Korea: Melawat Korean Folk Village


Bismillah...

Lamaaaa sangat tak sambung cerita Korea ni. Tapi jangan binbang, siri pengalaman saya ini akan habis dalam masa terdekat sebab hanya tinggal beberapa folder sahaja lagi yang belum saya buat review.
Selebihnya Insya Allah saya akan kongsikan secara sambilan- Termasuklah gaya hidup saya di sana dan review beberapa produk istimewa seperti Produk Skinfood dan cenderamata yang menarik.
------------------------------------
Ini adalah lawatan pertama dalam bulan November. Berbaki 2 minggu sebelum pulang ke Malaysia, aktiviti kami penuh samada memang dirancang oleh pihak kolej mahupun kami yang memenuhkannya sendiri.

Korea memang sebuah negara yang unik. Saya sangat bangga kerana terpilih menjadi duta kecil yang membawa nama negara dan dalam masa yang sama diberi peluang meneliti budaya dan ketamadunan negara ginseng ini.
Kali ini kami dibawa ke Korean Folk Village yang terletak lebih kurang tiga jam perjalanan dari Daejeon. Walaupun perjalanannya agak panjang, tapi saya tidak pernah bosan kerana musim luruh ketika itu sangat memberikan pemandangan yang cantik :)
Kawasan letak kenderaan di Korean Folk Village. Agak lengang sebab kami datang pada hari bekerja.
Sangat seronok dengan warna daun yang bertukar kuning ni. Maha Suci Allah yang menciptakannya!
Kawasan luar Korean Folk Village. Nampak macam sebuah perkampungan tradisional dahulukala kan?
Memang. Memang Korean Folk Village berkonsepkan begitu. Ini baru nampak di luar. Kalau di dalam lagilah uniknya. Terasa macam betul-betul berada dalam zaman yang lain! Korean Folk Village ini juga terkenal kerana banyak penggambaran filem mereka dilakukan di sini. Tapi disebabkan saya bukan orang yang 'gila' cerita Korea sangat, jadi saya tak tahu banyak.
Ini antara jadual persembahan yang diletakkan di bahagian pintu masuk untuk rujukan pengunjung. Banyak tapak-tapak persembahan di dalam sana. Jadi amatlah penting untuk kita semak jadual supaya kita boleh catch the show
Memandangkan persembahan seterusnya macam lambat lagi. Jadi kami ada masa untuk bersiar-siar di kawasan sekitar. Masya Allah, memang cantik! Kebetulan pula masa tu musim luruh- Jadi daun-daun yang bertukar warna tu sangat memberi keindahan! Tak ada kat Malaysia~
Dr. Jung ajak kami semua makan tengahari dulu. Macam biasa, kami tak boleh expect makanan yang sedap-sedap dan ikut citarasa kami. Tapi disebabkan dah biasa, kami boleh juga sesuaikan diri dengan makanan tempatan yang berasaskan sayur dan ikan.
Bimbimbap- Nasi + Sayur + Telur ikan. Alhamdulillah :)
Tengok. Betapa tak ramainya orang! Kami boleh main keja-kejar lagi.
Suasananya memang tak boleh diungkapkan. Cantik, damai dan indah. Maha Suci Allah yang menciptakan dunia ini cukup sempurna- Tapi masih kita terus-terusan membuat kerosakan :(
Ini antara tempat menarik dan unik yang sempat saya lihat. Korean Folk Village seperti ada kehidupannya yang sendiri. Saya dapat lihat ada orang-orang tua yang mengembala haiwan ternakan, membuat anyaman tradisional dan mengemas kawasan kampung ini. Unik!
Kampung tradisi. Mungkin itu boleh menerangkan Korean Folk Village dengan tepat. Huuu. Kalah hanok village dan Nami Island.
Di sini, daun-daun sedang galak bertukar warna. Sebab tu dapat tengok daunnya masih ada hijau-hijau dan sedang bertukar menjadi kuning keemasan. Kalau di Daejeon, masa ni banyak daun dah mula gugur dan bersedia untuk musim salji. 
Kalau siapa yang tak tahu, inilah pokok Ginkgo. Cantik kan? Tapi pokok ni 'busuk'. Kalau terpijak buahnya yang jatuh, tapak kasut kita akan berbau busuknya. Hihi. Tapi Dr. Jung cakap mereka tetap anggap pokok Ginkgo sebagai 'baik' sebab baunya yang busuk itu telah dapat menghalang serangan serangga seperti nyamuk dan lalat. Sebab tulah pokok ini banyak terdapat di kawasan kediaman dan juga sekolah. Hm..~

