Travel: The Settlement Hotel Melaka


Bismillah

Hujung minggu lepas, kami curi masa untuk bercuti. Lama sangat oiii kami tak ada short escape akibat terlalu sibuk bekerja. Kesian kami, kesian Nuha. Again, kami memilih untuk ke Melaka. (Melaka lagi~) Tapi kan, aku ni memang tak pernah bosan dengan Melaka. Datang la doblas kali setahun pun, nescaya aku sentiasa teruja dan seronok dengan Melaka sebab sangat banyak benda best di sini. Hotel lawa-lawa, makanan pelbagai, dan tempat pun cantik-cantik!
Booking dibuat melalui booking.com lah. Macam biasa~ Oh ini iklan dari aku sendiri; sesiapa yang nak book hotel best-best macam yang aku pernah duduk- Bolehlah booking melalui Booking.com ni ya. 

TSH ni ada banyak variasi bilik. Tapi kami ambil luxury villa sebab nak rasa traditional style. Dah jenuh duduk dalam rumah batu, so kami decide duduk dalam rumah kayu. Tapi kayu bukan sebarang kayu, villa ni memang cantik dan sangat selesa! Jom layan gambar;
Walkaway menuju ke villa
Warm welcome from luxury villa, TSH
Inilah pandangan depan villa kami. Cantik wehhhh!
King-sized bed
Bukak je pintu, terus ternganga jap. Suasana sangat kampung dan klasik. Sejuk je dengan lampu suram-suram yang memang menggamit mata untuk tidur je.
Rumah kayu pun, coffee machine tetap ada.
Bumbung villa atap rumbia. Ada hujan sekejap haritu, memang best sangat, terasa sungguh suasana kampung dengan bau air hujan yang menggamit memori sewaktu kecil dulu-dulu.
Bilik mandi kampung style. Tapi kau tak payah la keluar macam rumah kampung dulu-dulu tu. It was attached with the main room, cuma dia macam ada tangga untuk turun ke bawah sikit. Basically selesa dan bersih siap ada water heater. Kalau tak, mau menjerit aku mandi air kolah!
Cantik kan ID dia? Sangat klasik dan terasa macam betul-betul berada di kampung. Since villa ni landed dan dikelilingi oleh pokok-pokok hijau, satu cabarannya adalah nyamuk. Tapi yang bagusnya, katil dalam villa ni ada net (kelambu) dan ubat nyamuk elektrik. Untuk rekod, tak ada satu bintat nyamuk pun hinggap di badan Nuha. Yeay!

Landskap luar pun cantik. Kami berpeluang untuk pusing-pusing keliling hotel pagi Ahad waktu turun sarapan. Oh ya, our stay include breakfast ya. Breakfast was basic, tapi okay. Ada nasi lemak lauk rendang, bihun goreng, omelette, baked bean, roti, cereal, salad, juice, tea and coffee. Eh kira okay la tu kan?

Kami siap bawa push bike Nuha untuk dia main sambil-sambil makan tu. The ambient was very comfortable and we (me and husband) enjoyed the food while Nuha enjoy her ride. Everyone passed by will wave her and she will smile to them! Hahahahahah!
Nuha the dobot with her push bike
Walkaway dari tempat sarapan untuk ke villa. Tepi kerusi tu ada swimmping pool kecil.
 
The swimming pool
Lepas sarapan, sempat lah jalan keliling hotel. Lawa! Nak nak waktu tu lepas hujan pulak. Memang best sangat suasana dia!
TSH ni unik tau. Kalau dari jalan utama, nampak biasa je. Parking pun takde. Tapi korang salah...Parking TSH terletak di belakang hotel.Dari parking tu ada laluan untuk ke receptionist. Bahagian depan hotel ni macam halaman yang cantik la jugak dan siapa sangka di belakangnya ada 4 villa yang lagi cantik terlindung dari hiruk pikuk jalan utama. TSH ni dekat dengan Speedmart 99. Jadi kalau ada nak beli apa-apa, it's very convenient for you :)
Kawan-kawan, I rate this TSH as 9/10. Korang kalau datang Melaka, try la datang hotel ni. Bilik TSH bermula dari serendah RM163. Highly recommended! Again, kalau nak book, silalah klik link booking.com ni. Insya Allah harga member. Hahah!

Selamat bercuti,
Dhiya

1 comment

  1. menarik ni.
    aida ni memang la xde info secara detail tentang hotel di melaka.
    sebab dok sini kan.
    pinjam info dari rakan blogger, mostly.
    tq for sharing.
    rasa2 bosan, boleh kot nanti ajak mr.asben ke sini.

    ReplyDelete