Nuha Food Journey: Cheezy Baked Potato


Bismillah

Antara kegemaran Nuha sekarang ni. Heh Nuha tu semua pun dia sebat, tapi asalkan bukan nasi. So aku kena gantikan karbo dari nasi tu dengan karbo dari sumber lain. 

Maka jadilah cheezy baked potato cap suko ati amak den.
Bahan-bahan

1. Russet potato
2. Serbuk bilis
3. Grated cheese
4. Sayur pilihan; carrot, pak choy - steamkan dulu
5. Isi ayam minced, rebus
6. Sebiji telur

Cara-cara

1. Lenyek kentang
2. Campurkan semua bahan (kecuali telur dan cheese) dan gaul sebati
3. Letak dalam paper cup
4. Letakkan cheese dan tuang telur
5. Bakar dalam oven dalam 10 ke 15 minit bergantung kepada oven kita

Nuha makan sambil naik basikan pegang sebelah tangan. Boleh tahannn~

Anak taknak makan nasi? Takde hal!
Kita kan supermak!

Dhiya

Nuha Food Journey: Rice Ball


Bismillah

Menu Nuha kali ini adalah rice ball.

Dia tak makan nasi, tapi dia tak tahu yang menda alah ni namanya bebola nasi. Hahahahahah!
Bahan-bahan

1. Nasi (aku guna nasi yang agak lembik sikit)
2. Russet potato
3. Isi ayam
4. Carrot, pak choy atau sayur pilihan

Cara-cara

1. Rebus kentang sekali dengan isi ayam dan sayur pilihan.
2. Keluarkan sayur pilihan tu bila sekadar layu dan racik halus
3. Teruskan rebus isi ayam dan kentang hingga masak dan empuk (masing-masing)
4. Lenyekkan kentang, nasi dan sayur pilihan, kacau hingga sebati. Aku tak guna tepung tau.
5. Bila dah agak-agak boleh dibentuk, aku bulat-bulatkan. Nak jadikan stick pun tak apa
6. Celup telur dan goreng!
7. Baki boleh disimpan dalam zip lock sebagai stock

Senang kan?

Aku makin optimis. Walau Nuha tak nak makan, tapi aku jadi kreatif untuk buat dia makan. Aku jadi lebih bersemangat, seronok dan belajar banyak benda. Aku harap mak-mak di luar sana pun sama semangat dan momentum macam aku. Amin :)

Dhiya

Nuha Food Journey: Cara Pantas Ummi Masak Nasi


Bismillah

Hari ni tak ada resepi. Tapi aku nak kongsikan cara aku masak nasi Nuha dengan cara yang cepat, minimum supervision dan kau boleh buat lauk lain.

Ramai mak-mak yang anak mula makan, start to be overthinking tentang masakan dan makanan anak. Siap ada yang beli periuk nasi khas, food processor dan semua yang khas la untuk anak. It's good. Semua mak dalam dunia ni nak yang terbaik untuk anak. Aku dulu pun macam tu. Baca review sana sini, orang cakap itu bagus - Beli. Ini bagus - Beli. In the end rumah aku dah jadi macam gudang Shopee dan aku start rasa aku dah membazir.

Kali ni aku nak share macam mana nak masak nasi portion Nuha just guna periuk nasi yang ada kat rumah kita tu je tanpa perlu risau nasi berkerak.
Actually cara ni pernah ada orang share kat aku dulu. Tapi aku macam tak percaya. Bila Nuha dah ada depan mata, aku rasa macam eh why not we give a try and see how it goes? So aku pun cubalah :)
Keperluan

1. Periuk nasi yang dah ada kat rumah
2. Beras
3. Bekas kecil just nice untuk portion nasi anak. Aku guna mangkuk stainless steel. Aku ada nampak orang guna cawan mug je.
4. Air

Bagaimana caranya?

1. Isi air (agak-agak 1 ruas jari) ke dalam bekas periuk nasi tu. Untuk periuk nasi aku adalah yang warna hitam tu.
2. Letak beras dalam mangkuk, dan letak air ikut macam mana nasi yang kita nak. Sikit; jadi nasi biasa. Banyak; jadi la bubur nasi atau nasi lembik
3. On periuk nasi, jangan lupa tekan 'cook'. Biarkan je
4. Periuk tu akan keep cook tau. Dia tak akan changed to 'warm'. So kena agak-agak dan jenguk. Kalau terlajak pun, nasi tak akan hangit. So tak bahaya pun.

