FOMO colleague

 

Dah setahun aku kerja kat sini. Alhamdulillah semua ok. Doa aku supaya dikurniakan bos yang baik termakbul di sini. Tapi Allah uji aku dengan seorang FOMO colleague.

She's young. I thing 10 years younger than me. Cantik, in trend. Nampak experienced in so many things, especially bab kerja. On the first day aku masuk, aku dah perasan dia ni sejenis yang orang lain tak boleh lebih dari dia. Semua portfolio yang aku kena jaga (sebelum ni ada dia dan bos je, small team), dia hand over kat aku sekali dengan ayat: "Semua ni I yang developed. I kan pioneer dalam team ni" Ok then you can get the credit. I don't really care on that.

Another issue comes when my position is higher than hers, buat dia banyak tak puas hati dengan benefit aku, dan cara kerja aku. Macam mana aku sedar? One time, my boss pass my Shell Card and TnG card to me and aku terrrrlepas cakap about that. Ye lah. Aku ingat dia pun ada semua benefit tu, and aku ingat dia takde perasaan hasad ni. Rupanya once she know about that, dia mula menceceh cerita tu kat sales team. Dia question kenapa aku dapat benefit tu, dia tak dapat? Very unlucky her, cerita dan umpatan dia tu sampai ke telinga aku sebab ada sorang sales team ni bawa kepada aku.

From there aku dah red flag dia. Aku dah stop share all my personal matters to her (In fact sebelum ni pun aku tak cerita in details apa-apa kecuali aku selalu kelam kabut balik on time sebab nak ambil anak and sometimes aku cakap husband aku takde sebab outstation). Depan aku dia ni bukan main baik dan manis mulut. Tapi belakang aku, beberapa kali juga sampai ke pengetahuan aku yang dia mengata aku. Kadang-kadang yang personal pun dia bother sekali. 

Contoh?

Dia pernah cuba nak dapatkan personal phone number aku, sedangkan waktu kerja aku ada working number. FYI aku memang dah lama asingkan nombor phone kerja dan personal. Jackpot, today I found someone whore are really FOMO and bitter sebab tak dapat tahu personal life aku.

Dia pernah tanya one of the sales person yang agak rapat dengan aku samada aku selalu ke update WA story and what kind of story aku selalu upload. Budak sales ni pulak kemain lurus dan tulus pergi bawa balik cerita tu kepada aku. Waahhhh. Real FOMO budak ni. Apa yang dia sakit sangat dengan life aku tak tahulah. 

Apa aku buat?

Aku lagi seronok dera perasaan dia. Aku dah stop keluar makan tengahari dengan sesiapa supaya aku dah tak ada peluang bercerita especially bab personal. Kadang-kadang time lunch la kan kita nak tercerita semua yang casual. I stop that. Aku bawak bekal atau beli tapau dan makan je sendiri kat pantri sambil tengok phone.

Aku stop updating my itinerary in group. Aku just update my calendar and include my boss je untuk pengetahuan dia. Pendirian aku, bos je layak tahu pergerakan kerja aku sebab she's my reporting manager. Our portfolio is not directly connected, sebab apa dia buat - aku tak buat. So lagi senang untuk aku disconnect. Haritu dia mengumpat aku kat budak sales tu- dia kata dia geram sebab aku pergi mana-mana (on field ke meeting luar ke, dia tak tahu). Budak sales tu cakap lah- Kenapa yang you sibuk nak tahu? D kan manager. Lagipun dia ada reporting manager dia. This FOMO girl melenting - "At least bagitau lah I jugak!" Itu je dia boleh cakap. Tu je.

I stop bothering her. Kalau dia takde kat office, aku just assume dia on field, without asking anyone the details. Kalau MC, aku takkan tanya sakit apa and so on. Dia macam nak orang tanya tapi aku buat kering tak tanya. Cuma tahu dia MC je. Gituhh. Nampak dia frust. Dia cakap kat budak sales tu aku takde teamwork. Dik, kau kena bezakan teamwork dengan kepoh. Jangan campur hal personal dengan hal kerja. Aku tak tanya personal life kau sebab aku tak nak kau tahu personal life aku. 

Waktu aku muda macam dia 10 tahun dulu, aku dah achieve apa yang aku nak achieve. So sekarang dia bukan lawan aku atau aku bukan lawan dia. Aku tak ada niat nak berlumba dengan sesiapa dah sekarang. I just want my job done, go home with smile. Aku tak ada masa nak sakit hati dengan orang. Maybe she's still young to understad this. Anak pun takde lagi. Sibuk jadi influencer, KOC sana sini sebab katanya ramai follower kat media social so dia banyak buat side hustle review skincare product. So dunia kita berbeza dik. Aku hanya seorang makcik yang sloppy yang make up pun tak pakai kalau pergi kerja. Kau tu, aku tak pernah tengok kau bareface. Lawa sokmo. So kau jangan la insecure sangat dengan aku ya. I have nothing. 

Setahun aku simpan cerita ni. Tak berminat nak mengadu verbally dengan kawan-kawan kat WA sebab boleh jadi draggy dan ganggu emosi aku. So aku selalu mengadu dengan F je kat rumah, itupun member selalu sibuk. Only now i think i have time to write something on my board. 

I hope i did it right. Aku just nak kerja je. Tak ada masa nak main kotor dengan colleague. And please don't drag me into your shit. Semoga jodoh aku dengan company ni kekal and this one FOMO girl takkan affect my performance. 

Adik-adik yang kerja, kerja baik-baik. Adab kena jaga ok?

