Sambal Hitam Pahang


Bismillah...

Argh!
Kecur air liur saya dibuatnya!

Ini gambar sambal hitam yang mak bekalkan untuk saya tempoh hari. Ya Allah sorganyaaaaa! Sedap amat!

Untuk pengetahuan, keluarga saya bukan asal jati Pahang. Jadi kami memang tak berapa terdedah sangat dengan makanan tradisi macam ni. Pernah dulu, patin tempoyak tu sangat pelik pada saya. Tapi sekarang Alhamdulillah saya dapat sesuaikan diri dengan baik sekali.

Sambal hitam Pahang ni adalah antara makanan kegemaran saya. Selalunya ia dimakan dengan nasi putih panas. Kalau tak ada lauk lain pun sebenarnya dah cukup. Rasanya masam-masam manis, tambah pedas cili padi. Fuuuh!

Kalau yang belum tahu, sambal hitam ni bahan utamanya adalah belimbing buluh yang telah direbus lama hingga belimbing tu menjadi hitam dan air rebusannya berasa masam (macam rasa air asam jawa). Jadi masam dia memang lain. (lap ayaq lioq lagi). Kebetulan, belakang rumah kami ada 3 pokok belimbing buluh ni. Mak dah rebus banyak periuk belimbing ni buat stok. Ouwh~!
Insya Allah nanti saya akan kongsikan resepi penuh sambal hitam ni. Buat masa ni, mak je yang hebat dalam misi ni. Insya Allah saya nak belajar juga supaya bakal mertua nanti terus lembut hati. (Hoooo)

Korang sabar eh...
Nanti saya kongsikan resepinya.

Telan ayaq lioq,
Dhiya

Simulation & Report


Bismillah

HOMER
Semester ni berkenalan dengan software ni. Boleh tahan fun. I really mean that. Seronok sangat menggodak benda alah ni. Assignment pun sekali dapat 5 set terus. Perfecto!

Dua hari yang saya tak balik cuti sem tu- 
Sebab dia ni lah. Simulation tu yang kritikal sikit. Report boleh dikatakan Insya Allah tak ada masalah.
Saya tekad nak siapkannya di kampus. Tak mahu bawa balik. Alhamdulillah azam tercapai. Sehari je. Sehari yang tinggal tu dapatlah saya siapkan dua set report. Berbaki 2 report dan satu hand calculation yang perlu dibuat- Insya Allah boleh buat masa di rumah ni.
Simulasi
Dah dapat jawapan dari simulasi, kena pindahkan pula secara manual kepada laporan bertulis. Prof KS kesayangan saya tu tak mahu HTML Report. Itu semua orang pun boleh generate katanya.
Alhamdulillah.
Doakan saya terus bersemangat.
Saya sangat menikmati pengajian saya sekarang.
Dah sejuta kali ulang, saya tak menyesal langsung berhenti kerja dan pilih jalan payah ni.

Banyak Allah buktikan kasih sayangNya selama saya 'tiada apa-apa' ni. Insya Allah saya bercadang untuk tulis panjang tentang kisah pengajian Msc. saya yang penuh cabaran ini sebaik saya tamat pengajian hujung tahun ini.

Doakan!

Salam sayang,
Dhiya

Saya Sokong: AJ Jangan Letak Jawatan #MH370


Bismillah...

Artikel asal: Sumber

KUALA LUMPUR: Kebanyakan rakyat Malaysia menyokong Ahmad Jauhari Yahya untuk kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), jika berpandukan apa yang diperkatakan di internet.

Merujuk kepada komen yang sedia ada di media sosial, majoriti tidak mahu Ahmad Jauhari meletak jawatan ketika syarikat penerbangan nasional itu berhadapan dengan krisis.

Ramai yang mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Jauhari, dan menyatakan mereka menghormati beliau dan berbangga dengannya.

“Saya hormat #ahmadjauhari. Anda dapat berhadapan ketakutan dan bangkit untuk mengatasinya. Semoga Allah memberkati dan menunjukkan jalan, ” kata Sabariah Nordin.

Dalam laman Facebook Astro AWANI, “Fo Fo Wanshu wanmo”perkara ini di bawah bidang tugas AJ. Sebab dia rasa bertanggungjawabla dia masih pegang jawatan ni. Bila dah selesai baru dia pertimbangkan untuk resign. Bukan jadi bacul bila ada masalah terus larikan diri.

