Biasalah...
Kalau kita ada banyak baju pun, mesti ada baju yang bukan menjadi kesukaan kita walaupun kita sendiri yang memilih untuk membelinya. Betul kan?
Ini sedang terjadi ke atas saya. Baru nak bersangka baik dan cuba optimis terhadap cabaran kerja. Tapi saya diuji dengan sikap rakan sekerja yang besar kepala apabila dibelakangnya berdiri seorang bos besar yang membela segala tindak tanduknya-tak kira betul atau tempang!
Memang mogok besar juga saya di pejabat hari ini. Dari pagi saya hanya duduk di tempat saya sambil termenung memikirkan apa kurangnya saya dan di mana tempangnya langkah saya ketika bertugas.
Setahun saya di sini, saya menerima info positif tentang prestasi kerja saya. Tiris sedikit-sedikit tu adalah. Tapi bukan sampai ke tahap sabar saya menjadi nipis sementelah diperlakukan sebegini.
Saya tak faham mengapa favoritism ini perlu wujud. Ya, mungkin A memang bagus dan B pula sebaliknya. Tapi apa hak seorang pemimpin untuk membeza-bezakan anak didik sendiri yang sama-sama bekerja untuk organisasi? Bukankah nasihat dan dorongan yang membina boleh jadi platform yang lebih baik? Dan apa jadi kalau tanggapannya salah- Mungkin B lebih baik prestasinya berbanding A?
Sebagai pemimpin, mereka seharusnya perlu menjadi ketua yang adil dalam menjaga kepentingan semua, bukan hanya kumpulan atau puak tertentu.
Saya sangat terkilan dengan insiden hari ini. Saya dipersalahkan tanpa diberi peluang membela diri. Sekarang saya sedar, inilah yang dinamakan -|ditimbang tanpa neraca|-
Saya tahu dan sedar letak duduk keadaan tersebut. Sebab itu saya berani menulis luahan seperti ini. Saya tak akan menipu perasaan saya sendiri di sini!
Tak mengapalah. Dunia ini bulat. Kalau hari ini mereka berada di atas, giliran saya akan tiba nanti. Saya akan buktikan yang saya tak bersalah. Saya orang bermaruah!
Yang Menulis,
Dhiya
No comments