Bermula Disember lepas, suami aku (let's denote it as F) terlibat dengan satu projek pembinaan yang agak besar dan berkait rapat dengan kerajaan. Projek ni masih di fasa awal. Tapi di fasa inilah orang-orang macam F sangat sibuk.
Bermula dengan lawatan tapak di Johor (which he flew to Johor very frequently), hinggalah bertapa di pejabat menyiapkan dokumen tender yang tebal-tebal tu.
Masuk awal tahun 2017, dia sudah maklumkan pada aku awal-awal yang 'kita mungkin tak ada life sikit for next few months' sebab tuntutan kerja dia yang banyak sambil mengejar submission date. Analoginya mudah. Kau jawab soalan MCQ (Multiple choice question)- 100 soalan dalam masa 1 jam dengan 100 soalan dalam 15 minit, mana yang susah? That's it.
Selalunya, setiap petang aku akan tanya dia 'balik awal tak?' supaya mudah aku nak susun jadual hidup aku. Kalau dia balik seperti biasa, aku akan terus memasak sebaik sampai ke rumah. Tapi apabila hidup kami jadi tunggang terbalik ni, aku dah tahu yang by default, dia akan balik lambat dan makan malam sendiri-sendiri.
Maka jadilah kami seperti orang asing. Aku akan sampai ke rumah lebih kurang jam 6 petang. Sambil menonton tv, aku akan gosok baju (kalau belum gosok) atau selesaikan laundry. Kadang-kadang aku makan, itu pun ala kadar saja. Tapi selalunya aku tak makan sebab aku dah kenyang. Lagipun memasak untuk 1 pax adalah sangat tak berbaloi :(
Sepanjang malam aku akan duduk di depan tv. Nak kata menonton beria sangat pun, tak juga. Sekejap-sekejap aku bangun ke dapur mengemas apa yang aku rasa dah kemas. Sekejap-sekejap aku masuk ke bilik menyusun bantal yang dan elok tersusun.
Bosan
Sunyi
Kalau dah lewat malam dan sebelum tidur, aku selalunya akan hantar mesej kepada F:
1. Baju tidur dah atas tilam
2. Air dalam water heater tinggal tekan je. Susu dah dalam cawan
3. Kalau nak apa-apa, kejut jelah
4. Once reach, please say something to me, even I'm sleeping
Aku hantar mesej ni hari hari. SETIAP HARI sebab aku tak boleh cakap dengan dia face to face sebelum tidur. Aku tak sedar dia balik pukul berapa sebab dia tak pernah kejut pun aku. Aku tak sedar apa-apa yang dia cakap sebab aku dalam tidur yang sangat dalam. MATI.
Subuh esoknya, aku bangun je tengok dia dah ada kat tepi. Bila aku kejut untuk pergi kerja, dia akan nampak mengantuk. Setiap kali aku tanya pukul berapa dia balik, dia jawab entah. Tapi aku check last seen Whatapps dia- selalu 3-4 pagi. BINGO!
Itulah hakikat sebenar kerjaya seorang engineer. Aku bukan nak emphasize dia hebat. Kalau hebat pun, of course dengan izin Allah dan itu memang bidang dia. Tak dilupa, tu tanggungjawab dan amanah dia. Aku nak bagitahu yang apa yang korang tengok kat drama tv petang-petang tu tak sama langsung dengan hakikat sebenar.
Kami masing-masing berkorban banyak perkara: Masa mahupun emosi dan perasaan.
Ada sekali Jumaat tu, F bawa balik drawing (pelan yang dalam kertas putih bergulung-gulung tu). Dia menghadap pelan tu sepanjang hari Sabtu. Kami memang tak keluar ke mana-mana langsung. Sarapan dan makan tengahari- Semuanya di rumah yakni bukan kebiasaan kami. Malamnya barulah kami keluar untuk makan malam. Itupun kemudiannya dia bawa aku ke pejabatnya supaya aku boleh bantu untuk susun semua pelan tu ikut susunan yang betul.
Aku tanya dia:
"Abang, kenapa drawing yang D tengok dalam drama TV petang-petang tak sama pun dengan drawing abang ni? "
"Tak sama kat mana tu?"
"Iyalah. drawing dalam TV tu kecik je gulungannya. Drawing abang ni dah macam batang balak. Orang dalam TV tu D tengok dia boleh bawa drawing celah ketiak je. Tapi abang pikul letak atas bahu"
Dia ketawa.
"Berapa nilai projek dalam drama TV yang D tengok tu. Haih..kuat sangat tengok TV. Inilah akibatnya"
"Entah. D dengar deorang nak rebut tender projek 2 juta. Banyak la jugak tu kan"
"Kalau D nak tau, dua juta tu projek sebuah dewan serbaguna atau sebuah surau je. Padanlah drawing dia besar batang ubi je"
"Abes why they are soooo proud of that project?"
"Nama pun drama dalam TV, Dhiya"
Sigh~
Nampak tak. Betapa yang kau tengok dalam TV tu sungguh tak realistik. Itu belum lagi kau tengok attire deorang- Dengan long suite, kasut kilat, bawa briefcase ringan, duduk dalam bilik besar sambil silang kaki. No way! It does not happen in real life, at your age!
Semoga-
Semoga cerita aku ini menyedarkan korang: masyarakat di luar sana, adik-adik lepasan SPM dan STPM, mak-mak ayah yang letak high expectation pada anak menantu, adik-adik bakal jurutera dan sesiapa sahaja yang fikir 'jadi enginner ni senang'.
Kerja apa pun dalam dunia ni- Doktor, polis, bomba waima tukang sapu sampah pun memang tak ada yang senang. Semua pakai kudrat. Tak adanye kau duduk tersandar depan TV, kau boleh dapat gaji 5-6 ribu. Tak ada. Semua orang, siapa pun mereka, apa pun kerja mereka, semua ada cabaran dan masalah masing-masing.
Jadilah diri sendiri dan bertanggungjawablah dengan apa yang telah dipertanggungjawabkan. Insya Allah dunia akan aman.

Sayang,
Dhiya
No comments