Pengalaman Trimester Ketiga


Bismillah!

Siri pengalaman aku diteruskan. Kali ni aku nak kongsi pengalaman trimester ketiga aku yang totally berbeza dengan trimester kedua aku.
Sebaik masuk trimester ketiga, ngam-ngam aku kena travel untuk bagi training ke merata region di mana company aku ada cawangan. Benda ni memang dah dirancang dari tahun lepas. Dah masuk dalam KPI aku pun. Jadi bila sampai waktunya, nak elak macam mana kan? Bos aku pun bimbang. Tapi aku cakap aku ok, cuma aku tak join sangat la event luar macam dinner atau site visit.
Dengar 'training', macam senang je bunyinya kan~ Tapi tanggungjawab aku sebagai trainer amatlah berat bukan sekadar pada hari training, tapi sebelum tu lagi. Nak sediakan slide, nak fikir, nak prepare bercakap, nak buat kuiz dan banyak lagi.

Sepanjang bulan tu, aku memang lunyai. Minggu pertama, aku dan team ke Pulau Pinang untuk seminggu. Minggu kedua, aku di KL tapi hari-hari di tempat training dan tak masuk pejabat langsung. Minggu ketiga aku ke Melaka pula. Kau bayangkanlah. 
Masa ni baby bump dah mula ada dan aku pun dah mula rasa berat dan sakit-sakit belakang. 

Masa nak pergi Pulau Pinang, aku dah sampai gate nak tunggu boarding. Tiba-tiba ada seorang staf tahan dan tanya aku mengandung berapa minggu. Aku pun dengan 'jujurnya' cakaplah dah masuk 30 minggu. Kemain terkejutlah dia. Dia tanya ada dokumen apa-apa tak? Dengan naifnya aku cakap tak ada. Rupanya (you all mommies out there please take note) kalau kandungan lebih dari 27 minggu, kena ada surat doctor yang mengatakan kau fit to fly. Kalau tak ada, memang kau akan dinafikan mentah-mentah hak kau untuk naik kapal terbang. As for me, aku memang tak boleh naik pun flight tu. Colleague aku dua orang lepas. Aku kena keluar balik dan pergi ke klinik kat arrival dan jumpa doktor. Lepas dapat surat dari doktor, kena start all over again; Beli tiket balik.
Bab beli tiket ni, mujurlah bahagian operasi company aku bagi jaminan yang it's claimable. Kalau tak, teruk juga. Dah dapat tiket, kena masuk balik dalam departure dan berjalan bagai nak rak dalam tu. Nak-nak pula gate tu hujung sekali. Ya Rabbi~
Penerbangan aku sejam je. Tapi proses hari tu saja memakan masa 4-5 jam, dan aku berseorangan. Sedih wei~
Tu baru cerita kat KLIA2. Seminggu aku kat Pulau Pinang tu sepasal lagi. Hahahaha. Training was tough. Kena bercakap dan bercakap sepanjang hari. Handle Q&A session pun kena pakai otak. Bukan boleh main jawab je. Penat otak, penat badan. Rindu suami lagi. Eh~
Benda yang sama aku buat untuk dua minggu berikutnya, di KL dan Melaka. Boleh bayangkan tak. 

Overall trimester ketiga ni cabarannya kat tempat kerjalah. Aku tak cakap pun bos aku buli aku. Benda ni berlaku secara kebetulan. Trimester ketiga aku bertembung dengan komitmen kerja yang dah lama dirancang. Penat tu memang penat. Tiap-tiap malam, di hotel- Aku akan telefon suami aku menangis dan mengadu sakit belakang. Makan pun tak lalu sebab lagi seronok nak baring dan rehat je dari nak makan atau berjalan-jalan.

Trimester terakhir ni menyaksikan cabaran baru: Sakit belakang dan tak boleh tidur malam. Ini memang betul-betul berlaku. Towards the end of the term, aku jadi rajin mengulang tandas. Asyik kerja nak kencing je. Hahahahaha! Selama ni aku baca dan dengar pengalaman orang je. Tapi kali ni memang betul-betul jadi kat aku. But it's ok. Aku tak merungut pun. Aku enjoy je sebab bila aku fikir balik, inikan pengalaman dan hanya berlaku masa mengandung je. Huhu~

Masuk 35 minggu, aku dah kena ke KK setiap minggu. It's Ramadhan and I am okay. Ada orang cakap pergi KK ni renyah, leceh. Iyalah, nak menunggu lama tu sepasal, dengan orang ramai lagi kan~ Tapi pada aku, apa saja yang baik untuk aku dan baby- I will go for it!