Cubalah!

Update: Malam tadi kami masak nasi kami guna cara ni. Alhamdulillah menjadi. Lawa je nasi basmathi tu memanjang dengan jayanya. Lembut pun lembut. Paling best, nasi tak ada kerak dan aku dah tak bad mood nak basuh periuk nasi!

Amak :)

Nuha Food Journey: Carbonara Spaghetti


Bismillah

Menu semalam.

Nuha sekarang memang tak layan nasi. Jadi sebagai amak yang bijak, aku kena kerah otak untuk fikir dan jadi lebih kreatif dalam menyediakan makanan Nuha. Semalam lepas balik kerja, aku terus rebus bihun baby dia. Rebus dulu, tapi tak tahu nak masak apa. Dah lepas waktu bertenang, baru otak aku boleh bekerja dengan waras dan teruslah jadi kuah carbonara.
Bahan-bahan

1. Bihun baby rebus sampai lembut
2. 2 biji bawang putih potong halus
3. 1/2 biji kentang dipotong dadu kecil
4. Susu full cream + cream cheese + Beqa cheese yang grated
5. Serbuk bilis 
6. Mixed herbs 
7. Boleh je bubuh sayur lain macam brokoli atau pak choy halus. Tapi Nuha baru lepas diarrhoea. Doktor cakap jangan bagi fibre and meat dulu.

Cara-cara buat kuah

1. Tumis bawang putih sampai kuning
2. Masukkan kentang dan air sikit je untuk empukkan kentang
3. Masukkan full cream milk, cream cheese dan grated cheese, kacau sampai sebati
4. Masukkan serbuk bilis
5. Dah nak siap tu (bila dah pekat), masukkan mixed herbs
6. Tuang kuah atas bihun yang direbus tadi dan makan!

Masa suap tu, aku nervous sangat sebab tak tahu apa penerimaan dia. Tapi masa tengok dia ngappp dan terus kunyah dan telan, aku lega. Traumatic bila teringat dia ngap dan immediately luah balik makanan tu. Huhuhu.

So mommies, selamat mencuba!

Dhiya

Nuha Food Journey: Roti Jala dengan Kuah Durian


Bismillah

Hah dah kenapa ummi Nuha ni? Bagi makan roti jala dengan kuah durian?

Tenang, mak-mak…Durian adalah sejenis real food. So jangan rusuh hati dan offended dengan kuah durian dengan syarat anak kau suka durian. Sama la macam orang tua, makan biar berpada-pada.

Aku buat kuah durian untuk kami sekeluarga. Tapi sebelum aku letak gula merah, aku ambil sikit dan asingkan dalam 3-4 ulas duriannya ke dalam periuk kecil lain khas untuk Nuha.
Resepi Kuih Jala dengan Kuah Durian

Kuah durian:

1. Ulas durian
2. Madu (tak letak pun takpe sebab durian kan dah manis)
3. Santan
4. Daun pandan

Cara: Letak semua bahan (kecuali santan) dalam periuk, didihkan dan masukkan santan apabila hampir masak.

Roti Jala

1. 1 cawan tepung gandum
2. 2 sudu besar minyak masak
3. 1 biji telur
4. 1 cawan air

Cara: Blend semua bahan sehingga halus. Letak dalam botol jala, kemudian kiraikan atas non-stick pan!

Nuha makan sampai 3 kali tambah. Kuah masih banyak tapi roti jala dah habis? Lepastu nak menjala dah malas? Don't worry. Roti wholemeal cicah kuah durian pun sedapppppp!

Amak Nuha

Nuha Food Journey: Pengat


Bismillah

Mempersembahkan resepi pengat untuk Nuha!

Alhamdulillah dia memang enjoy dessert yang macam bubur manis atau pengat ni. Aku pun layan je lah sebab kami pun boleh join sekali. Cuma bezanya Nuha punya tak ada pemanis atau additif makanan.
Pengat sweet potato + labu + pisang

Bahan-bahan

1. Sweet potato (aku beli yang isi putih / kuning sebab lebih manis)
2. Labu 
3. Pisang 
4. Sagu dibasuh dan direndam dengan air
5. Santan atau susu full cream
6. Madu (untuk 1 year ++) atau puree kurma

Cara-cara

1. Rebus sweet potato dan labu, air cukup-cukup je. Letak daun pandan (kalau ada).Air jangan banyak sangat sebab takut pengat cair nanti.
2. Bila dah empuk, masukkan hirisan pisang dan madu atau puree kurma tu
3. Masukkan sagu dan biar sekejap sampai sagu tu hilang mata putih dia
4. Akhir sekali masukkan santan atau susu full cream dan biar sekejap hingga mendidih sebelum tutup api.
5. Boleh makan suam atau sejuk dari peti ais. Yummy!

