Resepi Ikan Pais Kukus Berkuah Warisan Emak


Bismillah

Ini kes rindu mak. Salah satu kehebatan mak adalah masakannya yang lazat. Hey siapa tak puji mak sendiri wei~
Kadang-kadang rasa macam magik, apa pun yang mak masak waima sayur air- Seakan ada sentuhan ajaib. Semuanya sedap-sedap belaka. Sesungguhnya benarlah- Air tangan seorang ibu sangat misteri. Dan saya sangat bangga kerana membesar dengan air tangan emak :)

Apabila sudah berkahwin, saya tidak boleh kekal dengan perangai manja tu. Kalau dulu, emak akan tanya apa yang saya teringin nak makan dan kami akan memasak bersama. Tapi hari ini, saya kena fikir sendiri apa yang hendak dimasak sebab setiap kali saya tanya suami, dia akan jawab:
"Masaklah pape"
Cis

Minggu lepas saya macam teringat-ingat ikan pais yang macam mak selalu buat tu. Malamnya saya masuk dapur untuk tengok bahan. Semua ada kecuali ikan (kena beli) dan serai. Kalau mak selalu guna daun pisang, nampaknya saya kena derhaka sedikit sebab di sini susah nak berdaun pisang bagai. Aluminum foil ada dalam stor. Kita utilize apa yang ada je. Kata engineer~ Haruslah fikir kreatif sikit.

Nah,
Resepi ikan pais paling mudah, tak payah daun pisang, dan modal tak sampai RM 5 sebab saya beli ikan dan serai je. Bahan lain dah ada dalam rumah.

Bahan-bahan- Rujuk gambar di bawah ikut arah jam

1. Ikan (Selar/ kembung/ pelalin) 
2. 2 batang serai + 1/2 inci kunyit + 5 tangkai cili padi + 2 biji bawang merah + sedikit garam - Ditumbuk sehingga macam dalam gambar tu
3. Pati asam jawa
4. Hirisan tomato/ belimbing besi pun boleh
5. Jus limau nipis
6. Daun serai/ daun kesum

* Rasa bolehlah adjust sendiri. Ikan tu dah diperap garam, bahan tumbuk pun dah ada garam, asam jawa tu manis sikit, limau tu masam.
Bahan-bahan asas
Bahan untuk dimasukkan semasa membungkus
Bahan tumbuk
Cara-cara (Rujuk gambar di bawah)

Ini budak sekolah pun boleh buat. Percayalah. Saya yang tak cekap memasak pun perasan jadi pro masa buat ni.

1. Bentangkan aluminum foil di atas pinggan berlekuk sedikit. (sebab jangan bagi air asam jawa tu terkeluar)
2. Letak bahan tumbuk atas permukaan foil. Agak-agak cukup untuk baringkan ikan saja
3. Ratakan bahan tumbuk di atas badan ikan. Masukkan juga di bahagian dalam ikan.
4. Susun tomato/ belimbing buluh/ daun serai/ daun kesum
5. Bungkuskan ikan dengan cermat. Tak perlu pakai stapler atau lidi sebab foil ni kemas. Lipat salah satu hujung bungkusan kemas-kemas.
6. Di satu hujung foil yang masih terbuka, masukkan air asam jawa dan jus limau nipis. Nak letak awal pun boleh, tapi takut nanti tertumpah-tumpah pula sewaktu nak melipat kemasan hujung foil tu.
7. Lipat dan kemaskan hujung foil yang kedua.
8. Masukkan ke dalam periuk kukus.
9. Masak dalam 20 minit atau sehingga masak.
Campurkan je semua sebelum dikafankan
Siap dibungkus
Satu untuk dia, satu untuk saya
Kukus!
Ikan pais ni sedap dimakan sebaik diangkat. Masa panas-panas tu memang terangkat! Kami berdua memang jenis yang suka menghirup kuahnya, jadi sebab itu saya buat pais berkuah dan saya memilih untuk kukus. Kalau dibakar nanti takut airnya kering.

Punyalah syiok makan, masa saya nak tulis entri ni baru saya sedar yang saya lupa nak ambil gambar ikan pais ni sebaik dimasak. Ya Rabbi menyesalnya! Tapi bagus juga. Siapa yang nak tahu bagaimana rupanya ikan pais kukus yang telah siap dimasak, kenalah cuba sendiri ya. Hahahahah!