Bab makan, dah hujung-hujung term tu aku banyak mintak makan makanan yang tak boleh dimakan waktu dalam pantang. Hahahaha. Yelah kan. Kalau tak makan sekarang, nak kena tunggu lepas pantang pula. Antara yang aku tuntut sangat-sangat dari suami aku adalah ais krim Baskin Robins, Durian Musang King SS2, dan adalah beberapa makanan lain. Kebetulan masa tu Ramadhan, jadi banyak juga makanan yang aku dapat rasa. Pernah dapat jemputan ke buffet hotel dan merasalah makan lemang dan ketupat dengan serunding dan rendang. Puas hati di situ~ Hahaha!

Sejak habis training yang padat haritu, beban kerja aku di pejabat pun dah agak ringan. Aku banyak berada di pejabat je. Bos pun sangat memahami. Aku terharu dengan sokongan rakan-rakan sepejabat dan kelonggaran diberikan. Aku memang tak banyak cakap pun sampai orang tak tahu pun aku mengandung. Stay humble gitu~

********
Secara keseluruhannya, aku bersyukur dengan peluang kehamilan ini, selepas 2 tahun lebih berkahwin. Banyak pengalaman yang aku dapat- Suka, duka, lucu, dan macam-macam lagi. Tak kurang juga ilmu dan pengetahuan yang dikutip sepanjang tempoh ini. Semuanya baru bagi kami. Kami bermula dari kosong. Itulah yang dinamakan pengalaman. 
Kadang-kadang aku terfikir juga; besarnya hikmah kenapa Allah 'delay' kehadiran anak ni. Betullah semuanya didatangkan pada waktu dan ketika yang tepat. Tak pernah sekali-sekali salah detik. Aku pernah rasa tak layak untuk terima bermacam-macam nikmat dari Allah, sebab aku rasa aku kurang memberi sedangkan asyik dan selalu meminta dan menerima.
Tapi bila Allah nak beri anak, aku anggap ini pemberian paling agung dan amanah paling berat tapi disisipkan juga kegembiraan. Semoga Allah redha dan pelihara kami dan kita semua.
Doakan urusan aku dipermudahkan. EDD 10 Jun 2018 (entri ini adalah entri backdated and autopublished). Tolong doakan ya. Aku nervous sebenarnya. Tapi motivasi aku adalah beraya dengan baby. Hahahha!

Tunggu cerita seterusnya, ya!

Salam sayang
Ummi Dhiya

Pengalaman Trimester Kedua


Bismillah

Alhamdulillah

Kali ni aku nak kongsikan sedikit pengalaman yang dilalui dalam trimester kedua kehamilan aku. Kalau ditanya dalam tiga trimester, yang mana paling best- Aku akan jawab trimester kedua nilah yang paling best!

Sebab?
Masuk je trimester kedua ni- Segala loya, lemau, lemah, malas dan dedar badan aku hilang dan aku kembali menjadi Dhiya yang asal. Rasa cergas, ceria dan cantik~ Sumpah tak tipu!
Memang syukur sangat. Loya aku hilang entah ke mana. Aku dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Baby bump pun tak nampak sangat, menjadikan aku rasa macam biasa dan orang pun tak tahu yang aku mengandung. Huhuhu!

Paling seronok, dalam trimester kedua ni lah aku dan suami terbang ke Krabi naik Air Asia tanpa memaklumkan kepada mereka pun yang aku mengandung. (Nanti aku cerita pasal pengalaman guna Air Asia ni sewaktu mengandung. Macam mana aku terpaksa batalkan tiket aku dan terpaksa go through banyak benda untuk membolehkan aku terbang juga; masa tu nak ke Pulau Pinang je punnnn~)
Masa di Krabi, bukan main juga aku enjoy. Island hopping dua hari berturut-turut. Lepas tu tak lekat di hotel. Asyik berjalan (I mean memang berjalan kaki, okay!). Ligat sangat sangat~ Suami aku pun bimbang juga. Minah ni kemain seronok ke sana ke mari tak reti duduk diam dan aku juga macam lupa yang aku mengandung. Huhuhu!

Tapi dalam pada berseronok, aku tak nafikan yang aku jaga juga langkah aku. Tak la lasak sangat. Tak la aku terjun laut sakan sangat. Makan pun jaga juga. Bukan main sumbat je. Cuma nak bagitahu yang trimester kedua aku sangat indah.

