Rancang cuti: Takwim Cuti 2013


Bismillah

November akan melabuhkan tirainya hari ini. Selamat datang Disember!
Dan pastinya kita akan sibuk merencana agenda masa depan. :)

Jom, saya kongsikan takwin cuti-cuti umum untuk tahun 2013. Sekali imbas kalendar ini, saya sudah senyum meleret. Alhamdulillah dan In Shaa Allah, banyak cuti yang menyebelahi saya.

Malaysian State & National Holidays 2013

Dates
Occasion
For
1 January
Tuesday
New Year All states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
14 January
Monday
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday
Negeri Sembilan only
15 January
Tuesday
Sultan of Kedah's Birthday Kedah only
24 January
Thursday
Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)
Nationwide
27 January
Sunday
Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 February
Friday
Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
10 February
Sunday
Chinese New Year Nationwide
11 February
Monday
Chinese New Year (2nd Day) All states except Kelantan and Trengganu
4 March
Sunday
Anniversary of Installation
of Sultan of Trengganu
Trengganu only
29 March
Friday
Good Friday Sabah & Sarawak only
15 April
Monday
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 April
Friday
Sultan of Perak's Birthday Perak only
1 May
Wednesday
Labour Day Nationwide
7 May
Tuesday
Hari Hol Pahang Pahang only
17 May
Friday
Raja Perlis' Birthday Perlis only
24 May
Friday
Wesak Day Nationwide
30- 31 May
Thu & Fri
Harvest Festival
Pesta Kaamatan Sabah
Sabah & Labuan only
1 - 2 June
Sat & Sun
Sarawak Harvest Festival
Hari Gawai Sarawak
Sarawak only
1 June
Saturday
Malaysian King's Birthday
Harijadi Agong
Nationwide
5 June
Wednesday
Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 July
Sunday
Georgetown Heritage Day Penang - but not a 'paid holiday' for private sectors employees.
9 July
Tuesday
Awal Ramadan Johor, Kedah & Malacca only
14 July
Sunday
Penang Governor's Birthday Penang only
20 July
Saturday
Sultan of Trengganu's Birthday Trengganu only
25 July
Thursday
Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only
8 & 9 August
Thu & Fri
Hari Raya Puasa * Nationwide
31 August
Saturday
National Independence Day
Merdeka
Nationwide
8 September
Sunday
Sarawak Governor's Birthday Sarawak Only
16 September
Monday
Malaysia Day &
Sabah Governor's Birthday
Nationwide - since 2010
Sabah
6 October
Sunday
Sabah Governor's Birthday Sabah Only
13 October
Sunday
Malacca Governor's Birthday Malacca only
15 October
Tuesday
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Nationwide
16 October
Wednesday
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
24 October
Thursday
Sultan of Pahang's Birthday Pahang only
3 November
Sunday
Deepavali or Diwali Nationwide
5 November
Tuesday
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Nationwide
11 & 12 November
Mon & Tues
Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
22 November
Friday
Sultan of Johor's Birthday Johor only
11 December
Wednesday
Sultan of Selangor's Birthday Selangor only
10 December (6 Safar) Tuesday Hari Hol Almarhum
Sultan Iskandar Johor
Johor Only
25 December
Wednesday
Christmas Nationwide
* Subject to change - depending on the sighting of the new moon

***************************************************************************



Malaysia Holidays 2013
Cuti Sekolah Malaysia 2013
Theofficial school holiday (takwim cuti sekolah Malaysia rasmi) is as follows:
1st Term Holidays
23 - 31 March Mid-Term Holiday
25 May - 9 June Mid-Year Holiday
2nd Term Holidays
7 - 18 August Mid-Term Holiday
16 November - 1 January 2014 Year End Holiday

sumber

Bagus untuk merancang cuti tahun dan cuti nikah. Upsssss~

Salam sayang,
Dhiya

Cerita Segera


Bismillah...

Alhamdulillah, sudah 29 November 2012.