Seorang lagi, Sherryl Rahman, menulis dalam Bahasa Inggeris: “Saya tidak faham kenapa orang Malaysia dan dunia mempersalahkan beliau untuk segala-galanya. Kenapa?”

Zalea Zie Zamin Shah berkata semua pihak yang terlibat dalam MH370 perlu meletak jawatan juga kalau Ahmad Jauhari, yang juga dikenali sebagai AJ, perlu melakukan yang sama.

“Kalau AJ melepaskan jawatannya saya juga berharap semua yang berkaitan dengan MH370 juga melakukan perkara yang sama.Bak kata pepatah berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.jgn hanya menjadikan MAS sahaja yg perlu dipertanggungjawapkan,” katanya.

Pada halaman Astro Awani, hanya segelintir komen, daripada beratus-ratus lagi, yang berkata Ahmad Jauhari perlu berhenti.

Mohamad Zizul berkata: "Bagi memulih imej MAS di mata dunia..beliau kena letak jawatan atau jika brlaku satu kemalangan lg atau kerugian maka di akan dikambing hitam kan."

Sejak MH370 hilang pada 8 Mac, sudah ada beberapa pihak telah mengkritik cara mengendalikan perkara ini dan ada yang meminta Ahmad Jauhari untuk meletak jawatan.

Seruan ini bukan satu perkara baru, kerana Ahmad Jauhari juga telah dipersalahkan untuk kerugian kewangan yang berterusan MAS mengalami.

Pada bulan Februari, MAS mengumumkan kerugian RM1.17 bilion bagi 2013.

Hari ini, Kinibiz, memetik sumber-sumber industri, melaporkan bahawa kontrak Ahmad Jauhari berkemungkinan tidak akan dilanjutkan selepas tempoh asal tiga tahun akan tamat pada September 2014.

****************************
Pendapat peribadi saya:

AJ tak perlu dan jangan letak jawatan.
Lihat sisi positif.
Berapa ramai dalam dunia ni-
Kalau salah BENDA,
Ada ORANG yang mengaku bertanggungjawab.
Tak ramai.
AJ salah seorang yang melaluinya.

Paling tidak-
Dia BERANI tampil
Walau dia sendiri pun sakit
Tak makan, tak balik rumah
Memikir masalah sejagat-
Yang mahalnya adalah nyawa.

So Malaysians,
Please stand by his side
Lend him some support
As well as to our leaders (regardless of political stands)

We really need to unite
Now and after this.

#AJjanganletakjawatan.

Sokong,
Dhiya Dahlia

Semua Dalam Satu


Bismillah

MH370
Masih sepi. Liputannya juga semakin kurang. Tak macam 2-3 minggu pertama dahulu. Tapi saya mengikuti perkembangannya. 
Lama-lama saya tak boleh menolak yang isu ini ada kaitan dengan konspirasi Amerika. Maaf. Jangan saman saya. Tapi gerak hati saya kuat ke arah itu.
Saya masih optimis bahawa kesemua penumpang MH370 masih selamat. Selagi tiada bukti serpihan pesawat timbul di Laut Hindi, selagi itu saya yakin mereka masih hidup.Saya bercakap sebagai seorang manusia. Humanity akan membuatkan kita lebih menghayati isu ini.

Tudung
Malaslah nak cakap lebih pasal jenama tudung dan isunya. 
Pada pandangan saya, pertama sekali kena betulkan balik niat bertudung. Tanya diri: KENAPA KENA BETUDUNG?
a) Bertudung sebab Allah (fitrah menerima tu datang dari hati dan sukar diterangkan)
b) Bertudung sebab fesyen?
Rasanya kalau kita ikhlas bertudung, kita tak akan bertekak tentang hal ini. Mahal atau murah bukan menjadi persoalan sebab matlamat utama kita adalah mencari yang patuh syariah. 

Bas Terbalik
Kenapa-
Sejak kebelakangan ni banyak sangat kemalangan melibatkan bas?
1. Kemalangan di PLUS- pemandu maut
2. Bas sekolah membawa pelajar terbalik- Ada pelajar maut
3. Minggu lepas ada bas terbalik di Pulau Pinang kan?
4. Hari ni di Bentong- Transnasional terbalik dan ragut 3 nyawa
Itu belum kira kes terburuk di Genting tahun lepas.
Sekarang ni, bas yang saya naik setiap kali ulang-alik ke kampung pun macam dah menakutkan saya. Ramai pemandu muda dan memang terasa sangat kegelojohan pemanduan mereka. 
Kalau yang nampak 'budak' tu, saya tegur juga. Tapi ada yang menyindir kita balik. Saya memang tunggu masa mengumpul bukti. Kalau hilang sabar nanti, saya akan tulis surat.