Seronok rupanya memasak
Dhiya

Diam. Nak tengok Bajet2016


Bismillah

Jom pakat dok depan tv. Sediakan jajan atau pop corn. This might be a humor movie of the day. Saya bukanlah anti kerajaan sangat. Cuma harapnya Bajet2016 ini lebih telus dalam menjaga hak rakyat. Bukan sedikit kisah kesempitan rakyat yang dihimpit polisi negara. Harga minyak naik, harga barang pun naik. Harga tol naik, kadar gaji masih di tangga lama.

Bukan tidak bersyukur
Bukan tidak bersyukur
Bukan tidak bersyukur
Seperti apa yang dikata pak menteri.
Tapi besarlah harapan kami para pemimpin yang memegang amanah dapat mengurangkan kerenah birokrasi dan memudahkan urusan rakyat yang ditadbir. Kalau mereka menaiki Perdana, rakyat tak patut menunggang motosikal dengan anak ramai ke Pulau Pinang untuk balik ke kampung sempena raya.

Harapan peribadi saya adalah semoga harga rumah dapat dikawal supaya orang medium class macam kami terutamanya yang baru menikah ni dapatlah memiliki rumah pertama terutamanya di kawasan Lembah Klang. Saya paling sensitif dengan isu rumah. Kalau nak cakap, memang entri ini jadi entri rumah. Beri peluang dan hak kami. Bukan kami tidak berusaha, bukan kami tidak menyimpan. Tapi apa boleh buat kalau harga sebuah rumah- Dibawa ke bank untuk loan- Kami dikata tidak layak? Jangan suruh kami beli rumah di Temerloh kalau kami bekerja di Lembah Klang, ya.

Pak Jib, jangan fokus pada golongan berpendapatan rendah saja. Sedarlah akan kewujudan golongan pertengahan ini yang kebanyakannya menjadi miskin bandar. Gaji RM3.5K, tinggal di KL, kami dilabel sebagai miskin. Mari gelakkan diri sendiri kerana kami dikatakan tidak berusaha.

Entahlah.
Saya rasa tak ada banyak berita gembira untuk orang macam saya. Dulu masa bekerja di sektor swasta, memang sakitnya tuh di sini sebab banyak faedah dapat ke warga sektor kerajaan. Cemburu tak? Ada la sikit sebab bukan saya tak pernah usaha untuk masuk ke sektor kerajaan. Mari gelakkan saya kerana saya dikatakan tidak bersyukur dan tidak berusaha.

Mari.
Jangan marah saya.
Mari dengar dulu apa orang tu nak cakap~

Dhiya
Sayang negara

Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com

Bismillah

Jumaat yang masih berjerebu. Nak menulis, tapi idea tak datang. Entri cerita kahwin yang seterusnya agak panjang jadi saya perlukan lebih masa untuk mengarang. Insya Allah minggu depan akan siap.

Daripada tak buat apa, elok juga saya join kempen Kak Mia ni. Dapat juga kenal kawan-kawan maya. Lagi pun, sudah lama rasanya saya tak ambil bahagian dalam blog Kak Mia ni sejak saya sibuk dengan persiapan kahwin sehinggalah sudah dua bulan kahwin. I tell you, kahwin sangat sibuk. Lepas kahwin lagi sibuk~Hahahahah! 

Kawan-kawan yang belum join segmen ni, jomlah ramai-ramai ya. Benda senang, tak rugi apa-apa pun. Kalau tengah kerja, jangan curi tulang. Tunggu malam nanti baru join :p

* Kak Mia, saya dah comply semua syarat 1-4 tu. :)

Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Jerebu


Mayday Wednesday!

Sudah hampir dua bulan (atau lebih rasanya) fenomena jerebu ni. Seingat saya, semasa abah berada di IJN awal September dulu,  jerebu ni baru nak melanda. Sehingga ke hari ini, saya rasa ini bukan lagi jerebu biasa-biasa. Ini memang sebuah bencana yang bukan menjejaskan satu bahagian pihak tertentu sahaja. Semua pun terjejas. SEMUA!

Dari tingkap rumah, saya tak dapat lihat apa-apa kecuali kabus. Masa duduk di Daejeon dulu pun tak macam ni- Masih boleh tengok pokok-pokok walau pada waktu pagi dalam waktu sejuk. Ini Malaysia, lebih teruk wei~!  
Paling saya tak boleh terima, media kita asyik 'pujuk' rakyat marhaen ni dengan mengatakan jerebu berada di tahap A (contohnya), tapi sebenarnya dah cecah tahap C. Get the point? Macam di PJ ni lah...Saya tak percaya IPU di sini 187 (as per this morning report). Melihatkan keadaan kabus yang teruk sampai tak nampak Lebuhraya Persekutuan dan Menara TM tu, saya yakin IPU PJ sudah cecah 200++ sampai dah bau asap.

