Cita-Cita Saya


Bismillah

Dah nak masuk 2 tahun bekerja di sini. Ya, pengalaman kerja saya tak banyak macam orang lain sebab saya banyak habiskan waktu saya di universiti bagi memenuhi minat menyambung pengajian.
Dapat kerja di sini pun- Alhamdulillah sangat, selepas ujian demi ujian yang ditanggung sebaik selepas berkahwin. 

Tapi jauh di sudut hati saya, saya berkata-
Saya tak fikir yang saya akan selamanya begini.
Matlamat saya adalah bila kami dah dapat rumah, suami dah betul-betul stabil, dengan anak lagi- Saya nak berhenti kerja dan menjadi WAHM. Working at Home Mother sounds professional. Saya betul-betul nak teruskan hobi menulis saya ni sambil menjana pendapatan melalui penulisan. Tak percaya? Saya pernah buat duit dengan penulisan di blog ini. Masa tu memang sepenuh masa saya menulis. Tapi sejak saya bekerja, komitmen terpaksa dibahagi-bahagikan antara kerja, dan banyak lagi bahagian.
Crie um blog
Saya juga berbakat dalam seni. Banyak cabang seni. Tapi satu yang saya teringin nak belajar dan terus cemerlang adalah dalam bidang jahitan. Saya pernah hadir kursus menjahit dan saya sangat enjoy melakukannya. Saya pernah beritahu suami:
"Abang, nanti D berhenti kerja- Duduk rumah, goyang kaki. Dapat duit. Tolong belikan D mesin jahit ya. Itu saja goyang kaki yang dapat duit. Sambil-sambil tu D boleh memasak untuk abang dan jaga anak depan mata :)"

Bunyi macam tak realistik kan?
-Orang luar pula boleh judge kita dengan pelbagai assumption:
-Boleh ke kau tahan terperuk je kat rumah, tak ada kehidupan?
-Ada Msc. tapi tak ada cita-cita tinggi. 
-Takde kelas jadi suri rumah
-Menyusahkan suami
-Mesti tak pandai berfesyen
-Kolot

Kalau ianya berlaku (saya menjadi suri rumah), saya akan pastikan stigma sempit masyarakat ini terpadam. Saya akan buktikan yang mereka sangat salah. Saya melihat ramai wanita sekarang yang berkelulusan tinggi tetapi memilih keluarga berbanding kerjaya. Hasilnya dapat dilihat dari gaya hidup keluarga itu sendiri. Mereka menikmati hidup yang teratur, suami dan anak-anak yang lekat hatinya dengan keluarga, dan ketenangan, keceriaan yang terpancar di wajah tanpa dibuat-buat. Genuinely comes from their heart! Saya betul-betul mahukan ini.

Saya bukan tidak suka kerja sekarang. Saya suka dan saya sangat bersyukur dengan peluang ini. Cuma untuk jangka masa panjang, saya yakin keluarga adalah segalanya. I've talked to my husband regarding on this matter personally with him. He agreed with the idea and support my intention. It's just- Wait for the right time and we will go for this. 
Thanks abang. Abang tahu kenapa D nak sangat pilih jalan ni. D pernah tengok macam mana ada anak-anak yang terabai dek kesibukan ibu ayah yang bekerja. D pernah tengok ada anak-anak yang membesar di tangan orang gaji Indonesia dan kasih anak itu tumpah pada insan yang dipanggil bibik itu. D tak mahu keluarga kita 'dihukum' dengan hukuman ini.

Surirumah sekarang bukan kolot. Mereka ibu dan isteri yang sangat hebat, berpendidikan dan bercita-cita tinggi malah boleh melahirkan ahli keluarga yang hebat jati dirinya. Saya yakin WAHM, suri rumah, atau apa saja istilahnya adalah pekerjaan yang hebat, mulia dan diperlukan dalam institusi keluarga. Dan saya akan menjadi sebahagian daripadanya tak lama lagi.

Doakan.
Dhiya.

No comments