Bismillah
This is my 3rd visit to Colmar Tropicale Bukit Tinggi (CT). Sekali masa bujang, kali kedua waktu anniversary perkahwinan Y2017 and recently was during Merdeka last week dan lebih istimewa, kali ni ada Nuha!
Tarikh check-in: 29 Ogos - 30 Ogos (Sabtu - Ahad). Biasanya on long holiday aku dah book hotel sebulan awal. But this time aku tak taulah kenapa aku tak book. Only one night before, F ajak aku jalan-jalan dan dia mention CT. Bila aku buka Booking.com, semua bilik dah sold out. Tapi aku tak putus asa, malam tu bila semua orang dah tidur, aku stay up dan survey kat Traveloka. Alhasil, dapat secure satu one-bedroom suite pada harga 20% lebih mahal. Iyalah, esok nak check-in, malam ni baru terhegeh-hegeh. On peak season pulak tu. Padan muka aku. So moral of the story, kalua nak bercuti kenalah book awal.
Lepas book, aku terus kemas beg dan barang nak bawa esok sebab sure kitorang akan gerak pagi.
Easoknya, while F packing everything in the luggage, aku memasak laju-laju makanan Nuha. Jam 7.30am kami dah keluar. Itu pun dah start jem kat Tol Gombak. Inilah Malaysia. Hahahah! Kami sengaja naik awal sebab nak ke Taman Jepun dulu. But before that, kat enterance kena scan My Sejahtera dan semak suhu serta buat bayaran RM14/pax tau. Kalau korang check-in, that RM14/pax tu akan dipulangkan balik upon check-out.
(p.s: Dulu RM12 je / pax)
Kat Taman Jepun ni tak ada apa pun. Cuma aku suka ambient dia yang redup, hijau dan sejuk. Ada satu kolam ikan cetek yang korang boleh beri makan. Makanan ikan ada dijual di atas sana RM1/pek. Kat sini juga ada khidmat sewa Kimono baju tradisi orang Jepun. So bolehla bergambar dengan pemandangan yang cantik tu.
Habis je pusing Taman Jepun, korang akan tembus kat Botanical Garden. Botanical Garden ni boleh tahan juga luasnya. Kami just play around kat bahagian luar je, tak masuk dalam sangat sebab takut.
Peta Botanical Garden:
Masuk je Botanical Garden, korang akan nampak café and toilet. Kalau rasa nak menjelajah the whole Botanical Garden, pergilah toilet siap-siap ya. And below is the photo taken during my stroll. Pokok dia cantik-cantik, smells fresh and sejuk je. Lagi pulak kebetulan masa tu lepas hujan.
Kami masuk Taman Jepun ni dalam pukul 10pagi, keluar je dari Botanical Garden dah pukul 12 tengahari. Masa kami lepak-lepak kat luar tu, kami tengok orang dah mula makin ramai. Ada yang bawa stroller. Alahai...Nasihat aku, janganlah bawa stroller walau secanggih mana pun stroller korang sebab tak boleh bawa pun naik ke Taman Jepun atau Botanical Garden sebab jalan berbukit bukau dan berbatu-batu. Bawa carrier je dah okay
Turun je kat kereta, OMG ramai gila orang kat bawah. Samada yang menunggu shuttle bas untuk balik ke hotel atau yang baru datang samada naik kereta sendiri atau naik shuttle. Siap ada security lagi yang jaga. Padahal masa kami sampai pagi tu, tak ada orang jaga pun in fact boleh terus dapat petak parking.
So nasihat aku, datang awal okay!
Next destination is Rabbit Land tapi aku frust sangat sebab sejak MCO ni, arnab-arnab dah tak dibenarkan bebas dalam kandang. Mereka dikurung dalam sangkar. So dah tak boleh la nak bagi makan dah. Pity Nuha.
(p.s: Dulu enterance fee ke rabbit land was RM3 tapi sekarang dengan RM14 yang korang dah bayar awal-awal tadi, all are inclusive)
Selesai di rabbit land, it's check-in time! Masa tu dah pukul 1 petang. Aku faham yang check-in time is 3 pm dan kitorang just plan nak jalan-jalan jelah kat area hotel tu. Sekali ya Rabbi ramainya orang! So aku terus try luck tanya receptionist dah boleh check-in ke belum. Luckily our room is ready and yeah! 7301 here we come!
Alhamdulillah dapat top unit, view padang. Kalau view laman hotel, bising yakmat!