Cukup. Tiga topik yang saya gabungkan jadi satu. Kalau saya bincang satu persatu, boleh jadi panjang dan menimbulkan arguments. These are just my 2-cents idea that are genuinely come from my heart. You might have yours.

Selamat berhujung minggu,
Dhiya

Koc Wanita @ Keretapi Tanah Melayu Tidak Dihormati?


Bismillah...

Ini situasi dalam koc wanita KTM semasa saya dalam perjalanan balik ke kampung Rabu lepas. Saya memang jarang guna KTM. Tapi sejak 'tercampak' di sini, saya akan guna KTM, koc wanita semestinya kalau nak ke mana-mana terutamanya ke Kuala Lumpur kalau ada urusan.

Tapi sepanjang pemerhatian saya, ramai lagi kaum lelaki yang tidak sensitif dengan kewujudan koc pink ini. Masa hari ni, sebaik saya masuk ke dalam koc- Saya lihat ada beberapa orang lelaki berada di dalamnya tanpa rasa bersalah. Saya pandang tajam-tajam sambil konon-konon mengeluh dengan beg yang banyak dan berat. Puuuuuun masih tak faham.

Memang.
Kebanyakannya bukan orang Malaysia. Tapi saya ternampak juga beberapa orang lelaki tempatan di dalam koc wanita. Pelik kan?
Tak peka?
Tak baca?
Tak cakna?
Kadang-kadang rasa kelakar pun ada.
Jalan dengan teman wanita- Terlalu protective sampai masuk koc wanita.
Macamtu ke?
Bukti punya pasal. Saya sanggu snap gambar ni. Yang berbaju hitam dalam gambar ni adalah seorang lelaki. Yang berbaju putih tu pun rasanya jelas lagi nyata seorang lelaki.
Ada beberapa kali saya lihat pegawai bertugas 'menghambat' kaum lelaki ini supaya ke koc lain. Ada yang akur sambil buat muka tak bersalah, ada yang banyak soal dan tak kurang juga hanya terus duduk di koc wanita tu tanpa rasa bersalah.

Haila...
Rasanya di luar koc tu dah terang lagi nyata tertulis 'koc wanita' siap dengan warna merah jambu dan lambang wanita lagi. Kalau tandas kita boleh bezakan antara lelaki dan wanita, kenapa koc ni tak dapat dibezakan juga? Walhal lambangnya tetap sama.

Saya percaya tujuan utama kewujudan koc wanita ini adalah untuk menjaga keselamatan kaum ini yang terdedah kepada risiko selama keluar dan balik bekerja. Tapi apabila tujuan ini tidak dihormati, maka koc ini seperti tidak ada beza dengan koc lain.

To all,
Please note that Keretapi Tanah Melayu (KTM) intercity train (Rawang- Seremban) has a special coach for ladies to make them comfort and safe during their outing. It's called Ladies' Coach and colored in pink!
Please be considerate and have some respect. :)

Ladies, mari ramai-ramai tegur kalau ada kaum Adam dalam koc wanita. Itu hak kita ok~!

Salam sayang,
Dhiya

Kerja Lebih Masa Rosakkan Jantung


Bismillah

Kakak abang yang sedang bekerja tu, nanti sampai waktu balik- Baliklah
Kakak abang yang khusyuk bekerja sampai tak sedar jam dah cecah pukul 5.30 petang lebih tu- Baliklah sekarang

Kerja lebih masa boleh rosakkan jantung!
 Lagipun
Kita bekerja untuk hidup
Hidup untuk Allah
Banyak lagi kerja khalifah yang kita boleh buat selain kerja-kerja pejabat ni
Mana tahu kut-kut boleh berjemaah dengan keluarga
Bukankah itu lebih indah?