Salah satu rumah tradisi yang ada dalam Korean Folk Village. Ini memang rumah betul tau. Bukan replika atau miniature.
Nilai tradisinya masih tinggi. Tengoklah atap yang digunakan. Kalau di Malaysia macam penggunaan atap nipah atau rumbialah~ Tapi boleh nampak kan berapa banyak ke lagi rumah yang mengekalkan tradisi macamtu.
B-Boy Dance. Saya tak tahu kenapa namanya begitu. Tapi tarian ni unik sebab pergerakan mereka lebih kepada pergerakan kepala.
Masa untuk persembahan! Persembahan pertama yang kami tonton adalah B-Boy Dance. Menarik sangat! Mereka bermain alat muzik dan menari dengan rentak dan pergerakan kepala yang seragam.
Antara penonton yang duduk dan melihat persembahan. Kanak-kanak sekolah pun ramai. Saya rasalah...Sekolah di Korea ni sangat menitik beratkan pendidikan luar kelas. Mana-mana kami pergi, kami pasti akan berjumpa dengan kanak-kanak sekolah yang comel-comel ni.
Bagi saya, duduk menonton sampai habis tu satu yang merugikan. Kawasan ini sangatlah besar. Jadi saya cuma tengok sekejap sebelum angkat kaki untuk terus explore lagi.
Saya dan Angel cuba untuk ambil feel di tempat flogging ni. Hew! Penyebatnya pula bukan main besar!
Ini macam...erm... kawasan atau bangunan pentadbiran. Di kawasan lapang tu adalah tempat untuk menjalani hukuman sebat (flogging) atas kesalahan-kesalahan tertentu.
Selain itu, kami juga melihat tempat tahanan (penjara) yang diperbuat daripada kayu kukuh. Saya berpeluang masuk ke dalam kurungan tu. Huhu. Bentuknya memang macam dalam cerita lama-lama tu. Mereka sangat menjaga keaslian bentuk barang-barang dalam Korean Folk Village ni :)
Antara sudut menarik dalam Korean Folk Village. Bangunan lama, tapi sangat klasik dan terpelihara.
Cuaca sangat baik. Selama kami di Korea, jarang sekali hujan. Tapi ada juga sekali sekala. Hujan di sini tidak lebat, tetapi selalunya berlarutan. Masa tulah feeling-feeling romantik macam dalam drama Korea yang romantik-romantik tu. Muaha!
Traditional Market Place juga terdapat dalam Korean Folk Village ni. Ia menjual barang-barang tradisional dan juga cenderamata. :)
Golden leaves of Ginkgo!
Acrobatic on a tightrope
Seterusnya kami sempat menonton persembahan acrobatic on a tightrope. Pakcik ni bukan main hebat lagi berjalan atas tali dan hanya mengimbangkan diri dengan menggunakan kipas. Haha.
Adik-adik sekolah tadika yang comel-comel. Yang seorang tu caught in action pulak~!
Antara watak-watak pelakon yang menjalani penggambaran di sini.
Salah satu pemandangan yang sangat cantik di Korean Folk Village.
Dalam kawasan ni juga ada kawasan-kawan ritual mereka. Dan pastinya saya tak ke sana untuk buat sebarang catatan. Kawasan ini terlalu 'sempurna' untuk tidak berbuat apa-apa kecuali merehatkan minda.
Secara peribadi, inilah tempat yang kami tak jumpa orang Malaysia langsung! (Mungkin kebetulan)- Which make us very special and free to shout our own language. Haha
Public Market
Ada satu kawasan tu, ia merupakan tapak penggambaran sebuah drama yang agak terkenal saya fikir- Sebab ramai yang masuk ke situ. Saya dan Angel tidak melepaskan peluang masuk dan kami mencuba pakaian tradisi orang Korea (Hanbok) secara percuma!
Macam saya ceritakan sebelum ni, kita kena pandai cari tempat untuk pakai Hanbok ni. Kalau yang kena bayar tu, baik tak payah. Ada banyak tempat yang menyediakan pemakaian Hanbok secara percuma. Untuk bergambar je pun.
Tapi dalam kes kami ni, sebab tak ramai orang- Saya dan Angel siap boleh berlakon dan berlari-lari dalam kawasan tu dengan memakai Hanbok.
Terasa sangat comel dan tak malu. Haha! Gambarnya ada, tapi macam biasa- Saya berpendirian untuk tidak meletak gambar sendiri dalam blog ini :)
Paling-paling pun, gambar ini je yang boleh diletak. :p
Kucing Korea.
Ini Angel. Ada seorang kakak pelancong Korea ni agaknya kesian tengok kami. Pakai Hanbok pun tak betul...Jadi dia panggil kami dan tolong kami pakai Hanbok dengan cara yang betul. Ya, mereka sangat peramah dan baik hati. Mungkin pada lisannya tak terbukti, tapi nampak jelas dari perbuatan mereka. Dan ini adalah salah satu buktinya.
Seterusnya kami menyeberangi jambatan dan ke muzium tradisi mereka. Banyak benda yang saya belajar dari lawatan ke muzium ini. Sekurang-kurangnya- Tahu budaya dan cara hidup mereka.
Pintu masuk muzium.
Makanan tradisi orang Korea.
Antara makanan istimewa mereka bersempena dengan perayaan tertentu.
Pakaian sewaktu musim sejuk.
Makanan pada waktu musim sejuk.
Selesai berjalan di dalam muzium, kami keluar semula untuk menonton majlis perkahwinan tradisi orang Korea. 
Tapi sementara tu, kami masih sempat menikmati pemandangan indah yang terbentang di depan mata.
Scholar's House
Memang saya dapat rasakan feel kalau buat penggambaran di sini.  Nampak real dan cantik!

Sempat ambil gambar telatah kembar Korea ni.
Ok bergegas kembali menyeberangi jambatan dan menunggu upacara perkahwinan tradisi orang Korea!
Saya tak boleh nak terangkan sangat upacara mereka ni sebab setiap satu upacara ada signifikannya yang tersendiri. Unik dan satu pengalaman baru bagi saya :)
Pengantin lelaki (konon-konon je ni tau~)
Pengantin perempuan (konon-konon juga)
Siap ada 'tok kadi' dan pengapitnya sekali.
Tapi saya teringat cerita Torres semasa saya di Seoul dulu, perkahwinan tradisi ni macam dah dilupakan. Ramai orang memilih untuk melangsungkan perkahwinan secara moden dan dibuat di hotel-hotel. Semasa saya ke Seoul dulu pun, saya sempat melihat perkahwinan moden di hotel tempat Torres letak kereta dia. 
Samalah juga di Malaysia kan...Ramai yang dah mula memilih untuk memodenkan majlis perkahwinan seiring dengan arus masa.

