Bismillah
Seharian berada di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, untuk satu program di sini. Seawal 6.30 pagi, saya sudah berada di pejabat. Inilah jihad Lillahi Taala hendaknya. Hari kerja di luar terasa amat panjang. Saya hanya balik jam 6.00 petang tadi. Itu pun Monorel Bukit Nenas penuh dengan orang, ditambah pula dengan tren yang lambat. Rasa nak menangis dibuatnya~
Sampai di KLSentral, suami saya jemput sebab kebetulan dia ada mesyuarat di situ. Syukurlah. Tapi baru je duduk dalam kereta, dia cakap dia kena datang balik ke pejabat malam ni sebab ada client yang baru bagi task tengahari tadi (Jumaat) dan minta dihantar pada pagi Isnin. Ya Rabbi sungguh tak ada common sense orang itu.
Sudahlah kami akan bercuti Isnin depan sempena ulangtahun perkahwinan, begini pula jadinya. Tapi saya beritahu dia yang saya akan ikut dia ke pejabat, dengan syarat kena balik rumah dulu sebab dah berlengas sangat sehari suntuk bekerja teruk.
Sekarang saya sedang berada di pejabat suami pula. Bawa laptop sendiri, internet sendiri dan buat hal sendiri. Di hujung sana suami saya tengah berperang dengan kerjanya. Moga ini juga jihad dan pengorbanan Lillahi Taala hendaknya. Amin.
Inilah kehidupan kami. Ada yang best, yang tak best pun enjoy juga buat-buat best. Kadang-kadang orang rasa kehidupan kami all smooth, all sweet and all good. Nampak sempurna. Tapi orang tak tahu apa cabaran kami dan apa yang kami struggle.
Kami enjoy semua- Susah, senang, sedih atau gembira. Yang racun biar jadi penawar sebab momen ini hanya sekali dan kita tak tahu masih ada masa untuk semua ini lagi atau tidak.
Insya Allah hujung minggu ini kami akan bercuti sempena ulangtahun perkahwinan yang kedua. Masih muda. Masih sedikit ilmu dan pengalaman. Sebab itu namanya 2 years and counting, semoga kekal bahagia hingga ke dalam syurga. Amin.
Penat, memang penat. Penat badan, penat otak dan penat emosi. Tapi apalah sangat penat ini kalau nak dibandingkan dengan apa yang Allah dah beri atas apa yang saya minta sewaktu saya lapang dulu. Semoga kita terus jadi hamba yang bersyukur dan tidak kufur. Amin!
Julai 2017 nampaknya agak sibuk untuk saya. Penutup hari ini adalah penutup Julai yang penat dan saya harap kami berdua dapat rehat dan realign kehidupan kami dan kembali bersemangat untuk Ogos yang akan datang.
Insya Allah saya akan terus menulis.Banyak pengalaman dan cerita yang saya nak kongsikan. Suka menulis. Nak menulis. Doakan ya!
Love
Dhiya