Kerja di pejabat tu
Memang tak akan siap
Memang sentiasa ada

Tapi dengan syarat
Masa bekerja-
Bekerjalah dengan fokus
Jangan tengok drama, layan FB, bersembang atau uruskan perniagaan online

Kunci keberkatan
Kita yang pilih untuk pegang atau buang
Supaya cukup bulan
Dapat gaji
Sentiasa cukup
Itu petanda berkat

Berdasarkan pengalaman saya-

Waktu bekerja: 9 pagi- 5.30 petang.
Pukul 8 pagi, saya dah terpacak di ruang kerja saya, sarapan dan baca surat khabar siap-siap. Tepat jam 9 pagi- Mula bekerja dan bersikap profesional. 
Dulu, committee ada simpan nombor telefon peribadi saya. Kadang-kadang ada la seorang dua yang tak ada common sense tu akan call saya seawal jam 7 pagi. Ada masa saya masih di rumah bersiap-siap ke pejabat. Masa tu saya lurus bendul- Jawab panggilan telefon mereka. 
Sama juga waktu habis kerja. Ada seorang committee ni suka sangat request macam-macam pada pukul 5.30 petang. Kadang-kadang saya dah galas beg pun. Geram. Tapi sekali lagi, masa tu saya lurus bendul- Duduk balik dan lunaskan permintaannya.

Lama-lama saya fikir- Saya ni dah macam kuli yang bekerja tak tentu masa. Privasi saya tidak dihormati. Kurang 6 bulan, saya bertegas dengan semua orang di sekeliling saya. Saya tidak lagi melayan panggilan telefon dari mereka yang masuk ke nombor peribadi sebelum 9 pagi dan selepas 5.30 petang.
Saya balik tepat jam 5.30 petang walaupun saya tahu, Jane cakap saya tak bagus sebab selalu balik awal.
Pada saya-
Balik awal, kerja tak ada yang tertangguh- Itu tandanya efisyen.
Yang duduk lama depan komputer sampai pukul 8 malam tu belum tentu lagi buat kerja.
Sebab apa saya berani cakap?
Anak buah kesayangan dia sendiri kantoi dengan saya- blog walking dan FB semasa bekerja. Nak kata apa?

Stress tulah yang menyebabkan risiko sakit jantung.
Lebih baik balik awal, solat Asar dan jalan-jalan di Tasik Perdana sementara tunggu azan Maghrib. Itu lebih sihat~

Baliklah.
Kalau nak tunggu kerja siap
Memang tak akan siap
Sampai mati (maaf cakap) pun
Tak akan selesai
Akan ada orang baru ganti dan sambung kerja tu.

Betul tak?

Dah pukul 5.30 petang ni.
Pergi balik!
Oh...Siapa yang baca entri ni dalam waktu bekerja, lebih baik ganti dulu masa tu. Baru boleh balik ke rumah dengan aman.

Ingat.
Berkat.
Sihat.
Kongsi nasihat.
Maaf.

Salam sayang,
Dhiya

Daging Salai Masak Lemak Cili Api @ Batang Benar


Bismillah...

Inilah gara-gara berkawan dengan orang Negeri Sembilan!

Pertama kali kami buat keputusan untuk datang ke sini, saya sangat keliru. Kenapa sanggup kami memandu dari Bangi sejauh ini hanya untuk makan tengahari?

Rupanya...
Itulah titik permulaan saya jadi ketagih dengan menu daging salai kat sini. Memang ori Negeri Sembilan punya. Haih...(face-palm)

Sampai sekarang pun, kalau rasa gagah, kami akan ke sana untuk makan tengahari. Selalunya kami akan gerak awal sebab nak elak peak hour waktu makan tengahari. Biasanya dalam pukul 12 tengahari tu kami dah boleh duduk dan makan dengan selesa. Saya dapat bayangkan, kalau pukul 12 tengahari baru nak gerak, jenuhlah nak tunggu meja kosong.

Minggu lepas saya berpeluang lagi ke sini. Sejak balik dari Korea dan kambali ke kampus semester ini, inilah kali pertama dapat jejak kaki ke sini. Punaylah lama tahan rindu dendam.

Gerai makan ni terletak hampir dengan stesen KTM Batang Benar. Kalau dari Nilai, stesen KTM tu akan berada di sebelah kiri pemanduan. Jadi pandu terus dalam lebih kurang 500 meter, anda akan nampak gerai-gerai makan dengan kereta yang banyak di tempat lapang. Ha..Itulah tempatnya.

