Selamat Hari Kebangsaan, Malaysia!

Bismillah

Selamat hari kebangsaan, Malaysia!

Merdeka tahun yang ke berapa, anak-anak? 
Yang ke 65 tahun ya. Kita dah merdeka selama 65 tahun sejak tahun 1957. Jangan tak tahu tu.
Those yang tak berapa tahu fun facts about merdeka, sekarang ni semua info di hujung jari je. Please Google. Itu pun salah satu cara untuk kita tahu tentang negara kita. Bukan sekadar enjoy the public holiday tanpa tahu apa, kenapa dan bagaimana.

Aku tak berani lagi nak bawa Nuha pergi parade ke apa. Dia masih kecil ditambah dengan banyak virus kat luar tu. Habis-habis kita tengok movie Bukit Kepong jelah kat rumah ya?

Dhiya

Mak-Mak, Self Care is Very Important. Ini Cara Saya

Bismillah

Mak-mak, korang stress ke tu? 
It's normal ok. Tapi jangan terus-terusan membiarkan diri kau dalam keadaan macam tu. Sayangilah diri sendiri dulu supaya kita boleh saying orang lain selepas itu.

Aku pun macam korang. Ada masa (macam setiap masa je) stress. Hidup kat bandar mana boleh chill-chill weh. Bangun pagi dah kalut macam headless chicken. HR nak kita nampak perfect di tempat kerja, while society expect kita jadi mak yang paling sempurna dalam dunia. Tulah taboo dalam masyarakat kita.

Seek help, especially from your spouse. Find a  support group who can lend their ears for you to talk and shoulder to cry.
Korang pernah dengar tentang 'self care'? Self care ni maksudnya kau jaga and heal diri kau dulu, jangan kesahkan orang lain. Orang lain, kendian.
Bunyi macam selfish kan? Eh takkan laa nak makan dulu then biar suami dan anak kelaparan? Eh takkan laa nak baring dulu lepas balik kerja sedangkan dapur, rumah tengah bersepah. Kain baju tak berlipat?
Hey. Tolak semua tu ke tepi. Baringlah, rehatlah. Buat apa yang kau nak buat dulu. Tak salah kau pasangkan tv sekejap untuk anak bagi dia diam. Janji kau rehat.
Kalau kau restless, anak-anak suami akan nampak kau restless. Lepastu kau throw the bad moods to them. Lepastu menyesal. Anak-anak akan nampak bad side kau je. Deorang akan lupa sisi indah kau sebagai seorang ibu, hanya kerana kau restless and stress pastu humban all the tantrum to them. Kesian anak wei.

Sejak aku mengamalkan self care ni, Alhamdulillah aku lebih tenang sedikit. But make sure fahamkan pasangan kau dulu kenapa kau kena apply self care method ni demi kebaikan keluarga. 

1. Lower down your expectation
Kau nak rumah kemas, bersih, berkilat - 
Kain baju baju siap berlipat- 
Anak-anak duduk diam- Itu namanya showroom kat sales gallery. 
Ease your mind, don't put too high expectation, don't think too much.
Tak sempat masak? Beli luar
Kain tak berlipat? Lantak. Tunggu weekend nanti. Asalkan basuh dan sidai dah cukup bagus.

2. Bolayankan orang luar
Mulut orang luar biarkan saja di luar. Jangan dibawa masuk ke dalam rumah. Kalau kau dengar apa-apa di luar pun, belajarlah let go dan jangan ambik pusing sangat. Bolayankan je.
Sebab kadang-kadang moral kita drop sebab cakap-cakap, expectation dan assumption orang luar.
Dia senang je. Orang luar taktau struggle keluarga kita so lantak la dia nak menyalak cakap apa-apa pun. 
Mula-mula dulu aku memang selalu sedih dengar cakap-cakap orang tentang life aku. Lama juga aku belajar untuk berlapang dada dan let go apa orang cakap. Lama-lama orang tu pun menyampah sebab dia tengok aku macam tak layan dia. Hah aku win di situ.

3. Ambil cuti 
Aku bekerja dan ada allocation annual leave. So apa aku buat adalah- aku apply cuti dan duduk je di rumah sendirian sedang suami aku pergi kerja dan anak aku ke sekolah. I just nak silent moment berada di rumah dan buat apa yang aku nak buat. Kadang tu aku ambil cuti just to spend separuh hari baring atas tilam dan scroll phone then tertidur. Lepas zuhur barulah nak mengemas dan memasak untuk dinner sebab mereka akan balik tak lama lepas tu.
Annual leave aku adalah untuk aku. 

4. Keluar sendirian / dengan kawan-kawan
Aku jarang ambil cuti dan keluar samada sendiri atau dengan kawan-kawan. Macam aku cakap tadi, aku prefer to be at home bersendirian meraikan me-time aku.
Tapi those yang memang suka nature jumpa orang tu, boleh la ambil cuti dan hilangkan stress di luar. Ada orang suka pergi mall dan shopping, makan-makan dan tengok wayang. ikutlah macam mana self care gaya masing-masing.

