Ini adalah entri backdated- 12 November 2012
Bismillah
Assalamualaikum
Baru
dijerat orang atas lagi. Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran!
Kadang-kadang memang rasa teraniya dengan tindakan mereka ini.
Mentang-mentanglah kita ini hanya orang bawah, kepala kita macam mudah
dipijak-pijak. Semoga yang salah itu akan diperbetulkan jalannya. Amin!
Saya fikir insiden tadi adalah asbab untuk saya mula
memikirkan perancangan hadapan. Kalau bukan lima ke sepuluh tahun kelak
pun, cukuplah merancang untuk lima ke sepuluh hari ke hadapan.
Insya
Allah saya akan mula bercuti panjang mulai esok. Bersempena dengan
Diwali dan Awal Muharram selang sehari selepasnya, saya mengambil
peluang untuk lari dari lambakan tugas dan tipu daya manusia pemangsa
ini.
Kebetulan abah pula memang berhajat untuk mengadakan
kenduri doa selamat hujung minggu ini. Rasanya memang molek sangatlah
kepulangan saya- dapat bertemu famili yang nilainya lebih dari infiniti.
Lebih dari itu, saya hanya perlukan sedikit masa untuk bersendiri dan meraikan privasi diri. Saya perlukan ruang untuk bersendiri kerana dengan cara itu membuatkan saya berfikir. Soal perjuangan masa kini, kisah masa silam dan perancangan masa hadapan adalah atas pilihan saya. Kerana itu saya memerlukan masa untuk diri sendiri- Setelah penat menjaga dan mementingkan keperluan hati dan perasaan orang lain.
Alhamdulillah. Kini sudah di kampung. Inilah hakikat saya. Desa permai ini tidak pernah mengecewakan saya. Damainya tidak pernah ada di Kota Mega.
Akan menulis lagi nanti. Tunggu!
Salam sayang,
Dhiya

No comments