Rutin harian aku pun ok. Pergi kerja macam biasa. Pagi suami aku hantar, balik aku sendiri yang minta balik sendiri naik tren sebab aku rasa aku boleh. Lagipun, sambil duduk dalam tren tulah peluang aku nak baca Quran. Cuma selama aku naik tren, aku tak pernah dapat priority seat tu sebab aku faham orang sekeliling tak sedar pun yang aku mengandung. Bukan sebab aku gemuk, tapi baby bump aku memang tak nampak! Hahahhaah!
Kadang-kadang aku tak kisah pun. Tapi ada hari-hari yang aku penat, aku mengharap la juga nak duduk. Huhuhu~

Di rumah, aku pun dah boleh buat semua house chores dengan baik. Tak penat dan tak de lah menangis sebab tertekan dan apa-apa. Suami aku pun sangat supportive. Memasak makan malam tu memang tender dia dah. Dia akan balik dengan barang basah atau apa-apa bahan masak yang dia rasa dia nak makan.
Aku pula banyak uruskan kain baju macam melipat dan menggosok sebab boleh buat sambil duduk dan sambil tengok TV. Dia memang tak bagi pun aku menyibuk kat dapur tu.

Bab makan, memandangkan loya-loya dah tak ada- Aku makan macam biasa. Alhamdulillah tak ada pun mengidam benda pelik-pelik. Cuma kalau suami tanya nak makan apa, kalau A, A lah. Jangan tukar B. Siapa suruh kau tanya "nak makan apa?"~ Hahahahaha!
Cuma kesian jugalah sebab kadang-kadang hari ni A, esok A lagi. Lepas tu esoknya nak A lagi. Kahkahkahkah!

Secara keseluruhannya, trimester kedua aku sangat indah, Alhamdulillah. Betullah orang kata, trimester kedua ni menjadikan ibu balik kepada kehidupan asal (walaupun tak semua berjaya mendapatkannya). So for those yang berjaya mendapatkannya (macam aku), enjoylah sebab orang kata nanti masuk trimester ketiga, cabarannya lain pula.

Entri seterusnya nanti, aku akan cerita apa cabaran yang aku hadapi dalam trimester ketiga. Tunggu, tau!

Salam sayang
Dhiya

Pengalaman Trimester Pertama


Bismillah

Entri kali ni aku nak kongsikan pengalaman trimester pertama mengandungkan si kecik ni. Sebaik tahu yang aku mengandung, banyak benda yang berubah.

Aku tahu yang aku mengandung seawal 6 minggu. Masa tu aku aktif, bertenaga, dan tak ada sebarang masalah alahan. Alhamdulillah. Sebelum mengandung tu pulak aku aktif berjoging di taman sebaik balik dari kerja. Kalau tak berjoging, aku selalu berzumba di rumah. Memang aktif sangat.

Tapi slowly Allah uji aku dengan loya loya dan lemah badan. Tapi aku masih bersyukur, aku takat loya je. Tak ada la pening-pening, muntah sampai lembik siap pakej masuk hospital semua tu. Syukur sangat. Aku tak boleh tengok benda bergenang (macam sinki sumbat, air dalam longkang, minyak dalam kuali, atau mangkuk tandas. Hahahhaah!) Tu akan buat aku loya. 

Lepas tu, kalau balik kerja (dulu aku balik kerja sendiri, naik public transport)- Aku akan melepek atas katil sampai azan Maghrib. Mula-mula aku rasa stress, rasa teruk sebab tak mampu buat kerja rumah. Iyalah, dulu sampai je rumah- Aku jalankan mesin basuh, sapu rumah, prepare bahan untuk masak dinner dan banyak lagi. Tapi suami aku cakap, tak payah la overthinking sangat. Semua tu bukan wajib. Lepas tu dia perlahan-lahan ambil tugas memasak dinner atau kalau tak sempat, dia akan beli atau makan di luar je. Kerja-kerja rumah memang dia tolong pun selama ni, tapi aku yang tak betah duduk diam. Kalau boleh nak siap semua by the time dia sampai rumah supaya malam tu boleh berehat bersama. Tapi disebabkan aku lembik macam tu, dia kata tak payah la nak kejar KPI sampai macam tu sekali. Bukan dosa pun. Benda boleh settle, katanya~

Masuk minggu ke 8 mengandung, aku dapat spotting. Mula-mula aku ingat normal je sebab based on reading, benda tu normal. Tapi dalam hati ada la juga sekelumit bimbang. Benda tu berlarutan beberapa hari. Aku ni gigih lagi Google dan pujuk hati; everything will be OK. Suami aku pun cakap jangan stress sangat. 2-3 hari lepas tu, aku rapuh. Mula menangis. Akhirnya aku ke klinik di pejabat aku ni. Tapi Dr. tu tak membantu sangat. Scan pun nampak kantung je sebab awal sangat lagi. Lagi dimarahnya aku adalah~
Katanya: Dah tau mengandung, kenapa buat kerja macam-macam? Apa yang macam-macam tu pun aku tak tahulah. Dia minta aku jumpa pakar. Aku pun work hard to find the best (woman) specialist. 