5. Find a hobby
Korang suka buat apa? Baca buku? Memasak? Outdoor activities? Yes, those are hobbies.
Aku discovered hobi aku masa 2 tahun lockdown semasa kita semua teruk sangat working from home. 
Aku realized yang fine arts buat aku ralit dan leka thus dapat elakkan aku dari banyak berfikir so aku lebih relax. 
So apa aku buat? I was accidentally fall in love with sewing and doodling. 
Aku sekarang part time crafter in sewing products dan juga sedang melatih diri untuk mahir men-doodle. Aku keluarkan modal membeli 2 buah mesin jahit dan drawing tools for doodling. Gila kan?
Tak. Kalau kau rasa benda tu buat kau happy, recharged dan kurangkan stress.

Buatlah apa saja asalkan kau happy. Sebab apa? Bila kau happy, kau akan bawa the vibe to the whole family and everyone will be happy. Your hugs are warmer and everyone will sense the happiness.

Betullah cakap nenek aku dulu- Happy wife, happy life.

So? Bertindaklah
Dhiya

It's Friday Again. Alhamdulillah!

Bismillah

Jumaat lagi harini. Alhamdulillah.

Ya Allah, 
Jadikan kami hambaMu yang soleh.
Letakkan dunia ini di tangan kami, bukan di hati kami
Supaya kami senang melepaskannya
perlahan-lahan
Menuju kehidupan abadi.

Berikanlah syafaat Nabi kepada kami
Agar perjalanan hisab kami dipermudahkan
Dan dapat berhimpun dengan para anbiya' dan solehin 

Amin

Dhiya
Jumaat
26 August 2022

Our Special Months: July and August

Bismillah

Ingat tak entri yang lepas aku pernah cakap, bulan ni adalah bulan yang istimewa?

Yes. It's our anniversary.
Kami bernikah pada 31 July dan majlis kenduri dan bersanding pada 1 August. Sebab tu aku punya hukum, July dan August adalah bulan anniversary kami. Eh lantak aku la nak set hukum anniversary aku sendiri. Apa orang nak kisah? 


Untuk F, 
Terima kasih untuk semuanya.

Susah senang
Suka duka
Tangis tawa

Semua kita dah rasa. Of course banyak lagi yang akan berlaku di depan. Cuma kita tak tahu. Tapi marilah kita berdoa agar semuanya yang baik-baik saja. Andai diduga pun, semoga kita kuat dan saling menguatkan.

Maaf sebab tak sempurna. Kadang-kadang jadi bunga, kadang-kadang jadi Hulk. 

Readers DDD, tolong doakan kami ya. Moga tenang dan bahagia sampai ke syurga. Amin.

Dhiya

Travel: Triangle Farm Cottage House Sekinchan

Bismillah

Sejak balik umrah, rasanya hanya beberapa kali kami bercuti dan check-in hotel atau tempat peranginan. Ini semua gara-gara sibuk dengan rumah baru- menyiapkan pelbagai keperluan untuk masuk dan duduk di situ sampai kami lupa dan ketepikan keperluan emosi kami especially Nuha. 

F cakap:"Agaknya ni laa sebab kita macam mentally drained sangat kan? Dah lama tak bercuti rupanya"
Aku admit je sebab memang ada betulnya. Kesian kami sekeluarga. Dah lupa macam mana nak bercuti. Sedih!

So bersempena bulan istimewa ni (nanti aku share kenapa istimewa), kami pilih weekend baru-baru ni untuk pergi bercuti. Dekat je tapi at least it is a different atmosphere over the weekend.
Dan kami memilih Triangle Farm Cottage House di Sekinchan!

Triangle Farm Cottage House 

Booking date is 20-21 August 2022 (Saturday-Sunday). Booking was made on 23 July 2022. It was clearly one moth earlier. Kau jangan buat main-main bab booking ni ya. Aku dah try banyak kali nak stay sini tapi inilah kali pertama aku dapat book sebab tempat ni selalu fully booked. They don't use Booking.com or any other booking platform. They have their own website so you have to book from there. So nasihat aku yang pertama; plan your date. Kalau tak, bye!

Harga:
Aku ambil triple room (1 queen bed + 1 single bed). Boleh refer harga kat website mereka sini.
Basically dia ada 2 tempat / stays tau. Satu nama Farmville, satu lagi nama Triangle Farm. Farmville ni aku pernah stay dan dah pernah review. Sebab tu aku beria sangat nak try yang Triangle house ni pulak. 

Location: Jalan Ban Kenal, Jalan Parit 5, 45400 Sekinchan Selangor

Ambience:
Terletak persekitaran sawah padi, Sekincan tak pernah mengecewakan aku. Rasanya duduklah mana-mana homestay atau hotel atau cabin stay pun, asal namanya bendang Sekinchan, memang best lagi-lagi kalau musim padi tengah hijau.
Bangun pagi fresh je rasa.