Sibuk saya bukan dibuat-buat. Pelbagai aktiviti tersusun pada tarikh yang berturut-turut. 

21 & 22 November- Seminar 2 hari. Printer di seberang sana rosak. Dua hari berturut-turutlah saya berulang alik ke pejabat tanpa belas ihsan orang.Terima kasih saudara yang sudi pamkan tayar kereta saya yang kempis sebelah tu. Haih...Inilah balasan kalau tau pandu sahaja. Pam tayar kereta pun tak pandai. Atau...Memang sudah masanya saya perlukan seorang lelaki dalam hidup saya untuk buat kerja-kerja hardcore ni~?

23 November- Mesyuarat bulanan EETD.Banyak perkara yang perlu dikejarkan! Pulang ke rumah pun dah malam gelap. Kalau taknak juga sign OT saya, memang tak tahulah nak cakap apa lagi~

24 November- SSB saya. Mujurlah sempat siap. Kalau tak, memang saya tinggalkan saja sebab tiket bas pulang ke kampung pada hari itu dibeli pada pukul 3 petang. Abah pulang ke kempung dengan Angah dan Kakak. Jadi hanya ada emak, akak dan Biha di rumah. :)

26 November- Monday Blues! Tayar kereta saya memang sah pancit. Pagi itu semasa panaskan enjin kereta, saya lihat tayar yang sama kempis lagi. Tapi nak 'hidup' punya pasal, saya gagahkan juga pandu kereta tayar kempis tu ke pejabat dengan harapan apabila dibawa ke pejabat, adalah rakan-rakan yang boleh membantu.
Buntu. Esok perlu bertugas di luar pejabat. Saya tekad, kalau tak ada perkembangan selewat-lewatnya selepas waktu makan tengahari, nampak gayanya saya perlu ambil cuti kecemasan untuk tukar tayar ni.
Akhirnya saya akur dalam paksa, saya tidak boleh menafikan kudrat seorang lelaki yang dengan rendah diri sudi membantu saya menukarkan tayar tersebut walaupun dalam hujan. :(

27 November- Saya keluar dari rumah seawal 6.45 pagi. Takut sesak punya pasal. Memanglah One World Hotel tu tak jauh mana dari rumah saya. Tapi mengenangkan kereta saya yang masih dalam pemerhatian (setelah tayarnya ditukar), ditambah pula dengan tak berapa nak ingat jalan...Maka haruslah untuk saya keluar seawal boleh.
Dan hasilnya, saya sampai di hotel hanya selepas 20 minit pemanduan dan berjaya mendapat petak letak kereta betul-betul di depan lif nak ke foyer hotel. B1, J11. Hebat. Memang hebat sampai semua anak panah jalan sehala saya redah~
Seronoknya seminar di hotel ni, dah tentulah makanannya :p. Selebihnya biasa-biasa saja. Kerja masih kerja. Nak mengelat pun rasa berdosa sebab orang dah bagi peluang dan kepercayaan kepada kita untuk sampai ke sini. Tapi apa-apa pun, setelah jumpa lorong tikus nak ke One Utama Shopping Complex, dapatlah juga saya sebuah beg comel dari Isetan buat pengubat jiwa setelah gagal mendapatkan Narciso Rodroguez tu. Rasakan!

28 November- Mesyuarat bulanan YES pula. Memang kelam kabutlah saya dibuatnya. Sehabuk tunggal pun tak tersedia lagi. Tekanan bertambah apabila lawatan saya esok hari juga masih belum punya persiapan apa-apa. Sekejap-sekejap telefon berbunyi. Kalau bukan untuk lawatan, untuk projek mengimpal. Hm...
Alhamdulillah, persiapan mesyuarat selesai jam 4 petang. Sebakinya saya pekakkan telinga dan butakan mata untuk fokus dengan persiapan lawatan tersebut. Itu belum kira lagi yang minat sangat dengan pendaftaran dan pembatalan saat-saat akhir. Jurutera memang suka buat kerja last minute kan? Eh, ups~