KPM mengambil langkah yang bijak apabila memutuskan untuk tidak meneruskan sesi persekolahan untuk tiga hari dalam minggu ini akibat jerebu. Tapi yang saya tak boleh hadam adalah apabila saya jumpa adik-adik, anak-anak sekolah ini bermain basikal, bermain bola di padang malah saya pernah jumpa di IKEA (sewaktu saya ada meeting di Surian dulu). Maknanya apa? Sekolah ditutup akibat jerebu dan bimbang akan kesihatan pelajar, tapi mereka boleh enjoy cuti sekolah dengan buat perkara lain yang sama saja risiko kesihatannya :(. Kalau macam tu, lebih baiklah mereka ke sekolah. Duduk dalam kelas lebih baik dari berjalan-jalan di Mid Valley :p
Kalau nak ditimbang tara, bukan pelajar sekolah saja terdedah kepada ancaman kesihatan akibat jerebu, ramai lagi yang bekerja di luar sana yang menerima risiko yang sama, baik seorang jurutera mahupun seorang tukang sapu sampah.

Rasanya pak menteri perlu lebih protective terhadap rakyatnya. Kasihan sangat kepada orang ramai yang bekerja dan terpaksa keluar dari pejabat. Sesak nafas, sakit mata. Nak tarik nafas pun tak mampu sebab macam sedut asap.

Jadi kawan-kawan terutamanya yang tinggal atau bekerja di Lembah Klang, jagalah kesihatan kita baik-baik, ya. Saya yang duduk di rumah pun kadang-kadang lemas. Tinggi cita-cita saya untuk bercakap terus dengan pak menteri supaya dia lebih peka dan simpati dengan kesakitan rakyat. Lihat sendiri penderitaan rakyat. Tapi iyalah...Kita ini timun je. Kena gelek ke, menggelek ke- Memang kita yang binasa.

Jaga diri, kawan-kawan!

Dhiya

Wedding Review: Andaman Nikah oleh Sahabat


Aku yakin, apa pun nukilan aku dalam entri ini- Ianya adalah kisah sebuah persahabatan. Kahwin is kahwin. Kawan is kawan. Kau tak boleh kahwin dengan kawan (sama jantina). Tapi kahwin dan kawan matlamatnya sama- Selama-lamanya. Forever kata orang Jawa. Titik.

The moment kau rasa kau perlukan seseorang (atau beberapa orang lain) selain keluarga, kau tak akan cari kakak jual ikan kat pasar, kau tak akan tahan baya jual roti atau kau tak sanggup nak pergi sandar bahu dekat mak cik tukang cuci kat pejabat. Tapi kau akan sanggup cari kawan baik kau walau dia jauh beribu batu terpisah.

Saat aku dapat tarikh untuk majlis kahwin, antara perkara pertama yang aku fikir sampai nak pecah kepala adalah siapa akan jadi pengapit aku. Siapa lagi kalau bukan kawan.
Apabila aku dah lock session dengan bridal, pakej aku ada sekali make-up saja iaitu untuk bersanding. Jadi aku fikir aku kena cari orang untuk tolong aku make-up nikah. Siapa lagi bukan kawan.
Aku antara yang 'bongsu' di kalangan kawan-kawan dalam bab nikah kahwin ni. Yan sudah ada beg tangan kulit warna biru, namanya Iman Ultraman. Dayah pula dapat beg tangan kulit warna pink, namanya Aisyah. Olin, walau tak ada beg tangan, tapi dia mengusung backpack hampir setiap hujung minggu. Aku tak boleh ambil hati dengan keadaan mereka, sebab kalau aku kat tempat mereka pun- Aku pun tersepit dengan keadaan.

Pengapit; aku sudah cop Nabil nun jauh di Pulau Pinang sebaik selepas bertunang lagi. Masa tu dia tengah tunggang terbalik siapkan tesis. Aku pun separuh nyawa di makmal solar sambil tulis tesis. Walaupun aku tahu dia ada 'beg tangan berjenama komitment', tapi aku 'pegang' juga dia kemas-kemas. Apatah lagi kami pun dah lama tak jumpa. Selain minta tolong jadi pengapit, hajat peribadi aku adalah untuk menemukan dia dengan Iqa, sebab kami kawan yang dah lama tak jumpa.

