Bismillah
Hah jom straight to the point jom?
Kali ni aku nak cerita tentang pengalaman aku sendiri mengalami kencing manis sewaktu mengandung (GDM) dan dalam masa yang sama aku akan cerita juga bab ni dari sisi sains atas kapasiti aku yang berkecimpung dalam bidang farmaseutikal ni.
Kencing manis ni ada 3 jenis:
1. Type 1 Diabetes Mellitus (T1DM)
2. Type 2 Diabetes Mellitus (T2DM)
3. Gestational Diabetes Mellitus (GDM)
T1DM selalunya disebabkan oleh genetik manakala T2DM ni yang selalu kena pada orang yang obese dan tak jaga makan. Biasa dengar kan? Tapi GDM banyak berlaku kepada (tidak semua, tapi sangat biasa) wanita hamil walaupun sebelum mengandung mereka bebas dari sebarang penyakit diabetes. GDM akan hilang sebaik sahaja wanita itu melahirkan bayi. GDM berlaku atas banyak faktor, antaranya sejarah keluarga yang mempunyai diabetes atau pankreas (organ yang mengawal gula dalam badan) tidak dapat bekerja dengan sempurna disebabkan perubahan hormon yang berlaku disebabkan kehamilan.
Itu bahasa mudahnya.
GDM sewaktu mengandung ni bahaya sebab badan tak boleh regulate (kawal selia) paras gula dalam darah kita. Bila badan kita tak dapat kawal paras gula dalam darah, bayi akan mendapat kesan negatif antaranya baby membesar tak ikut saiz yang sepatutnya. Bila baby terlebih besar, mulalah ada komplikasi sewaktu bersalin. Nampak tak kesan dominonya kat situ?
Once diagnosed GDM, adalah penting untuk ibu kawal berat badan sewaktu hamil dan kawal juga pengambilan makanan. Bagi yang buat check-up di Klinik Kesihatan, korang akan mula buat check-up selang dua minggu instead of selang sebulan.
What happen to me?
Aku ada history of diabetes dalam keluarga. Itu yang buat aku 'sangkut' dan dipanggil untuk buat test MGTT (minum air gula, dalam bahasa layman). Lepas buat pulak, memang reading terang-terang above range (sikit je pun lebih nye~) dan aku terus dianugerahkan pangkat GDM pada buku pink aku. Adoyai!
Pengalaman minum air gula
Aku pun macam korang juga, perkara pertama yang aku buat adalah Google pengalaman orang lain. Hahahahaha! Macam-macam lah cerita yang aku dengar. Air gula tak sedap lah, nak muntah lah, loya lah, nak pengsan lah. Argh~!
Benda-benda negatif sedang makan otak korang!
Walaupun aku baca macam-macam cerita di internet, tapi aku cuba positif. Pada hari yang ditetapkan, nurse dah pesan jangan makan apa-apa. Sebelum minum air gula tu, darah akan diambil bagi mendapatkan bacaan fasting blood level (paras gula sewaktu tak makan apa-apa). Lepas tu barulah korang akan diberi air gula tu untuk diminum. Tips aku: Bawalah straw dan minum melalui straw supaya air gula tu terus masuk ke tekak. Hhaahahah! Manis memang la manis. Ala manis macam teh o terlebih gula kat mamak je. Sumpah tak tipu!
Lepas tu, korang kena tunggu 2 jam sebelum darah akan diambil sekali lagi. Kali ni untuk ukur bacaan gula selepas minum air gula tu. Kalau lebih dari 7.8mmol/L, ha tahniah- GDM la tu.
Keputusan ujian darah tu takkan dapat hari yang sama. Dalam seminggu juga baru tahu, itu pun kalau klinik call dan bagitau yang korang sah GDM dan perlu dapat ke klinik untuk review doktor.