Masa untuk berkumpul. Masa dah tamat dan kami akan menaiki bas untuk balik ke Daejeon!
Bengkel seni kayu tradisional.
Alhamdulillah banyak sangat pengalaman yang dapat dikutip semasa lawatan ke Korean Folk Village ni. Terima kasih Allah sebab bagi saya peluang sebegini luas.
Terima kasih juga kepada yang sudi membaca satu daripada entri yang panjang ini. Maaf kalau anda bosan. Huhu.

Ada sedikit-sedikit lagi cerita Korea yang saya teringin nak kongsikan di sini. Insya Allah. Nanti :)

Salam sayang, 
Dhiya

Congratulations, friend!


Bismillah...

I was informed this good news through FB.

Good job, Torres!
Wish you all the best in your future undertakings :)

I'm proud to be one of the proofreader for his essays for this application. Nabil and Olin also would be happy as they also helped me on that.

Read here: One and two
Now I can plan to fly and visit Amsterdam. Haha!

p/s: Inilah nilai warga Korea yang saya sangat kagum. Mereka sangat bersemangat dalam menuntut ilmu. Kita kena cemburu!

With love,
Dhiya

Bunga Durian!


Bismillah...

Setelah beberapa minggu menyesuaikan diri dengan hidup kampus, minggu ini saya pulang ke kampung. Kebetulan pula PRK Kajang tu yang dekat dengan tempat saya. Malas nak tersangkut dalam urusan mereka.
Dua minggu lepas saya dah tersadai dalam kesesakan lalulintas pada hari penamaan calon. Serik sangat-sangat~! Hahaha

Sebaik sampai jam 12 malam tadi, saya dah boleh tangkap satu bau. Rasa macam lama sangat tak hidu bau ni.

Bau bunga durian!

Tadi sempat buat lawatan tapak- Sahlah pokok durian tepi rumah mak abah ni tengah lebat berbunga. Tapi masih putik yang belum kembang. Kalau dah kembang nanti, lagi wangi dan cantik. Kelopak-kelopak yang jatuh tu banyak sampai menutup tanah.

 Bila boleh kenduri durian ni?

Paling awal pun, mungkin bulan puasa atau raya.
Untuk rakan-rakan hantu durian yang dah biasa bertandang ke rumah ni, berdoalah semoga ini merupakan rezeki kalian.

Salam sayang,
Dhiya

Mari Doakan Mereka- MH370


Bismillah

#prayformh370

Saya tahu tentang berita ini seawal jam 9 pagi semalam. Masa tu berita masih baru. Berulangkali saya baca sebab rasa macam tak percaya.

It's Malaysia's aircraft!

Brothers and sisters,
Lets pray for them. May Allah protect them!

Saya agak emosi, sebab terbayang-bayang bagaimanalah suasana dalam MH370 sebelum kejadian. Saya pernah mengalami 'rasa jatuh' kesan dari air pocket dalam Korean Air dari 30,000 kaki ke 19,000 kaki hanya dalam beberapa saat. Itupun keadaan dalam plane dah cukup cemas.

Masa tu rasa kecil sangat- Dan pergantungan hanyalah kepada Yang Satu.

Allahu
Peliharakan seluruh isi MH370. Mari berdoa bersungguh-sungguh dan bersimpatilah atas nama kemanusiaan.

Mari berdoa,
Dhiya

Happy Birthday DDD


Bismillah...

I purposely created this second blog on this special date, three years ago- So that it can be easily remembered.

Happy birthday Dari Diri Dhiya and happy birthday to you!
Life's so hectic now. A lot of assignments to be done and bulk of journals need to be digested for my project.

Will write more soon.
Soon...

Love,
Dhiya

Jangan Bergaduh dengan Orang Kurang Bijak


Bismillah

Beberapa tahun pengalaman kerja telah membolehkan saya berjumpa dengan ramai orang, terutamanya golongan profesional. Lebih lagi, saya banyak berurusan dengan pelbagai lapisan bangsa dan kedudukan.

Saya mempunyai rakan cleaner dari Indonesia yang setiap pagi akan mengemop dan mengemas cubicle saya. Saya punya seorang pakcik jaga yang setiap hari memberi salam sewaktu saya melintasinya- Hingga saya malu dan terus berlumba untuk memberi salam terlebih dahulu darinya.
Saya juga memiliki rakan-rakan sekerja yang baik dan ceria. Namum sebahagiannya jelas nampak sebaliknya.

Saya akui, satu-satunya konflik saya di tempat kerja adalah dengan seorang gadis Melayu bahagian akaun yang sebaya dengan saya- Tapi berlagak senior sedangkan dia bekerja di situ lebih lewat dari saya. Hanya kerana terasa dan terlihat sebagai pekerja yang disayangi oleh bos, dia sangat mudah menghukum saya. Paling sakit jiwa- Apabila dibahas, dengan bos sekali akan hentam saya!

Nampak tak adil.
Kan?

Tapi saya diamkan.

Cukup waktunya,
Iaitu pada tarikh ini, setahun yang lepas...
Saya menghantar surat meletak jawatan dengan alasan untuk menyambung pengajian. Masa tu Jane (bos saya) kelam kabut dan memujuk saya dengan kenaikan jawatan dan gaji.
Apabila saya menolak (kerana pengajian saya telah bermula), dia kata saya bodoh kerana menolak rezeki.

Saya melangkah keluar dari situ tanpa sebarang ayat mempertahankan diri, tetapi semua rakan saya tahu yang 'kemenangan' di pihak saya tidak perlu diumumkan dengan kata-kata.