Rating:
I'd like to give 8/10 to this stay sebab firstly, Triangle house ni 100% sebijik sama dengan apa yang korang tengok kat website atau kat media social. Lawa gila!
Second, bilik dia just nice untuk kami tiga beranak. Ada aircond, dan both room and toilet are superclean. Dalam bilik lengkap dengan air masak, cawan, plug, hair dryer, dressing table, hot shower.
Bear in mind, sini tak ada TV ya. Kettle dan iron pun tak disediakan tapi boleh minta. Mereka ada sediakan pantry untuk ambil air panas from Coway machine. Tempat duduk open air untuk makan-makan pun ada tapi aku agak frust sbb ada orang conquer buat macam family day kat situ. Kami nak pergi pantry ambik air pun macam segan-segan. Nasihat aku, common area jangan la buat macam rumah sendiri. Be considerate la pada orang lain. Kalau agak-agak nak private area untuk family day, this is not the righ place. Silakan cari homestay. 
Third, Triangle House ni ada facility lain macam karaoke and play room (tapi aku tak masuk pun sbb family yang conquer tulah buat macam tempat dia sendiri). Pool ada tapi basic je. Ada glamping site juga tapi aku tak sure how's the price. Boleh check kat web ya.
Breakfast tak disediakan tapi korang boleh keluar cari makanan sendiri. Banyak gila kedai makan boleh explore.
Basic pool kat Triangle Farm Cottage House
View and activities:
Kalau dah namanya dekat dengan bendang, apa lagi kalau bukan menikmati pemandangan sawah padi. Kebetulan time kami pergi ni, tengah musim menabur benih. Ada petak-petak yang dah mula Nampak hijau-hijau macam karpet dan ada juga petak yang masih kering dan Nampak tanah hitam je. 


Banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya;

1. Memancing ikan di parit / tali air- Since aku dan F bukan tergolong dalam golongan manusia sabar, kami tak buat la aktiviti ni. Tapi tengok orang memancing dan dapat ikan tu, best la juga.

2. Main layang-layang. Angin kat bendang kan kuat so sangatlah sesuai untuk main layang-layang. Anak pun suka. Kami pernah buat aktiviti ni di sini lama dulu sewaktu PKP. Kami siap bentang tikar dan picnic tepi sawah lagi tau.

3. Jalan-jalan cari makan. Banyak tempat-tempat yang dah viral untuk korang pergi di kawasan ni antaranya Aidil Tebu, Faridah Mentarang dan beberapa pantai yang menarik. Tapi kami tak suka dah tempat-tempat ramai orang macam tu so kami suka explore sendiri. Banyak je gerai-gerai makanan tepi sawah yang tak viral tapi makanan dia semua sedap-sedap belaka. Kami jumpa stall kopi rare yang bukan saja menjual kopi tapi menjual view untuk OOTD. Underdog, takde siapa tahu melainkan korang explore sendiri.
Tempat  OOTD kat one of the coffee stall yang agak rare. View dia sangat cantik!

4. OOTD- Hey this is a must! Make sure korang kenakan outfit yang contra dengan warna nature ya. Korang tau kan kalau ke sini, korang akan nampak greenery view. So pilihlah outfit warna merah, oren, kuning atau pink supaya nampak wow bila bergambar. Tips: Jangan pakai baju warna hijau atau biru. Nanti kau tenggelam dalam warna hijau sawah padi. 


5. Membeli makanan laut fresh. Actually aku taktau pun kat mana nak beli semua fresh seafood ni. Korang ada tau port jeti mana-mana ke? Meh la share dengan aku. Tapi kami selalu pergi ke Pasar Pasir Penambang dan Pantai Jeram je untuk beli ikan sebab aku dah selesa dengan tempat ni. Lagipun aku bukan beli banyak atau buat stok 8 bulan pun. Kadang dapat ikan 3 ekor pun dah seronok. 

So that's our short escape over the weekend. Melupakan sekejap hiruk pikuk bandar dan orang gila di pejabat. Insya Allah September ni kami ada another one trip. Doakan Panjang umur murah rezeki ya.

Pen off,
Dhiya

Weekend is Coming! Antara Aktiviti Kami Anak Beranak

Bismillah

Weekend is coming!

Aku ni sejenis mak yang really looking forward for weekends. Lantak la how bad the weekdays because other people is trying to kill your working morale and whatever, my weekend will heal me. 
And satu kepantangan aku adalah bila plan aku over the weekend diganggu oleh orang-orang yang tak ada kena mengena dalam hidup aku.
Let say on Saturday, F want to go for car service and we promise to go out for lunch at somewhere- Tiba-tiba ada tetamu tak diundang atau ada orang cuba ubah plan kami. That is really WRONG for me. 
Contoh minggu ni dah plan nak balik kampung, tiba-tiba ada orang tiba-tiba last minute cakap ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ada kenduri sedara kat sana, kalau tak pergi nanti kena panah petir. It's sooooo annoying. 
Kacau weekend aku dah satu hal.
Jump in last minute nak ubah plan aku tu lagi satu hal.

F pun dah tahu, aku memang akan rancang weekend aku baik-baik. Ada masa kami just stay at home with load of activities, ada masa kami buat aktiviti luar atau pergi bercuti. This is our family and we have rights to control ours.
So apa antara aktiviti kami anak beranak di hujung minggu?

1. F doing DIY while mother and daughter bonding together
Ni selalunya on Saturday morning la. Korang tau kan rumah kami banyak lagi sudut idaman yang belum siap. So mostly DIYed by F and takes sometimes. Aku akan buat sarapan dan kami akan sarapan sama-sama. Lepastu aku akan bawa Nuha pergi taman dekat rumah while F akan pulun DIY certain project rumah kami. Balik je, aku sambung masak untuk tengahari pulak. Nuha akan involve kerja dapur aku samada dia main messy play (pening kepala aku nak mengemas lepas tu), tolong potong sayur ke, kupas bawang ke apalah asalkan dia involved and penat. 
Lepas makan tengahari dan F pun stop DIY (noise-construction work boleh buat sampai 1pm je), kami akan rehat-rehat kadang tu biar je sampai tertidur. Heaven gila wei dapat tidur tengahari di hari mingguuuu!
Bangun je, selalulnya lepas Asar barulah kami keluar jalan-jalan cari minum petang dan melarat ke dinner sekali. Masa nilah selalunya F nak pergi kedai hardware lah, nak pergi speedmart lah, nak pergi pasar malam lah.
Balik malam tinggal lepak-lepak sambal tengok Netflix je. Malam minggu kami selesa di rumah je sekarang. Dah tak minat nak keluar ke bandar tengok lampu ke apa. Entah. Rasa selamat di rumah je. 