Aku dulu, sebaik dapat panggilan dari klinik, murung la juga. Down tak tentu pasal. Ambil masa juga dari denial stage tu. Tapi lepas buat HBA1C (ujian darah setiap 3 bulan untuk cek gula dalam darah juga), bacaan aku memang normal je, aku terus isytiharkan diri aku sendiri sebagai bebas GDM. Saja nak gembirakan diri. Tapi dalam masa yang sama aku tetap ikut cakap nurse: jaga makan dan buat BSP
Blood Sugar Profile (BSP)
Bila dah disahkan GDM, aku kena buat check-up setiap dua minggu. Renyah la sikit sebab banyak kali nak minta time slip dan hantar ke HR. Tapi aku suka je sebab selang dua minggu boleh tau perkembangan baby.
Sehari sebelum check-up, kena buat BSP. BSP ni adalah ambil darah sendiri yang cucuk sikit kat hujung jari tu. Bacaan kena catat dalam buku pink. Nurse cakap boleh pinjam mesin BSP (Glucometer) tu dari KK, atau buat di mana-mana farmasi dengan bayaran. Tapi bila aku kira-kira balik, ada baiknya kalau aku beli je glucometer tu terus. Lepas ni boleh la juga cek bacaan gula sendiri bila-bila perlu, kan?
Jadi BSP ni memang rutin aku lah sepanjang mengandung. Bacaan pun semua normal je. Aku selalu positifkan diri cakap kat diri sendiri yang makmal KK tu salah catat bacaan gula dalam darah aku sampai aku disahkan GDM padalah tak. Hahahahah!
For those yang GDM tapi tak boleh dikawal melalui diet pemakanan, selalunya doktor akan minta ibu buat suntikan insulin. Yang ni kalau kena, korang kena tanya doktor dan nurse lah ye. Aku tak berani komen sebab ni kes lain pulak.
Do's and Don'ts
Tapi kalau dah disahkan GDM, jangan la ambil ringan ya. Korang kena jaga makan. Macam aku memang bukan kaki makan sangat, jadi takde isu besar pun. Suami aku banyakkan beli sayur dan buah. Beras kat rumah memang dah sedia beras perang. Kami ambil peluang ni untuk amalkan pemakanan yang lebih sihat. Itu je.
Antara tips yang aku buat:
1. Kurangkan pengambilan karbohidrat macam beras, mi, bihun, kuey tiaw, roti canai
2. Buah tinggi karbo juga kalau boleh kurangkan. Contoh: pisang
3. Teh tarik boleh. Tapi jangan la tiap-tiap pagi kau bedal!
4. Buah yang aku selalu ambil: jambu batu. Vitamin C pun tinggi.
5. Banyakkan minum air masak
6. Activate yourselves. Jangan berlingkar atas katil je.
7. Minuman berkarbonat: Elakkan lah~
8. Jajan-jajan: Please say NO!
9. Kalau craving benda pelik-pelik, terus la cari buah-buahan macam jambu batu.
10. Lebihkan sayur dalam makanan. Aku kurang makan nasi, tapi suami aku rajin buat steak ala western. Jadi salad dia memang membukit. Karbo pula dapat dari kentang je. Kenyang Insya Allah~
Selama mengandung, GDM aku memang terkawal Alhamdulillah~
Minum air gula tu taklah teruk sangat. Fikir positif je. Kalau kena GDM pun, anggap la korang boleh tau tahap kesihatan korang dan boleh jadikan diri korang lebih baik. Mungkin tabiat makan yang diamalkan waktu GDM ni akan kekal hingga lepas bersalin which can make you healthier. Gembira, kan?
Selamat maju jaya!
Dhiya
Selamat maju jaya!
Dhiya
salam sis..nk tnya..semua alat test tu sama ke..sbb klinik ckp kena pastikan bacaan lbih kurang dorg dlu bru boleh pakai monitor kat rumah
ReplyDeleteSemua glucometer mematuhi ISO worldwide. By right, semua sama je. Kalau nak tau lebih kurang sama ke tak: lepas test kat klinik, pg mana2 farmasi cakap nak buat BSP test. kalau reading mcm sama je tu, maknanya betul la tu. tp don't worry, semua glucometer sama je. takde pun glucometer KK lebih canggih dari glucometer yang dijual di farmasi. boleh beli di mana2 farmasi utk kegunaan personal.