Orang bodoh (atau bahasa sopannya orang kurang bijak)- memang tak perlu dilawan dan dilayan.
Untuk Jane dan Sya- Saya masih survive dalam tempoh setahun ini- Kerana rezeki saya Allah yang beri. Bukan anda. Ianya malah berganda-ganda dan menggembirakan. Saya rasa saya telah membuat keputusan yang tepat dengan meninggalkan kalian dan memekakkan telinga atas fitnah dan kata nista yang dilontarkan.
Terima kasih juga kepada kakak-kakak sepejabat yang sangat baik dan selalu bertanya khabar. Kak Ja sampai terkejut apabila suatu hari dia bertanya khabar saya- Saya beritahu yang saya dah 3 minggu berada di Korea.

I don't regret because I never argue with stupid people~

Forgive not forget,
Dhiya

Tazkirah Jumaat


Bismilillah...

Minggu rasanya saya banyak berbicara, tapi tetap terasa bisu.
Gembira kita semua direnggut dalam sekelip masa.
Tapi masih
Diberi peluang untuk muhasabah.

Di hari Jumaat yang berkat ini,
Mari
Teruskan doa kita,
Moga Allah tunaikan harapan kita.

Hasbunallah Wani'mal Wakeel!

Salam sayang,
Dhiya

...Minggu yang Pantas


Bismillah

Minggu ini, kita semua menanti Jumaat dengan perasaan yang agak berbeza. Saya yakin.
Insya Allah, mari banyakkan doa untuk apa sahaja yang kita hajati.
Juga, jangan dilupa saudara-saudara kita yang terlibat dengan tragedi MH370.
Saya ada terdengar dalam Hotfm baru-baru ini- Perkataan 'sabar' yang selalu kita guna untuk memujuk orang lain yang sedang ditimpa musibah adalah tidak perlu.

Macam tak logik kan?

Tapi betul.
Cuba pejam mata, bayangkan kalau kita berada di tempat saudara kita yang sedang menanti sepi di KLIA tu, lantas dibisikkan kata-kata 'semangat' yang berbunyi- "Bersabarlah..."
Marah? Sedih? Macam-macam kan?

Kita semua tahu untuk bersabar.
Jangan ajar berkali-kali.
Pada saya mereka amat memerlukan bahu untuk bersandar. Pinjamkan pelukan erat, usap belakang mereka- Tanpa perlu kata apa-apa. Tapi dalam hati, doakan kekuatan mereka dan pindahkan aura kekuatan itu kepada mereka.
Demi Allah, saya ingin memeluk ibu kepada Sofuan kakitangan MITI dan pasangan suami isteri yang ke Beijing untuk berbulan madu tu- Kerana saya pandang mereka seperti ibu saya, walaupun saya tidak sekuat mereka.

Bantu kita
Doa kita
Mungkin tanpa suara
Tapi ada...
Malam ni jom kita baca Al-Kahfi. Kalau tak habis, kita sambung esok, ya~
Ingatkan saya kalau saya lupa.

Salam sayang,
Dhiya

Photobook Beijing 2013


Bismillah

Lebih kurang genap setahun, saya ke Beijing.
Cerita dan pengalaman di sana masih tak tertulis. Apatah lagi dengan insiden yang terjadi sekarang- Mungkin perkongsian dan pengalaman saya di Beijing terpaksa ditangguh lagi. 
Insya Allah saya akan habiskan cerita Korea terlebih dahulu. Begitulah nampaknya.

Photobook inipun saya tempah dan dapat dalam 2 minggu lepas, tapi terasa macam 'berat' sangat nak berkongsi. Rupanya ada hikmah- Supaya tidak ada yang terluka atau terguris dengan pengalaman saya di sana.
To be brief, photobook ni saya tempah secara online yang kebetulan masa tu ada offer yang menarik.
Dengan bayaran hanya RM5 berserta dengan RM8 bayaran pos, saya telah menikmati penjimatan sebanyak RM62, berbanding RM75.

Tengoklah kualiti kertas dan kualiti gambarnya. Saya puas hati walaupun hanya 16 muka surat. Saya dah pilih gambar kenangan terbaik semasa di sana untuk diabadikan dalam photobook ni.

Macamana saya tahu offer macamni? I have no best answer for that, except kena selalu serve internet dan langgan marketing website macam Groupon dan sebagainya. Memang online purchasing ni kadangkala ada risikonya. Saya pun ada terkena sekali. Tapi untuk photobook ni, Alhamdulillah saya tidak pernah kecewa lagi malah sangat berpuas hati. Untuk pengetahuan, saya sudah ada tiga photobook untuk tiga life events yang berlainan- Semuanya saya beli melalui tawaran macamni. Ada satu tu- Percuma, cuma kena bayar postage je.

Insya Allah gambar penuh pengalaman ke Beijing ni saya akan kongsikan sebaik kita semua lega dan redha dengan kisah MH370.
Teruskan berdoa. Allah sedang mendengar...

Salam sayang,
Dhiya Dahlia

12 Mac 2013


Bismillah

Kuliah bermula jam 11pagi.
Saya bergerak ke kelas jam 10.30 pagi.

Sebaik sampai di kelas,
Dapat info kuliah ditunda ke jam 12 tengahari
15 minit kemudian, ada info baru- Kelas ditunda ke jam 1 petang.

Ouwh. Pengsan sekejap.

Saya balik ke bilik, untuk makan tengahari.
Datang semula jam 1 petang,
Kuliah hanya sejam-
Tapi dapat 5 tugasan sekaligus.

Oh Prof KS
~
Mengimbau sangat zaman UM dulu. Rindu!

Tapi Wallahi
Saya tak pernah dan tak akan menyesal dengan jalan ini.

Salam semangat
Dhiya

Sarapan


Bismillah

Sarapan yang paling mudah. Malas rasanya nak ke kafe untuk mendapatkan makanan berat. Jam 11 nanti ada kelas. Boleh beli makanan tengahari sekali harung~

Matahari menyinar panas sangat sejak kebelakangan ni. Kalau keluar sekejap pun terasa sangat meruap-ruapnya. Kena banyak minum air putih.