Lepas check-in dan solat ni, sebenarnya kitorang bantai tidur sampai pukul 4 petang. Hahaha! Yelah. Kalau keluar ke bawah tu, ramai orang- Buat apa? Bising, sesak dan tak akan dapat view lawa pun nak bergambar. Baik aku tidur dan biar day-visitor yang datang tu balik dulu.
Kami hanya turun main kat bawah tu around 5.30 petang. Orang masih ramai tapi macam dah surut sikit. Kenapa ramai? FYI, CT ni allow orang yang tak payah check-in pun boleh datang sebab mereka ada tarikan lain seperti Botanical Garden dan Taman Jepun. So orang akan datang pagi, balik petang. Kita yang check-in ni dapatlah silent moment around 6 atau 7 petang sebab deorang dah balik. I bet you deorang tak akan berani balik 7-8 malam sebab jalan nak turun ke Highway KLK tu macam ular kena palu, gelap dan curam.
So back to our strolling story, kami jalan-jalan sekitar hotel yang banyak view cantik-cantik. Hotel tu sendiri mempunyai rekaan senibina yang cantik. And then kalau keluar dari pintu gerbang tu, korang boleh bergambar dengan view enterance CT dan pemandangan hutan menghijau yang kadang-kadang ada kabus. Angin petang was so nice. Sejuk dan segar walaupun tak hujan. Tanah tinggi, kan?
Kat kawasan tengah-tengah tu ada banyak restoran dan café untuk korang duduk-duduk dan lepak-lepak sambil makan. But please expect no cheap food in their café okay? Kalau nak murah sikit, ada Seven-Eleven baru bukak (I think so sebab dulu datang tak ada lagi)
So boleh la korang makan sambil duduk kat fountain layan ragam orang.
Tak dilupa, kedai cenderahari pun ada.
Di bawah bridge CT, ada kolam yang menempatkan dua (dulu tiga) ekor swans. Yang hitam tu macam dah mati agaknya. Kat bawah tu juga ada Mini Dinasour RM15 dewasa dan RM12 kanak-kanak kalau tak silap. Tapi kami tak masuk pun sebab macam tak menarik.
We got a chance to have dinner at one of the restaurant. Menu dan price dia macam Kenny Rogers. Masa tu dah nak malam around 7 pm. Orang tak ramai so kami dapat makan dengan aman. Lepas dinner, kami naik untuk solat dan turun balik untuk menikmati view malam pulak. View malam kat sini pun cantik juga sebab they play around with LED.
around 8 pm, ada orang lead Zumba kat fountain tu.. Mula-mula dia dengan geng dia je ( I think they are the CT team) tapi lama-lama eh ramai pulak yang mengikutnya.
Dulu ada performance tarian kat atas pentas yang memang dah tersedia kat tepi 7-11 tapi I think due to COVID, persembahan tu dah tak ada. Bagus juga sebenarnya tak ada sebab dancers dia kemain seksi nak mampus~
On the next day, kami turun breakfast di tingkat bawah, the restaurant next to 7-11. Aku nak puji system breakfast di CT. They are very efficient! Makanan dah siap dihidang dan diletak di kaunter. Guest just datang, ambik makanan dan duduk makan. Cepat kan! So korang tak payah nak bersiar-siar from one station to another station, fikir nak makan apa, terhegeh-hegeh nak ambil makanan and whatsoever. They already provide the food for you. Tahniah! Tahniah! Good job!
It's not easy travelling during peak season and long holiday. Orang ramai. Tapi as long as korang dah secure booking, you're safe. Jangan sekali-sekali mencuba untuk datang menonong konon nak try luck. Memang jawapannya adalah no luck sebab selalunya musim-musim macam ni, bilik hotel fully booked.
Aku sendiri pun last minute book jugak sebab nak secure the room. Tak berani nak datang sondol je.
So this CT is highly recommended sebab dekat je dengan KL. Tak sampai sejam drive pun. Cuma my advice is, bawak la makanan / kudap kudapan sebab makanan kat atas sana agak mahal. Aku masih setia bawa multi cooker sebab ada Nuha kan. Walaupun dia dah boleh makan family food, tapi aku macam dah terbiasa. Paling-paling pun nak juga bawa macaroni dengan telur rebus. Eh mak-mak sangat la aku ni.
Dan yang paling penting, isi minyak siap-siap kat bawah ni sebelum mendaki sebab kat atas sana tak ada petrol pump.
Jangan cakap aku tak warn ya!
So overall:
- Bilik 10/10 puas hati!
- Harga 6/10 mahal sikit sebab book last minute (ok ni memang salah aku) dan it's peak season
- Makan 8/10 breakfast is well arranged. Café and 7-11 are available if you are hungry
Selamat bercuti!
cantiknya
ReplyDelete