Akhirnya aku guna khidmat Dr. Tan Ee Ping. Kliniknya di Sri Kembangan. Cut it short, dia bagi Duphaston dan Alhamdulillah spotting ended. Aku boleh bernafas lega. Kos tak payah tanya lah. Aku pun telan ayaqlioq tapi apa yang penting buat kami masa tu adalah baby. Lepas pada kejadian spotting tu, kami jadi lebih berhati-hati. Suami aku tak bagi dah buat kerja rumah teruk-teruk. Alhamdulillah he's very helpful and very supportive. Aku memang terus melepek setiap kali balik dari kerja. Begitulah rutin aku. Kadang-kadang dia jemput dari pejabat (kalau dia balik kerja awal)dan kami makan di luar, akulah orang yang paling cerewet. Tak suka pergi gerai kotor, ada air bergenang, meja makan melekit, loya tengok orang meludah dan the list goes infinity. Hahhaha!

Aku follow up dengan Dr. Tan Ee Ping dalam 3 kali je sebab lepas pada kes pertama tu, aku rasa temu janji seterusnya macam temu janji biasa je. Jadi aku akhiri follow up dengan Dr. Tan sebaik aku buat buku pink di Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Bila dah di KK Kelana Jaya, aku diberi Obimin sampailah ke akhir kehamilan. 

Overall, trimester pertama aku agak mencabar walaupun takdelah sampai masuk hospital bagai. Tapi untuk orang yang Allah bagi banyak sihat dari sakit macam aku ni, tiba-tiba rasa tak sedap badan ni- Lembik jugalah aku dibuatnya! 
Jujur aku cakap, aku kuat sebab sokongan suami. Kadang-kadang, waktu aku rasa useless- Aku menangis juga. I feel so bad sebab tak boleh sapu sampah, kemas rumah, memasak dan gosok baju dia which I enjoyed to do it before. Tapi jawapan dia soothed me out: Kenapa nak pening kepala sebab hal-hal macam tu. Kalau rasa tak boleh buat. Tak payah buat. Dia boleh buatkan (mana yang patut). Tapi as a (typical Malay) woman, kau akan rasa semua tu tanggungjawab kau kan~ Tapi respon dia at least buat aku senang hati.

Bab makan, aku memang tak lalu makan sangat waktu trimester pertama ni. Kalau timbang berat di KK, aku selalu kena bebel dengan jururawat. Pada aku, lantaklah kena bebel pun selagi baby progress ok. Untuk pengetahuan, berat baby aligned je dengan usia dia. Sebab tu aku tak risau sangat kalau berat aku yang turun.
Tapi suami aku memang work hard jugalah untuk bagi aku makan. Banyak benda yang aku tak lalu. Jadi dia struggle masak macam-macam resepi untuk aku. Akhirnya aku rasa aku hanya boleh terima steak dan salad sayur yang kering-kering tu. Lauk berkuah memang jangan bawa masuk rumah la. Tak makan lagi aku dah loya. 
Selebihnya, aku bersyukur sebab aku boleh makan semua jenis buah-buahan tanpa alahan. Antara buah-buahan yang aku makan dengan banyaknya waktu mengandung ni adalah delima, jambu batu, mangga, tembikai, tembikai susu dan ohoiii peti sejuk rumah kami memang penuh dengan buah-buahan!
Tak dilupa suami aku belikan juga kurma, kismis, kekacang dan susu segar. Syukur sangat sebab aku tak alah dengan benda-benda ni. 

Bab perangai, aku tak sempat nak buat perangai pun. Hahaha! Kat rumah aku sibuk melepek atas katil. Kat tempat kerja pun ok sampai orang pun tak tahu yang aku mengandung. Lunch time je aku hilang, tidur dalam stor. Cuma kadang-kadang ada la menangis sebab rasa teruk sebab tak boleh buat kerja rumah. Lepas tu kadang-kadang rindu laki sendiri walaupun dia pegi dapur nak minum air je. (Macam Fattzura, sila lempang aku~)

Mengidam pun tak sangat. Cuma ada la teringin nak makan makanan tertentu tapi tak adalah sampai membebankan. Selama ni pun memang kami suka berjalan cari makanan menarik kan. Cuma aku akan jadi cerewet sikit sebab tak suka tempat-tempat yang bergenang, melekit ni. Huhuhu!

