Bismillah
It’s actually Day-10 (or 11?) of WFH due to RMO in Malaysia. Aku
ingat boleh la dapat satu hari satu enti blog. Tapi nan hadoooo. Kerja ofis 9am
– 5pm. Sambil tu sulam-sulam dengan kerja rumah; Buat sarapan, mesin baju,
masak nasi, buat kopi, buat susu Nuha… Eh tiba-tiba banyak pulak kerja aku.
Well, this is the moment that I really want to experience.
Kau bacalah entri aku yang lepas-lepas. Berapa kali aku sebut WAHM. Nah hari
ini Allah izinkan aku rasa apa yang aku nak sangat tu. Alhamdulillah untuk banyak
benda. Tapi apa yang aku visualize tu tak 100% berlaku la. Takde maknanya aku
boleh baca buku kegemaran sambal hirup kopi ke, melawat kebun sejemput ke…Tak
berlaku ye semua tu~ Real situation is totally different!
Untuk orang macam aku yang hari-hari bangun pukul 4.30 pagi
terus kena memasak untuk bekal anak, mandi pukul 5.30 pagi, keluar rumah
berkejar ke rumah pengasuh seawal 6.45 pagi, bergaduh dalam jem di saat lagi 15
minit nak pukul 8 pagi, sampai ofis 8.05 pagi, HR dah jeling-jeling – Aku sangat
menghargai RMO ini. Berada di rumah buat aku lebih cermat mengatur dan
menghargai masa. Aku tak kisah untuk sudahkan kerja sampai lewat malam selepas
Nuha tidur dan tak kisah untuk bangun pagi menghadap kerja di saat Nuha masih
tidur. Selebihnya 9am – 5pm, aku akan standby via Skype tunggu arahan bos dan
sudahkan kerja yang mudah-mudah je. Kerja yang memerlukan aku focus semua dah
clear. Aku selesa begitu. Tapi tulah…Aku happy. Tapi orang lain mungkin tak
happy tengok aku happy.
Sumber |
But juggling with career and family in one roof is not easy.
Aku malas nak detail semua benda. Nanti orang lain pun berlumba-lumba nak cakap
yang mereka lagi susah. Mereka lagi struggle. But to be honest, aku enjoy the
moment walaupun the facts are aku tak sempat mandi pagi tapi dah ada Zoom
meeting. Aku still bangun awal pagi untuk sediakan sarapan dan masak makanan
Nuha. Tak ada banyak yang berubah dalam rutin harian aku, in fact rutin harian
aku bertambah. Tapi Alhamdulillah hubster is very helpful. Dia tahu part mana
yang dia kena bantu aku. Selalunya dia akan masak lunch dan teman Nuha kalau
aku ada teleconference. Kalau suami aku yang ada kerja, selalunya aku rasuah je
la Nuha dengan susu aku. Apedal. Hahahahha! The the rules are; bergilir dan
bertolak ansur. This is not the time untuk kau sorang je cakap kau banyak
kerja. Sebab pasangan kau pun sedang bekerja. Jangan gaduh-gaduh ok.
Overall aku ok. Mental koyak sebab dah lama tak pijak tanah
dan hirup udara segar. Tu je. But we managed to create a good and healthy environment
in this house so we can call it home sweet home. Semua tu menuntut disiplin.
Aku memang awal-awal dah bagitahu hubster; during this period, kita tak boleh
lalai atau leka. Rutin kita mesti berjalan macam biasa. Kalau 2-3 hari pertama
kau tak boleh create rentak hidup kau, percayalah yang kau tak akan dapat susun
hidup kau sepanjang RMO ni.
Enjoy your time!
Dhiya