29 November- Hari penting yang menjadi kayu ukur baharu dalam kerjaya saya. Sekali lagi saya bertugas di luar pejabat. Nah. Ke Westports Malaysia di Kelang. Menjadi satu-satunya lady engineer merangkap urusetia program setelah Ir. Liza menarik diri, ianya bukanlah suatu yang mudah untuk saya hadapinya sendiri. Tak ada tangan yang hendak dipaut dan minta dipimpin. Semuanya saya sendiri. Sampai satu tahap, ketika mendaki kren 60 meter tu, saya sekali lagi terpaksa akur yang saya ini wanita biasa. Tapi saya kagum dengan diri sendiri. Saya telah dengan beraninya mencabar diri sendiri dan berdiri sebaris dengan mereka yang bernama lelaki.
In Shaa Allah, ada entri dan cerita khusus untuk ini.

Memang penat. Tapi saya gembira, walaupun kadangkala sedih dan kecewa dengan sikap orang dalam. Ya, mereka yang di luar sana yang telah menggembirakan saya!

Nanti menulis lagi, 
Dhiya

24 November 2012


Bersiaran dari desa tercinta...

Ya Allah, saya sayang keluarga saya!

Cinta ini memang menyakitkan. Tapi saya tahu Allah ada yang terbaik untuk saya :)

Saya tunggu dia. Semoga dia berusaha sehabis baik!

Akan menulis lagi,
Dhiya

Esok: SSB dan Balik Kampung!


Allah.

Tak boleh mengelak. Esok SSB saya. Itu pun bukan buat kerja-kerja saya. Ada kerja orang lain yang dah siap menunggu. Itu pun bila isu OT diutarakan, culas saja jawapan yang diberi. Setelah diugut, barulah persetujuan dicapai. Sungguh, saya sudah tawar hati untuk menolong orang kalau hak saya terabai. Bukan wang ringgit sangat yang saya kejar, tetapi nilai masa, tanggungjawab dan hak!

Mesyuarat EETD tadi pun boleh tahan juga. Aktiviti paling hampir, saya akan ke Westport. Disember sudah ditempah.Dua aktiviti- Satu di Genting (tak pernah hayat saya naik ke Genting!) dan satu lagi di tempat biasa. Januari hingga Mac sudah ada agenda. Itu belum masuk komitmen saya dengan YES. Mereka sudah ada rancangan hingga bulan Jun. Allah. Kurus keringlah saya!

Clocked-out tepat jam 7.46 malam. Allah.
Kecut perut betul saya untuk pulang ke rumah sewa kalau matahari dah tenggelam.Gelap hitam di luar. Hujan renyai... Tapi Alhamdulillah, Allah dah aturkan jalan untuk saya. Saya bertembung dengan kak Imah yang juga ingin pulang. Nah, saya tumpangkan dia hingga ke stesen LRT terdekat dengan rumah saya. Jimat baginya, bertemanlah saya pulang ke rumah. Cantiknya perancangan Allah!!!

Esok saya akan meraikan SSB saya. Tepat jam satu, saya akan pulang ke kampung. Saya tahu saya 'berhutang' dengan seorang kawan sekolah saya. Majlis resepsinya akan diadakan esok di Gombak. Tapi saya tidak ada kekuatan untuk hadir tunjuk muka. Banyak sebab- Antaranya memang saya terpaksa pulang ke kampung yakni alasan yang tidak boleh dipersoalkan sesiapa.
Maaf kerana tiada hadiah atau apa. Hanya doa dari jauh, semoga berbahagia.
Selamat Pengantin Baru, Muhammad Muhibbuddin dan pasangan. :)
Insya Allah, doakan saya. Tahun 2013 adalah tahun untuk saya secara serius akan bercakap tentang isu ini. 

Esok balik kampung.
Esok balik kampung.

Walaupun sekejap, tetapi saya nak kejar berkat dan pahala pulang ke pangkuan emak dan abah. Sementara masih belum terikat dan diikat, baiklah saya utamakan mereka!