Ok berbalik kepada isu make-up nikah. Aku dengan rendah hati telah minta Iqa dan Nabil yang 'kerjakan' aku malam nikah tu. Iqa ni pun ada beg tangan kulit (baca: anak) juga, tapi aku sengaja buat pekak tuli. Hahaha!
Aku bukan ambil kesempatan terhadap kawan. Aku cuma nak yang sederhana. Kalau boleh aku tak nak pun make-up bagai sebab aku bukan orang yang macam tu.
Iqa dan Nabil pun- The moment aku minta tolong tu, aku rasa mereka suka sangat sebab dapat praktiskan kemahiran dan bakat terpendam kat muka aku ni.

Majlis nikah bermula jam 9 malam. Iqa sampai sedang elok azan Maghrib berkumandang. Nabil memang sudah berada di rumah aku sehari sebelum majlis lagi. Sampai-sampai je- Peluk cium ala kadar- Terus solat.
Sebaik solat, mereka berdua dengan rakusnya 'mengerjakan' muka aku. Kenapa aku percaya sangat dengan dua orang ni? Satu- Sebab mereka kawan aku. Dua- sebab aku tau mereka boleh dalam bab ni. Dalam pada percaya pun, ada juga yang aku tepis tangan-tangan mereka ni sebab aku memang tak betah mengenakan apa-apa di muka sebelum ini. Jadi haruslah aku rasa janggal dan pelik dengan muka sendiri. Memang jenuh juga kami 'bersilat' sebab mereka betul-betul buat muka aku macam kanvas untuk Upin dan Ipin conteng guna krayon :P
Make-up nya tak lama pun. Tapi hasilnya memuaskan dan aku gembira dengan muka aku. Halahaiii tebal-tebal pun sekejap lagi aku menangis luntur juga make-up tuuuuuu~

Majlis nikah diadakan di rumah abah dan berjalan dengan baik. Cerita majlis nikah ni, eloklah aku buka satu entri khas yang lain sebab emosinya agak berbeza. Aku tak nak tulis dalam entri ini sebab entri ini adalah tribute untuk sahabat-sahabat aku.

***************************
Panjang korang baca, mesti tertanya-tanya- Siapa Iqa dan Nabil ni? Siapa Nabil dan Iqa ni?

Korang nak cerita versi panjang keeeeeee, versi pendek?

Dipendekkan cerita, kami memulakan persahabatan semasa di PASUM. Bukan pejabat pas. Yang peliknya, kami bukanlah satu kelas. Kalau tanya macam mana boleh rapat- Wallahi aku tak ada jawapan. Kalau dikenang dalam-dalam, jawapan terbaik ada dalam air mata kami. Mungkin inilah yang dikatakan bersahabat Lillahi Ta'ala. Benda ni macam magic yang  Allah hadiahkan kepada kami masing-masing supaya bersemangat membawa diri di tempat orang dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.

Kami pernah terpisah jauh dalam perjuangan masing-masing. Ada yang merantau ke Sabah, ada yang hampir 10 tahun di Utara, ada juga yang jadi 'mandom' sebab mendalami ilmu perubatan. Tapi setelah 10 tahun, kami berjumpa balik dengan pencapaian peribadi masing-masing. Alhamdulillah kami menjadi 'manusia'. Mungkin juga berkat siput babi dan spageti stokin. Mungkin laaa kan~

Objektif utama entri ini adalah untuk aku cakap yang aku guna kawan sendiri untuk make-up kan muka aku untuk majlis nikah yang hanya beberapa jam tu. Maaflah kalau dah tersasar jauh. Saka menulis tengah merasuk, begitulah...

Banyak pro & cons atas pilihan yang aku buat ni.

Baiknya
1. Aku dapat buat penjimatan. Tak payah hire orang dan bayar harga pro. Kawan-kawan aku punya hasil pun aku dah puji. Majlis nikah je pun...Belum bersanding lagi. Kata cheapskate~ (Ni pendapat aku laa)
2. Aku ada kawan di sisi aku
3. Aku selesa dengan adanya kawan-kawan
4. Aku rasa selamat dengan mereka (Rujuk #3)
5. Aku tak gemuruh atau gelabah sangat (Rujuk #4)

Yang tak baiknya
1. Tak bagus untuk orang yang high taste
2. Mungkin korang rasa tak yakin dengan penampilan pada majlis nikah korang
3. Aku tak boleh fikir
4. Aku tak nampak apa yang tak baiknya minta khidmat kawan baik sendiri untuk make up kan kau
5. Rujuk #3 dan #4