Selamat mencuba, mommies :)

Dhiya

Biannually Meeting


Bismillah

Cycle Meeting (CM).

Di tempat kerja aku ni, CM diadakan dua kali setahun - Januari dan Julai. Untuk pharma co, cycle meeting adalah medan di mana sales peoples (we call it as medical rep, product specialist etc.) dapat bertemu sesama sendiri dari pelbagai region untuk polish balik product knowledge dan berinteraksi tentang current situation of the field.

Dulu aku tak faham sangat and was like; Apelahh yang bos aku suruh aku buat ni. Yang aku tahu, CM mesti buat kat hotel, makan masa 2-3 hari dan kena well arranged. Tapi sekarang, akulah yang pegang portfolio CM ni dan akulah manusia paling seronok untuk belajar dan bertemu rakan-rakan. Buat kat mana-mana tak kisah asalkan bukan di pejabat. Lepastu tempat tu kena kondusif sebab CM ni sangat intensif dan kena guna otak. Kalau buat kat pejabat, nescaya otak kau jem!

So CM July baru-baru ni kami buat di Majestic Hotel Kuala Lumpur. Dekat je pun dengan pejabat tapi itulah...Nak juga keluar! Basically the CM was arranged by Marketing Department (me parked under Marketing btw). Segala urusan bermula dari tempahan hotel, dealing with hotel people, send invitation, agenda, etc. etc. aku yang buat (of course assisted by my team). Tapi bos aku memang bagi aku lead.
Personally aku rasa ini adalah peluang untuk aku polish kemahiran-kemahiran aku yang tak ada dalam buku. I feel so blessed to have this opportunity, dan rasa sangat bersemangat untuk urus dan attend CM ni.

Agenda bermula 8 pagi sampai 6 petang selama tiga hari berturut-turut.Packed teruk! Datang pagi bukan main lawa. Balik petang dah sloppy. Malam pertama tu kami ada dinner di Rebung by Chef Ismail. Makanan dia sedap betul. Insya Allah ada rezeki, aku nak datang lagi nanti dengan suami dan Nuha. Malam kedua, dinner di restoran seafood di PJ. Aku tak pergilah sebab dah pergi tunjuk muka semalamnya. Bos pun ok je sebab dia tahu aku ada anak kecil.

Hari terakhir tu, habis dalam pukul 12 tengahari. Tapi post mortem dengan bos sampai pukul 4 petang. Lemau jugalah; tapi at least 3 days were done! Boleh la bernafas dan lapang sikit kepala otak. Kalau tak semua benda pun masuk dalam mimpi.

Overall, aku sangat seronok dengan CM ni. Walaupun penat, tapi aku rasa happy sebab aku dapat belajar benda baru, jumpa ramai orang dan paling penting I found my passion! Aku memang berterima kasih pada bos aku yang sangat supportive, allow me to grow and tolerate despite ada je bos dari department lain yang macam benci dan selalu suba-cuba cari pasal dengan aku padahal I have nothing to do with them pun. Politik tempat kerja...Biasalah. Selagi tak usik periuk nasi aku, aku akan diam. 
Need some motivation? Check out this list of motivational quotes for work, to help you become motivated and focused on your goals #motivationalquotes #motivation #inspiration #quotes
Next CM will be on Feb 2020. Aku syak esok lusa aku dah kena buat proposal tu. Hahaha! Tapi takpe, macam aku cakap- Aku suka; asalkan jangan usik periuk nasi aku. Corporate knowledge ni aku akan kongsikan from time to time dalam entri lain yang lebih ilmiah dan bermotivasi. Untuk adik-adik yang nak tips di tempat kerja, boleh je email akak (akak???) Insya Allah akan dibantu sebaiknya :)

Salam sayang
Dhiya
P.E.S.P

Nuha Food Journey: Kek Pisang Versi Baby


Menginjak setahun, aku dah mula introduce Nuha family food. Terbaru, aku buat kek pisang untuk dia. Of course lah no sugar no salt, tapi pastinya sedap dan sihat Insya Allah.
Bahan-bahan