Kawan-kawan sekampung, jumpa kalian di desa!

Masa untuk berehat, 
Dhiya Dahlia

Masih


Bismillah...

Ya, masih sama, biarpun saya tidak menulis panjang untuk bercerita apa halnya.

Masih, 
Saya sangat sibuk berperang dengan masa di tempat kerja. Melayan kerenah manusia yang pelbagai wajah, gembira, sakit hati, tekanan, gelak ketawa- Semuanya ada di sana.
Kecewa masih ada. Apa yang saya buat, masih berbaki luka sesama manusia yang belum puas hati dengan saya. Ada saja salahnya di mana-mana. Biarlah. Sekarang masih boleh berdiam diri lagi. Tunggu esok lusa, kita akan bermain poker bersama!
Terbaru, OT saya dipersoalkan dan tidak mahu ditandatangani. Demi Allah, saya masih waras untuk menilai halal haram wang gaji saya. Kepada yang menabur fitnah tersebut, terima kasih. Anda berhutang dengan saya.

Masih, 
Saya sangat rindukan keluarga di kampung. Peluang bercuti panjang minggu lepas masih belum cukup untuk mengubati rindu dendam ini. Wajah emak dan abah adalah mimpi saya. Mereka sangat penting dalam hidup saya. Jatuh bangun saya, merekalah yang menjadi tulang belakang yang menyokong.
Mereka bukan orang yang punya ijazah atau latar belakang pengajian tinggi jauh sekali orang besar dalam masyarakat,tetapi pandangan dan perancangan mereka jauh ke hadapan.
Emak dan abah tidak pernah berhenti memberi semangat sedari kecil. Saya membesar dalam dunia kecil yang sukar. Emak dan abah tidak pernah memewahkan saya dengan material. Tetapi saya dimanjakan dengan kasih sayang. Benar. Hari ini, walaupun kasih itu tak terucap, tetapi saya tahu emak dan abah dapat merasainya dari dalam mereka- Kerana pada mereka ada saya!

Masih, 
Cita-cita yang satu itu masih memuncak di jiwa. 1 Oktober lepas saya biarkan ianya berlalu dengan hati yang redha. Insya Allah, kali ini saya tidak akan pandang ke belakang lagi. Atas sakit hati dan kekecewaan orang lain memandang lekeh atas potensi saya, saya mula fikir yang hanya ilmu akan mampu menambah nilai diri ini. Saya berjanji pada diri- Saya takkan di sini selamanya.

Masih, 
Cinta itu masih ada. Tapi biarlah untuk beberapa bulan sebelum 2013 ini, rasa itu dipelihara Allah. Saya mahukan ruang dan peluang untuk memperbaiki diri. Memang agak susah untuk mujahadah. Semuanya menguji iman dan prinsip. Banyak yang berlaku dalam seminggu selepas saya pulang dari kampung ini, tetapi saya cuba manikmatinya sendiri. Insya Allah. Saya mahu manjadi diri saya.
Cinta itu bukan wang atau apa. Kalau kita mahukan yang baik, kita perlu memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu. Ya, saya menulis untuk diri saya. Kerana saya mahukan yang terbaik dari kamu, berilah masa untuk saya memperbaiki diri. Demi Allah, saya sangat takutkan bencana yang mungkin Allah turunkan atas kesalahan saya!

Masih, 
31 Disember masih berbaki 40 hari. Ya, 40 hari. Semuanya saya serahkan kepada Allah- Tuhan yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Saya sudah berusaha sebaik mungkin. Selepas tarikh itu, saya mahu menjadi saya yang bersemangat baru tetapi masih berjiwa yang dulu- emak dan abah tetap yang utama. Saya tidak mahu jadi Tanggang wanita derhaka.


Untuk kamu, 
Saya masih menunggu...

Salam sayang, 
Dhiya
22 November 2012
9.15 malam
Kota Mega

Yang Tak Terucapkan


Entri tergendala lagi- 13 November 2012

Bismillah...