Saya memang dah jatuh cinta dengan gerai No. 3 ni. Daging salai pucuk ubi masak lemak cili api dia memang terbaik! Setiap kali datang sini, memang itulah menunya. Tak pernah pula cuba yang lain. Tunggulah kalau dah boring nanti (boring ke?), saya akan cuba lauk lain~ Saya dengar gerai No. 4 sebelahnya pun sedap juga menunya.
Gerai kegemaran saya- Gerai No. 3. Orang kata Gerai No. 4 pun sedap juga, tapi kami masih belum cuba lagi. Di sini juga, di gerai paling kanan, ada dijual pelbagai manisan termasuklah trifle, dadih, dan puding. Memang pakej sangat.
Menu kami dari dulu sampai sekarang. Tak lebih, tak kurang. Paling wajib ada mestilah daging salai masak lemak cili api tu. Lain-lain kami dah tak kisah sangat.
Here goes my ratings:

Sajian: Menu kampung. Memang sedap.Selain daging salai, ada itik salai, ayam salai, ikan keli salai dan macam-macam lagi menu kampung. Tak nak cerita lebih. Lapar nanti. 9/10
Harga: Berbaloi. Kami makan macam dalam gambar tu, siap air limau ais- lebih kurang RM15 sahaja. Lepas tu, kami bungkus pula lauk daging salai tu. (Tamaknyaaa). 8/10
Kondisi kedai: Gerai kampung saja. Jadi jangan expect makan dalam kedai ada penyaman udara. Kerusi pun kerusi kayu je. Tapi saya suka- Padan sangat dengan suasana kampung di sekelilingnya. Tempat letak kereta disediakan. 7/10

Jadi kepada yang rasa tercabar dengan menu-menu yang saya sebut di atas, bolehlah buat site visit ke sana secepat mungkin. Kalau tak silap, Gerai No. 4 tu dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Kami pun datang kalau hujung minggu je. Hari kerja memang taklah!

Ha yang dah meleleh ayaq lioq tu, pergilah esok. Nanti terkilan pulak~

Cepat!

Enjoy your meal,
Dhiya

Mengharapkan Keajaiban #MH370


Bismillah....

Semalam-
8 April 2014
Sebulan yang lepas-
8 Mac 2014

Lenyapnya MH370
Terus menjadi misteri sedunia
Kesakitan seluruh isi keluarga mangsa
Kegusaran para pemimpin kita
Kesedihan kita semua
Masih
Ada ruang untuk kita berdoa
Ada peluang untuk usaha

Semoga
Allah yang Maha Kuasa
Sudi simpati pada kita
Ada sedikit keajaiban di depan mata
Buat hati tercubit
Semoga lebih hampir denganNya.

Jangan lupa
Teruslah berdoa
Kasihani keluarga mangsa
Seperti kita di tempat mereka

Salam sayang,
Dhiya

Spa Kaki Guna Bio Oil


Bismillah

Hari ni berhajat nak off-topic dan nak kongsikan tips yang saya sendiri amalkan.

SPA KAKI GUNA BIO OIL!

Dulu, macam yang saya pernah cerita- Saya mengalami alahan kulit kaki yang agak teruk. Macam-macam cara jugalah saya ikhtiarkan. Sekarang dah semakin baik Alhamdulillah.

Salah satu rutin yang saya amalkan dan terasa keberkesanannya adalah merendamkan kaki dalam air suam yang dicampurkan dengan beberapa titis Bio Oil.
Caranya sangat mudah. Tinggal lagi nak ke tak nak. Memandangkan saya tinggal sendiri dalam private room,  saya tak ada masalah untuk melakukannya.

Caranya:
[1] Campurkan air panas dengan air sejuk untuk mendapatkan suhu sederhana ke dalam baldi atau besen (bergantung kepada keselesaan anda. Jangan rendam kaki dalam air panas menggelegak tu~)
[2] Masukkan beberapa titisan Bio Oil ke dalam air suam tadi
[3] Kacau supaya minyak tadi sekata dengan air suam
[4] Masukkan kaki (saya buat bancuhan sampai paras buku lali sahaja)

Tak ada yang istimewa sangat pun tips saya ni. Tapi hasilnya, saya dapat rasakan yang kulit kaki semakin lembut dan bersih.

Jadi apa lagi. Pergilah pinjam baldi kawan dan praktiskannya sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Lepas dah rasa kesannya, jangan letak gambar kaki anda dalam blog pula. Just enjoy it!

Salam sayang,
Dhiya

Fake Friend lagi


Bismillah...

Sekarang ada kelapangan sedikit nak menulis. Sejak minggu lepas, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Sejak minggu lepas juga saya menerima banyak sangat SMS dan panggilan dari Iv yang merupakan rakan sekelas saya di sini.