1. Pisang. Aku guna pisang berangan 4 biji, dilenyek
2. 1 cawan tepung gandum *
3. 1/2 sudu the soda bikarbonat *
4. 1/2 sudu the baking powder *
* Diayak Bersama
5. 1/2 cawan minyak jagung
6. Sedikit madu (Nuha dah setahun lebih)
7. 2 biji telur
8. Esen vanilla

Cara-cara

1. Blender minyak, madu, telur sampai gebu lebih kurang dalam 3-5 minit
2. Masukkan pisang yang dah dilenyek tadi, blender lagi beberapa minit
3. Bahan yang di blend tu, masukkan ke dalam bekas dan masukkan tepung yang diayak dengan soda bikarbonat dan baking powder tadi sedikit demi sedikit. Kacau rata dan pastikan tak ada tepung yang berketul.
4. Oh ye sebelum tu jangan lupa panaskan oven dulu tau.
5. Masukkan adunan ke dalam Loyang atau muffin cup yang dah disapu minyak.
6. Bakar pada suhu 150deg, 30 minit. Ni oven aku lah…

Hasilnya memang elok macam dalam gambar aku ni. Bila dah masak, aku biar sejuk sekejap dan potong.
Nuha suka tak? Alhamdulillah dia suka. Aku rasa dia lagi suka kek macam ni dari cookies dan yang bagusnya, kek ni kurang sepah dari cookies yang rapuh, berdebu tu. 
Insya Allah more cakes to go for Nuha! :)

Salam sayang
Dhiya

Thermos Buat Jualan Murah!


Mommies out there!

Kalau selama ni menyimpan dendam kesumat je dengan brand Thermos, aku rasa soon adalah masa yang sesuai untuk melunaskan dendam tu. Thermos akan adakan jualan Murah di Lazada Jumaat ni (12 July 2019)

Bolehla beli food jar untuk anak. Aku dah tak boleh beli. Nuha dah ada 3 food jar. Kalau beli jugak, aku takut apak dia potong elaun aku nanti.
Tapi tadi aku tengok-tengok jugak. Macam nak kena beli thermos la pulak (tiberrrrr)

Selamat membeli belah, mommies!

Ummi bagitahu je :P

Travel: The Settlement Hotel Melaka


Bismillah

Hujung minggu lepas, kami curi masa untuk bercuti. Lama sangat oiii kami tak ada short escape akibat terlalu sibuk bekerja. Kesian kami, kesian Nuha. Again, kami memilih untuk ke Melaka. (Melaka lagi~) Tapi kan, aku ni memang tak pernah bosan dengan Melaka. Datang la doblas kali setahun pun, nescaya aku sentiasa teruja dan seronok dengan Melaka sebab sangat banyak benda best di sini. Hotel lawa-lawa, makanan pelbagai, dan tempat pun cantik-cantik!
Booking dibuat melalui booking.com lah. Macam biasa~ Oh ini iklan dari aku sendiri; sesiapa yang nak book hotel best-best macam yang aku pernah duduk- Bolehlah booking melalui Booking.com ni ya. 

TSH ni ada banyak variasi bilik. Tapi kami ambil luxury villa sebab nak rasa traditional style. Dah jenuh duduk dalam rumah batu, so kami decide duduk dalam rumah kayu. Tapi kayu bukan sebarang kayu, villa ni memang cantik dan sangat selesa! Jom layan gambar;
Walkaway menuju ke villa
Warm welcome from luxury villa, TSH
Inilah pandangan depan villa kami. Cantik wehhhh!
King-sized bed
Bukak je pintu, terus ternganga jap. Suasana sangat kampung dan klasik. Sejuk je dengan lampu suram-suram yang memang menggamit mata untuk tidur je.
Rumah kayu pun, coffee machine tetap ada.
Bumbung villa atap rumbia. Ada hujan sekejap haritu, memang best sangat, terasa sungguh suasana kampung dengan bau air hujan yang menggamit memori sewaktu kecil dulu-dulu.
Bilik mandi kampung style. Tapi kau tak payah la keluar macam rumah kampung dulu-dulu tu. It was attached with the main room, cuma dia macam ada tangga untuk turun ke bawah sikit. Basically selesa dan bersih siap ada water heater. Kalau tak, mau menjerit aku mandi air kolah!
Cantik kan ID dia? Sangat klasik dan terasa macam betul-betul berada di kampung. Since villa ni landed dan dikelilingi oleh pokok-pokok hijau, satu cabarannya adalah nyamuk. Tapi yang bagusnya, katil dalam villa ni ada net (kelambu) dan ubat nyamuk elektrik. Untuk rekod, tak ada satu bintat nyamuk pun hinggap di badan Nuha. Yeay!