Saya selamat tiba di kampung semalam, Selasa jam 10.30 pagi. Perancangan asal untuk pulang pada Rabu (hari ini) terpaksa dibatalkan. Kadangkala keputusan kita memang milik kita atas aturan Allah. Ia tidak perlu dikawal atau dipengaruhi oleh orang lain tanpa sebab yang munasabah. Lagipun untuk apa saya berlama-lama di sana kalau hati terluka dan menangis sendirian? Saya pulang ke sini pun berjumpa emak dan abah. Itu lebih baik malah memberi pahala, bukan?

Lewat kebelakangan ini, saya kurang muhasabah diri sendiri. Saya terlalu leka dan sibuk dengan kerjaya saya. Saya banyak tertawa dari menangis mengenangkan kesalahan yang dilakukan.
Beribu-ribu kali saya menyatakan hasrat untuk kembali menjadi saya yang dulu. Tetapi masih, saya berdiri sebagai seorang Dhiya yang sama tanpa peningkatan apa-apa. Rasa dosa yang tidak pernah berkurang malah menokok tinggi. Kekurangan melebihi kekuatan. Saya lemah, saya kalah! Kalah dengan nafsu sendiri!

Saya sedar bukan sedikit dosa hati yang berada dalam diri. Tetapi saya kalah dalam menegakkan pendirian sendiri. Saya dikelilingi oleh manusia yang tidak  menghormati pendirian saya dan tidak menyokong cita-cita saya. Saya kasihan kepada diri sendiri- Tahu itu dosa, tetapi terus terusan melakukannya. Allah, saya tak mampu untuk mengekangnya sendirian. Bantulah!

Ini soal hati

Setiap hari saya bercita-cita ingin menjadi insan yang terbaik. Tetapi harapan saya hanya disokong pada lisan, tetapi tidak pada perbuatan. Bukan sekali saya berkata yang benar walaupun pahit, tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Azam hanya tinggal tin kosong yang berkarat. Kadangkala saya benci menjadi diri sendiri. Diri yang lemah dan selalu kalah bengan pengaruh situasi.

Ini soal hati.  Benar lagi benarlah maksud hadith di atas yang mafhumnya:

Dari Nu'man bin Basyir diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari Rasulullah s.a.w mengingatkan mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud : "Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati."

Allah, peliharakan hati-hati kami agar jauh dari pintu-pintu dosa!

1434H.

Kalau dibuka kembali kitab sejarah, kita pasti maklum signifikan kisah hijrah Nabi SAW. Kali pertama saya mendengan kisah ini ketika di sekolah rendah, saya terfikir banyaknya pengorbanan yang mereka lakukan. Meninggalkan harta, tanaman dan keluarga demi matlamat itu bukan suatu yang mudah. Tetapi saya kagum akan hati-hati mereka yang di-costume made sedemikian rupa. Keyakinan mereka hanya pada Allah!

Dalam dunia hari ini, mampukah kita melakukannya walaupun atas nama cintakan agama dan lillahi Taala? Saya sendiri pun belum tentu mampu kerana dalam hati kita, walau sedikit mesti ada rasa hubbud dunya (cintakan dunia). Allah. Hinanya saya...

Yang tak Terucap...

Ya, memang ini takkan mampu terucap dek lidah. Sebab setiap satu perkataan yang tertulis, semuanya seperti menampar diri sendiri. Saya juga pelaku dosa. Saya memang tidak layak untuk bercakap tentang ini kerana semua ini adalah untuk saya.

Tetapi ini semua untuk refresh niat saya. Biarlah orang perlekehkan saya. Tapi cita-cita saya yang satu ini takkan pernah luntur!

Salam Tahun Baru 1434H, 
Dhiya Dahlia

Ini


Bunga-bunga ini bukan untuk saya.

Bak kata abah, kalau untuk sendiri, tak tahu bila nak diguna. Sedekahkanlah kepada orang lain dulu. Moga-moga mereka mendoakan saya pula. :( Sebak. Tapi itulah hakikat!