*Tips
a) 'Pegang' kawan baik kau kemas-kemas- Samada dia akan jadi pengapit, jadi dayang, jadi tukang solek atau gadis dulang. Haa..masa inilah baru kau tahu apa gunanya kawan. Bagi mereka yang selalu jadi 'najis' dalam persahabatan, tak kasar kalau aku cakap masa ni lah kau tak ada kawan. Maaf cakap.
b) Communicate dengan kawan tu dari masa ke masa supaya dia tak rasa lost 
c) Pastikan kawan tu tahu itinerary majlis. Kalau dia tukang solek, kau bagilah idea-idea make up yang kau berkenan. Kalau tidak, nanti kalau dia make up lain- Kau sentap pulak. Lepas tu merajuk putus kawan.
d) Kelengkapan make up- Bincang dengan kawan tu samada guna seadanya apa yang kau dan dia dah ada, atau kau yang kena sediakan, atau apa-apa sajalah. Jangan nanti kau expect dia ada semua, dan dia pun expect kau siapkan semua. Sampai masa, apa pun tak ada. Pakai lip balm je lah~
e) Mintak tolong pun memang la mintak tolong. Kau selit la sikit bayaran atau apa-apa penghargaan untuk mereka.

Memandangkan polisi DDD tidak berkongsi wajah penulis, jadi aku tak dapatlah kepilkan hasil solekan mereka berdua ke atas wajah aku pada malam majlis nikah tu. Tapi apa yang aku boleh cakap, aku rasa sangat jelita. Ehm...

Iqa dan Nabil, terima kasih seinfinitinya sebab sanggup susah payah ada dengan aku pada saat-saat tu. Terima kasih untuk setiap inci keberadaan kalian. Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi lah. Yang pasti, aku sanggup tukar tune kata ganti nama 'saya' kepada 'aku' sebab nak feeling habis sampai basah bantal aku dengan air mata.

Ni kalau suami aku (erk~!) baca, silap-silap dia boleh cemburu dengan hangpa

Sekian

Dhiya

Wedding Review: Kad Jemputan Kahwin


Bismillah
Kad kahwin ni- 
Benda yang paling saya lengah-lengahkan. Rasa macam 'lambat lagi nak kahwin- Jadi takpe je kalau lambat-lambat pun' tanpa menyedari yang untuk mendapatkan kad kahwin tu, kita kena pertimbangkan banyak perkara;

1. Tarikh dan tempatnya dah confirm?
2. Berapa bilangan jemputan?
3. Design yang macam mana? Kalau 1 kad untuk 2 belah kenduri, kena bincang (sambil bergaduh, merajuk bagai) dengan side yang satu lagi.
4. Kalau mak ayah yang jenis masuk campur waima hal yang kecil, kena persembahkan artwork tu sampai 4-5 kali revised. Ehhhh~?
5. Tuan yang nak kahwin pun tak tahu yang once dia masuk kedai kad kahwin tu, mata dia akan rambang sebab tengok design yang macam-macam sampai tak tahu nak pilih. Siap kena datang 2-3 kali.

Semua tu makan masa. Makan masa, beb!

Saya masih buat relax sampai bulan 5 pun (majlis hujung bulan 7) masih blur. End up, ada kawan yang 'ketuk' kasi sedar. Sejak dari situlah, saya terus work on tentang kad jemputan ni.

Tanpa berfikir sangat, (which sebenarnya saya dah study dan dah aim which supplier yang saya nak guna untuk kad jemputan ni) saya terus ke MyOne Card di Pudu untuk 1st visit. Masa ni, #5 dari senarai di atas tu memang terjadi pada saya. Saya terkejut dan rambang mata- Punyalah banyak rekaan yang saya suka dan berkenan. Dari yang dalam bajet, lepas-lepas bajet hinggalah yang kau rasa perghhhh ini orang kayah-kayap je mampu ni!

1st visit
Niat di hati memang nak survey sahaja and yes, I did. Sebaik saja masuk ke dalam kedai tu, ada staf kedai yang dah sambut lagi sangat peramah. Namanya Uncle King. Dia punggah semua album dan katalog-katalog kad jemputan untuk ditunjukkan pada saya.
Uncle yang saya maksudkan tu :)
Suasana dalam kedai. Kedainya kecil saja. Tapi ada penghawa dingin dan pekerjanya peramah
Contoh kad. Rasanya inlay kad semuanya hampir sama. Kad luar saja yang beza. Saya memang suka kad yang nampak ekslusif macam ni. Saya tak suka kad yang kartun-kartun tu sebab nampak tak matang tambahan lagi kad ni mewakili mak dan abah
2nd visit
Datang dengan aim. Uncle King + Kak Susan bagi borang untuk isikan maklumat seperti nama mak ayah, nama pengantin, alamat dan lain-lain. Peta? Peta boleh bagi kemudian. Saya pun tak isi borang tu di situ. Saya bawa balik dulu dan saya janji dengan mereka yang saya akan bagi borang tu sekali dengan lakaran peta.
Borang yang saya sudah isi dengan maklumat. Kad saya sebelah pihak saja. Kami buat asing-asing sebab pihak lelaki ada masalah sedikit tentang kad.
Ini design peta yang saya lakar sendiri...