Landskap luar pun cantik. Kami berpeluang untuk pusing-pusing keliling hotel pagi Ahad waktu turun sarapan. Oh ya, our stay include breakfast ya. Breakfast was basic, tapi okay. Ada nasi lemak lauk rendang, bihun goreng, omelette, baked bean, roti, cereal, salad, juice, tea and coffee. Eh kira okay la tu kan?

Kami siap bawa push bike Nuha untuk dia main sambil-sambil makan tu. The ambient was very comfortable and we (me and husband) enjoyed the food while Nuha enjoy her ride. Everyone passed by will wave her and she will smile to them! Hahahahahah!
Nuha the dobot with her push bike
Walkaway dari tempat sarapan untuk ke villa. Tepi kerusi tu ada swimmping pool kecil.
 
The swimming pool
Lepas sarapan, sempat lah jalan keliling hotel. Lawa! Nak nak waktu tu lepas hujan pulak. Memang best sangat suasana dia!
TSH ni unik tau. Kalau dari jalan utama, nampak biasa je. Parking pun takde. Tapi korang salah...Parking TSH terletak di belakang hotel.Dari parking tu ada laluan untuk ke receptionist. Bahagian depan hotel ni macam halaman yang cantik la jugak dan siapa sangka di belakangnya ada 4 villa yang lagi cantik terlindung dari hiruk pikuk jalan utama. TSH ni dekat dengan Speedmart 99. Jadi kalau ada nak beli apa-apa, it's very convenient for you :)
Kawan-kawan, I rate this TSH as 9/10. Korang kalau datang Melaka, try la datang hotel ni. Bilik TSH bermula dari serendah RM163. Highly recommended! Again, kalau nak book, silalah klik link booking.com ni. Insya Allah harga member. Hahah!

Selamat bercuti,
Dhiya

Nuha Food Journey: Bubur Ayam + Brokoli + Bayam + Kacang Peas


Bismillah

Resepi kali ni: Bubur Ayam + Brokoli + Bayam + Kacang Peas. Tengok nama kemain Panjang pun, kau dah tahu apa bahan-bahannya.
Jadi, bahan-bahan untuk menu ini adalah seperti yang tertera. Hahahahah!

Actually ni semua adalah koleksi peribadi aku tentang makanan Nuha. Semua orang ada personal preference masing-masing. As for me, aku menyokong pemberian real food kepada anak. Aku tak bagi Nuha makan nestum dan makanan dengan perasa. Aku nak expose dia dengan semua jenis makanan (halal dan sihat) sebab aku tak nak dia jadi picky eater kelak.
Bahan-Bahan

1. Beras
2. Brokoli, puree bayam, kacang peas
3. Chicken bone stock (cbs)
4. Isi ayam
5. Bahan tumis: bawang merah, bawang putih dan 3 sekawan

Cara-Cara

1. Tumis bahan-bahan untuk menumis
2. Masukkan beras
3. Masukkan ayam
4. Masukkan cbs
5. Akhir sekali masa nasi dah lembut, masukkan sayur-sayuran dan matikan api bila dah masak.
6. Sejukkan dan blend
Alhamdulillah Nuha likes this so much. Cuma aku pelik, Nuha ni makan makan makan makan, tp tak dobot pun. Lepas tu aku kena 'marah' dengan babah dia; "Awak nak dia gemuk macam mana?" Hahahahha. Mak-mak, anak makan banyak, tapi tak gemuk- takpe. Asalkan berat dia ideal dan ok je kalau refer buku rekod kesihatan dia. Tak payah susah hati sangat. Bawak bertenang.
Banyakkan membaca je. Huhuhu

Selamat mencuba. I know you can be better than me :)

Dhiya

Nuha Food Journey: Potato Stick


Bismillah

Nuha's finger food (ff) is in the house!

Entri ni aku nak cerita tentang ff Nuha yang menjadi kegemarannya iaitu potato stick. Sejak dia dah bergigi ni, macam-macam dia nak kokak sampai tangan makpak dia pun dia balun. So ff adalah jawapannya. 

