Travelog: The Sterling Boutique Hotel Melaka


Bismillah

January is always a good month, a good start. I just celebrated my new age few weeks ago. Tapi on the day itself, kami tak sempat ke mana-mana sebab aku sibuk dengan hal kerja. Jadi seminggu selepas birthday aku tu, barulah kami berpeluang bercuti.

Again, kami ke Melaka. Kalau nak tahu- Setiap kali birthday aku atau suami, kami akan ke Melaka. Apa yang berbeza adalah hotel penginapan saja. Rasanya hampir semua hotel di Melaka ni aku dah terjah dan setakat ni semuanya okay. 

Kali ni kami ke The Sterling Boutique Hotel, Melaka. 
Kami sampai agak awal dalam pukul 12 tengahari. Sampai-sampai je terus ternganga kejap. Eh kat luar pun dah lawa, kat dalam macam mana rupa kau ni?
Kami agak bernasib baik sebab dapat check-in pukul 12 tu jugak. Konsep aku; kalau hotel best, hotel mahal; cubalah check-in seawal yang boleh supaya boleh maksimumkan masa dalam fasiliti tu. Ye lah, kau bayar 2-3 ratus, lepas tu check-in pukul 5 petang. Rugi tau!

Bilik yang aku ambil ni agak premium sebab betul-betul untuk birthday celebration aku. Hahahhaahha! Paling best, bilik ni ada jacuzzi. Muatlah untuk 3 beranak nak main air. Aku agak skeptikal nak bawa Nuha main swimming pool buat masa ni atas faktor kebersihan dan kesihatan. Jadi dengan kuasa veto seorang mak, kau semua berendam je lah dalam jacuzzi tu tak payah berkongsi dengan siapa-siapa. Itu pun aku kerah apak Nuha untuk sental dulu jacuzzi tu. 

*Siapa nak book hotel macam aku ni, boleh klik sini.

Bilik pun agak luas (memang luas). Masuk-masuk je, Nuha dah mengekek macam tahu-tahu je yang check-in hotel tu adalah suatu yang menyeronokkan. Bukan main dia berguling atas tilam. Takut jatuh, aku letak dia atas carpeted floor. So dia bebas nak menjalar dan tak sejuk.
Executive Double Suite with Spa Bath
Sebab dapat check-in awal, dapatlah kami tidur sekejap. Bangun-bangun je, suami aku terus isi air dalam jacuzzi dan bawa Nuha terjun. Wah wah wah kau orang berdua. Habis aku ni nak tengok je ke? Memang tak lahhhh!
Bilik ni ada pintu keluar di mana terletaknya jacuzzi dan kerusi untuk lepak-lepak sambil minum petang. 
Petang lepas main air tu, kami keluar ke Bandar Melaka. Lokasi hotel ni sangat strategik. Very walking distance to the main attraction of Melaka. Jadi tak gaduh nak bawa kereta. Jalan kaki je dah boleh sampai Jonker Street. Along the Melaka River tu, memang banyaklah kedai-kedai makan dan pemandangan yang cantik-cantik. Kalau berjalan juga, korang boleh masuk ke lorong-lorong kecil untuk cari pemandangan yang cantik dan rare untuk bergambar. 
Pemandangan di tepi Sungai Melaka
Kami berjalan jugalah dalam Jonker Street tu sementara hari masih siang. Jonker Street akan ada pasar malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Memang seronok berjalan dalam tu.
Peranakan Place Jonker Street. Halal. Kedai yang sama ada di Nu Sentral Kuala Lumpur dan aku selalu bawa budak training makan kat sana. Just in case korang stuck tak tahu nak makan kat mana kat Jonker Street tu, boleh la dating ke kedai ni. Cari Mee hoon siam dia. Sedap! 
Datang Melaka ni, ambil gambar jelah sampai memory card kau penuh. 10 kali dating pun tak boring. Itulah yang terjadi kepada aku. Mana pernah merungut datang Melaka ni. Senyum memanjang sebab seronok!
The Baba and his baby wearing. Aku agak bernasib baik sebab suami aku 'suka' baby wearing. Aku boleh lenggang kangkung bawa handbag je. Bukan apa, dia kata biar dia pula ada bonding time dengan Nuha. Iyelah. Bonding time aku dengan Nuha time tengah malam, dia tidur mengeruh. Kehkehkehkeh!
Banyak juga gambar cantik-cantik yang kami ambil. Tapi macam biasa, aku bukan sejenis yang tayang muka aku. Jadi ini antara gambar yang terbaik yang aku ada untuk korang. Gambar aku ada dalam IG dengan 6 juta pengikut tu. Pergi check kat sana.  
Pemandangan yang tak pernah bosan
Pertunjukan air kelapa je pun. Tapi bersilat segala. Suka betul Nuha tengok. Suami aku siap buat video call dengan bibik punyalah nak tunjuk.
Sebelum makan malam, kami singgah makan cendol dekat Jonker Street tu. Banyak sangat penjual cendol di sana. Pilihlah mana yang berkenan di hati.
Malam tu kami makan biasa-biasa je. Bihun sup dengan nasi lemak. Tapi suami aku beli air tembikai yang blend dan minum dalam buah tembikai tu sendiri. Kemain gedabak.