Iv ni mendaftar sama batch dengan saya, tapi dia dah leading satu semester daripada saya, sebab saya ke Korea tempoh hari. Jadi banyak kelas yang saya dah tak ambil dengan dia dan sangat susah nak jumpa dia. Nak dijadikan cerita, dua minggu pertama masuk semester baru ni, dia sangat bersungguh-sungguh nak jumpa saya. Rupanya dia berikan saya previous notes and assignment untuk rujukan. 
Kali kedua dia ajak jumpa, dia meminjamkan saya 3 booklet dan katalog MLM kepada saya. I started to smell something fishy. Saya dapat tangkap yang dia nak promosikan produk MLM dia tu pada saya. Sejak itulah, dia asyik SMS dan telefon, nak minta datang ke bilik saya dengan alasan untuk ambil balik katalog dia.
Saya dah mula tak senang dengan permintaan dia tu. Saya beritahu dia, saya boleh memandu dan ke bilik dia untuk pulangkan katalog tu. Dia tak perlu susah payah tunggu bas dan berjalan untuk ke bilik saya. Saya beritahu dia yang bilik saya betul-betul served as a private place untuk saya.
Paling saya geram, dia tak nak jumpa saya di fakulti atau di kolejnya sendiri. Dia nak juga ke bilik saya! SMS dan panggilan yang banyak dari dia- Sampai saya terpaksa silent kan telefon bimbit.

Isnin lepas, saya bertegas:
"Iv, to be fair, let's meet at the faculty and I will return your catalog there. Else I will drop them at your college's office. I will properly put them in an envelope and write down your name. You can collect from them and it's even convenient for you."

Jam 2 petang, saya tahu dia tak ada banyak pilihan. Dia datang dan kami 'terpaksa' memaniskan muka walaupun dalam hati kami saling tahu yang sakit hati tu ada. 
Tapi saya memang tak boleh bagi muka dengan orang macamni lagi. Saya dah serik. Setahun lepas saya baru 'terkena' dengan orang  yang dianggap kawan dan dihormati- Tapi rupanya menikam saya dari belakang untuk kepentingan bisnesnya. Fake friend!

Sebaik dia duduk, saya terus pulangkan katalog dia tu dan cepat-cepat mengemas barang untuk pulang. Tapiiiiii dia cepat-cepat keluarkan bahan demo dia untuk ditunjukkan kepada saya. Saya dah tak dapat lari. Yang menggeramkan, kat bilik ulangkaji pun dia boleh buat demo dia tu!
Saya malaslah nak cerita MLM yang mana satu dan produk apa. Tapi marketing strategy dia sangat teruk. Dia bandingkan produk dia dengan satu produk yang sangat well established di Malaysia. (Gila berani dia buat macamni~!)
Kemudian, keluarlah segala fail dan risalah yang menunjukkan income yang upline dia dah dapat. (Silap la, kawan....Hang ingat aku tergoda ke dengan semua tu haaaa~)
Dia masih sempat pancing saya lagi:
"I wish to do hair and skin treatment demo to you. When I can go to your room?"

"Sorry, kawan...I betul-betul tak berminat" Dah tak tahu nak cakap macamana lagi. Dia masih bersungguh-sungguh.

"Kalau you tak nak guna produk, daftar jelah jadi ahli dulu"

"NO, Iv. Big NO from me. Kalau you terus paksa I macamni, I takkan jumpa you lagi dah"

Nampak dia akur secara terpaksa.
Fuh.

Serik.
Fake friend ni memang susah nak distinguish sehinggalah mereka betul-betul kelihatan ingin atau telah 'mengambil' sesuatu dari kita.

Sekarang saya sangat percaya yang kawan sejati sangat sukar untuk dicari. Sungguh, saya sangat tak ramai kawan, tapi mereka yang ada di samping saya adalah yang betul-betul kawan yang sudi bersama tak kira susah atau senang.

Fake friend, please leave me!

Entri nasihat manja + geram, 
Dhiya

:)


Bismillah

Demi Allah, saya suka situasi ini. Sibuk, serabut, semak macamana pun, saya tahu ini adalah untuk saya.
Saya berani cakap, serabut meja belajar dengan serabut meja kerja sangat-sangat lain emosinya.

Saya masih di kampus. Bertapa dengan beberapa orang rakan sekelas menyiapkan beberapa tugasan yang masing-masing pun tak tahu nak mula dari mana. Huhu.