2. Stock-up barang dapur
Most of our activities- Nuha akan involved. Yelah. Dialah keutamaan kami. Bila kami beli barang dapur, selalunya dah macam sukaneka dalam mall tu. Mulut dia je bising macam treasure hunt cari barang. Selalunya dia dah tau, dia akan jadi tukang ambil bahan-bahan kering macam bihun, spageti, bawang, buah epal, oren, plastic nak isi ikan dan apa saja yang dikira selamat untuk dia. Biar dia belajar dan kenal sikit barang. Kadang nak suruh scan price pun dia dah reti halakan barcode tu. Nanti dia sebut jelah number yang keluar. Dari situ kita boleh agak dah berapa harga barang tu.

3. Grounding activities & messy play
Grounding activities for Nuha is a must! Kami akan bawa dia pergi taman, main kejar-kejar atas rumput, pergi pantai main pasir atau apa saja aktiviti yang melibatkan motor skills. Kadang-kadang aku bagi je dia main tanah dan air masa aku tengah belai pokok-pokok aku tu. Kotor dan comot- boleh dibasuh. Tapi kalau dah beku, tak ada respond terhadap alam sekeliling, I think I'm a fail mother already. 
Talking about messy play, Nuha membesar dengan one messy play activity yang aku enrol dia sejak berusia 18bulan. Outdoor messy play ni bertempat TTDI. Last kami hantar dia ke situ just before kami pergi umrah last Disember. Kebetulan kami pun dah pindah, so TTDI tu macam dah jauh pulak sekarang haa.

4. Hotel check-in!
Check in hotel adalah antara aktiviti wajib kami sebelum ada Nuha lagi. Kadang tu ada je tempat-tempat rare yang kami terjah dan explore. Bila dah ada Nuha pun, kami selalu je berjalan sampailah dua tahun Covid, kami stop buat aktiviti ni. 
Ni minggu depan baru nak check-in, itu pun selepas 8 bulan sejak kami sangat sibuk menguruskan rumah baru Januari lepas. Kesiaaaaaannn kitorang!

5. Jalan-jalan cari makan
Ni semua salah F lah. dia memang suka makan. Suka explore tempat baru pastu mesti cari tempat makan kat situ. Kami suka explore sendiri, tak follow mana-mana entri yang viral. Kadang tu kami jumpa tempat yang underdog je sebab memang tak suka tempat yang ramai, kena beratur dan berebut ewwwww. Tapi aku berani bagi rating 10/10 sebab everything is perfect for us. Tentang ni, nanti aku share lah review tempat-tempat best untuk makan. Kadang tu ada je cuma lupa. Hhahaha!

Kenapa aku sayang sangat weekend aku dan ada masa-masanya aku tak nak ada orang lain dalam family kecil kami semasa hujung minggu?

1/ Dalam 7 hari, 5 hari kerja teruk. Keluar bulan, balik bulan. Tak nampak matahari. So aku ada dua hari Sabtu dan Ahad je untuk aku really-really functional as a wife and a mom. Aku teringin nak pakai kaftan, buat sarapan, nak tengok pokok-pokok bunga aku dan tengok anak aku main depan mata aku. Aku nak jadi diri aku sendiri.
2/ 5 hari kerja, rumah kami tunggang langgang. So biarlah weekend aku nak pulun mengemas dan puaskan hati sendiri dalam rumah sendiri, lagi-lagi rumah baru kami. Of course ada je kerja nak buat. Takkan sempat nak relax pun.
3/ Kalau tetamu datang, diam tak pe juga. Ini nanti bercakap macam-macam; rumah bersepah la tak memasak la. Ew. Sebab tu aku tak terima tetamu. Aku nak avoid negative talk macam ni lah.
4/ Kalau kami keluar bercuti pun, biarlah. Itu bonding time kami 3 beranak.  
5/ Aku just taknak ada orang luar. Takde alasan lain dah. Aku nak keluarga kecil aku betul-betul berfungsi as a family during the weekend.

Just. Respect. Us
Dhiya

Short Message for Me: Jangan berlagak

Bismillah

Baru hari Rabu. Aku rasa minggu ni agak lambat berlalu. Kenapa ya? Adakah kerana motivasi aku yang drop, aku penat atau aku malas?
Aku jarang-jarang nak ada perasaan macam ni. Perancangan hidup aku sangat kemas dan tersusun at least untuk hari esoknya. Tapi taktau kenapa minggu ni aku lemau sangat.

Aku cakap kat husband aku. And one small conclusion that we both agreed is to take a leave and rest. Betul. Setuju.