First trimester, keyword paling penting adalah sokongan. Sokongan suami to be frank. Aku melaluinya dengan baik Alhamdulillah. Alahan tu ada. Tapi biasalah, tak semua orang dapat benda yang sama. Habuan kita lain-lain~
For those yang tengah mengandung tu, enjoy your journey. Jangan stress-stress (walaupun aku stress juga di awal-awal fasa tu)
Semoga semuanya dibalas pahala dan anak yang dikandung menjadi insan kamil yang mendokong agama.

Amin
Dhiya

Kencing Manis Sewaktu Mengandung (GDM)


Bismillah

Hah jom straight to the point jom?

Kali ni aku nak cerita tentang pengalaman aku sendiri mengalami kencing manis sewaktu mengandung (GDM) dan dalam masa yang sama aku akan cerita juga bab ni dari sisi sains atas kapasiti aku yang berkecimpung dalam bidang farmaseutikal ni.

Kencing manis ni ada 3 jenis:
1. Type 1 Diabetes Mellitus (T1DM)
2. Type 2 Diabetes Mellitus (T2DM)
3. Gestational Diabetes Mellitus (GDM)

T1DM selalunya disebabkan oleh genetik manakala T2DM ni yang selalu kena pada orang yang obese dan tak jaga makan. Biasa dengar kan? Tapi GDM banyak berlaku kepada (tidak semua, tapi sangat biasa) wanita hamil walaupun sebelum mengandung mereka bebas dari sebarang penyakit diabetes. GDM akan hilang sebaik sahaja wanita itu melahirkan bayi. GDM berlaku atas banyak faktor, antaranya sejarah keluarga yang mempunyai diabetes atau pankreas (organ yang mengawal gula dalam badan) tidak dapat bekerja dengan sempurna disebabkan perubahan hormon yang berlaku disebabkan kehamilan.
Itu bahasa mudahnya.  

GDM sewaktu mengandung ni bahaya sebab badan tak boleh regulate (kawal selia) paras gula dalam darah kita. Bila badan kita tak dapat kawal paras gula dalam darah, bayi akan mendapat kesan negatif antaranya baby membesar tak ikut saiz yang sepatutnya. Bila baby terlebih besar, mulalah ada komplikasi sewaktu bersalin. Nampak tak kesan dominonya kat situ? 

Once diagnosed GDM, adalah penting untuk ibu kawal berat badan sewaktu hamil dan kawal juga pengambilan makanan. Bagi yang buat check-up di Klinik Kesihatan, korang akan mula buat check-up selang dua minggu instead of selang sebulan.

What happen to me?

Aku ada history of diabetes dalam keluarga. Itu yang buat aku 'sangkut' dan dipanggil untuk buat test MGTT (minum air gula, dalam bahasa layman). Lepas buat pulak, memang reading terang-terang above range (sikit je pun lebih nye~) dan aku terus dianugerahkan pangkat GDM pada buku pink aku. Adoyai!

Pengalaman minum air gula

Aku pun macam korang juga, perkara pertama yang aku buat adalah Google pengalaman orang lain. Hahahahaha! Macam-macam lah cerita yang aku dengar. Air gula tak sedap lah, nak muntah lah, loya lah, nak pengsan lah. Argh~!
Benda-benda negatif sedang makan otak korang!

Walaupun aku baca macam-macam cerita di internet, tapi aku cuba positif. Pada hari yang ditetapkan, nurse dah pesan jangan makan apa-apa. Sebelum minum air gula tu, darah akan diambil bagi mendapatkan bacaan fasting blood level (paras gula sewaktu tak makan apa-apa). Lepas tu barulah korang akan diberi air gula tu untuk diminum. Tips aku: Bawalah straw dan minum melalui straw supaya air gula tu terus masuk ke tekak. Hhaahahah! Manis memang la manis. Ala manis macam teh o terlebih gula kat mamak je. Sumpah tak tipu!

Lepas tu, korang kena tunggu 2 jam sebelum darah akan diambil sekali lagi. Kali ni untuk ukur bacaan gula selepas minum air gula tu. Kalau lebih dari 7.8mmol/L, ha tahniah- GDM la tu.
Keputusan ujian darah tu takkan dapat hari yang sama. Dalam seminggu juga baru tahu, itu pun kalau klinik call dan bagitau yang korang sah GDM dan perlu dapat ke klinik untuk review doktor.