Bunga tisu! Kegilaan terbaru saya sekarang~

 
Seperti yang diputuskan, bunga-bunga ini akan menjadi milik Su yang bakal melangsungkan pernikahannya 9 Disember 2012 akan datang. Kami berjiran sejak emak dan abah berpindah ke sini. Dia merupakan anak murid emak dan kami sama-sama mengaji dengan emak.
Walaupun dia lebih tua setahun dari saya, tapi kami berkawan tak kisah usia. Kadang-kadang bermain pondok-pondok sampai tak ingat hari dah senja. :p

Saya akan pulang ke desa untuk harinya. 

Insya Allah, ini untuk dia.

Salam sayang, 
Dhiya

Bercuti Panjang


Ini adalah entri backdated- 12 November 2012

Bismillah

Assalamualaikum

Baru dijerat orang atas lagi. Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran! Kadang-kadang memang rasa teraniya dengan tindakan mereka ini. Mentang-mentanglah kita ini hanya orang bawah, kepala kita macam mudah dipijak-pijak. Semoga yang salah itu akan diperbetulkan jalannya. Amin!

Saya fikir insiden tadi adalah asbab untuk saya mula memikirkan perancangan hadapan. Kalau bukan lima ke sepuluh tahun kelak pun, cukuplah merancang untuk lima ke sepuluh hari ke hadapan.
Insya Allah saya akan mula bercuti panjang mulai esok. Bersempena dengan Diwali dan Awal Muharram selang sehari selepasnya, saya mengambil peluang untuk lari dari lambakan tugas dan tipu daya manusia pemangsa ini. 

Kebetulan abah pula memang berhajat untuk mengadakan kenduri doa selamat hujung minggu ini. Rasanya memang molek sangatlah kepulangan saya- dapat bertemu famili yang nilainya lebih dari infiniti.

Lebih dari itu, saya hanya perlukan sedikit masa untuk bersendiri dan meraikan privasi diri. Saya perlukan ruang untuk bersendiri kerana dengan cara itu membuatkan saya berfikir. Soal perjuangan masa kini, kisah masa silam dan perancangan masa hadapan adalah atas pilihan saya. Kerana itu saya memerlukan masa untuk diri sendiri- Setelah penat menjaga dan mementingkan keperluan hati dan perasaan orang lain.

Alhamdulillah. Kini sudah di kampung. Inilah hakikat saya. Desa permai ini tidak pernah mengecewakan saya. Damainya tidak pernah ada di Kota Mega.

Akan menulis lagi nanti. Tunggu!

Salam sayang,
Dhiya

10.11.12


Bismillah

Sabtu Saya Bekerja :)

Alhamdulillah, hanya berada di pejabat menyiapkan tugas-tugas yang tergendala. Aman rasanya untuk fokus bekerja apabila kurang bunyi telefon kedengaran. PC saya dah ditukar baru. Tiada lagi masalah auto shutdown yang sangat mengganggu. Terima kasih atas perhatian yang diberikan. Ini bukan complain, tapi ini adalah request atas keperluan saya. Maaflah kalau rasa terganggu atau menyampah dengan laporan demi laporan yang saya buat. 

Elis yang hantar saya ke pejabat pagi ini. Baby K melawat bengkel untuk servis berkalanya. Uh, tidaklah berkala sangat...Sudah enam bulan terlebih dari tarikh yang sepatutnya~ Maaf!!!
Selalunya servis biasa hanya menelan belanja +-RM120. Tetapi kali ini tidak. Elis menelofon saya memberitahu (technical term tentang kereta) yang bocor sana sini dan perlu diganti. Apa yang saya ingat hanyalah nama Timing Belt. Selebihnya, entah. Saya tak faham.
Teruskan sahaja. Budgetnya ada, cuma nampak gayanya tak boleh la shopping sangat...Biarlah mahal pun, janji keselamatan saya terjamin dan Baby K boleh berkhidmat dengan sempurna.
Dan kelihatanlah wang saya berkepak dan terbang meninggalkan purse! Bye RM500!

