10.11.12


Bismillah

Sabtu Saya Bekerja :)

Alhamdulillah, hanya berada di pejabat menyiapkan tugas-tugas yang tergendala. Aman rasanya untuk fokus bekerja apabila kurang bunyi telefon kedengaran. PC saya dah ditukar baru. Tiada lagi masalah auto shutdown yang sangat mengganggu. Terima kasih atas perhatian yang diberikan. Ini bukan complain, tapi ini adalah request atas keperluan saya. Maaflah kalau rasa terganggu atau menyampah dengan laporan demi laporan yang saya buat. 

Elis yang hantar saya ke pejabat pagi ini. Baby K melawat bengkel untuk servis berkalanya. Uh, tidaklah berkala sangat...Sudah enam bulan terlebih dari tarikh yang sepatutnya~ Maaf!!!
Selalunya servis biasa hanya menelan belanja +-RM120. Tetapi kali ini tidak. Elis menelofon saya memberitahu (technical term tentang kereta) yang bocor sana sini dan perlu diganti. Apa yang saya ingat hanyalah nama Timing Belt. Selebihnya, entah. Saya tak faham.
Teruskan sahaja. Budgetnya ada, cuma nampak gayanya tak boleh la shopping sangat...Biarlah mahal pun, janji keselamatan saya terjamin dan Baby K boleh berkhidmat dengan sempurna.
Dan kelihatanlah wang saya berkepak dan terbang meninggalkan purse! Bye RM500!

Selepas saya pulang, hujan pun turun dengan lebaTnya. Indah. Sambil membuat bunga-bunga kecil itu, saya selang selikannya dengan membaca majalah yang dibeli semalam. Upacara terakhir ialah napping dalam sejam lebih. Hehehe. Haruslah. Hujan-hujan ni memang enak!

Malamnya- bunga-bunga saya sudah siap. Apa lagi kerja yang saya boleh buat selain berFB, menulis di blog dan berangan~ Cumanya saya kurang bersemangat sedikit untuk menulis sejak kebelakangan ini apabila laptop saya semakin kurang sihat. Adatlah, tujuh tahun tempoh perkhidmatan, mungkin sudah sampai masanya ia berehat dan saya dapatkan ganti baru. Tab atau laptop sekali lagi? Ah, duit lagi!!!

Cukup dulu menulis rasanya. Speaker laptop ini betul-betul menyakitkan telinga saya walaupun ia memainkan lagu cinta kegemaran saya. :( Hu. Banyak juga yang nak dieritakan, tapi kena tunggu satu masa yang betul-betul idea saya disusun cantik. Tunggu tau.

Minggu depan saya akan bercuti panjang. Abah ada buat kenduri sikit di rumah. Insya Allah akan menulis lagi dalam masa terdekat.

Salam Sayang, 
Dhiya

No comments