Bismillah
Hai!
Entri kali ni, aku nak cerita tentang set berpantang yang aku pilih selepas berbulan-bulan mengkaji dan mengkaji. Tau lah kan, first time mom macam aku ni kalau boleh semuanya nak yang terbaik (eh semua orang pun nak yang terbaik untuk diri sendiri kan~).
Akhirnya aku pilih set berpantang TANAMERA.
Asalnya, aku agak reluctant nak beli set pantang TANAMERA ni sebab ada produk dalam set tu yang aku taknak, contohnya bengkung (sebab aku dah beli bengkung moden), pilis dan param. Tapi nak beli loose, ada pula beberapa produk dalam set tu yang tak dijual loose macam teh herba dia. Dilema kan?

Tapi Mei 2018 lepas, aku jalan-jalan di satu mall di KL dan jumpa kedai TANAMERA ni dan saja la gatal-gatal masuk dengan niat nak tanya la akak tu samada ada tak peluang aku nak beli loose produk pantang ni (walaupun aku tau memang tak boleh).
Kakak ni marketing dia power. Dia boleh ubah pendirian aku dari taknak beli full set kepada keputusan 'alah beli jelahhhhhhh'
Apa yang terjadi pada aku? Kena pukau ke apa?
Ceritanya macam ni, kebetulan masa aku datang tu, tengah ada promosi hari ibu sebanyak 20%. Kemudian dia cakap dia boleh bagi lagi 5% lagi sebab dia pakai staff ID menjadikan harga set berpantang TANAMERA tu bawah RM300. Korang pergilah cek harga set ni di laman web TANAMERA. Memang cecah RM400.
Kebetulan ada satu set yang dia memang beli dari HQ untuk diberi kepada anak saudara dia yang akan berpantang. Aku pun tanya la: "Boleh ke saya beli yang akak reserve untuk anak saudara tu?" Dia cakap boleh je. Dia boleh beli lain~
Jadi, lepas berbincang dengan suami- Aku pun grab lah set berpantang TANAMERA ni. Suami aku cakap aku ni memang hebat bab mencari best deal macam ni. Pakai ilmu apalah agaknya. Mana taknya, set yang cecah RM400 aku boleh dapat 25% diskaun dan kakak tu siap bagi free sample bukan main banyak lagi. Ehhh see the leg la. Aku pun orang marketing jugak~ We know how to do negotiation! Hhaahhahaha!
Sebenarnya semua ni rezeki dan kebetulan je. Masa tu memang ada promosi sempena hari ibu. Tu yang jadi murah tu. Tambahan pula aku terlebih ramah dengan akak tu, jadi dia pun mungkin tergerak hati nak bagi lagi 5% diskaun atas nama dia. Rezeki dari Allah~
Basically dalam kotak set berpantang TANAMERA ni ada 10 produk iaitu:
5. Cold pressed virgin coconut oil * Refer #4
6. Brown formulation body soap * Refer #3
8. Calming herbal blend paste * Refer #3
Apa yang best sangat tentang set berpantang TANAMERA ni?
Pertamanya, ini adalah produk semulajadi! Keduanya, produk ni bau wangi macam bau spa. Wangi tu pula memang datang dari bahan semulajadi yang digunakan. Herbal massage oil wangi bau serai weh! Kalau guna untuk berurut tu, memang rasa macam duduk dalam spa mahal~ Ketiganya, aku suka produk ni sebab semua ready to use. Maknanya semua produk mudah diguna. Contohnya herbal bath- Kalau orang kampung dulu-dulu, kena ambil daun serai wangi, daun pandan daun itu daun ini dan rebus. Tapi herbal bath ni dah siap dalam sachet dan tinggal campak je dalam periuk untuk direbus.
Dalam kotak set berpantang tu juga disediakan booklet tentang setiap satu produk beserta dengan penerangan supaya menjadi panduan semasa penggunaan.
Antara tips yang aku boleh kongsikan; Kalau nak beli set berpantang TANAMERA ni, belilah waktu ada promotion sempena hari ibu ke, hari bapa ke. Mesti ada diskaun punya~ Sebab aku baru terbaca yang mereka sedang beri 20% diskaun sempena hari bapa. Rebutlah peluang tu!
Any other updates- tunggu cerita dari entri seterusnya. Maklumlah dah jadi mak-mak ni, sibuknya dah jadi sekali ganda. Kalau tak sibuk pun, pastilah anak lagi Utama dari blog kan~ Hahahha
Salam sayang,
Dhiya