Bismillah
Semasa kami ke Krabi bulan lepas, masa tu jugalah sekolah lama saya ada buat program. Program AWDA 2018 namanya. Program ni mengumpulkan guru-guru dan pelajar-pelajar yang dulu-dulu (zaman sekolah tu nama KIM, KIK lagi). Saya tak dapat datang sebab perancangan ke Krabi telah diatur lebih awal.
Cerita di Kisas
Ya, saya 'budak' Kisas.
Sebaik mendapat keputusan cemerlang dalam PMR, saya memang berdoa sangat nak masuk ke Kisas ni tanpa ada misi yang jelas. Tapi sewaktu dalam tingkatan 3- Dalam kelas Bahasa Arab Komunikasi, ada satu artikel Bahasa Arab di dalam buku teksk yang menceritakan tentang sekolah ini. Mulanya saya ingat Kisas ini intuk pelajar lepasan diploma kerana namanya 'kolej'. Tapi ustaz bilang, kolej adalah sekolah berasrama penuh elit yang paling disegani kerana kehebatan akademik dan didikan dalam suasana baiknya. Masa tu saya tak fikir apa. Cuma terdetik dalam hati- 'Ya Allah, bagusnya kalau dapat belajar di sini, dalam suasana begini'
Masa berlalu-
9A PMR dan tak sampai sebulan saya dalam tingkatan 4 Sains Syariah di sekolah lama, saya menerima tawaran meneruskan pengajian dalam aliran Sains ke Kisas. Waktu tu saya rasa betul ke Allah bagi aku peluang ni? Betul ke? Betul ke?
Masa tu kami sekeluarga taklah senang mana. Tapi bila dengar Sekolah Berasrama Penuh, emak dan abah sebolehnya menyiapkan anak bongsu mereka sdengan persiapan yang paling sempurna. Kalau boleh jangan kurang walau sepicing. Biar sama taraf dengan anak orang lain.
Masa mendaftar, saya lihat ada ibu bapa yang menghantar anak dengan kereta besar, pakaian orang ada-ada, nampak karisma dan pastinya bukan orang biasa-biasa. Saya terasa kerdil lagi kecil. Macam tak layak untuk bersekolah di sini. Ini sekolah orang kaya-kaya sedangkan kami hanya orang biasa-biasa saja.
Tapi saya ingat pesan mak, susah payah kami dah hantar ke sini, kamu sendiri yang menyebut-nyebut nak ke mari, takkan semudah ini nak mengaku kalah dah?
Saya tersentak.
Betul.
Itu bukan alasan.
Saya memulakan Tingkatan 4 saya di Kisas di kelas 406. Masa tu keyakinan dah sedikit pulih sebab dapat jumpa rakan-rakan yang rasa macam setaraf dan boleh diajak bercerita dan berkongsi masalah. Pelajaran baik-baik saja. Saya sangat sukakan subjek Biologi yang diajar oleh Cikgu Hamzani (semoga Allah mengampunkan dosanya) dan sangat suka membuat nota belajar. Subjek yang paling susah bagi saya adalah subjek matematik tambahan. Ya Allah terasa sangat tertekan bila kawan-kawan ada yang boleh dapat markah penuh sewaktu P1, tapi saya boleh dapat F. Bodoh ke saya ni?
Tapi budaya di Kisas ni lain. Lagi kita rasa tak pandai, lagi kita geram dan usaha bagi pandai. Malas macam mana pun kita- Bila tengok orang lain dah ada kemajuan, mesti rasa 'Eh dia dulu F sama macam aku, tapi sekarang dah boleh dapat B. Maknanya aku pun boleh la kan?'
Rakan-rakan pun tak ada yang kedekut ilmu. Cikgu-cikgu pula sanggup buat kelas tambahan pagi petang siang malam untuk memandaikan anak murid. Semuanya saling bantu membantu. Tak ada istilah kawan cantas kawan atau cikgu pilih kasih.
Dari segi kehidupan pula, memandangkan saya memang pernah duduk di asrama- Jadi cara hidupnya tak banyak beza. Cuma yang sangat jelas, Kisas sangat menjaga ikhtilat (perhubungan) antara pelajar lelaki dan perempuan. Saya rasa semua pelajar Kisas maklum dengan budaya bercakap di balik pintu bagi pelajar lelaki dan perempuan yang ada urusan penting. Saya rasa benda ni pelik dan kelakar pada mulanya. Sangat tak boleh terima. Alasannya sebab nak jaga mata dan jaga hati. Tapi memandangkan saya tak boleh hadam budaya ni, dan tak ada keperluan pun saya nak amalkan budaya ni- Saya memilih jalan selamat dengan tidak berkomunikasi dengan pelajar lelaki pun~ Hahahahah!
Tapi jangan la cakap saya tak faham agama pula, ya.
Inilah yang dinamakan biah solehah. Suasana dan persekitaran baik dan terjaga. Saya pun tidaklah culture shock sangat sebab di sekolah lama pun hampir sama saja situasinya.
Dua tahun di Kisas, saya belajar banyak benda- Bukan sekadar akademik. Saya belajar akhlak dan amalan baik dalam segala aspek kehidupan, dan yang paling penting kebersihan hati. Pendek kata saya mula mengenali diri saya di sini. Walaupun bukan pelajar yang top, tapi saya boleh bawa diri di sini dan saya suka environment di sini.
AWDA 2018 tu, kalau diikutkan memang nak pergi. Paling tidak pun nak masuk jejak kaki dan bawa suami. Tapi apakan daya kami ada perancangan lain yang telah ditetapkan lebih awal. Kalau ada lagi peluang sebegitu, saya pasti tak akan lepaskan peluang sebab saya nak mengimbau kenangan ketika di Kisas.
Insya Allah, anak saya akan ada yang bakal menjejakkan kakinya ke sekolah ini. Menyambung legasi kecemerlangan. Amin!
Dhiya
AWDA 2018 tu, kalau diikutkan memang nak pergi. Paling tidak pun nak masuk jejak kaki dan bawa suami. Tapi apakan daya kami ada perancangan lain yang telah ditetapkan lebih awal. Kalau ada lagi peluang sebegitu, saya pasti tak akan lepaskan peluang sebab saya nak mengimbau kenangan ketika di Kisas.
Insya Allah, anak saya akan ada yang bakal menjejakkan kakinya ke sekolah ini. Menyambung legasi kecemerlangan. Amin!
Dhiya
Terima kasih akak sebab tulis entri ni! 😃Saya form 4 tahun ni dan nak sangat pergi ke kisas aliran akaun. Semoga saya ade rezeki belajar kat sini macam akak. Amin Ya Rob 🤲
ReplyDeleteinsya allah. selamat maju jaya!
DeleteThank you kak for this sharing, today, I just got tawaran ke kisas, and I'm kinda scared because this is the first time saya masuk asrama, saya risau kalau xde kawan, I don't know what to expect. Doakan saya ya kak,alhamdulillah, thank you for this sharing❤️
ReplyDeletetahniah adikku. semoga Berjaya!
DeleteTerima kasih kak saya dipilih masuk aliran sains agama..pada mulanya tkut jugak nak masuk sekolah ni huhu
ReplyDeletetahniah adikku. insya allah Berjaya.
Delete