Tapi,
Satu Malaysia masih mendung.
Menanti sesuatu yang masih tiada berita.
Sakit rupanya...

Teruskan berdoa
MH370

Penuh Harapan,
Dhiya

Ibrah


Bismillah...

Selamat pagi Malaysia. Negara masih mendung. Hari keempat kehilangan MH370.

Apabila saya duduk bersendirian, banyak andaian-andaian yang mungkin- Yang saya fikir mungkin terjadi. 
Tapi rupanya, semakin jauh saya memikirkan kesan-akibatnya, saya hampir pasti yang permulaan dan pengakhirannya adalah Allah.
Allahlah yang berkuasa mejadikan MH370 sebegitu tragis.
Allahlah yang 'menyimpan' MH370.
Allah jugalah yang menyusun apa juga pengakhiran episod ini.

Kita galak mengeluarkan teori sains, metafizik dan pelbagai lagi- Tapi kita semacam lupa semua itu adalah kuasa Allah. (sambil terpukul sendiri).

Ayuh kawan-kawan,
Jom kita mulakan hari keempat mendung duka ini dengan pendekatan spiritual- Yang Insya Allah menjadi alternatif dan usaha tambahan dalam mengembalikan MH370. Kita kena percaya- Apa yang tidak kelihatan, tak semestinya tiada.

Insya Allah
Dia akan bantu
MH370 akan kembali dan seluruh isinya akan memeluk erat insan tersayang yang menanti penuh kesabaran. Kuasa Allah adalah terlalu agung dan mengatasi akal kita. Believe in that!

MH370,
Pulanglah...

Doa dari jauh,
Dhiya Dahlia

Seminar Baitul Muslim 3.0 (2014)


Bismillah

Alhamdulillah, inisiatif mendaftarkan diri untuk bengkel ini telah dibuat seawal bulan Februari lagi. Syukur juga usaha melobi saya kepada insan-insan tertentu telah berjaya dan kami telah mendaftar bersama pada harga early bird.
Sebaik terbaca tentang iklan seminar ini, terasa seperti ada magnet yang menarik-narik saya untuk mendaftarkan diri. Wallahi, saya tidak kecewa untuk berada dalam majlis ilmu sebegini- Yang membawa banyak manfaat dan ruang untuk berfikir dan mengislahkan diri. :)

Malam sebelum seminar, saya diuji dengan demam, selesema dan batuk yang sudah lama Allah tidak bagi kepada saya. Masa tu saya hampir-hampir putus asa kerana saya tak mampu memandu waima dari Bangi ke Shah Alam (tempat seminar dijalankan).
Tapi syukurlah Allah kirimkan the right person at the right time untuk bantu saya- Agar saya dapat menyertai SBM 3.0 ini.
Ya, saya merupakan salah seorang peserta SBM 3.0 2014 di Shah Alam!
Masa dapat buku nota ni, saya dah berjanji untuk penuhkan semua lembaran kertas di dalamnya dengan info berguna- Mudah-mudahan boleh menjadi rujukan kelak.
Antara penceramah yang dijemput dengan slot masing-masing yang istimewa dan kena pada tempatnya.
Tentatif program agak penuh, ditambah pula dengan keadaan saya tak kurang sihat- Memang ada je yang tak kena walhal bagi saya secara keseluruhan program ini adalah sempurna.

Memang-
Datang ke seminar ini, saya awal-awal lagi sudah setkan minda, saya mahukan isi kandungan dan ilmunya.
Mungkin ramai yang kurang cakna- Hari ini, semua orang boleh berumahtangga-Tapi sejauh mana rumahtangga yang dibina itu adalah berteraskan agama.
Biarpun saya masih bujang (ketika entri ini ditaip), saya dapat rasakan betapa besarnya harapan semua orang (termasuklah saya) untuk bahagia dalam rumahtangga- Punya suami yang hebat, isteri yang solehah, anak-anak yang bijak dan baik, harta yang cukup- Bahagia semuanya. Tapi kita lupa bahawa dunia ini tidak pernah mencapai tahap ideal condition kerana tiada siapa di antara kita yang dilahirkan sempurna kecuali Nabi Muhammad SAW.

Atas dasar itulah, saya gagahkan juga hadir ke seminar ini dengan tujuan untuk memperbaiki diri dan memahami erti sebenar pernikahan dan rumahtangga berlandaskan Islam ini. Bohong kalau saya katakan saya tidak tersentap dengan banyak bahan yang dibincangkan. Tipu kalau saya kata saya tidak menangis saat rasa terpukul dan menyedari betapa tak layaknya saya nak mencapai rumahtangga ideal kerana saya sendiri pun tidak sempurna.
Hari Pertama

Ustaz Salim A. Fillah
Sebelum Aku Bernikah

Slot pertama pada hari pertama. Masya Allah.
Banyak isinya menjentik hati saya. Ada juga beberapa bahagian dalam penyampaiannya ini- Saya memilih untuk terpaksa menangis. Tajamnya sampai menusuk jantung.
Antara isi penting yang sempat saya 'tangkap':-