Cetak, dan hantar sekali dengan borang maklumat tu. Senang cerita.
Peta tu- Kalau lakar free hand pun tak apa. Mereka boleh lukis balik guna Adobe (I guess). Tapi macam saya, saya dah lakar siap-siap versi computerized. Nanti boleh guna terus untuk diletak dalam FB Invitation.
Pakej yang saya pilih tu- Alhamdulillah menepati citarasa saya, dengan added values and free gifts yang ok :) 
* kad 1000pcs
Guest book
2 bunting
2 signage
RM3**
Bunting yang saya pilih
3rd visit
Saya datang dengan bawa borang yang dah siap diisi dengan semua maklumat. Kemudian saya pilih dan finalised kan design, jenis kertas dan hot-stamping. Akhir sekali, saya bayarkan deposit. Sampai tahap tu, tiba-tiba saya rasa cuak pula; 'Ehhhhhhhhh betul ke aku  nak kahwin ni???'
Contoh kad yang saya suka tu :)
Hot-stamping warna purple-pink. Sengaja saya ambil warna ni sebab nampak jelas di bawah lampu. Kalau ambil warna silver atau gold, silau sangat dan tak boleh dibaca bawah lampu.
Jenis kertas yang saya pilih. Sebenarnya, pakej saya ni guna kertas biasa je. Tapi tiba-tiba Uncle King cakap dia nak habiskan stok kertas ni sebab tinggal yang itu je lagi. Jadi dia tawarkan saya untuk upgrade kertas kad tanpa sebarang caj tambahan. Belek punya belek, kertas ni embossed dan lebih cantik dari kertas yang asal. Jadi saya terus terima tanpa banyak cakap :p
Alhamdulillah rasa proses tempahan kad ni sangat dipermudahkan. Flow dia gwiyomi je tanpa ada masalah sangat. Estimated collection date adalah sebulan dari tarikh saya sahkan draf. 
Sahkan draf maksudnya mereka akan hantar artwork memalui email untuk kita tengok maklumat dalam kad tu salah atau betul. Kalau ada yang salah, kita kena revert dan betulkan. Kemudian mereka akan hantar lagi revised artwork dan kita kena semak lagi so on sampai maksimum 3 kali.

Rasanya 3 kali saja tu lah saya ke sana. Sebaik saya serahkan maklumat kad, semua komunikasi saya dengan mereka adalah melalui email sahaja. Itu pun untuk semakan artwork sahaja. Dua kali komen, saya sudah berpuas hati dan buat bayaran akhir. Layanan yang diberikan melalui email pun baik sangat. Sebaik bayaran akhir dibuat, saya sahkan artwork dan mereka proceed untuk printing.
 
Kak Susan, sewaktu bayaran deposit
 Sebaik siap, saya sendiri yang ambil tapi di cawangan mereka di Bangi. Masa tu saya masih di UKM jadi saya yang minta untuk ambil di Bangi sebab lebih mudah. 
Oh ya, kad tu saya ambil tanpa pakej siap gam sebab kalau siap gam, mereka caj upah gam pula. Dalam hati; 'Alahai gam je pun, bak aku gam sendiri je lah!'
Proses melekatkan inlay ni saya buat di kolej di UKM. Mujurlah duduk single. Kalau ada roomate, mesti dia stress dengan saya
Selepas itu bermulalah kerja melekatkan inlay pada kad. Jenuh oi! Tapi apa boleh buat, itu yang saya pilih :)

Siap
Kad saya siap dan sedia diedarkan dan selamat diedarkan cun-cun je dalam bulan Ramadhan dan sewaktu hari raya. Alhamdulillah. 
Perancangan Allah cantik sangat. Dalam setiap satu persiapan perkahwinan saya, saya dapat rasa yang Allah sangat kasih pada saya. :)