Cuma on the other side, aku masih geram dengan orang yang cuba buat aku down tu. It makes me work hard and use my unnecessary energy from my body and brain to overcome the negativity. Kau tak boleh ke biarkan aku buat kerja aku tanpa diganggu dengan benda-benda yang remeh? Asyik nampak salah aku je, tapi salah sendiri haram nak mengaku plus acah-acah perfect depan orang.
For me, it's okay to make mistake and you learn from that and not repeating it again. Manusia mana yang tak buat salah? Aku percaya sebesar-besar kesalahan yang orang buat, besar jugalah pengajaran dan peringatan yang mereka akan ingat dan ambil.

Aku tak faham kenapa mesti cari salah orang dan judge orang melalui kesalahan tu. Dia tak pernah buat salah ke? Oh yea. Dia kan sempurna. Tapi dari 'kesempurnaan' yang dia ada tulah aku nampak dia sangat arrogant. Ni bukan judgement aku ya. Ramai dah cakap benda yang sama. Allah betul-betul uji dia dengan kedudukan di atas dan dia tak pernah jatuh. 
Ada yang pernah cakap; "Dia tak pernah kena lagi. Takpalah tunggulah turn dia nanti" Takut tak? Kita bukan tuhan untuk tentukan hari dia di depan. Rezeki kita esok pun kita tak tahu kan. Tapi hidup kita macam roda, anytime kita boleh berada di atas dan sebaliknya. Fikir-fikirkan.

So ini adalah ingatan kita bersama, lebih-lebih untuk aku

1/  If you make mistake, learn from it. Don't repeat the same mistake again and again.
2/ Admit your mistake. It's not the end of your life.
3/ Those who justify the mistake, don't punish to the max. Allow room for improvement. We are not all the time perfect. You might do the same mistake also.
4/ If you think you are too perfect while the rest is worst, be careful of your bad thought.
5/ Don't be judgemental to others. Don't too exaggerate.  

Be nice to everyone. Kita tak suka orang berlagak, kan?

Dhiya 

Happy Monday!

Bismillah

Happy Monday, everyone!
Ya Allah berkatilah minggu baru aku. Berilah semangat yang tinggi untuk aku bekerja demi rezeki yang berkat dan jauhkanlah aku dari orang-orang yang negatif. Bantulah aku menghadapi orang-orang yang cuba membunuh moral kerjaku sekarang ni Ya Allah. Amin!

Dhiya

Jatuh Cinta dengan Doodling Activities

Bismillah

I just wanna share my latest art interest- which is doodling. Apa doodling ni? Pernah dengar doodle?
Doodle ni seni melukis yang effortless dan tak perlu skill pun. Just a random pattern and simple drawing is then called doodle. 
Sekarang aku banyak follow few accounts and buat digital cute doodle dan share kat FB and IG sambil letak quote best-best. Warna pun cantik and catchy so orang akan tend to like and share the artwork. Ada juga yang hand-drawn which is more basic. Aku suka je dua-dua cuma yang digital tu of course la makan modal. Paling-paling kena ada tab dan smart pen.

Actually aku start doodle ni masa PKP last year. WFH kan very stressful. So aku pun menjinakkan diri dengan hand-drawn doodle FB page and group. Dari situ aku mula tengok artwork orang dan mula kenal orang yang buat kelas doodle samada kelas free atau berbayar. Aku pun joinlah just for fun tapi lama-lama ehhhh best lah doodle ni sebab dia macam buat kau leka atau ralit seterusnya boleh redakan overthinking dan keserabutan dalam kepala.

Aku suka benda yang cute and colourful. Tapi aku tak reti melukis so rasanya doodle is the best answer. Tak payah nak tunggu ada bakat baru boleh melukis. Doodle is just do anything and put pattern on it, then it becomes your character or identity. Doodle lebih fleksible dan ada freedom sikit berbanding lukisan lain macam karikatur. Best kan? 

So I've been collecting doodle materials from many sources including paid class and internet inspired. Tapi basically benda yang kau kena ada untuk mula-mula men'dudel' adalah pen atau pensel dan kertas. That's it! Tak payah overthinking pasal tab, ipad ke apa. Just go for basic dulu. Aku dulu macam tu lah. Lepas tu bila aku macam nak cari variasi sikit, aku start cari buku doodle yang ada ruang untuk aku tambah doodle aku sendiri. Yelah. Kadang kau tengok kertas kosong pun jadi blur kan? So kita carilah buku yang dah sedia ada.

Benda basic untuk melukis doodle
1. Kertas 
2. Pen / pensil

Advance:
1. Sketchbook
2. Drawing pen (kat kedai stationery shop banyak jual, pelbagai jenis dan jenama)
3. Colouring - oil pastel, marker pen etc
4. Ipad + pen with Procreate apps
5. Microsoft surface with Sketchbook apps
6. Canva

* item 4-6 is for digital doodling.

Buku-buku doodle aku beli kat mana?
1. Kedai buku Popular (Tak banyak sangat)
2. Kedai buku BookXcess (my favourite bookshop)
3. Banyak dapat dari internet dalam bentuk pdf

Inspirasi
1. FB Doodle Apa Hari Ni?
2. FB Intan Iszana Yusak
3. FB Tecer Intan Art Studio
4. FB Nazia Suhaimi
5. Pinterest
6. Instagram (few accounts)
7. Banyak lagi. Just guna keyword 'doodle' untuk search

My aim
Aku nak create identity sendiri dan share doodle aku dengan inspirational quotes. Aku nak orang share artwork aku dan mendapat manfaat dari quote tu. 
Aku nak beli ipad (gilaaaa tinggi cita-cita kau, D) dan design doodle aku secara digital guna Procreate. Doakan ya!