Bahan-Bahan

1. Sebiji kentang
2. Isi ayam
3. Lobak merah dicincang halus - steam
4. Sayur hijau macam pakchoy diracik halus - steam
5. Satu sudu tepung jagung
6. Satu sudu tepung gandum

Cara-Cara

1. Rebus kentang sampai empuk. Rebus sekali dengan isi ayam pun takpe.
2. Toskan dan kemudia lenyek
3. Masukkan sayur steam
4. Masukkan tepung dan uli sehingga tak lekat di tangan
5. Bentukkan dengan bentuk panjang macam jari
6. Goreng bagi kuning sikit je, jangan sampai hangit
Nuha sangat suka dengan potato stick ni. Masa pergi taman burung hari tu, dia ralit tengok burung sambil kunyah potato stick ni. Aku pun dah tak risau dan takut dia lapar lagi.

Entri pendek dan pantas, untuk rujukan mak-mak hebat di luar sana.

Selamat mencuba!
Dhiya

Nuha Food Journey: How I prepare corn kernel from scratch?


Bismillah

Nuha suka makan jagung!

Aku introduce jagung pada usia Nuha 10 bulan macam tu. Mula-mula aku campur dalam resepi bubur pulut hitam dia. Seems like tak ada allergies dan bermula dari situ, memang sentiasa ada stok kernel jagung di rumah ni.
Macam mana nak dapatkan ulas jagung yang sempurna bentuknya macam ni?
Entri kali ni aku akan kongsikan macam mana aku prep kernel jagung ni dari mula-mula kejadiannya sebagai setongkol jagung. Aku tak ada video sebab aku prep sorang. Tak ada tukang ambil video tapi harapnya penerangan aku jelas dan dapat membantu.

Mula-mula kenalah beli jagung. Jangan tanya aku jagung jenis apa? Organik ke tak? GMO tak pe ke? yada yada yada. Beli je jagung kat pasar tu. Buang kulit dan rambut-rambut halus tu, basuh dan toskan sekejap.

Seterusnya korang kena ada pisau yang at least sama panjang dengan panjang jagung tu. Kalau tak ada pun jangan rusuh hati sampai kemurungan. Jagung tu boleh dipotong dua untuk jadikan dia lebih pendek kan?
Letak bilah pisau di antara kernel jagung. Kernel (ulas-ulas) jagung tu kan macam tersusun elok kan? So masukkan bilah pisau di antara celah-celah susunan tu. Kemudian cungkil ke kiri atau ke kanan pisau tu (ikut keselesaan) hingga kernel jagung tu terkeluar. Tu yang korang akan dapat bentuk sebiji kernel yang sempurna dan tak pecah-pecah tu. Cuba tengok gambar kat bawah:
Sebiji jagung tu boleh dapat banyak juga tau. Kalau beli selonggok yang ada 10 tongkol tu, aku rasa korang boleh la buat 3-4 tongkol je untuk stok anak. Kalau tak nanti oversupply pulak.
Ini adalah stok kernel jagung Nuha dari 3 tongkol jagung yang besar-besar, dipekkan dalam plastic ziplock sebesar tapak tangan. Boleh bekukan kat freezer dan ambil sebungkus untuk kegunaan sekali masak. Selalunya aku guna jagung untuk letak dalam pengat atau bubur manis dia atau pun campur dalam nasi plain dia. Since kernel ni besar, bagi baby yang belum ada gigi, mak-mak kena blend sikit la. Takut juga sebab jagung ni walaupun dah masak, dia tak hancur.

Demikianlah perkongsian aku tentang jagung. Semoga korang ada idea macam mana nak simpan jagung supaya tak busuk dan membazir. 

Any good ideas, aku akan kongsikan lagi di sini!

Salam sayang
Dhiya

Nuha Food Journey: Bubur + Salmon + Bayam


Bismillah

This is the throwback of Nuha's food during her age around 7-8 months.
Sebenarnya memasak makanan Nuha ni tak susah mana dan dia pun Alhamdulillah tak memilih. Apa yang aku masak, dia boleh makan. Cuma aku kena kreatif untuk pelbagaikan variasi makanan dia.

Bubur + Salmon + Bayam

1. Tumis bawang merah dan bawang putih
2. Masukkan beras, tunggu sehingga lembut
3. Masukkan ikan
4. Masukkan bayam. Nak ganti dengan sayur lain macam brokoli pun tak berdosa.
5. Kalau dah pass bilis, masukkan serbuk bilis.
6. Dah masak, sejukkan. Lepas tu boleh blend.

Aku tak sempat nak bebel Panjang dalam entri ni. Dah..Pergi cuba resepi ni.

Mak Nuha