Tips:
a) Tentukan bajet anda untuk kad jemputan
b) Survey harga dan vendor. Pastikan vendor tu yang boleh dipercayai. Jangan main tangkap muat saja terutamanya yang buat tawaran istimewa di FB 
c) Paling kritikal, pastikan maklumat yang diberikan betul dan tepat
d) Semasa semakan artwork, semak betul-betul. Jangan kisahkan sangat font yang besar, border tak cantik atau bunga kerawang yang tak menawan. Itu nombor dua. Yang utamanya nama mak ayah, nama pengantin, alamat, tarikh semua betul. Kalau itu salah, majlis anda lingkup.
e) Beri masa 1-2 bulan untuk proses kad. Jangan goyang kaki sangat macam saya. Kalau kad tu ada masalah haritu, saya pun mesti kelam kabut!
 
Cerita kad jemputan kahwin dah siap!

Terima kasih kerana membaca. Semoga memberi manfaat kepada B2B yang lain.

Dhiya

Nak menulis, tapi....


Ya Allah semangat nak menulis entri membuak-buak sangat. Tapi...

...Nak kemaskan rumah ni dulu. Tak banyak pun, sedikit jadilah. 

...Anak pokok cabai yang saya semai di tingkap tu tak bersiram lagi. Matahari dah naik. Kesian kau, pokok~

...Kena clearkan dapur sebelum petang. Sampah dan sisa makanan kena buang. Esok kami nak sweet escape (kononnya) ke TRAP Sungkai. Sukahati aku lah nak honeymoon ke nak shopping ke~ 

...Beg tak kemas lagi. Baju mana yang nak dibawa pun tak tahu.

...Mak dah tanya, "bunga telur tisu yang makcik jiran tempah untuk kenduri anak dia dah siap?"
Halahai...Salah satu faktor saya tak sempat menulis adalah kerana menyiapkan bunga-bunga tulah. Jangan bimbang, hujung bulan ni siap!
...Yang sebenarnya mood saya tengah tak bagus. Jadi memang semua benda pun rasa tak menjadi. :(

*Sorry hubb, my bad!

Dhiya

Wedding Review: Tribute Perkahwinan Dhiya

Bunyi kompang masih berdengung di telinga
Bau bunga rampai pun masih harum

Saya masih pengantin baru!

Bismillah

Alhamdulillah
Sudah lebih dua bulan sebenarnya. Tak layak lagi digelar pengantin baru. Kami sudah berada dalam realiti kehidupan sebenar suami isteri yang penuh dengan komitmen, tugas dan tanggunjawab. Saya sudah tolak ke tepi semua angan-angan dan fantasi.

Namum semua kenangan dalam tempoh bertunang dan membuat persiapan perkahwinan tak akan saya lupakan sampai bila-bila. Percayalah, walaupun impian anda nak buat wedding sweet-sweet atau everything is perfect; pasti ada hiccup di sana sini.

Lebih hiccup dan mencabar apabila anda adalah seorang cheapskate seperti saya- Banyak persiapan perkahwinan saya adalah hasil tangan saya sendiri, DIY!
Tapi tidaklah semua perkara saya DIY. Mana-mana yang mudah dan rasa berbaloi, saya DIY lah. Tapi perkara-perkara kritikal macam pelamin tu, saya memang ambil pakej lengkap sebab mahukan yang terbaik. Alang-alang berpelamin, biarlah yang betul-betul pelamin. Tapi masih- Yang mampu-bayar dan tidaklah pula yang berlebih-lebihan atau yang tak rupa pelamin langsung pulak~

Sebagai tribute (penghargaan), berikut saya senaraikan vendor yang telah menjadi sebahagian dari pelengkap majlis saya. Insya Allah saya akan nukilkan satu entri khas untuk setiap vendor di bawah sebagai review dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.
Alhamdulillah sekali lagi, kerana saya ditemukan dengan vendor dengan mudah, memudahkan lagi dipermudahkan. Saya tidak ada masalah langsung dengan mereka malah sangat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan. Kerana itulah, saya berbesar hati akan berkongsi cerita tentang mereka dalam DDD ini.