Tu kat atas tu, my 5-minutes digital doodle I created using Canva. Boleh laaaaa. Siapa suka doodle? Meh komen!

Dhiya

Keladi Viral Mak

Bismillah

Hai semua, harini aku nak share dengan korang tentang hobi berkos tinggi mak aku. Last week aku balik Pahang. Pokok paling obvious kat laman dia adalah pokok-pokok keladi viral. Corak lawa-lawa dan aku suspek kos dia pun tinggi. 
"Mak, berani betul mak letak keladi mak ni depan laman. Hilang satgi haaa macam mana?" 
"Ehh berani usik keladi mak? Kutey tangan nanti!" 

Haaa begitulah lawak kasar anak dan mak.

Tapi jangan risau. Area rumah kami Insya Allah takde pencuri lagi-lagi pencuri pokok. Jiran-jiran mak aku pun jenuh dengan pokok keladi viral ni  sampai penuh laman. So masing-masing ada pokok sendiri. Tak lalu nak mencuri. Kalau nak, mintak je.
Aku tak tahu ya apa nama spesis keladi-keladi ni. Yang aku tau, memang lawa. Kalau tengok dekat-dekat, corak dia memang Masya Allah hebatnya Allah buat. Lawa macam printed. 

Mak aku tak pernah beli keladi-keladi ni. Jiran-jiran yang 'gila' keladi yang bermurah hati bagi tunas atau anak keladi mereka yang bercambah. Mak aku just tanam dan jaga je. Begitulah jiran-jiran mak aku. Baik-baik semuanya.

So far aku masih tak berminat nak ambik keladi-keladi tu bawa ke rumah baru kami. Bukan niche aku lagi. Tengok la nanti kut-kut dah pencen muda nanti aku jadi berminat dengan deorang, ha aku ambiklah nanti. 

Korang layan keladi viral jugak ke? Boleh share beli kat mana?

Dhiya

Random 10 August 2022

Bismillah

Lately aku memang bitter betul dengan one of the team in my working place. Aku dah cuba berdamai dengan situasi, berdamai dengan diri sendiri but bit can't. Masih ada unsolved feelings yang buat aku rasa nak marah. Jahat ke aku?

Aku tahu dalam kerja, ada organisasi dan ada kumpulan. Aku takde masalah dengan kumpulan (team) aku. Aku sayang sangat dengan team members aku dan kami boleh bekerja dengan baik sangat. Tapi seems like that another team is attacking my team  now dan at a certain point, mereka ada juga attack personal kami. 
Mereka guna pain point kami untuk bunuh motivasi bekerja. Macam aku, pain point aku is family. Aku sentiasa nak balik cepat (on time) aku nak berkejar ambil anak pulak. Tapi mereka cuba cari salah aku dan selalu buruk sangka dengan aku, checking on me kalau-kalau aku ada balik awal. Sampai gigih laa datang tengok aku ada kat tempat ke tak, tengok schedule kerja aku dan tengok clock in clock out aku even waktu lunch aku.
Aku dah start rasa tak selesa sebab kena micromanage. Dulu masa aku ada HOD, tak ada pun semua ni. Now HOD aku pun dah resign (salah satu sebabnya adalah merekalah!) dan kami semua macam bawah kuasa that team. Macam aku cakap sebelum ni, gipang tu lahhhh!
And yes, mereka tak rasa pain aku. Tapi sekali aku buat silap atau jatuh sebab pain point aku tu, merekalah yang paling kuat menyalak cakap aku salah, aku lemah, aku gagal. 
Bukan aku tak tahu. Dah ramai colleagues aku yang resign dan bila ditanya kenapa, ramai yang jawab motivasi mereka dibunuh. Team itu membunuh motivasi staff. Got it? Aku harap korang faham.

And the quote above really touch my heart. Betul sangat. 

Motivasi aku pun perlahan-lahan sedang dibunuh. Top management dan teammates aku semua ok, sayangnya motivasi aku drop sebab orang lain dan orang tu rasa dia hebat dan berkuasa walhal aku tau je kualiti kerja dia pun hampehhhhhhhh. Eh geram!

Korang, doakan aku dapat fly higher ya. Samada aku boleh grow higher di sini tanpa politik atau sakit hati manusia atau aku terbang ke tempat lain yang lebih baik untuk aku. Doakan juga aku dapat bertahan dan mampu tersenyum di sini sementara aku usahakan takdir aku yang seterusnya.

Dhiya

10 Jenis Tanaman yang Ada di Kebun Sejemput Rumah Kami


Apa ada di kebun sejemput Mak Nuha?

Korang tau, sebaik kami dapat kunci rumah ni, benda petama yang aku fikir bukan nak siapkan dalam rumah (macam lampu, kipas, grille ke apa). Tapi aku fikir nak tanam apa kat laman belakang. Gelojoh tak gelojoh. Tapi itulah nak bagitau betapa seronoknya aku dapat rumah atas tanah!

