Nota untuk diri.
Satu.
Hati-hati dengan lidah. Jangan jadi putar belit yang boleh mendorong kepada penyebaran fitnah. Ingatlah bahawa dosa fitnah lebih teruk dari membunuh.
Dua.
Doa orang yang teraniaya tidak ada hijab. Apa yang perlu adalah bertahan. Apa juga tomahan- Terima dengan kuat dan berdoalah kerana doa itu paling 'laju' sampai ke sisi Tuhan.
Tiga
Sabar. Hina keji orang, tuduh maki orang- Sabar. Ironinya sabar itu ringan pada pengucapan. Tapi cukup sukar untuk ditunaikan. Di saat diri tersepit dek macam-macam ujian, kadang-kadang boleh jadi putus asa dan pendek akal juga.
Tapi itulah- Sabar ini, kalau tertunai- Ganjarannya indah manis lagi nikmat.
Hari ini agak memberi tekanan. Entahlah. Dugaan menjelang hari perkahwinan, kata orang. Makin dekat dengan majlis, makin hebat ujian yang datang. Itulah dia tanda Allah sayang. Sebenarnya.
Tapi sebagai manusia biasa, saya berhak untuk bersedih apatah lagi kalau melibatkan hak dan maruah.
Doakan saya kuat.
Sukar
Payah
Susah
Saya manusia biasa.
First time saya rasa ikan patin masak tempoyak perghhh, dkat area kuantan jugak nma kedai tu mabiq kot. Serius sedap !
ReplyDelete