Selepas saya pulang, hujan pun turun dengan lebaTnya. Indah. Sambil membuat bunga-bunga kecil itu, saya selang selikannya dengan membaca majalah yang dibeli semalam. Upacara terakhir ialah napping dalam sejam lebih. Hehehe. Haruslah. Hujan-hujan ni memang enak!

Malamnya- bunga-bunga saya sudah siap. Apa lagi kerja yang saya boleh buat selain berFB, menulis di blog dan berangan~ Cumanya saya kurang bersemangat sedikit untuk menulis sejak kebelakangan ini apabila laptop saya semakin kurang sihat. Adatlah, tujuh tahun tempoh perkhidmatan, mungkin sudah sampai masanya ia berehat dan saya dapatkan ganti baru. Tab atau laptop sekali lagi? Ah, duit lagi!!!

Cukup dulu menulis rasanya. Speaker laptop ini betul-betul menyakitkan telinga saya walaupun ia memainkan lagu cinta kegemaran saya. :( Hu. Banyak juga yang nak dieritakan, tapi kena tunggu satu masa yang betul-betul idea saya disusun cantik. Tunggu tau.

Minggu depan saya akan bercuti panjang. Abah ada buat kenduri sikit di rumah. Insya Allah akan menulis lagi dalam masa terdekat.

Salam Sayang, 
Dhiya

17 Oktober 2012


Bismillah

Allah. Entri ini saya harap dapatlah keluar pada tarikhnya. Tapi seperti biasa, hambatan tugas di tempat kerja benar-benar mengekang saya daripada menulis! 

17 Oktober lalu, genaplah setahun saya bekerja di sini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Memang ini ketetapan Allah yang terbaik untuk saya pada masa ini. Jarak antara rumah dan tempat kerja saya hanya beberapa minit pemanduan. Kalau naik tren pun masih boleh. :) Saya tidak perlu tergopoh gapah untuk mengejar masa dek perjalanan jauh.

Teringat saya ketika mula-mula bekerja di sini: Saya sangat naif , lurus dan senang dibuli. Pendek kata saya memang bukan saya yang ada hari ini. 
Ketika itu saya sedar yang banyak tugas orang lain dihempap atas saya. Malah kadang-kadang saya diperlakukan seperti bola di kalangan rakan sekerja sendiri. Sekejap ke sana, sekejap ke sini- Semuanya untuk orang lain!

Tapi benarlah pengalaman itu mematangkan dan ia tidak boleh dibeli tetapi harus dihadapi. Pendirian dan identiti saya mula terbentuk seawal tiga bulan bekerja. Saya mula mengenal tips dan tricks dunia kerjaya.

Sejak itu, saya mula membina diri saya sendiri. Saya bukan lagi seorang yang boleh dibuli dan diarah-arah melakukan kerja orang lain tanpa sebab yang rasional. Saya juga sudah berani berkata 'tidak' untuk menolak apa-apa permintaan yang mengetepikan kerja-kerja saya. Ya, prioriti adalah kata kuncinya. Saya tidak akan melakukan kerja orang lain kalau kerja saya sendiri terbengkalai~!
Kadang-kadang memang benar- Perlu menjadi sedikit kejam demi kepentingan dan pendirian sendiri :p

Apa yang paling berharga di sini adalah networking saya bina. Bukan setakat rakan sepejabat, tetapi saya membina jaringan yang lebih besar dari itu. Saya gembira berurusan dengan ramai orang terutamanya profesional yang datang ke sini atau ketika saya keluar bertemu mereka.
Mereka secara tidak langsung telah mengajar saya kemahiran komunikasi unggul yang sangat berguna yang tidak dapat diperolehi dari mana-mana kelas kemahiran melainkan real life experience ini :)