1/ The Sterling Boutique Hotel Melaka, aku booked melalui booking.com. Harga bergantung kepada Tarikh yang korang pilih. Kalau peak season, mestilah mahal sikit.
2/ Alamat: No 43, Jalan Temenggong, 75100 Melaka. 
3/ Parking banyak, jadi jangan bimbang.
4/ Sarapan pagi disediakan di sky roof. Kalau tak termasuk dalam bayaran hotel pun, boleh bayar terus waktu nak makan tu.
5/ Staf sangat baik dan ramah. Thanks to Zara, Mira yang bantu urusan bayaran dan check-in and the guy in the sky roof restaurant yang tolong panaskan makanan Nuha supaya Nuha dapat bersarapan bersama dengan kami.

Hey, korang memang awesome!

Salam sayang, 
Ummi Nuha

Hello 2019


Bismillah

Day 4 of 365.

Alhamdulillah. Allah bagi peluang untuk hidup lagi hingga ke hari ini. Tahun 2018 yang penuh kenangan telah ditinggalkan. Kita akan corakkan 2019 dengan warna-warna kenangan yang lebih indah, Insya Allah.
Aku tak ada azam baru pun. Too mainstream. Dulu masa sekolah rendah yelah. Masuk je sekolah, hari pertama cikgu dah tanya apa azam baru awak. Kahkahkah! Cuma ada dua perkara yang aku secara peribadi nak capai tahun ni. Doakan kedua-duanya tertunai dengan jayanya ya.

2018 menemukan aku dengan perangai manusia yang pelbagai. Ada yang buat aku belajar banyak benda secara positif. Ada juga yang buat aku betul-betul putus asa. Nak beli hati dengan duit banyak mana lagi pun aku dah tak tahu. Punyalah susah nak pandang usaha kita.

Untuk 2019 ni, aku memilih untuk enjoy dan appreciate apa yang ada di depan mata. Aku tak akan go beyond mengejar perhatian manusia yang tak pernah menghargai aku. Bak kata suami aku, kita fokus pada kelurga kita. Jangan berpenat-penat untuk orang. That's it. Walaupun aku sendiri tak betapa setuju sangat dengan apa yang aku pilih ni, tapi aku rasa ini lebih baik dari aku kecewa sebab tak dihargai.

Pergilah 2018. Aku taknak pandang kau lagi sebab ada pengalaman sedih di sana. Tapi aku tak akan lupakan kau sebab masih ada kenangan manis kita bersama.

Untuk keluarga, sayangilah aku. Untuk rakan-rakan, terima kasih. Untuk diri sendiri, kuatlah. Di depan penuh cabaran!

Dhiya