Kak D


Ramadan is Coming!

Bismillah

Alhamdulillah Ramadan is coming!


It always has a special place in my heart. Sejak kecil, Ramadan ada vibe yang tersendiri dalam diri aku. Bau Ramadan, bunyi Ramadan are all undescribable. Istimewa. Tak sama dengan hari-hari lain.

Even sekarang aku dah ada keluarga sendiri, aku cuba bangkitkan vibe tu di rumah walau agak susah sebab aku bekerja. Tapi once achieved, aku rasa puas. For the past few years sejak pindah rumah baru, aku adakan Ramadan corner with small decorations. Tahun ni F add on dengan another special vibe iaitu bukhoor bau Makkah dan Madinah. Bau dia menggamit kenangan umrah. Berjurai air mata. Yang pernah lalui je akan faham perasaan post-umrah depression ni. 

I know it is cliche. Ramadan mendidik diri. Dah bertahun-tahun berpuasa, tak cukup terdidik lagikah aku? Biarlah aku jawab dalam hati. Tapi jauh di sudut jiwa yang paling dalam, semoga didikan ini menjadi darah daging dan buat aku istiqamah sampai mati. Susah ya nak didik hati jadi baik. Kadang bukan salah syaitan yang menghasut pun, salah hati juga yang lemah.

Untuk keluarga dan rakan-rakan yang kekal setia di sisi, salam Ramadan diucapkan. Semoga kita semua dapat menjalaninya dengan tenang. Kita tambah pahala sama-sama ok?

Apart from that, tahun ni baju raya aku dan Nuha akan dijahit sendiri oleh aku. Sebarang tempahan luar tak dibuka. Even tempahan baju melayu dari F pun aku tutup. Aku suruh dia beli siap, kami yang wanita ikut je warna baju melayu dia. Tahun lepas dah experienced jahit baju melayu dia. Wallahi tak senang dan menyesal dia sampai tahun depan. Taknak dah jahit baju melayu!

Back to Ramadan, esok aku akan balik Pahang ziarah mak (dan abah) sempena sambut Ramadan. It's an emotional Ramadan indeed when abah is not around anymore. Siapa sangka Ramadan tahun lepas adalah Ramadan terakhir kita bersama. Aku tak siap untuk lihat kerusi kosong di meja makan waktu berbuka nanti, dan mendengar mak bercerita tentang dia memasak lauk kegemaran abah. Aku tak kuat.

Tapi aku akan balik juga. 

Sebab itu tempat aku.

Ahlan ya Ramadan!

Blog Masih Signifikan ke?

Bismillah

Hi Assalamualaikum semua warga Blogger!

Masih wujud ke kamurang semua? Masih membaca blog ke? Atau semua orang dah berpindah 100% ke FB, IG, Threads atau lain-lain medium?


Wondering if korang semua masih setia di blog sebab suka free writing dan tak kisah on people view, comments, number of sharings and virality. Ye lah. Warga FB sana sibuk dengan berapa banyak orang share artikel yang ditulis, berapa banyak komen yang diterima etc etc. Semua tu kan buat kau famous dan dikenali. 

Aku?

Aku masih takde hati nak menulis di FB untuk orang share-share dan viralkan artikel aku. Aku masih tenang-tenang di sini. Blog masih menjadi tapak menulis aku. Aku tak kisah orang tak kenal aku as long as write up aku dibaca, beri manfaat dan searchable di Google. 

Cumaaaaaa

Aku busy.

My life updates.

Prioriti aku adalah keluarga. Suami dan anak aku sentiasa yang pertama. Aku bekerja. Sejak 3 tahun lepas, aku dah tinggalkan company lama dan sekarang bersama company baru. Perjalanan career aku agak mencabar tapi Alhamdulillah ada pelangi dan mentari selepas hujan. Bos-bos jahat yang aniaya aku, didoakan semoga mendapat balasan Tuhan. Pijak aku tak menjadikan kau tinggi.

Side hustle aku agak baik. Business mini sewing studio aku slow but steady. Ya, aku buat duit dengan menjahit sekarang. Sedikit berbakat dalam jahitan- mewarisi bakat emak, aku jadikannya sebagai hobi lumayan. Takat jahit baju kurung tu pejam mata pun boleh. (lol!)

Abah aku meninggal dunia 1/7/2024. Hari di mana aku berada di titik terendah aku. Sebagai anak bongsu, luka aku parah. Sampai hari ini pun aku masih memendam rasa. Ada benda yang aku nak luah tapi tak boleh luah. Mungkin benda tu akan kekal je dalam hati aku sampai bila-bila. Tapi benda yang paling aku puas hati sekali adalah aku berjaya tunaikan hasrat abah dan mak bawa mereka pergi umrah right after Covid dulu. Aku puas hati sebab dapat khidmat mereka di sana.

Nuha akan masuk Tahun 1 minguu depan. Cepatnya masa berlalu. Terasa baru semalam main masak-masak makanan baby untuk dia. Doakan Nuha berjaya mengharungi jalannya. Kami sebagai parents dah buat yang terbaik setakat ni. Insya Allah baik-baik saja semuanya.

Aku teringin nak aktif balik menulis di blog. Cuma aku kerja full week. Ditambah pula extra hours di jalan raya, jadi menulis tenang-tenang bukan keutamaan aku buat masa ni. Sampai rumah dah penat dan ada benda lain nak kena buat.

Doakan aku dapat kerja flexi sikit, boleh buat duit dari rumah supaya boleh kembali aktif di sini ya.

Sekian update buat masa ni

Dhiya