Aku dulu, sebaik dapat panggilan dari klinik, murung la juga. Down tak tentu pasal. Ambil masa juga dari denial stage tu. Tapi lepas buat HBA1C (ujian darah setiap 3 bulan untuk cek gula dalam darah juga), bacaan aku memang normal je, aku terus isytiharkan diri aku sendiri sebagai bebas GDM. Saja nak gembirakan diri. Tapi dalam masa yang sama aku tetap ikut cakap nurse: jaga makan dan buat BSP

Blood Sugar Profile (BSP)

Bila dah disahkan GDM, aku kena buat check-up setiap dua minggu. Renyah la sikit sebab banyak kali nak minta time slip dan hantar ke HR. Tapi aku suka je sebab selang dua minggu boleh tau perkembangan baby

Sehari sebelum check-up, kena buat BSP. BSP ni adalah ambil darah sendiri yang cucuk sikit kat hujung jari tu. Bacaan kena catat dalam buku pink. Nurse cakap boleh pinjam mesin BSP (Glucometer) tu dari KK, atau buat di mana-mana farmasi dengan bayaran. Tapi bila aku kira-kira balik, ada baiknya kalau aku beli je glucometer tu terus. Lepas ni boleh la juga cek bacaan gula sendiri bila-bila perlu, kan?

Jadi BSP ni memang rutin aku lah sepanjang mengandung. Bacaan pun semua normal je. Aku selalu positifkan diri cakap kat diri sendiri yang makmal KK tu salah catat bacaan gula dalam darah aku sampai aku disahkan GDM padalah tak. Hahahahah!

For those yang GDM tapi tak boleh dikawal melalui diet pemakanan, selalunya doktor akan minta ibu buat suntikan insulin. Yang ni kalau kena, korang kena tanya doktor dan nurse lah ye. Aku tak berani komen sebab ni kes lain pulak.

Do's and Don'ts 

Tapi kalau dah disahkan GDM, jangan la ambil ringan ya. Korang kena jaga makan. Macam aku memang bukan kaki makan sangat, jadi takde isu besar pun. Suami aku banyakkan beli sayur dan buah. Beras kat rumah memang dah sedia beras perang. Kami ambil peluang ni untuk amalkan pemakanan yang lebih sihat. Itu je. 
Antara tips yang aku buat:
1. Kurangkan pengambilan karbohidrat macam beras, mi, bihun, kuey tiaw, roti canai
2. Buah tinggi karbo juga kalau boleh kurangkan. Contoh: pisang
3. Teh tarik boleh. Tapi jangan la tiap-tiap pagi kau bedal!
4. Buah yang aku selalu ambil: jambu batu. Vitamin C pun tinggi.
5. Banyakkan minum air masak
6. Activate yourselves. Jangan berlingkar atas katil je.
7. Minuman berkarbonat: Elakkan lah~
8. Jajan-jajan: Please say NO!
9. Kalau craving benda pelik-pelik, terus la cari buah-buahan macam jambu batu.
10. Lebihkan sayur dalam makanan. Aku kurang makan nasi, tapi suami aku rajin buat steak ala western. Jadi salad dia memang membukit. Karbo pula dapat dari kentang je. Kenyang Insya Allah~

Selama mengandung, GDM aku memang terkawal Alhamdulillah~

Minum air gula tu taklah teruk sangat. Fikir positif je. Kalau kena GDM pun, anggap la korang boleh tau tahap kesihatan korang dan boleh jadikan diri korang lebih baik. Mungkin tabiat makan yang diamalkan waktu GDM ni akan kekal hingga lepas bersalin which can make you healthier. Gembira, kan?

Selamat maju jaya!

Dhiya

Pengalaman Buka Buku Pink @ Klinik Kesihatan Kelana Jaya


Bismillah

Kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya buat buku pink di Klinik Kesihatan Kelana Jaya. 

Untuk pengetahuan, kawasan tempat tinggal saya 'jatuh' dalam kawasan Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Macam mana saya tahu? Mula-mula saya tak tahu. Tapi saya agak-agak saja. Memandangkan saya ni tak suka benda yang tak jelas, saya terus call Klinik Kesihatan Kelana Jaya dan minta bercakap dengan bahagian Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (MCH).

Antara soalan saya adalah:
1. Saya dari XXX. Adakah kawasan saya jatuh dalam kawasan KK Kelana Jaya?
2. Saya nak buka buku pink. Macam mana prosedurnya?

