Tudung dan Kelab Malam


Bismillah

Saya bukan orang yang layak untuk menegur. Sebab saya pun ada buat salah. Tapi ini pandangan dan pendapat saya sahaja.

Tudung itu syariat- Lambang taqwa dan benteng seorang Muslimah. Kalau dibawa ke kelab malam atau tempat maksiat, maka hilanglah martabat tudung dan hilanglah rasa taqwa tu. Jadi apalah ertinya lagi kita bertudung kalau ia tidak menghalang kita dari mendekati maksiat. Astaghfirullah...

Maafkan saya.
Saya tak layak menegur.
Tapi sekurang-kurangnya inilah luahan kepada apa yang bermain di fikiran saya sejak tadi. Saya tak setuju dengan apa yang berlaku. Saya kesal kerana saya tak mampu berbuat apa-apa melainkan penulisan pendek ini sebagai tanda saya tidak bersetuju.

Trend tudung sekarang pula makin pelik dan tak syar'i. Saya sendiri rasa susah nak cari tudung yang memenuhi keperluan dan menyelesaikan 'masalah' aurat. Habis untuk apa lagi tudung dijual kalau bukan untuk menutup aurat? Dan apalah nilainya jika tudung itu dibawa masuk ke dalam kelab malam?

Marilah kita kembali kepada keaslian agama. Semoga kita terpelihara dari fitnah dunia.

Dhiya

1 comment