**********************

Kad Jemputan: MyOne Card (Pudu)
Andaman Nikah: Iqa & Nabil sesuka hati deorang, tapi saya sukaaaa!
Pakej Pelamin + Busana + Andaman + Aksesori: Galeri Fitrah, Pahang
Busana bertandang: Galeri Fitrah, Pahang
Andaman bertandang: Juliana Rahman (IG)
Pakej Fotografi: Akashadin Photography (FB)
Jamuan Tetamu: Gotong royong (Koperasi kerja kahwin)
Meja makan beradab: Gotong royong (Koperasi kerja kahwin)
Menu makan beradab: Gotong royong
Kek: Ditaja istimewa oleh Iqa
Inai: Qaisara Henna (IG)
Yasin designed: Cuties Paper Bag & Goodies (FB)

DIY
Kasut bersanding
Hiasan hantaran
Bilik Pengantin
Bunga telur tisu tetamu 500 pokok
Bunga tisu pahar 100 pokok
Bottle jar sticker
Thank you tag
Paper bag
Peta majlis


Saya juga akan sedaya upaya menulis review tentang kisah DIY saya yang bukan main banyak tu. Iqa cakap saya gila. Ye, memang aku gila. Hahahaha!
Khas untuk bride-to-be, pastikan anda ikuti penulisan saya sebab saya pasti tips nanti akan berguna untuk anda :) Insya Allah

Salam sayang
Dhiya Dahlia

Insiden Pesta Vincci: Bye Bye to Warehouse Sale yang...


Jumaat lepas kecoh sekejap satu Malaya sebab ada satu warehouse sale yang telah bikin wanita gila. Ironinya, rakyat Malaysia ni (tanpa mengira gender sebenarnya) memang agak sensitif kalau terdengar atau terbaca tentang SALE, DISKAUN, PESTA, JUALAN MURAH, YEAR END SALE, JUALAN GUDANG atau apa-apa yang memberi makna yang hampir dengannya. Yang sakit boleh jadi sihat, yang pokai pun boleh tiba-tiba jumpa duit bawah tikar.

Ok berbalik kepada cerita Pesta Vincci tu.
Saya memang ada la juga keinginan untuk ke sana. Kalau boleh nak pergi pada hari Jumaat sebab suami saya ada mesyuarat di sana. Tapi dia bilang pergi saja hari Sabtu. Dia boleh temankan. Saya pun tak ada isu sangat jadi OK kan saja.

Tengahari Jumaat tu, saya dapat satu info mengatakan ada kekecohan di warehouse sale tu sebab terlalu ramai orang sampai wanita-wanita ayu yang pada mulanya ke situ untuk membeli kasut; telah bertukar menjadi musang apabila ada yang memanjat-manjat tembok dan menggoncang-goncang pagar.
Uish.
Ini lagi ganas dari Perhimpunan Kuning atau Merah.

Saya hantar info tu kepada suami
"D tak maulah pergi Pesta Vincci tu esok"
"Eh...kenapa? Nak pergi hari ni juga ke? Abang dah balik ofis. Esok kan senang~"
"Tak mau. Esok ke, lusa ke...Tak mau pergi sebab......blablabla (mulalah aku membebel panjang jadi wartawan melaporkan kejadian)
"Tak menyesal?"
"Tak"


















 Deep inside, saya rasa saya dah buat keputusan yang tepat dengan akur pada rancangan suami. Kalau ikutkan keras kepala saya tu, memang saya akan ikut bersiap dan bergerak ke Shah Alam bersama suami pagi Jumaat tu.
Sudahlah saya ni agak susah mencari kasut. Jadi jualan murah sebegitu memanglah sangat saya suka; bukan sebab design sangat, tetapi saya suka sebab ada banyak pilihan dan saya boleh pilih mana yang sesuai dan selesa.

Esoknya (Ahad), kami ke KLIA2 menghantar adik ipar saya ke Sabah. Kami lalu kedai Vincci KLIA2. Suami pandang saya sambil senyum-senyum.
"D, tu...Tengok tu. Kasut Vincci dua pasang RM69. Pergilah. Tak payah berebut-rebut~"

Saja la tu.

Jadi selepas ni katakan tidak kepada warehouse sale yang huru-hara macam tu. Memanglah pihak pengurusan pun tak sangka nak jadi macam tu kan. Tapi kita sebagai pelanggan pun dah boleh agak kalau jualan brand besar, tapi harga macam kedai terbalik. Mesti sesak, kan...
Lepas ni kita pergi warehouse sale untuk mak-mak dan baby-baby pulak. Hahahahahaha!

Dhiya

Vincci Sale: Semua RM15?


Entah.
Tak tahulah betul ke tak.
Gambar diambil dari FB
Tapi ini yang saya jumpa banyak di feed FB.

Hm....Ada bau best ni!

Kebetulan rasanya si dia ada mesyuarat di kawasan yang sama esok. Oyeah!
Naaaaaaakkkk!















Jangan seronok sangat, D.

Kalau dapat pergi, saya update lain~ Sekarang kita on mode pujuk suami.