[1] Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu a) Kecantikan, b) Keturunan, c) Kekayaan, dan d) Agama. Sedikit yang menikahi wanita kerana agamanya, tetapi berpegang kepada yang sedikit inilah banyak kemuliannya.
Maksud beragama bukanlah dinilai pada jubah dan tudung labuhnya- Tetapi ia dipandang pada kekuatan amalnya dan terus menerus mempunyai iltizam untuk terus mengamalkan ajaran agama dan mempelajarinya.
[2] Cara menjemput jodoh datang kepada kita adalah antara ujian yang Allah datangkan kepada kita- Jika ia dijemput dengan baik (yakni dengan cara beragama, tidak melanggar syariat), maka baiklah jodoh yang hadir dan begitulah sebaliknya.
[3] Pernikahan adalah proses perkenalan yang berterusan antara pasangan. Ia juga merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat.
[4] Menikahlah kerana Allah Taala- Jangan meminta yang sempurna, kerana Allah sedang menyiapkan pasangan yang tepat untuk kita. Kena yakin.
[5] Jangan pernah menyesal dengan pasangan (Astaghfirullah, Nauzubillah). Isteri-isteri Baginda Nabi Muhammad juga tidak sempurna. Aisyah contohnya- Tetap punya perasaan cemburu seperti wanita lain dan bersabarlah menghadapinya sebagaimana Nabi Muhammad menyantuni kerenah isteri-isteri Baginda.
[6] Perlunya pasangan suami isteri berada dalam diri pasangan masing-masing (konsep another half)- Hingga satu tahap, lama-kelamaan mereka masing-masing boleh saling mamahami walaupun tanpa berbicara.- Cerita mee rebus sangat mengusik hati saya :)

Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh
Anakku Bukan Anakku

Ustaz Ridha banyak menekankan bagaimana pembentukan anak bermula daripada sifat ibu-bapa sendiri.
[1] Pilih calon pasangan yang beragama
[2] Tujuan pernikahan biarlah untuk mengutip pahala. 
[3] Perlu diingat bahawa hanya 3 perkara yang bakal dibawa selepas kematian- a) Sedekah dan amal jariah, b) Ilmu yang bermanfaat, dan c) Doa anak-anak yang soleh. Sedekah dan ilmu ini antara 2 perkara yang fragile pahalanya dek kerana riak. Namun kehadiran anak solah yang boleh mendoakan kita akan menjadi penyelamat ketika berada di alam kubur.
[4] Memang secara fitrahnya perkahwinan adalah untuk mendapatkan anak. Tapi jauh lebih itu, orang yang untung adalah orang yang menjadikan anak sebagai 'modal' untuk kita ditempatkan di syurga.
[5] Sikap anak-anak adalah cermin kepada sikap kita. Perilaku anak-anak diteladani dari perilaku ibu bapa yang diperhatikan oleh mereka. Jadi penting bagi ibubapa  untuk berakhlak baik setiap masa.
[6] Kurangkan sikap diktator di rumah samada kita sebagai ibu atau ayah. Banyak beza antara menyuruh dan mengajak. Gunakanlah seni mengajak/ mengajar/ menunjuk ajar dalam keluarga.

Fulu$ oh Fulu$ (Slot petang)
Sebelum aku Bernikah Lagi (Slot malam)

Untuk dua slot di atas, saya dah tak terdaya untuk mendengar. Saya terpaksa ke mothers' room untuk berehat. Hanya dapat mendengar di hujung telinga sahaja (kebetulan ada life feed terus ke dalam bilik tu)

 Hari kedua

Allahu, demam saya masih berterusan. Tapi saya gagahkan juga untuk terus hadir jasad dan emosi di sini.

Ustaz Ebit Lew
Cinta di Rumah Rasulullah

Ustaz banyak bercerita tentang pengalaman sendiri dan telah berjaya 'membawa' saya masuk ke dalam suasana rumahtangga Rasulullah dengan baik sekali. Terasa macam dekat dengan kehidupan Baginda.

[1] Banyak tauladan yang boleh diambil dari kisah rumahtangga Baginda Nabi Muhammad. (Saya tak bincangkan di sini- Boleh cari dari banyak sumber). Ini menunjukkan Baginda telah mengeluarkan garis panduan dalam menyantuni pasangan walaupun dalam keadaan sibuk berdakwah.
[2] Sayangilah keluarga kita. Ketika itu juga Allah akan dan sedang menyayangi kita.
[3] Hidupkan amalan Nabi dalam rumahtangga: a) Kasih sayang (bersalaman atau bersentuhan), b) Solat berjemaah di awal waktu, c) Mendoakan ahli keluarga dan jangan cepat membenci orang lain, d) Merutinkan sifat mengalah, mengaku kesilapan diri dan meminta maaf, e) Keluar rumah kaki kiri dan pulang memasuki rumah dengan kaki kanan, f) Hidupkan suasana ta'lim / motivasi, g) Melazimi Al Quran, h) Membangunkan keluarga dengan kasih sayang sejak dari mula lagi.

Ustazah Isfadiah & Ustaz Muhidin
Suami, Isteri: Hak dan Tanggungjawab

Ada satu, paling best dan paling mantap:- Ustazah Isfadiah dan suami. Khusyu' sangat mendengar sampai tak ingat langsung nak ambil gambar.

[1] Life is an opened secret.  Rumahtangga adalah sebahagian dari kehidupan dan ia tak akan terjadi jika tidak saling melengkapi. Tiada manusia yang sempurna.
[2] Jangan ubah manusia, tapi ubahlah akhlak. Mulakan dengan akhlak diri sendiri. Semua orang mahukan kesempurnaan, tapi kita perlu ingat bahawa kita bukan robot!
[3] Suami rendahkan sedikit ego dan bersedialah menerima nasihat dan pendapat pasangan.
[4] Ingat dan amalkan bahasa cinta: a) Bahasa dan kata-kata manis, b) Hadiah tanda ingatan, c) Sentuhan, d) Masa yang berkualiti, e) Khidmat dan bantuan kepada pasangan.
[5] Selalu ingat bahawa kita adalah pelengkap kepada pasangan. Bukan semata-mata menuai hasil dari pasangan.
[6] Jadikan asas kepada tanggungjawab ini datangnya dari cinta kepada Allah dan pasangan.
[7] Jangan fikir hak kita dulu! Bersungguh-sungguhlah dalam memberi khidmat dan tanggungjawab terbaik kepada pasangan. Insya Allah imbal balik itu akan datang balik kepada kita secara semulajadi. Percaya kepada sifir what you give, you get back.
[8] Matlamat perkahwinan bukan semata-mata untuk melayan nafsu. Bersama bantu membantu dalam kerja khalifah- Sebab tu kena tsabatkan niat yang jelas sebelum berumahtangga. Semuanya mesti kerana Allah.
[9] Isteri perlu faham gaya suami dan bahasa suami dalam menunaikan tanggungjawabnya. Jangan expect gaya pemikiran dan tindakan yang sama seperti wanita.
[10] Jangan kecam atau pandang rendah kekurangan pasangan. Anggaplah ia sebagai peluang untuk kita berbakti kepadanya dengan melengkapi pasangan.

