Rindu?


Assalamualaikum

Rindu?
Semestinya~

Alhamdulillah saya sudah dapat capaian internet yang stabil. Sebelum ini saya hanya bergantung kepada data pada smartphone sahaja. Akses juga terhad- Cukup untuk berkomunikasi melalui Whatapps saja. Tapi hari ini, minggu ini- Insya Allah, saya bukan saja ingin kembali aktif menulis- Tetapi ingin memulakan kembali pencarian karier saya.

Hampir sebulan bernikah. Terima kasih, Allah. Kehidupan saya (dan suami) baik-baik saja. Kami bermula dari kosong. Insya Allah sekarang masih bertatih dalam memulakan kehidupan. Terima kasih emak dan abah yang memberikan sokongan dan semangat seinfinitinya. Tidak juga dilupa buat rakan-rakan yang sudi berada di samping saya di saat saya sungguh memerlukan. Allah akan balas semua kebaikan kalian :)

Entri-entri seputar majlis perkahwinan saya akan menyusul selepas entri ini, sedikit demi sedikit. 

Sekian,
Terima kasih.

(Entri pendek saja~)

Dhiya