Insya Allah akan bercuti sedikit lewat, tapi saya gembira!

Hm...Dah lama saya tahan air mata kalau bercakap tentang hal peribadi dan keluarga. Dua isu ini sangat besar lagi penting dalam hidup saya. Saya boleh hilang apa sahaja, tapi bukan keluarga. Mereka nyawa saya.
.
.
.
.
.
Insya Allah kurang dari setahun saya akan kembali kepada keluarga dan masyarakat sebagai seorang yang baru.
Kalau diizinkan Tuhan, saya nak usahakan pengajian yang lebih tinggi ke luar negara. Saya perlukannya.

Salam sayang
Dhiya

Selamat Hari Rabu!


Bismillah....

Errrkkkk~! Dah hari Rabu!
Cepatnya masa berlalu. Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum cuti semester bermula. Jumaat ni pula adalah hari terakhir submission of research proposal. Alhamdulillah semuanya dah ready, cuma masih mengada-ngada lengah sana sini~ Haish!

Kelas hari ni sepatutnya jam 11 pagi. Tapi macam biasa, Prof KS sangat sibuk dan kelas ditunda ke jam 12 tengahari. Jam 11 ni bolehlah gerak dan singgah ke kafe dulu untuk beli makanan tengahari. Begitulah rutin saya.

Dan ya, saya sangat rindukan rutin kelas dan praktikal semasa di Korea dulu. Dr. Jung dan Torres cakap sekarang tengah musim bunga. Memang rasa macam nak menangis. Saya rindukan mereka, rakan-rakan Korea yang baik-baik belaka dan semestinya suasananya yang indah dan mencabar!

Selepas kelas nanti saya akan kembali bertapa di bilik siswazah untuk menyiapkan sedikit lampiran. Esok adalah hari perjumpaan saya dengan supervisor. Kenalah ada perkembangan sikit. Kalau tak macamana nak jumpa dia? Hahah!

Hidup saya di sini masih seperti biasa. Biasalah tu kalau ada turun naik carta. Hidup ni tak semuanya indah. Kadang-kadang saya dah penat nak melayan perkara-perkara negatif ni. I just let it be dan teruskan hidup dengan rasa syukur. Orang-orang yang menekan dan 'mengganggu' saya tu tak lebih dari external disturbances yang memberikan noise yang kecil dalam graf hidup saya. And it is beautiful actually. Huhu!

Teruskan berjuang.
Insya Allah, susah sampai hujung tahun ni je.
Allah akan bagi sesuatu setiap hari, suatu hari nanti!

Salam sayang,
Dhiya

Tukar Angin


Bismillah

Sedang bersiaran dari bilik siswazah yang super sejuk di fakulti. Hari-hari bertapa di dalam bilik, boleh jadi tepu juga dibuatnya.
Pagi-pagi tadi packing laptop dan buku-buku, terus memandu ke fakulti.

Bilik ni betul-betul mengubah mood saya untuk menyiapkan semua kerja sekolah dengan lebih bersemangat lagi.

Bilik yang selesa, cerah, berhawa dingin dan wifi yang fuh! Kalau main-main lagi memang tak tahulah. Ini pun saya curi masa 5 minit untuk kemaskini blog sebab dah membaca jurnal berhelai-helai sampai berpinar mata. Huhu.
Mari terus bersemangat!

Salam sayang,
Dhiya

Korea: Sky Road @ Daejeon :)


Bismillah...

Ini
Sky Road
Konon paling jauhlah kalau nak have fun...
Feeling-feeling macam ada kat Seoul~
Padahal Daejeon juga pun.

Alamak ada scene yang terpusing-pusinglah.
Maaf saya tak pandai nak edit video ni. Jadi kalau nak selesa, pusinglah skrin anda ikut kedudukan video ni ye :p

Salam sayang,
Dhiya

Tengok ni.Sedihnya... :(


Bismillah

Saya kongsikan pengalaman seorang senior yang bekerja sebagai seorang pegawai perubatan O&G di salah sebuah hospital kerajaan di Kedah.

Masyarakat kita makin tenat.
Ketamadunan kita sedang bergantung kepada generasi muda. Saya sendiri terasa bertanggungjawab atas diri sendiri, rakan-rakan dan adik abang di sekeliling saya. Mungkin tidak punya kudrat untuk mencegah dengan kuasa. Hanya doa saya panjatkan.

Allah peliharakan kita,
Negara kita.

