Pengalaman Trimester Pertama


Bismillah

Entri kali ni aku nak kongsikan pengalaman trimester pertama mengandungkan si kecik ni. Sebaik tahu yang aku mengandung, banyak benda yang berubah.

Aku tahu yang aku mengandung seawal 6 minggu. Masa tu aku aktif, bertenaga, dan tak ada sebarang masalah alahan. Alhamdulillah. Sebelum mengandung tu pulak aku aktif berjoging di taman sebaik balik dari kerja. Kalau tak berjoging, aku selalu berzumba di rumah. Memang aktif sangat.

Tapi slowly Allah uji aku dengan loya loya dan lemah badan. Tapi aku masih bersyukur, aku takat loya je. Tak ada la pening-pening, muntah sampai lembik siap pakej masuk hospital semua tu. Syukur sangat. Aku tak boleh tengok benda bergenang (macam sinki sumbat, air dalam longkang, minyak dalam kuali, atau mangkuk tandas. Hahahhaah!) Tu akan buat aku loya. 

Lepas tu, kalau balik kerja (dulu aku balik kerja sendiri, naik public transport)- Aku akan melepek atas katil sampai azan Maghrib. Mula-mula aku rasa stress, rasa teruk sebab tak mampu buat kerja rumah. Iyalah, dulu sampai je rumah- Aku jalankan mesin basuh, sapu rumah, prepare bahan untuk masak dinner dan banyak lagi. Tapi suami aku cakap, tak payah la overthinking sangat. Semua tu bukan wajib. Lepas tu dia perlahan-lahan ambil tugas memasak dinner atau kalau tak sempat, dia akan beli atau makan di luar je. Kerja-kerja rumah memang dia tolong pun selama ni, tapi aku yang tak betah duduk diam. Kalau boleh nak siap semua by the time dia sampai rumah supaya malam tu boleh berehat bersama. Tapi disebabkan aku lembik macam tu, dia kata tak payah la nak kejar KPI sampai macam tu sekali. Bukan dosa pun. Benda boleh settle, katanya~

Masuk minggu ke 8 mengandung, aku dapat spotting. Mula-mula aku ingat normal je sebab based on reading, benda tu normal. Tapi dalam hati ada la juga sekelumit bimbang. Benda tu berlarutan beberapa hari. Aku ni gigih lagi Google dan pujuk hati; everything will be OK. Suami aku pun cakap jangan stress sangat. 2-3 hari lepas tu, aku rapuh. Mula menangis. Akhirnya aku ke klinik di pejabat aku ni. Tapi Dr. tu tak membantu sangat. Scan pun nampak kantung je sebab awal sangat lagi. Lagi dimarahnya aku adalah~
Katanya: Dah tau mengandung, kenapa buat kerja macam-macam? Apa yang macam-macam tu pun aku tak tahulah. Dia minta aku jumpa pakar. Aku pun work hard to find the best (woman) specialist. 

Akhirnya aku guna khidmat Dr. Tan Ee Ping. Kliniknya di Sri Kembangan. Cut it short, dia bagi Duphaston dan Alhamdulillah spotting ended. Aku boleh bernafas lega. Kos tak payah tanya lah. Aku pun telan ayaqlioq tapi apa yang penting buat kami masa tu adalah baby. Lepas pada kejadian spotting tu, kami jadi lebih berhati-hati. Suami aku tak bagi dah buat kerja rumah teruk-teruk. Alhamdulillah he's very helpful and very supportive. Aku memang terus melepek setiap kali balik dari kerja. Begitulah rutin aku. Kadang-kadang dia jemput dari pejabat (kalau dia balik kerja awal)dan kami makan di luar, akulah orang yang paling cerewet. Tak suka pergi gerai kotor, ada air bergenang, meja makan melekit, loya tengok orang meludah dan the list goes infinity. Hahhaha!