Deletemmg doc bagi eh test sendiri dkt rumah? jadi kita tulis sndiri la dlm buku tu ye? tgh fikir nak beli buat sndiri jgk sbb nk kena test after brbuka jugak, susahla nk cri klinik yg bukak >.<
ReplyDeletememang kita kena rekod sendiri bacaan tu. Sebab tu bagi saya senang utk ada sendiri glucometer tu. Lainlah kalau rumah sebelah farmasi je. Huhuhu. blh beli je dari mana2 farmasi glucometer tu. beli y basic je. takyah y canggih2. dapat je below rm100
ReplyDeleteBacaan normal tu range berapa ya? Kalau dpt 5-6 tu okay tak?
ReplyDeleteHi Huda, 5-6 should be normal. awak boleh google. yang tinggi tu kalau bacaan cecah 9-11 mmol/L
DeleteKalau 7 tu ok ke paras gula klu mngandung
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteHaha.. sama la kita sis,susah nk admit ada gdm.. saya pon rasa saya xde gdm,kk saje je smpi suh buat 2x.. hehe
ReplyDeletetakpe. denial and confident level tinggi. hahaha..but keep on following nurses and doctors advice
DeleteDhiya, glucometer tu macam mana alatnya dan cara nak guna? Maaf noob..hihi
ReplyDeletesaya tak boleh attach gambar pulak kat sini. basically dia mcm mesin kecik je. ada strip and jarum. Kena cucuk jarum tu kat jari dan darah y keluar tu letak atas strip dan masukkan kat mesin glucometer tu. nanti akan keluar reading (bacaan). Bacaan tu la menentukan paras gula awak tinggi ke rendah. Boleh tgk youtube.
DeleteTq for your sharing i formation sis... I kena gdm sis.. Minum air gula tu pengalaman jugak la tp tak la teruk sgat mcm org org katakan...sbb sy pragnent masih trimester 1dh kena gdm..syukur gak trace gdm awal...control pemakanan awal....
ReplyDeleteHi iena...good to hear that. Insya Allah tak ada apa-apa. Bagus tahu awal supaya kita boleh jaga diri kita dari awal :)
Deletebacaan 7, kalau ikutkan pre-diabetic. kena minta comment dari doctor ya.
ReplyDeletePerkongsian yg baik... t.kasih 👍👍👍
ReplyDeleteSis share pengalaman baby yg lahir jgk... nak tau lau jaga pemakanan still baby akan bsr & selalu org kata lau ibu hamil gdm,kena bersalin czer 😯
ReplyDeletejangan banyak dengar ORANG KATA, ORANG KATA ORANG KATA. always talk to your doctor. saya gdm dan baby saya lahir normal, berat normal (3.05kg) dan sihat je alhamdulillah. ikut nasihat doctor ya
DeleteSalam. Saya pon sama. Tak pernah ada diabetes tapi nurse minta minum air gula sebab faktor genetic. Lepas test sangkutlah bacaan tinggi. Kena monitor sendiri bacaan glucose dan catat. Saya macam tak percaya je sebab bacaan glucose yg saya catat tu normal sahaja 4.8 - 5.5. Down jugalah bila tau apa risiko2nya nanti. Baby sis dhiya lahir sihat? Ada kena masuk nicu ke baby lepad lahir? Saya baca cerita ibu yg gdm anak mesti msuk nicu. Betul ke? :(
ReplyDeleteAlhamdulillah baby saya sihat. Check-out sama dengan saya sehari selepas bersalin. Tak semua kena tahan NICU, based on health condition
DeleteSalam puan. Terima kasih kongsi ilmu, pengalaman dan motivasi. Nak tanya,nanti lepas bersalin, baby pun akan buat test BSP ke untuk tahu dia ada diabetes juga?
ReplyDeletetakde. baby takkan kena buat any test on diabetes. kalua berak semua ok, boleh keluar hospital. unless kalau ada sebarang kelainan pada baby, doctor akan tahan. awak pun kalau realize any abnormalities on baby, bgtau doctor.
Delete