Prof. Dr. Harlina Halizah Siraj
Kesihatan Suami, Isteri dan Keluarga

To be brief, penyampaian Dr. Harlina sangatlah tepat dengan kedudukannya sebagai seorang pengamal perubatan. Saya memang suka dengan slot Dr. Harlina kerana info yang disampaikan snagat berguna dan mudah difahami.

Perbincangan merangkumi kesihatan fizikal, emosi, mental, spiritual, reproduktif dan sosial. Penekanan lebih diberikan kepada kesihatan reproduktif yang melibatkan kedua-dua pasangan suami isteri dalam melayari rumahtangga terutama dalam usaha melahirkan zuriat yang sihat dan sempurna.

[1] Banyakkan membaca terutamanya tentang penyakit kanser termasuklah punca, simptom, rawatan dan pencegahan.
[2] Banyakkan ilmu tentang perancangan keluarga
[3] Kesihatan dan kesejahteraan ahli keluarga adalah tanggungjawab bersama- Jangan salahkan satu pihak sahaja.
Ustaz Pahrol Md Juoi
Rumahtangga Tapak Perjuangan

Inilah kolumnis kegemaran saya dalam majalan Solusi. Penanya tak pernah mengecewakan saya. Slot terakhir ini pastinya 'disimpan' untuk yang terbaik.

[1] Jika kita mendapat nikmat, belum tentu lagi di situ ada rahmat. Sama juga konsepnya dengan perkahwinan. Kita semua mungkin boleh berkahwin, tapi belum tentu mendapat kebahagiaan dan redha Allah.
[2] Aggaplah setiap usaha yang dilakukan dalam rumahtangga walaupun kecil, adalah demi mencari keredhaan Allah. Berpenatlah di dunia, semoga ada kerehatan di akhirat kelak.
[3] Tegakkan hukum terlebih dahulu dalam rumahtangga. Insya Allah kebahagiaan rumahtangga akan datang dengan izin Allah selepas itu.
[4] Jaga hak Allah, Allah akan jaga hak dan kepentingan kita dalam keluarga dan rumahtangga.
[5] Jagan hubungan dengan Allah dan juga hubungan sesama manusia.
[6] Solat adalah indikator pertama dalam perjuangan seorang Muslim. Solat akan melahirkan akhlak yang baik dengan sendirinya. Oleh itu jangan tinggal solat dan sentiasa perbaiki solat.
[7] Masyarakat yang baik lahir dari keluarga yang baik.
[8] Perjuangkan hak Allah semampunya, Allah akan bantu apa-apa yang kita tak mampu.
[9] Perkahwinan adalah alat untuk mencapai cinta Allah (matlamat).

Alhamdulillah
Buku nota ni akhirnya penuh dengan info yang harapnya bermanfaat. Semoga- sebaik saya menikah kelak, saya dapat buka balik nota ini dan membaca kembali seluruh isi hati dan harapan yang tertulis. :)

Terima kasih, penganjur.

Maaf jika perkongsian saya tidak tepat. Saya menulis atas kefahaman saya.

Salam sayang,
Dhiya

Berjaya Siapkan Proposal!


Alhamdulillah

Proposal untuk STPD dah berjaya disiapkan Khamis lepas. Leganya tak terungkap. Subjek inilah yang 'memaksa' saya tarik diri dua semester lepas dengan alasan saya belum bersedia sebab saya masih tiada tajuk. Semester ini, saya memang tak boleh tangguh lagi. Dr. Zaha pun sudah luluskan satu tajuk untuk saya.

Walaupun hanya kertas cadangan- yang kalau disemak, mesti akan ada silap di mana-mana- Tapi setidak-tidaknya saya ada sesuatu untuk dibawa masuk ke bilik Dr. Zaha untuk dibincangkan dan untuk dihantar sebagai markah.
Masih merangkak-rangkak dalam bidang kajian yang agak mencabar.
Lama sangat rasanya tak terlibat dengan projek ilmiah macamni. Iyalah...Hampir empat tahun meninggalkan tahun akhir pengajian ijazah sarjana muda. Rindu walaupun payah. Kerinduan jenis apakah itu?

Insya Allah minggu ni saya akan bawa kertas cadangan ini kepada Dr. Zaha dan kalau tiada aral melintang, saya akan cepat-cepat mulakan penulisan tiga tajuk pertama.

Salam semangat,
Dhiya

Selamat Hari Wanita Antarabangsa


Bismillah

'A woman is the full circle. Within her is the power to create, nurture and transform' - Diane Mariechild

Tapi-
Masih-
Kita seorang wanita 
Yang mulia di sisi agama

Hargai penciptaan kita
Jangan
Khianati Tuhan

Salam inspirasi
Dhiya

Rutin


Bismillah

Teringat masa di Korea dulu, saya survive dengan banyak benda terutamanya bab makanan. Lauk pauk- Kalau daging, ayam- memang janganlah letak harapan tinggi. It was almost zero-hope dan kalau ada pun, sebulan sekali tu sudah cukup mewah.

