Bismillah!
Siri pengalaman aku diteruskan. Kali ni aku nak kongsi pengalaman trimester ketiga aku yang totally berbeza dengan trimester kedua aku.
Sebaik masuk trimester ketiga, ngam-ngam aku kena travel untuk bagi training ke merata region di mana company aku ada cawangan. Benda ni memang dah dirancang dari tahun lepas. Dah masuk dalam KPI aku pun. Jadi bila sampai waktunya, nak elak macam mana kan? Bos aku pun bimbang. Tapi aku cakap aku ok, cuma aku tak join sangat la event luar macam dinner atau site visit.
Dengar 'training', macam senang je bunyinya kan~ Tapi tanggungjawab aku sebagai trainer amatlah berat bukan sekadar pada hari training, tapi sebelum tu lagi. Nak sediakan slide, nak fikir, nak prepare bercakap, nak buat kuiz dan banyak lagi.
Sepanjang bulan tu, aku memang lunyai. Minggu pertama, aku dan team ke Pulau Pinang untuk seminggu. Minggu kedua, aku di KL tapi hari-hari di tempat training dan tak masuk pejabat langsung. Minggu ketiga aku ke Melaka pula. Kau bayangkanlah.
Masa ni baby bump dah mula ada dan aku pun dah mula rasa berat dan sakit-sakit belakang.
Masa nak pergi Pulau Pinang, aku dah sampai gate nak tunggu boarding. Tiba-tiba ada seorang staf tahan dan tanya aku mengandung berapa minggu. Aku pun dengan 'jujurnya' cakaplah dah masuk 30 minggu. Kemain terkejutlah dia. Dia tanya ada dokumen apa-apa tak? Dengan naifnya aku cakap tak ada. Rupanya (you all mommies out there please take note) kalau kandungan lebih dari 27 minggu, kena ada surat doctor yang mengatakan kau fit to fly. Kalau tak ada, memang kau akan dinafikan mentah-mentah hak kau untuk naik kapal terbang. As for me, aku memang tak boleh naik pun flight tu. Colleague aku dua orang lepas. Aku kena keluar balik dan pergi ke klinik kat arrival dan jumpa doktor. Lepas dapat surat dari doktor, kena start all over again; Beli tiket balik.
Bab beli tiket ni, mujurlah bahagian operasi company aku bagi jaminan yang it's claimable. Kalau tak, teruk juga. Dah dapat tiket, kena masuk balik dalam departure dan berjalan bagai nak rak dalam tu. Nak-nak pula gate tu hujung sekali. Ya Rabbi~
Penerbangan aku sejam je. Tapi proses hari tu saja memakan masa 4-5 jam, dan aku berseorangan. Sedih wei~
Tu baru cerita kat KLIA2. Seminggu aku kat Pulau Pinang tu sepasal lagi. Hahahaha. Training was tough. Kena bercakap dan bercakap sepanjang hari. Handle Q&A session pun kena pakai otak. Bukan boleh main jawab je. Penat otak, penat badan. Rindu suami lagi. Eh~
Benda yang sama aku buat untuk dua minggu berikutnya, di KL dan Melaka. Boleh bayangkan tak.
Overall trimester ketiga ni cabarannya kat tempat kerjalah. Aku tak cakap pun bos aku buli aku. Benda ni berlaku secara kebetulan. Trimester ketiga aku bertembung dengan komitmen kerja yang dah lama dirancang. Penat tu memang penat. Tiap-tiap malam, di hotel- Aku akan telefon suami aku menangis dan mengadu sakit belakang. Makan pun tak lalu sebab lagi seronok nak baring dan rehat je dari nak makan atau berjalan-jalan.
Trimester terakhir ni menyaksikan cabaran baru: Sakit belakang dan tak boleh tidur malam. Ini memang betul-betul berlaku. Towards the end of the term, aku jadi rajin mengulang tandas. Asyik kerja nak kencing je. Hahahahaha! Selama ni aku baca dan dengar pengalaman orang je. Tapi kali ni memang betul-betul jadi kat aku. But it's ok. Aku tak merungut pun. Aku enjoy je sebab bila aku fikir balik, inikan pengalaman dan hanya berlaku masa mengandung je. Huhu~
Masuk 35 minggu, aku dah kena ke KK setiap minggu. It's Ramadhan and I am okay. Ada orang cakap pergi KK ni renyah, leceh. Iyalah, nak menunggu lama tu sepasal, dengan orang ramai lagi kan~ Tapi pada aku, apa saja yang baik untuk aku dan baby- I will go for it!
Bab makan, dah hujung-hujung term tu aku banyak mintak makan makanan yang tak boleh dimakan waktu dalam pantang. Hahahaha. Yelah kan. Kalau tak makan sekarang, nak kena tunggu lepas pantang pula. Antara yang aku tuntut sangat-sangat dari suami aku adalah ais krim Baskin Robins, Durian Musang King SS2, dan adalah beberapa makanan lain. Kebetulan masa tu Ramadhan, jadi banyak juga makanan yang aku dapat rasa. Pernah dapat jemputan ke buffet hotel dan merasalah makan lemang dan ketupat dengan serunding dan rendang. Puas hati di situ~ Hahaha!
Sejak habis training yang padat haritu, beban kerja aku di pejabat pun dah agak ringan. Aku banyak berada di pejabat je. Bos pun sangat memahami. Aku terharu dengan sokongan rakan-rakan sepejabat dan kelonggaran diberikan. Aku memang tak banyak cakap pun sampai orang tak tahu pun aku mengandung. Stay humble gitu~
********
Secara keseluruhannya, aku bersyukur dengan peluang kehamilan ini, selepas 2 tahun lebih berkahwin. Banyak pengalaman yang aku dapat- Suka, duka, lucu, dan macam-macam lagi. Tak kurang juga ilmu dan pengetahuan yang dikutip sepanjang tempoh ini. Semuanya baru bagi kami. Kami bermula dari kosong. Itulah yang dinamakan pengalaman.
Kadang-kadang aku terfikir juga; besarnya hikmah kenapa Allah 'delay' kehadiran anak ni. Betullah semuanya didatangkan pada waktu dan ketika yang tepat. Tak pernah sekali-sekali salah detik. Aku pernah rasa tak layak untuk terima bermacam-macam nikmat dari Allah, sebab aku rasa aku kurang memberi sedangkan asyik dan selalu meminta dan menerima.
Tapi bila Allah nak beri anak, aku anggap ini pemberian paling agung dan amanah paling berat tapi disisipkan juga kegembiraan. Semoga Allah redha dan pelihara kami dan kita semua.
Doakan urusan aku dipermudahkan. EDD 10 Jun 2018 (entri ini adalah entri backdated and autopublished). Tolong doakan ya. Aku nervous sebenarnya. Tapi motivasi aku adalah beraya dengan baby. Hahahha!
Tunggu cerita seterusnya, ya!
Salam sayang
Ummi Dhiya
alhamdulillah....sempat dah beraya bertiga....moga semuanya baik baik saja yea...
ReplyDeletepengalaman yang manis dan indah untuk dikenang....
ReplyDeletesinggah pagi khamis
ReplyDelete