tak cakap anak tu beban, ye. Jangan twist ayat aku pulak. Tapi kadang-kadang aku rasa burn out sangat sampai rasa nak lari. Oh baru aku tahu ni ke tekanan emosi yang dilalui oleh fulltime housewife. Siang malam dengan anak, nak mandi, nak kencing, nak berak, nak solat waima nak makan pun kadang tak sempat. Belum cerita rumah bersepah lagi. Kau kemas dapur, ruang tamu dah jadi gudang terbalik. Kau kemas ruang tamu, anak punggah baju dalam almari bilik pulak. Ohhh…

And apa yang aku nak tu, sebenarnya aku dapat dan boleh buat. When F reached home from office, aku cepat-cepat ambik kunci dan 'lari' pergi supermarket. Dapat beli some groceries pun dah seronok. Tepi supermarket tu ada nursery pokok. Aku suka pergi situ tengok pokok dan kadang-kadang aku beli pokok yang kecik-kecik tu. 
Kadang tu, kalau tak ke supermarket pun, aku pergi ke taman sekejap untuk jalan-jalan ambil angin. Sejam pun jadilah. Pukul 7 malam aku dah sampai basement balik~

Korang, doakan mental aku kuat untuk another 2 weeks ni, ya. 
Sayang korang.

Dhiya

No comments