Sebenarnya laman belakang bertanah tu bukan luas pun. Dalam 5 kaki je mengunjur ke depan. Itu pun common area, bukan hak milik kami. Tapi disebabkan aku dah tak menyabor, aku cepat-cepat mulakan projek edible garden ni selagi tal buat sebarang binaan kekal.
Pokok pandan
Segalanya bermula dengan pokok pandan ni lah. Initially, pemaju ada tanam beberapa perdu pokok pandan betul-betul di belakang laman kami, dibuat batas dan dibaja elok oleh tukang kebun. Bermula dari situ lah aku axpand edible garden tu dan tolong sambung perjuangan tukang-tukang kebun tu. Aku rasa deorang mesti suka tengok pokok-pokok aku sekarang. So yeah thanks pemaju sebab bagi rumah siap pakej pokok pandan atas batas. Elok segar sekarang.

Daun kari
Daun kari ni asalnya kecik je masa mula-mula beli. Tapi lama-lama aku terpaksa pindahkan ke pasu besar sebab Nampak macam cemerlang sangat dia membesar. Pernah diserang beluncas sampai berlubang-lubang daunnya. Tapi aku sembur dengan baja organik beli dari Shopee, now Alhamdulillah helok sangat kejadiannya. Daunnya hijau pekat dan besar-besar.

Pokok limau purut
Orang nursery jual murah kat aku sebab katanya pokok nak mati. Masa mula-mula beli, ada 7 helai daun je. Pokok gitu pun nak jual. Bagi jelah free kan. Tapi siapa tahu lepas dia bertukar tuan dan duduk dengan aku, it survived. Pernah juga diserang beluncas sampai tak ada daun, aku dah standby ambil anak pokok baru dari rumah mak in case yang satu ni mati. Tapi Alhamdulillah sekarang dua-dua pokok limau purut aku hidup dengan daun yang lebat. 

Pokok serai
Pokok serai ni forte mak aku. Kat rumah Pahang banyak gila pokok serai keliling rumah. Mak bagi aku satu pasu dan sampai sekarang masih kekal dalam pasu. Terbaru, dia bagi lagi dua perdu yang agak gemuk dan aku decide untuk tanam serai ni atas tanah, sekaligus melangsaikan nazar aku. Satu aku tanam kat laman depan, satu aku tanam kat belakang. So in total aku ada 3 perdu serai -Satu dalam pasu dan dua atas tanah.

Pokok kunyit
Ini pun forte mak aku. Mula-mula haritu dia bagi dua pasu yang sangat sihat. Daun dia berjasa juga la untuk lauk ayam masak lemak kuning aku. Baru-baru ni, daun dia start kuning dan koyak-koyak. Mak aku cakap, kalau dah keluar tanda-tanda macam tu, selalunya it's time to repot. Maksudnya ibu kunyit tu kena dikeluarkan dan tunas-tunas kecik yang ada tu just tanam je balik. Insya Allah pokok kunyit baru akan naik. So far aku tengok they'are doing well. Nampak ada daun baru naik. Senang je jaga kunyit. Life cycle dia simple.

Daun sup
Aku fail sikit nak hidupkan daun sup dari keratan akar. Nak tunggu semai biji benih, aku ni seorang manusia yang kurang sabar. So haritu aku balik Pahang, tengok daun sup mak aku kemain lawa, aku sebat dulu lah. Aku ganti dengan akar daun sup baru nanti mak aku semai lain. Teruk kan?
So far elok. Banyak jasa dia untuk sup Nuha. 

Pokok kesum
Kesum antara pokok terawal yang aku beli. Semua orang tahu kan kesum suka banyak air. Masa tu kami masih belum duduk sepenuhnya di sini lagi. Tiap-tiap kali datang dan sebelum balik, aku akan bekalkan dia dengan air cukup-cukup. Memang lawa dan rinbun sampai aku terpaksa pecahkan kepada dua pasu. Silap aku, aku tak guna/ tak petik so slowly dia menua dan banyak daun-daun kesum mula mati. Lepas tu pulak ada satu masa tu kami tak tengok dia dalam dua minggu juga, in the end dia mati. Akar terakhir dia baru mati dua minggu lepas. Tapi takpe. Aku dah beli kesum baru dan sekarang dah experienced nak jaga. Insya allah tak akan mati lagi.
Terbaru (last week), kat satu nursery ni aku jumpa sejenis kesum yang merimbun (dia tak grow ke atas macam kesum yang biasa tu). Aku beli dan bela macam kesum yang biasa tu. So far elok kejadiannya. Eh seronok pulak aku tengok dia. Lawa je macam pokok bunga.
Tips nak kekalkan kesum berdaun cantik: selalu kutil atau cubit pucuk kesum tu. Atau nak guna buat masak, ambil yang bahagian hujung je. So daun baru akan keep on tumbuh dan akan buat kesum korang rimbun je. 

Pokok cili
Asalnya pokok cili ni aku tanam niatnya agar senang kalau takat nak guna sebiji dua, boleh petik je. Tak payah beli sepaket lepastu membusuk je dalam peti.
Tapi what happen now, pokok cili aku tengah mabuk daun je dari dua bulan lepas. Daunnya sebesar tapak tangan aku tapi berbuah nye tidak. Last-last kena beli cili kat pasaraya jugak. Ceh!
Takpelah. Ada 4 pokok tu. harapnya lambat laun mereka sudilah berbuah nanti.