Salah satu menu kegemaran saya semasa di Korea adalah nasi putih, telur goreng, dan tomato dicicah air asam. Sumber sangat terhad, jadi saya belajar banyak benda untuk hidup.
Beras: Beras Korea sifatnya melekit. Kadang-kadang, kalau saya nak tukar selera, saya akan guna beras ketupat yang dibawa dari Malaysia, dikeluarkan dari plastiknya dan ditanak seperti biasa dalam periuk nasi
Telur: Mujur telur ayam boleh didapati dengan mudah di Korea. Seminggu kadang-kadang habis 10 biji.
Minyak masak: Terpaksa bertahan guna minyak kacang. Di sana tidak ada minyak jagung atau minyak sawit. Baunya lain sikit, tapi telur yang digoreng tu masih jadi telur goreng :)
Tomato: Dalam banyak-banyak sayur yang terdapat di sana, saya hanya boleh terima tomato sahaja.
Air asam: Jangan tak tahu- Saya bawa 2 paket asam jawa. Buat 'ubat' kalau tak lalu makan. Dan ia memang berkesan.
Bawang & cili: Bahan-bahan asas seperti ini selalunya mudah je nak didapati.

Apabila saya tengok balik gambar-gambar menu di sana, rasa sebak pula. Betapa survival di sana banyak mengajar saya erti susah dan semangat untuk hidup.

Sampai hari ini pun, saya sangat 'ketagih' dengan tomato. Saya tak menyesal dengan ketagihan ini sebab tomato pun sangat baik kepada diet kita.
Selasa lepas, saya ke pasar malam dengan kawan baik yang baru mendaftar pengajian PhD di sini. Semangatlah saya membeli barang-barang dapur macamkan ada dapur. Semua tu gara-gara teringat menu tomato cicah air asam semasa di Korea.
Nampak macam menu orang sakit, tapi semasa di sana- Inilah menu paling sorga!

Terima kasih Lin teman dan layan shopping kat pasar malam, sampai berbondong-bondong- kiri kanan plastik dijinjingnya.
Insya Allah hajatnya nak terus merutinkan tomato dalam diet saya.

p/s: Samalah juga dengan amalan baik yang dilakukan setiap hari- Bukankah ia akan menjadi darah daging dan rutin kebaikan tanpa perlu dipaksa lagi?

Salam sayang
Dhiya

Baucer Buku 1 Malaysia 2014


Bismillah

Alhamdulillah

Dah selamat ambil BB1M di fakulti semalam. Asalnya rancang nak ambil hari ni, tapi dah alang-alang semalam agak senggang- Buat semua sekali harung.

Pesta Buku Antarabangsa PWTC pun dah dekat. Memang molek sangatlah. Tak sabar rasanya nak memborong buku di sana.

Kepada yang berhajat untuk menukar BB1M kepada wang tunai, harapnya dapatlah fikir banyak kali, sebab peluang ini adalah peluang keemasan yang tak semua orang boleh dapat. Belilah buku untuk bacaan. Kaji balik betapa pentingnya amalan membaca hingga dalam Al- Quran pun disebut.

Terima kasih BB1M kerana membantu sedikit sebanyak keperluan akademik saya. :) Sejak tahun lepas, Alhamdulillah saya memang gunakan BB1M di Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Puas hati sangat dan itu pun masih berbaki.
Syukur sangat.

Dalam ribut taufan ujian yang macam-macam, saya masih dapat rasa yang Allah sedang dan sentiasa mencukupkan keperluan saya.
Untuk mereka yang mengkhianati saya, saya doakan agak kalian cepat sedar. Hilang harap dan percaya dengan Allah telah buat kalian tamak dan menikam saya dari belakang. (Emo)

p/s: Ada rakan yang bertanya samada BB1M boleh ditukar kepada wang tunai atau tidak. Jawapannya tidak boleh. Di bahagian belakang BB1M sudahpun tertulis garis panduannya. Tak payah la tukar jadi duit. Pesta Buku Antarabangsa PWTC dah dekat...Jom kita borong buku di sana!

Terima kasih
Dhiya

Gigih


Bismillah

Rasa sudah lama sangat tinggalkan rutin ni. Azab juga nak mulakan balik sejak dari minggu lepas. Tapi Insya Allah, saya dah dapat momentum tu dengan baik sekali.
Ada lebih kurang 30 jurnal yang perlu dibaca dan dipilih-pilih isinya.
Harapnya dapatlah siapkan kertas cadangan saya ni tepat pada waktunya :)

Tadi saya menerima tetamu rakan baik sejak zaman persekolahan. Calon PhD di kampus yang sama dengan saya. Jauhnya rasa kena tinggal :(

Jom bersemangat!

Salam sayang, 
Dhiya

Isnin yang tak bersalah


Bismillah

Salam Isnin.

Maaf kerana lama menyepi. Saya kini dalam fasa menyesuaikan diri dalam pengajian semester 2. Lapan bulan berehat- It's the time to get serious.

Jangan stress-stress di hari Isnin ni. Isnin tak bersalah. Ia akan berakhir sebaik jam 5 petang, anda punch out dari pejabat. Haha~

Kawan-kawan, tolong doakan saya dapat habiskan pengajian dalam tahun ini juga. Buat master ni tak macam buat degree. Kalau buat degree, kita ramai kawan untuk bersaing. Master ni, memang survival dan tanggungjawab sendiri.

Insya Allah, nanti saya akan sambung menulis lagi. Masa untung menghadap jurnal :)

Salam sayang,
Dhiya