Bismillah
Being a parent- Specifically a new parent must be a great experience for everyone including us. Baru aku faham perasaan jadi mak ayah ni. Semua benda akan consider anak dulu. Lepastu apa-apa consideration must be the best for the baby. See, betapa overprotective nya kita bila dah jadi mak ayah. Huhuhu!
One of our main consideration adalah untuk dapatkan stroller untuk anak. Sekarang ni memiliki stroller dah jadi satu keperluan, bukan lagi kehendak. Nak berjalan senang. Kalau sebut stroller , berlambak-lambak jenis dan jenama ada kat pasaran. Dari yang biasa-biasa, sampai la gaya artis punya stroller. Tinggal lagi nak pilih yang mana satu- ikut bajet, keperluan dan kegunaan.
Pemilihan stroller aku serah bulat-bulat pada suami. Bukan sebab aku tak peka. Tapi kemahiran analitikal suami aku ni lebih tinggi dan dia lebih teliti berbanding aku. Banyak aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli stroller. Tapi berikut adalah pertimbangan kami:
1. Kompak (sebab kereta kami kereta mini je)
2. Boleh double facing (boleh menghadap mak ayah, dan boleh menghadap ke hadapan juga)
3. Senang nak lipat dan buka
4. Harga berpatutan dengan fungsi
Apa kegunaan kami?
1. Nak bawa jalan-jalan dalam mall je
2. Outdoor macam zoo tu mungkin lah. Tapi tak sekerap pergi mall kut
3. Nak untuk dari baby sampailah ke toddler (tanpa perlu pening kepala nak kena beli stroller lain)
Selepas kami set kan dalam kepala apa ciri-ciri yang kami nak, maka bermulalah hunting moment kami. Bila aku kenang balik, rasa lucu pun ada, rasa naif pun ada, rasa bodoh pun ada. Tapi we take it as part of the learning process for the sake of baby. Mula-mula tu kami jalan-jalan ke shopping mall. Behavioural observation kononnya. Mana-mana parents yang bawa stroller, kami akan pergi dekat dan tengok macam mana stroller tu bergerak, macam mana parents dia handle dan sebagainya. Waktu ni memang kelakar oi. Rasa macam penjenayah. Aku pernah ikut satu parents ni sebab nak tengok stroller anak dia, tapi tiba-tiba stroller sekali dengan anak dia tu terbongkang ke belakang sebab parents dia sangkut macam-macam beg kat handle stroller tu. Aku terus tukar arah perjalanan dan sempat jeling jenama stroller tu. Huhuhu!
Berikut adalah beberapa jenama stroller yang kami tengok dan cuba sendiri di kedai-kedai barangan bayi sekitar KL dan Selangor
Sweet Cherry adalah stroller dari Malaysia. Harga memang mampu milik. Design pun ada je yang memenuhi citarasa kami tapi one big problem pada kami adalah Sweet Cherry ni kebanyakannya bulky. Tengok tayar je dah takut. Tak dinafikan mereka ada keluarkan rekaan kompak sekarang, tapi malangnya tidak pula memenuhi kriteria yang aku dan suami nak.
(Julat harga: RM200-RM600)
Joie:
Joie pernah jadi pilihan kami suami isteri. Ringan, kompak tapi tak boleh double facing. Hampir-hampir nak beli dah pun dengan mengorbankan kriteria #2 (boleh double facing) sebab rasa dah putus asa. Tapi atas sikap berhati-hati, kami KIV dulu Joie ni, balik dan fikir lagi. Adakah double facing criteria tu betul-betul diperlukan dan kenapa kami set itu sebagai antara ciri-ciri yang kami nak. Study punya study, kami percaya yang kami betul betul perlukan double facing criteria ni. Jadi kami batalkan hasrat dengan Joie dan teruskan pencarian lagi.
(Julat Harga: RM700-RM1000++)
Hauck:
Hauck pun sama. Memenuhi semua kriteria yang kami nak kecuali tak boleh double facing! Design Hauck semua nampak smart dan elegan. Tapi satu kriteria yang kami nak tak dapat dipenuhi. Maka aku dengan pasrahnya melepaskan Hauck pergi. Sampai tahap ni, aku rasa nak je pujuk suami aku beli je lah sebab aku dah malas nak fikir. Asalkan boleh lipat kecil, boleh letak dalam kereta, ringan dan senang nak buka dan lipat- Sudah. Tapi suami aku cakap tak. Kita cari lagi. Mesti ada design yang boleh fulfil semua kriteria dia tu. Ya Rabbi Salam suamiku! Nampak tak siapa yang lebih cerewet sekarang ni?
