Bismillah...
Alhamdulillah
Hari ni aku nak kongsikan cerita dan pengalaman aku memburu pam susu (breast pump, bp) dalam menjayakan misi penyusuan ekslusif selama 6 bulan dan seterusnya 2 tahun, selaras dengan apa yang disarankan dalam Islam.
Sekali lagi aku ulang, semua mak ayah nak yang terbaik untuk anak-anak. Mak ayah yang kesempitan hidup akan bekerja keras untuk anak, mana yang tak tahu akan mula ambil tahu demi anak dan mana yang tak pernah menangis akan buang ego menangis demi anak. Nampak tak. Nampak tak?
Ha macam tu lah aku sekarang ni.
Komitmen mencari bermula di awal kehamilan lagi. Nak cari bp ni sama juga macam nak cari stroller. Bukan boleh tangkap muat asal boleh je. Pada aku, biarlah alah membeli tapi menang memakai. Antara kriteria yang aku tetapkan adalah:
1. Ringan dan kecil
2. Tak banyak aksesori (cenderung untuk tercicir dan jenuh nak membasuh)
3. Tak ada masalah mekanikal, dan tak terlalu teknikal- simple
4. Double pumping
5. Harga mampu milik.
Mata dan perhatian aku mula-mula tertancap pada Medela Freestyle. Mana taknya- Baca review, semua cakap berbaloi beli sebab boleh pakai sampai anak 2-3 orang, dan ada la beberapa ciri-ciri yang aku nak walapun harga dia mahal nak mati. Hahahhaha! Masa ni aku selalu fikir yang mahal tu sentiasa terbaik.
Tapi macam biasalah. Suami aku cakap nanti dulu. Study dulu. Kebetulan masa tu ada baby fair kat Fabulous Mom Kajang. Kami pergi sana semata-mata nak tengok bp. Fabulous Mom masa tu memang buka meja khas untuk konsultasi bp. Aku pun duduk dan belajar elok-elok dari mereka. Mereka cadangkan aku satu jenama baru (katanya), nama Cimilre F1. Bila baru, aku agak skeptikal lah kan. Aku cakap takpe, nanti aku balik fikir dulu.
Bermula dari situlah aku shortlist kan beberapa jenama termasuklah Cimilre F1 ni untuk dipertimbangkan. Susah juga weh. Bab bp ni memang suami aku serah 100% kat aku sebab katanya aku je yang nak pakai. (Eh memang betul pun). Jadi semuanya bergantung kepada aku. Tak macam stroller- Dia yang fikir semua.
Aku ada tengok-tengok beberapa jenama lain macam Medela Freestyle, Spectra S9+, dan adalah beberapa jenama lain. Ada satu kakak ni, masa kat Fabulous Mom Kajang bagitau aku, Cimilre F1 ok juga macam Spectra S9+, cuma Spectra S9+ memang mahal lagi. Kat situ je aku dah mula terfikir; eh macam menarik je Cimilre F1 ni. Otak aku macam dah stick kat Cimilre. Tapi aku masih ambil masa dan buat some research.
Cimilre F1 ni produk Korea. Baru juga dalam Malaysia, tapi dari apa yang aku baca, semua review positif je. Apa yang aku tengok depan mata pun semua menepati citarasa aku. Body bp Cimilre ni kecil comel sangat. Besar penumbuk aku je (besar sikit lah). Berat dalam 250g sahaja. Aksesori pun tak banyak dan datang dengan dua pam.
Harga masa kat Fabulous Mom Kajang tu RM568 tak termasuk dengan hands free breast shield. Kalau nak beli full set (ada hands free breast shield ni, harganya jadi RM660). RM100 jugak lah kan hands free breast shield tu. Lama juga aku termenung. Nak beli bp je ke atau nak full set. Perlu ke hands free breast shield tu? Fikir punya fikir, offer kat Fabulous Mom Kajang tu pun tamat. Hahahah!
Seminggu juga aku ambil masa untuk buat keputusan. Akhirnya aku contact FB Fabulous Mom dan tanya stok. Fabulous Mom ni banyak je cawangan lain macam di Puchong dan TTDI which is lebih dekat dengan rumah aku. Yang buat aku pergi Kajang tu sebab mereka ada buat sale and baby fair. Aku tekad nak beli full set. Jadi aku tanya mereka kat mana yang ada stok supaya aku boleh pergi ambil. Pekerja yang entertain aku kat FB tu cakap kat Puchong ada stok dari baby expo Mid Valley beberapa bulan lepas. Harga RM539 termasuk hands free breast shield. Jem kejap kepala otak aku. 2-3 kali aku tanya betul ke harga RM539 tu termasuk hands free breast shield?~
Seminggu lepas harga benda yang sama lebih RM600 kot! Ini tak boleh dibiarkan. Aku terus confirm nak ambil dan set appointment untuk ke Fabulous Mom Puchong hari yang sama jugak! Hahahah!
Sampai di Puchong, aku tanya lagi betul ke harga yang disebut tu (masih tak percaya). Selepas dapat pengesahan, dah buka dan tengok barang semua dalam keadaan baik- Mereka offer tambah RM80 untuk dapat Lacte storage bag dan beberapa aksesori lain termasuklah 6 botol simpan susu, plastik simpan susu dan klip untuk sambungkan pam dengan plastik simpan susu . Sambil memejam mata, aku add on je RM80 tu.
Gitulah aku. Nak kata murah pun tak murah (RM500 sekali keluar macam tu je, sakit la jugak oiiii). Nak kata mahal, mahal lagi Medela Freestyle yang cecah RM2000 tu. Jadi aku yakin inilah pilihan terbaik yang aku dah buat untuk misi penyusuan aku dan baby.
Setakat ni, aku happy sangat guna Cimilre F1 ni.
Update setakat 2 bulan guna (as of Aug 2018), Cimilre F1 is really my best friend and life saver especially when using the hands free. Ya Allah tak salah keputusan aku untuk beli full set siap dengan hands free dulu!
Pertama; tangan kau tak lenguh nak memegang shield tu memanjang. Kedua tangan kau boleh buat benda lain, sekurang-kurangnya lipat kain atau kupas bawang sambal tengok tv. 30 minit mengepam tu taklah sampai tak boleh buat kerja lain, kan?
Lagi satu, pam dia tak bunyi kuat sangat. Aku dah tengok officemate aku punya jenama Lacte, dia punya vibrate dan bunyi kuat sikit.
Selain tu, Cimilre F1 ni tak banyak aksesori dan sangat kecil, sebesar tapak tangan je. Berat pun takat 250g saja. Boleh letak dalam beg tangan je. Jadi kau nampak sangat elegan bawa bag tangan dengan satu cooler bag yang comel. Tak payah bawak beg kura kura bagai.
Battery charging is superfast, dan tahan untuk 3-4 kali penggunaan. Maknanya kau tak perlu bawa charger ke pejabat.
Untuk tengok spesifikasi produk, boleh klik sini. Rasanya sekarang boleh dapat harga lagi murah kut sebab GST dah 0%. Masa aku beli, ada GST 6%. Ni semua Najib punya pasal lah ni~ Upssss!
Update lagi-
Baru lepas pergi Fabuluous Mom minggu lepas. Takde dah harga Cimilre F1 RM539 tu. Maafkan aku. Tapi itulah harga yang aku dapat. Rezeki anak namanya tu.
Tapi kalau korang dapat harga bawah RM600, cepat cepatlah beli. Pelaburan yang berbaloi!
Salam sayang
Ummi Dhiya

No comments