Pokok kemangi
Kemangi / selasih is F's favourite. Dulu dia suka masak daging pakapau dan selalu nak guna daun ni. Dia la yang ajar aku guna daun ni and in the end aku rasa no harm pun untuk ada sepokok kemangi ni sebab senang je nak hidup dan dijaga.
Pokok ni akan keluar bunga tau di hujung pucuk. Aku selalu kutil bunga dan daun pucuk di hujung untuk bagi pokok ni kekal rimbun (sama macam daun kesum). Kalau tak, nanti pokok ni cepat naik dan daun bawah akan cepat mati. Pokok pun akan cepat tua dan mati kalau tak maintain macam tu. 

Pokok lengkuas
Jangan tak tau, aku ada tanam pokok lengkuas wei! Asalnya pokok lengkuas ni kecik je perdunya. Mak aku pesan tanam dalam pasu besar (dalam tanah seeloknya tapi rumah aku kan tanah limited). Aku pun taat la tanam dalam pasu. Sekarang (after 6 months), lengkuas tu dah membiak dalam pasu tu. Aku syak lengkuasnya pun dah beranak pinak dalam pasu tu and it's time to repot dah sebab aku tengok akarnya dah sampai ke bawah. Adududud seram. Aku kena repot cepat maybe by this weekend. Hahahh pastu kita sedekah jela lengkuas tu kat siapa-siapa yang nak. 

Next: Aku akan update gambar pokok-pokok aku dan Insya Allah, next entry is racun organic dan baja apa yang aku guna yang buat pokok-pokok aku menjadi sangat ni Masya Allah. Tunggu k?

Dhiya

Rumah Kita - Kami Dah 2 Bulan Pindah Masuk!

Bismillah

Alhamdulillah

Dah masuk dua bulan kami pindah ke rumah sendiri. Walau masih belum sesempurna rumah idaman macam kau tengok dalam Pinterest, tapi ianya dah cukup sempurna buat kami sekeluarga. Perlahan-lahan nanti kami akan hias dan gubah macam dalam Pinterest. 
Dapat rumah sendiri pun kami dah bersyukur sangat. 7 tahun menyewa, duduk rumah atas kayangan pula- Buat aku rasa benar-benar bersyukur sangat lagi-lagi rumah sekarang ni atas tanah dan ada laman walau hanya sejemput. At least aku dapat tanam pokok serai dan pokok kari seperti yang aku idamkan.

Aku ni- 
Anak kampung
Membesar dengan memijak tanah, bukan tar atau simen, Jadi haruslah aku rindukan asal usul aku walaupun aku bekerja dalam kota batu. 
Jadi bila dapat rumah ni dulu, aku dah aim apa aku nak buat dengan tanah sejemput tu malah tanam serai atas tanah ni adalah nazar aku bila masuk ke rumah ni. Alhamdulillah tertunai sudah nazar tu. Ada dua pokok dah ditanam. Sepokok di depan, sepokok lagi di belakang dekat dengan dapur.

Dari segi kerja, Alhamdulillah. Masih di tempat yang sama cuma jadi agak jauh (to be honest, sangat jauh). Huhuuu. Aku memang dah cari kerja lain yang dekat dengan rumah tapi masih belum direzekikan dengan peluang yang terbaik. F pula, aku tak rasa dia akan tukar kerja cuma dia ada cakap yang bos dia nak pindah pejabat yang lebih dekat dengan rumah ni. We'll see how. 
On my side, jauh tu takpe sebab ada solution speed train. Yang membuat aku garu kepala adalah tambang speed train tu sangatlaaaaahhhh mahei hahaha taktau nak cakap apa. Buat masa ni aku bertahan je dulu. Korang doakan aku dapat kerja baru yang setimpal dan dan dekat dengan rumah dan sekolah Nuha ya? 

Kalau orang tanya apa long term plan aku in terms of karier, ini jawapan aku.

In 3 years, hutang kereta aku akan habis dan masa tu Nuha pun dah darjah satu. Aku plan by that time, aku nak resign dan duduk rumah. Oh helo disebabkan aku ni wanita bermaruah, aku nak duduk rumah bukan goyang kaki. Aku nak run dan generate money dengan cara aku sendiri dan at the same time aku dapat urus keluarga especially anak (-anak) dengan lebih baik. 

Eh tiba-tiba aku cerita hal lain ni dah kenapa? Ini patut jadi entri lain ni~

Ok back to main point. 

Rumah kami masih belum ada ID. Ingat tak dulu aku cakap nak konsep Scandinavian? Huh nan hadooooo! Bila dah masuk ni, baru aku faham yang benda tu kau takkan boleh dapat dalam sekelip mata. Samada dua je. Kau dapat buat cepat sebab kau ada duit dan boleh beli dan siapkan semua tapi kau tak ada masa sangat pun. Kau tak ada duit so kau kena beli sikit-sikit seiring dengan masa yang kau ada. So aku ni jatuh kategori kedua lah kut ya. Sebab laki aku bukan kerja Petronas. Eh tiberr. Dia sekarang ni, asalkan boleh duduk je dulu, maka itulah yang dipanggil rumahku syurgaku. Scandinavian apa segala, tunggu lah dulu.

Alhamdulillah mak abah dan seorang bff aku dah pernah datang ke rumah ni. Maaf ya atas kekurangan. Ada yang tidur atas toto je mula-mula haritu. Maafin gue deh!
Insya Allah nanti Scandi dah onz, semua boleh rasa. Doakan k.

Dhiya