(Julat Harga: RM700-RM1000++)
*FYI, Joie dan Hauck kami tengok dan test drive di My Lovely Baby Taman OUG
Alamat: My Lovely Baby, A3-1-29, Jalan 1/152, Taman OUG Parklane, 58200 KL
Aldo Compatto:
Kami kenal Aldo sekali masa di Babyland SS2 Petaling Jaya. Kedai ni besar juga. Banyak barang kelengkapan bayi lain. Seronok la juga. Ok now come back to stroller. Aldo ni orang kedai tu yang tayang kat kami. The moment kami angkat je, first impression: Ringan gile. Bila suruh lipat, kemain macam lipat kain keciknya. Ok Puas hati kat situ. Cuma Aldo tak double facing (again) dan tak ada bahagian pemijak kaki. Jadi kaki baby nanti terjuntai-juntai macam tu je takde support which is aku rasa tak sesuai untuk blood circulation pada lower extremity (kaki) dia. Harga dah cun, tapi malangnya masih belum memenuhi kehendak aku (dan suami aku~)
(Julat Harga: RM400-RM700)
Aldo Compatto ni macam saudara kembar kepada Babyzen Yoyo. Sama sebijik je. Cuma Babyzen Yoyo mahal lagi.
Quinny
This is my personal choice sebenarnya. Tapi aku tak pernah cakap kat suami aku langsung sebab aku tau harga dia memang mahal. Test drive pun tak pernah sebab tak berani langsung nak sentuh jenama ni. Suatu malam, ketika suami aku dok baca-baca pasal stroller ni (yes he did a lot of readings on this), dia sebut tentang Quinny siap detailing lagi kat aku. And the best part is dia declare yang Quinny memenuhi semua kriteria, cuma harga je mahal teruk. Tapi dia macam bangga gila dengan discoveries dia tu. Aku diamkan aje. Rupanya dia dah tekad nak beli Quinny ni. Quinny banyak model ya. Tapi suami buat keputusan untuk ambil Exta 2.0 sebab frame dengan seat dia boleh lipat sekali, compared to Extra 1.0 yang kena detach dua komponen ni waktu nak lipat which is not convenient at all. Dah rupa macam bawak skate board katanya. Hhahahaha!
(Julat Harga: RM1000-RM3000++)
*****
Akhirnya pencarian berakhir! Kami (suami aku sebenarnya) mengambil keputusan untuk memilih Quinny Zapp Extra 2.0 sebagai stroller untuk baby. Yang kelakarnya, aku sampai sekarang tak bagitahu dia sebenarnya inilah yang aku nak! Lepas beli, test drive kat rumah dan aku tahannnn je rasa menggeletik kegembiraan tu. Hahhahahaha! Alhamdulillah inilah cara Allah tunaikan hajat aku, melalui suami aku. Weh tolong jangan pecah rahsia ya~
Kenapa kami nak sangat stroller yang boleh double facing?
Aku dan suami ada baca, too much exposure in terms of view (facing front) akan buat baby menerima rangsangan berlebihan (overstimulation) which is not good for their mental development. Ye lah. Kecik-kecik lagi, tapi dah exposed tengok banyak benda. Kita yang tua ni pun, kalau berjalan dan tengok banyak benda pun boleh jadi berpinar mata, penat otak.
Sebab tu rear facing (menghadap mak/ayah) perlu juga untuk secara psikologinya buat mereka rasa yang kita sentiasa ada untuk mereka dan mereka akan rasa lebih selamat. Lagipun kalau asyik menghadap ke depan je, budak tu muak ke, muntah ke, kepala terpeleot ke kita tak alert walaupun ada plastic cover supaya kita boleh intai dari atas. Aku rasa mak-mak (khususnya) kalau dah dalam mall, mata dia lebih kepada shopping je~ Hhaahah!
Demikianlah cerita aku. Bab-bab ni, memang tak boleh main sondol je. Kena study dan survey betul-betul. Kuncinya jangan putus asa dan kena banyak bersabar. Consumerism matters. Aku ni pun bukannya sabar sangat. Tapi aku belajar dari suami aku. Huhuhu!
Tipsnya, rajin-rajinlah keluar dan tengok sendiri stroller yang kita nak beli tu. Jangan main order je kat Lazada. Nanti sampai-sampai je, kau menangis bucu katil.
To all mothers out there, all the best! Aku harap sedikit perkongsian aku ni dapat membantu dan memberi idea bagaimana untuk memilih stroller terbaik untuk anak dan juga terbaik untuk poket mak ayah. Semoga yang terbaik untuk kita.
Amin :)
Dhiya
No comments