Jawapan kepada persoalan saya adalah:
Betul. Kawasan rumah saya (somewhere in Petaling Jaya) jatuh dalam kawasan KK Kelana Jaya. Zon A. Untuk pengetahuan, KK Kelana Jaya ni ada beberapa zon. Jadi anda kena nyatakan secara spesifik alamat anda supaya jururawat dapat kenal pasti zon anda. 
Untuk buka buku pink, tak boleh datang terus tau. Kena datang dan bawa kad temujanji. Jadi macam mana nak dapatkan temujanji tu?
Ini caranya:
Anda kena datang sendiri ke KK Kelana Jaya dan datang ke kaunter Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Beritahu jururawat di kaunter yang anda nak buat buku pink. Jururawat akan semak tarikh period terakhir anda untuk buat anggaran usia kandungan. Kemudian baru jururawat akan tentukan tarikh temujanji berdasarkan usia kandungan. Selalunya mereka akan tetapkan tarikh 12 minggu ke atas (mungkin bergantung kepada klinik juga). Tarikh tu akan ditulis pada sekeping kad temujanji. Macam saya, tarikh temujanji buat buku pink saya adalah sebulan lebih dari tarikh saya datang untuk dapatkan tarikh ni. Lama kan? Lama sebab masa saya datang dapatkan tarikh ni, kandungan saya masih awal.

Kenapa tak boleh buat temujanji melalui panggilan telefon? Tak boleh tak boleh. Sebab kena dapatkan kad temujanji tu. Kad tu perlu dibawa dan ditunjuk kepada jururawat pada hari yang ditetapkan untuk buat buku pink tu. Faham kan~? Huhu

Hari temujanji

Ok pada hari yang telah ditetapkan, datang awal dan jangan lupa bawa kad temujanji tu. Jururawat dah ada kat kaunter tu seawal jam 7.30 pagi. Sampai je kat kaunter, beritahu jururawat yang anda datang nak buat buku pink sambil tunjukkan kad temujanji. Nanti jururawat akan semak dan berikan dua salinan buku pink untuk anda isi maklumat yang diperlukan berserta dengan nombor giliran. Bila dah siap isi buku pink tu, pulangkan balik kedua-dua salinan buku tu kepada jururawat. Selepas itu bermulalah sesi menunggu nombor anda dipanggil.

Bila nombor dah dipanggil, selalunya flow akan jadi continuous je. Mula-mula anda akan dipanggil untuk ambil berat badan, tinggi, dan bacaan tekanan darah. Kemudian anda akan di-interview oleh jururawat untuk kenalpasti status sosio-ekonomi, sejarah keluarga, sejarah imunisasi dan banyak lagi lah. 

Selepas tu anda akan diberi slip untuk ujian air kencing. Slip ni perlu dibawa ke kaunter 21  terlebih dahulu. Di kaunter urin, anda akan diberi paper cup dan selepas kencing, pulangkan balik sample ke makmal kaunter 21 tu dan tunggu keputusan. Kemudian patah balik ke bilik 32 untuk ambil darah. Untuk kali pertama ni, proses blood withdrawal ni agak mengerikan sikit sebab jururawat ambil sampai dua test tube. Huhuhu! Kemudian test tube ni dihantar ke kaunter 20, dekat dengan kaunter urin tadi. Tinggalkan je di situ, tak payah tunggu keputusan pun.

Kemudian, tunggu lagi nombor anda dipanggil untuk masuk ke bilik Zon A untuk berjumpa dengan jururawat. Untuk kali pertama ni, jururawat akan buat pemeriksaan fizikal yang intensif sikit. Kemudian ada tanya-tanya macam interview kat luar sebelum tu tadi. Kemudian jururawat akan beritahu tarikh EDD dan nasihat-nasihat berkenaan kehamilan. Kalau nak tanya apa-apa pun boleh masa ni. Saya dulu dapat jururawat yang baik dan sangat informatif. Banyak yang dia kongsikan walaupun kandungan masih awal.

Lepas tu, anda tunggu lagi nombor anda dipanggil. Kali ni untuk jumpa doktor pula. Doktor pun akan tanya benda yang sama je basically. Tapi dengan doktor, boleh tengok baby sebab ada sesi scan! Huhuuuu! Saya tanya doktor, boleh tak suami masuk. Dia cakap boleh, tapi untuk sesi scan saja. I is ok. Sekurang-kurangnya kami ada untuk momen tu. Tapi doktor dah cakap awal-awal kat sini mereka tak cetak gambar scan. Kerajaan tak ada duit katanya. Ups~ Tak apalah. Kami pun faham. Nak melayan mak-mak dan apak-apak yang pelbagai perangai bukan mudah. Kalau kami nak printed image, kami pergi klinik swasta je nanti. Huhu

So basically you are about to complete all stations. Sebelum balik, doktor akan bagi satu Salinan buku pink tu untuk simpanan kita. Sila simpan elok-elok. Jururawat cakap buku tu macam kad pengenalan kita. Kalau boleh bawa ke mana-mana lagi-lagi kalau dah dekat nak bersalin. Kalau hilang siap kena buat laporan polis lagi.
Nasihat saya pada yang nak ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya untuk buat buku pink, banyakkan bersabar. Klinik ni memang menerima kepadatan pesakit yang tinggi. Kadang-kadang tempat duduk pun tak cukup. Kadang-kadang ada apak-apak yang takde common sense duduk kat tempat yang dikhaskan untuk ibu mengandung siap boleh terlentok tidur di bahu isteri yang mengandung.
Please expect the worst. Tapi kalau kita berlapang dada dari awal, Insya Allah, Allah akan beri kelapangan dan kemudahan pada kita.