Salah muhasabah,
Dhiya

B-Boy Dance @ Korean Folk Village


Bismillah...

Dear all,
I would like to share this video clip. I hope you enjoy watching this!

(sambil geleng-geleng kepala ikut rentak~)
I miss you, Korea
Dhiya Dahlia

Kawan Sejati


Dipetik dari IG peribadi:


Betullah tu... 
Kawan sejati ni- 
Buruk mana pun kita 
Jatuh tergolek hina bina 
Susah payah berendam air mata
Gembira melompat melantun 

Mereka akan tetap ada 
Untuk beri nasihat 
-Tunjuk ajar 
-Semangat 
Berkongsi suka duka 
-idea 
Sebab sama-sama nak masuk Syurga 

That is how i define real friend 
Nampak macam kejam? 
Taklah. 

Dan nak kenal mereka ni senang- 
Yang ada masa susah kita 
Itulah mereka 

Kalau mereka ada untuk aku 
Aku berdoa semoga aku juga ada untuk mereka 

So fake friends 
Please... 
Tinggalkan aku.

Dhiya

Wordless Wednesday: Iman


Bismillah

Iman
Please be mine!

Haha
Sorry Iman, can't resist myself from uploading your cute face.
Balik minggu lepas, saya tumpang Yan dan Aliff. Memang all the way dia tidur dalam dakapan saya. Ouh best rupanya ada baby ek. Bau baby sangat wangiiiiiii~!

Salam sayang
Dhiya

... #MH370


Bismillah...

Remuk, robek habis hati saya tatkala mendengar sidang media oleh PM malam tadi. Saya mendengarnya agak lambat kerana meraikan Yan dan Aliff dalam satu majlis makan malam.

Sakit
Untuk menerima perkhabaran ini.
Walaupun tiada ahli keluarga dalam pesawat, tapi saya dapat rasakan kepedihannya.
Seluruh rakyat Malaysia wajar untuk berdukacita. Ini bukan lagi masalah 'mereka dan keluarga mereka', tapi ini adalah perkongsian seluruh Malaysia.

Saya secara peribadi masih mengharapkan keajaiban dari Tuhan. Selagi tiada bangkai pesawat atau jasad ditemui, saya sedang beranggapan mereka semua sedang selamat di daratan, cuma sedang menunggu untuk diberikan bantuan...

P/s: Tiba-tiba Elis bagitahu yang dia akan ke Beijing atas urusan kerja dalam masa terdekat ni. Urgh!

Doakan MH370,
Dhiya Dahlia

Restoran Nu-iN Little Perak


Bismillah

Ini cerita minggu lepas.

It was an express birthday celebration. Tak expect langsung nak sambut beria. Elis pun datang dah lambat. 
Paling sedih, dia pun dah makan di pejabat. Lauk kambing siap! Masa tu rasa macam:
"Habis kita ni nak celebrate siapa? Gr~"
Lepas tu boleh tanya lagi nak makan kat mana.
Memang bukan birthday celebration langsung!

Akhirnya kami ambil keputusan untuk makan di Nu-in Little Perak ni.
Tapi disebabkan kami tak rancang pun, jadi semuanya saya anggap ok and please proceed. Hahha

To cut it short,
Sebelum ni pernah makan dah kat sini. Makanan memang sedap, tapi er...portion dia macam sikit. (Siapa yang lapar dan craving for a big scale portion, lebih baik tempah 2 pinggan meals!)
Harga pun agak mahal sebenarnya.

Tapi
I like their service and the cozy atmosphere.
Kedai mereka bersih, kemas, dan cantik.
Pelayan pun sangat peramah dan siap tolong cadangkan menu untuk saya. Kebetulan kami memilih untuk makan di koridor luar, dan tak lama selepas tu hujan dan tempias- Pelayan tu siap bawakan makanan kami bawa ke meja di dalam kedai yang lebih selesa.
Nu-in Little Perak. Lupa pula nak tanya kenapa nama kedainya begini.
Menu: Nasi lauk ayam istimea Nu-in, sagu gula merah, laicikang, dan sirap selasih. Orang dah makan kambing hanya makan sagu gula merah je. Gr..~
Terus
Rasa birthday celebration tu sangat bermakna! Hahhaha!

Paling istimewa
Nu-in pernah termasuk dalam rancangan JJCM sebab saya nampak plak JJCM tergantung di dinding kedai mereka.
:)

Salam sayang,
Dhiya