Bismillah
Nuha's finger food (ff) is in the house!
Entri ni aku nak cerita tentang ff Nuha yang menjadi kegemarannya iaitu potato stick. Sejak dia dah bergigi ni, macam-macam dia nak kokak sampai tangan makpak dia pun dia balun. So ff adalah jawapannya.
Bahan-Bahan
1. Sebiji kentang
2. Isi ayam
3. Lobak merah dicincang halus - steam
4. Sayur hijau macam pakchoy diracik halus - steam
5. Satu sudu tepung jagung
6. Satu sudu tepung gandum
Cara-Cara
1. Rebus kentang sampai empuk. Rebus sekali dengan isi ayam pun takpe.
2. Toskan dan kemudia lenyek
3. Masukkan sayur steam
4. Masukkan tepung dan uli sehingga tak lekat di tangan
5. Bentukkan dengan bentuk panjang macam jari
6. Goreng bagi kuning sikit je, jangan sampai hangit
Nuha sangat suka dengan potato stick ni. Masa pergi taman burung hari tu, dia ralit tengok burung sambil kunyah potato stick ni. Aku pun dah tak risau dan takut dia lapar lagi.
Entri pendek dan pantas, untuk rujukan mak-mak hebat di luar sana.
Selamat mencuba!
Dhiya
No comments