Bismillah...
Alhamdulillah, sudah 29 November 2012.
Sibuk saya bukan dibuat-buat. Pelbagai aktiviti tersusun pada tarikh yang berturut-turut.
21 & 22 November- Seminar 2 hari. Printer di seberang sana rosak. Dua hari berturut-turutlah saya berulang alik ke pejabat tanpa belas ihsan orang.Terima kasih saudara yang sudi pamkan tayar kereta saya yang kempis sebelah tu. Haih...Inilah balasan kalau tau pandu sahaja. Pam tayar kereta pun tak pandai. Atau...Memang sudah masanya saya perlukan seorang lelaki dalam hidup saya untuk buat kerja-kerja hardcore ni~?
23 November- Mesyuarat bulanan EETD.Banyak perkara yang perlu dikejarkan! Pulang ke rumah pun dah malam gelap. Kalau taknak juga sign OT saya, memang tak tahulah nak cakap apa lagi~
24 November- SSB saya. Mujurlah sempat siap. Kalau tak, memang saya tinggalkan saja sebab tiket bas pulang ke kampung pada hari itu dibeli pada pukul 3 petang. Abah pulang ke kempung dengan Angah dan Kakak. Jadi hanya ada emak, akak dan Biha di rumah. :)
26 November- Monday Blues! Tayar kereta saya memang sah pancit. Pagi itu semasa panaskan enjin kereta, saya lihat tayar yang sama kempis lagi. Tapi nak 'hidup' punya pasal, saya gagahkan juga pandu kereta tayar kempis tu ke pejabat dengan harapan apabila dibawa ke pejabat, adalah rakan-rakan yang boleh membantu.
Buntu. Esok perlu bertugas di luar pejabat. Saya tekad, kalau tak ada perkembangan selewat-lewatnya selepas waktu makan tengahari, nampak gayanya saya perlu ambil cuti kecemasan untuk tukar tayar ni.
Akhirnya saya akur dalam paksa, saya tidak boleh menafikan kudrat seorang lelaki yang dengan rendah diri sudi membantu saya menukarkan tayar tersebut walaupun dalam hujan. :(
27 November- Saya keluar dari rumah seawal 6.45 pagi. Takut sesak punya pasal. Memanglah One World Hotel tu tak jauh mana dari rumah saya. Tapi mengenangkan kereta saya yang masih dalam pemerhatian (setelah tayarnya ditukar), ditambah pula dengan tak berapa nak ingat jalan...Maka haruslah untuk saya keluar seawal boleh.
Dan hasilnya, saya sampai di hotel hanya selepas 20 minit pemanduan dan berjaya mendapat petak letak kereta betul-betul di depan lif nak ke foyer hotel. B1, J11. Hebat. Memang hebat sampai semua anak panah jalan sehala saya redah~
Seronoknya seminar di hotel ni, dah tentulah makanannya :p. Selebihnya biasa-biasa saja. Kerja masih kerja. Nak mengelat pun rasa berdosa sebab orang dah bagi peluang dan kepercayaan kepada kita untuk sampai ke sini. Tapi apa-apa pun, setelah jumpa lorong tikus nak ke One Utama Shopping Complex, dapatlah juga saya sebuah beg comel dari Isetan buat pengubat jiwa setelah gagal mendapatkan Narciso Rodroguez tu. Rasakan!
28 November- Mesyuarat bulanan YES pula. Memang kelam kabutlah saya dibuatnya. Sehabuk tunggal pun tak tersedia lagi. Tekanan bertambah apabila lawatan saya esok hari juga masih belum punya persiapan apa-apa. Sekejap-sekejap telefon berbunyi. Kalau bukan untuk lawatan, untuk projek mengimpal. Hm...
Alhamdulillah, persiapan mesyuarat selesai jam 4 petang. Sebakinya saya pekakkan telinga dan butakan mata untuk fokus dengan persiapan lawatan tersebut. Itu belum kira lagi yang minat sangat dengan pendaftaran dan pembatalan saat-saat akhir. Jurutera memang suka buat kerja last minute kan? Eh, ups~
29 November- Hari penting yang menjadi kayu ukur baharu dalam kerjaya saya. Sekali lagi saya bertugas di luar pejabat. Nah. Ke Westports Malaysia di Kelang. Menjadi satu-satunya lady engineer merangkap urusetia program setelah Ir. Liza menarik diri, ianya bukanlah suatu yang mudah untuk saya hadapinya sendiri. Tak ada tangan yang hendak dipaut dan minta dipimpin. Semuanya saya sendiri. Sampai satu tahap, ketika mendaki kren 60 meter tu, saya sekali lagi terpaksa akur yang saya ini wanita biasa. Tapi saya kagum dengan diri sendiri. Saya telah dengan beraninya mencabar diri sendiri dan berdiri sebaris dengan mereka yang bernama lelaki.
In Shaa Allah, ada entri dan cerita khusus untuk ini.
Memang penat. Tapi saya gembira, walaupun kadangkala sedih dan kecewa dengan sikap orang dalam. Ya, mereka yang di luar sana yang telah menggembirakan saya!
Nanti menulis lagi,
Dhiya
No comments