Aku follow up dengan Dr. Tan Ee Ping dalam 3 kali je sebab lepas pada kes pertama tu, aku rasa temu janji seterusnya macam temu janji biasa je. Jadi aku akhiri follow up dengan Dr. Tan sebaik aku buat buku pink di Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Bila dah di KK Kelana Jaya, aku diberi Obimin sampailah ke akhir kehamilan. 

Overall, trimester pertama aku agak mencabar walaupun takdelah sampai masuk hospital bagai. Tapi untuk orang yang Allah bagi banyak sihat dari sakit macam aku ni, tiba-tiba rasa tak sedap badan ni- Lembik jugalah aku dibuatnya! 
Jujur aku cakap, aku kuat sebab sokongan suami. Kadang-kadang, waktu aku rasa useless- Aku menangis juga. I feel so bad sebab tak boleh sapu sampah, kemas rumah, memasak dan gosok baju dia which I enjoyed to do it before. Tapi jawapan dia soothed me out: Kenapa nak pening kepala sebab hal-hal macam tu. Kalau rasa tak boleh buat. Tak payah buat. Dia boleh buatkan (mana yang patut). Tapi as a (typical Malay) woman, kau akan rasa semua tu tanggungjawab kau kan~ Tapi respon dia at least buat aku senang hati.

Bab makan, aku memang tak lalu makan sangat waktu trimester pertama ni. Kalau timbang berat di KK, aku selalu kena bebel dengan jururawat. Pada aku, lantaklah kena bebel pun selagi baby progress ok. Untuk pengetahuan, berat baby aligned je dengan usia dia. Sebab tu aku tak risau sangat kalau berat aku yang turun.
Tapi suami aku memang work hard jugalah untuk bagi aku makan. Banyak benda yang aku tak lalu. Jadi dia struggle masak macam-macam resepi untuk aku. Akhirnya aku rasa aku hanya boleh terima steak dan salad sayur yang kering-kering tu. Lauk berkuah memang jangan bawa masuk rumah la. Tak makan lagi aku dah loya. 
Selebihnya, aku bersyukur sebab aku boleh makan semua jenis buah-buahan tanpa alahan. Antara buah-buahan yang aku makan dengan banyaknya waktu mengandung ni adalah delima, jambu batu, mangga, tembikai, tembikai susu dan ohoiii peti sejuk rumah kami memang penuh dengan buah-buahan!
Tak dilupa suami aku belikan juga kurma, kismis, kekacang dan susu segar. Syukur sangat sebab aku tak alah dengan benda-benda ni. 

Bab perangai, aku tak sempat nak buat perangai pun. Hahaha! Kat rumah aku sibuk melepek atas katil. Kat tempat kerja pun ok sampai orang pun tak tahu yang aku mengandung. Lunch time je aku hilang, tidur dalam stor. Cuma kadang-kadang ada la menangis sebab rasa teruk sebab tak boleh buat kerja rumah. Lepas tu kadang-kadang rindu laki sendiri walaupun dia pegi dapur nak minum air je. (Macam Fattzura, sila lempang aku~)

Mengidam pun tak sangat. Cuma ada la teringin nak makan makanan tertentu tapi tak adalah sampai membebankan. Selama ni pun memang kami suka berjalan cari makanan menarik kan. Cuma aku akan jadi cerewet sikit sebab tak suka tempat-tempat yang bergenang, melekit ni. Huhuhu!

First trimester, keyword paling penting adalah sokongan. Sokongan suami to be frank. Aku melaluinya dengan baik Alhamdulillah. Alahan tu ada. Tapi biasalah, tak semua orang dapat benda yang sama. Habuan kita lain-lain~
For those yang tengah mengandung tu, enjoy your journey. Jangan stress-stress (walaupun aku stress juga di awal-awal fasa tu)
Semoga semuanya dibalas pahala dan anak yang dikandung menjadi insan kamil yang mendokong agama.

Amin
Dhiya

1 comment