Masa jumpa jururawat tadi, dia ada bagi slip ubat  tak? Kalau ada, kita kena pergi ambil ubat / vitamin sebelum balik. Ambil ubat cepat je. Setakat pengalaman saya, vitamin untuk prenatal memang akan diberi terus, tak perlu ambil nombor giliran pun. Vitamin pertama saya adalah Zincofer tapi malangnya saya tak boleh makan ubat ni. Sekarang saya memang makan obimin saja. Tak pernah ada vitamin lain.

Maka berakhirlah prosedur buka buku pink, sebuah pengalaman pertama dalam kisah kehamilan saya ini. Tengok-tengok jam, dekat pukul 11 juga. Tapi memang saya dan suami memang dah ambil AL untuk momen ni. Saja tak nak terkejar-kejar dan betul-betul nak faham prosedurnya.
Lepas tu kami terus kelaparan dan makan di restoran dekat dengan FAM tu.

Alhamdulillah I am now a pink book holder!

More to write, more to share. Tunggu, ya!

Dhiya

Alhamdulillah, I am Pregnant!


Bismillah

Taip-Padam-Taip balik

Keliru
Gembira
Takut
Entah
Macam-macam rasa

Balik dari Tioman, September 2017-Saya dah memang 'syak' sesuatu. Takut-takut nak cakap pada suami. Tapi dengan siapa lagi nak cerita dan nak mengadu kalau bukan pada dia.
Lepas beritahu suami, dia sendiri yang beria bawa ke Watson untuk beli UPT kit. Dah beli pun, saya peram beberapa hari. Takut nak check. Tak tahulah apa yang ditakutkan. Takut kecewa ke, takut mengandung ke ape tak pasti.

Tapi akhirnya, 9 Oktober 2017 jam 6.20 petang, saya check juga. Walaupun macam dah tahu apa keputusannya, tapi hati tetap berdebar. Bila tengok dengan mata sendiri; mixed feelings. Alhamdulillah atas apa yang diberi. Tu je yang boleh diluahkan. Sebaik selesai solat Maghrib hari tu, saya mengongoi dalam tangisan kesyukuran dan kegembiraan. Meluahkan apa yang terbuku dalam hati- Semuanya. 
Saya simpan UPT kit tu. Rancangannya nak buat kejutan pada suami yang masa tu masih belum balik dari pejabat. Bila dia balik, kami makan malam sambil gelak-gelak. Saya ingat dia lupa. Tapi sebaik dia duduk je depan TV, dia tanya soalan:

-Dah buat UPT?
-Erm. Belum. Saya tipu sunat
-Pergilah buat
Saya pun bangun konon nak ambil kit untuk ke tandas, padahal saya ambil UPT kit yang dah ada result tu. Lama dalam bilik sampai dia panggil saya.
Saya datang dekat dia, saya tunjuk pada dia.
:
:
:
:
:
:
:
Lama dia tenung benda alah tu. Tak terkata. Kelu. Saya tahu dia pun terkejut. Maknanya menjadi jugalah kejutan saya.
Kami dua-dua speechless. Saya menangis lagi di bahu dia. Menangis yang tak ada makna apa-apa kecuali kegembiraan dan kesyukuran.

Lepas tu suami saya suruh buat test sekali lagi. Kahkahkah! Tak puas hati nampaknya. Dia kata bukan apa...Nak tengok sendiri double line tu apprear. Kelakar juga alasan dia. Orang science background ni memang evidence based sangat kan? Ha, tu yang ada dua tu~
That's my first experience of getting to know that I'm pregnant. Reaction kami sangat kelakar tapi it signified our real and genuine gratitude towards His blessing. Two years of marriage, so this is the real flower! We welcome this happiness and may Allah protect our little family. 

More to write, more to share. Insya Allah semoga jadi manfaat kepada orang lain, dan juga diri sendiri. Doakan saya setiap masa (walaupun mungkin entri ini akan dipublish secara backdated)

Saya akan menulis lagi
Dhiya
Ummi Dhiya