Jutaan terima kasih kepada Engr. S yang banyak memberi tunjuk ajar, semangat dan motivasi kepada saya untuk terus maju dalam diri. Saya akui ini bukan tempat untuk saya menghabiskan usia perjuangan saya. Di luar sana katanya banyak lagi tempat yang lebih competent dan layak untuk saya. Tapi saya terus di sini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu. Selebihnya biarlah menjadi rahsia urusan saya dan ketetapan Allah.
Saya juga sangat berbesar hati apabila diberi kepercayaan oleh Engr. S untuk mengendalikan satu seminar di Miri, Sarawak pada bulan April yang lalu. Dengan ilmu yang masih cetek, saya diberi tanggunjawab dan kepercayaan sebegitu mencabar. Namun saya menemui hikmah padanya. Selain dapat bertandang ke tempat orang, sekali lagi jaringan persahabatan hingga jauh ke Borneo adalah 'emas' yang saya dapat daripadanya. 

Terima kasih kepada External Boss saya yang bersusah payah melonjakkan saya hingga ke satu tahap yang sangat tinggi. Kini saya juga Engr. Dhiya. :) Saya berjanji akan menjadi lebih bersemangat dan berusaha lebih untuk meningkatkan kualiti diri.
Penghargaan juga buat Internal Boss saya atas cabaran yang diberikan hingga menjadikan saya seorang ahli dan dalam masa yang sama seorang staf di sini. Benar, bukan semua ahli adalah staf, dan bukan semua staf adalah ahli. Tapi saya mempunyai kedua-duanya!

Setahun saya di sini, saya bersyukur atas segala-galanya. Rezeki itu datang dari Allah, tetapi melalui usaha yang kita letakkan untuknya. 

Dan sungguh lagi benarlah janji Allah dalam Surah Ibrahim, Ayat 7:
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Allah, berkati rezekiku, mudahkan urusanku!

Salam sayang, 
Dhiya :)

Favoritism


Biasalah...

Kalau kita ada banyak baju pun, mesti ada baju yang bukan menjadi kesukaan kita walaupun kita sendiri yang memilih untuk membelinya. Betul kan?

Ini sedang terjadi ke atas saya. Baru nak bersangka  baik dan cuba optimis terhadap cabaran kerja. Tapi saya diuji dengan sikap rakan sekerja yang besar kepala apabila dibelakangnya berdiri seorang bos besar yang membela segala tindak tanduknya-tak kira betul atau tempang!

Memang mogok besar juga saya di pejabat hari ini. Dari pagi saya hanya duduk di tempat saya sambil termenung memikirkan apa kurangnya saya dan di mana tempangnya langkah saya ketika bertugas.
Setahun saya di sini, saya menerima info positif tentang prestasi kerja saya. Tiris sedikit-sedikit tu adalah. Tapi bukan sampai ke tahap sabar saya menjadi nipis sementelah diperlakukan sebegini.

Saya tak faham mengapa favoritism ini perlu wujud. Ya, mungkin A memang bagus dan B pula sebaliknya. Tapi apa hak seorang pemimpin untuk membeza-bezakan anak didik sendiri yang sama-sama bekerja untuk organisasi? Bukankah nasihat dan dorongan yang membina boleh jadi platform yang lebih baik? Dan apa jadi kalau tanggapannya salah- Mungkin B lebih baik prestasinya berbanding A? 

Sebagai pemimpin, mereka seharusnya perlu menjadi ketua yang adil dalam menjaga kepentingan semua, bukan hanya kumpulan atau puak tertentu. 



Saya sangat terkilan dengan insiden hari ini. Saya dipersalahkan tanpa diberi peluang membela diri. Sekarang saya sedar, inilah yang dinamakan -|ditimbang tanpa neraca|-
Saya tahu dan sedar letak duduk keadaan tersebut. Sebab itu saya berani  menulis luahan seperti ini. Saya tak akan menipu perasaan saya sendiri di sini!

Tak mengapalah. Dunia ini bulat. Kalau hari ini mereka berada di atas, giliran saya akan tiba nanti. Saya akan buktikan yang saya tak bersalah. Saya orang bermaruah!

Yang Menulis,
Dhiya