Bismillah...
Sambungan Siri Gongju.
Selepas menghabiskan satu pusingan kubu, kami pun bergerak ke Hanok Village yang terletak berhampiran dengan kubu. Hanok Village ni macam kampung kebudayaan. Kalau pergi ke Korea, memang tak sah kalau tak pergi ke Hanok Village sebab di situlah kita boleh kenal kebudayaan dan cara hidup mereka. Hanok Village ni bukan satu-dua. Kalau ada kawasan pelancongan, mereka akan bina atau isytihar satu Hanok Village di kawasan tersebut. Macam yang saya pergi ni, Hanok Village tu mereka jadikan hotel supaya pengunjung boleh rasa kehidupan dan tradisi sebenar orang Korea dan kalau di Buckchon Hanok Village di Seoul (nanti saya cerita), ia merupakan rumah sebenar yang didiami golongan elit tradisional Korea dan dibuka kepada pelancong.
|
Antara pintu gerbang di bandar Gongju yang menerapkan nilai sejarah setempat. |
|
Stesen bas tempat kami menunggu teksi. Unik sangat. Memang layaklah Gongju ni menerima kehadiran pelancong. |
|
Teksi yang membawa kami ke Hanok Village. Terkejut saya apabila tengok teksi mereka menggunakan kereta Hyundai Sonata. Kalau di Malaysia, siapa yang pandu Hyundai Sonata ni kira dah cukup kaya dah ni. Sekali masuk, caj yang dikenakan adalah KWN3000. Pada kami, kadar tu dikira berpatutan. Macam di Malaysia lah kan...Letak punggung je dah kena caj RM3~ |
|
Ini antara rumah kebudayaan yang ada di Hanok Village. |
|
Art & Craft Village ni menempatkan beberapa rumah kebudayaan yang mempamerkan pelbagai aktiviti kebudayaan Korea. |
|
Mungkin nasib kami tak berapa baik, ada beberapa rumah kebudayaan ditutup. Jadi kami tak boleh nak meneroka semua tempat. Tapi kami tak ralat sangat sebab tempat ni masuk pun percuma dan kawasan ini sangat besar. Mungkin ada banyak lagi ruang lain yang boleh dilawati. |
|
Rumah ini mempamerkan hasil seni tanah liat buatan tangan. Tiada demonstarsi berlangsung, tetapi banyak hasil kraf tempatan ditayangkan. Semuanya comel-comel belaka! |
|
Cuba teka apa ni? Haa.. Ini adalah mata cincin yang dibuat dari tanah liat. Comel sangat. Nanti mata ni akan dilekatkan kepada cincin dan dipaketkan untuk jualan. |
|
Cawan ni pun comel. |
|
Banyak lagi produk buatan tangan yang dihasilkan. Yang dalam gambar ni adalah pin. |
|
Yang ni pula miniature comel. Ada banyak lagi rekaan menarik yang bertemakan kebudayaan Korea. |
|
Dinding salah satu bangunan Hanok Village. Halus sangat senireka yang mereka hasilkan! |
|
Kami mula memasuki kawasan rumah kebudayaan. Rumahnya tak mewah, tapi cantik dek hiasan dan senibina tradisional yang dipamerkan. Masa ni terasa macam berada dalam zaman lampau pulak. |
|
Unik sangat. Memang terasa macam dalam dunia lain apabila berada di sini. |
|
Mesin jahit mini yang dipamerkan dalam kawasan rumah tradisional. |
|
Saya rasa laluan yang saya lewati ini adalah bahagian dapur rumah tradisi Korea. Mereka mengeringkan bahan makanan mereka di belakang rumah dan menghadap matahari. |
|
Jagung. Dan-dan masa tu terus teringin jagung bakar Malaysia! |
|
Laluan kecil di rumah tradisi. |
|
Ini pula adalah bilik hotel. Troli kuning tu adalah sayur-sayuran dan selimut yang ditukar selepas setiap kali pelawat mendaftar keluar dari rumah tersebut. Jangan terkejut kalau saya beritahu yang saya dengan mudahnya boleh mengakses wifi dari luar rumah tradisi ini. |
|
Di kawasan berhampiran juga, pihak pengurusan menananm sayur-sayuran yang boleh dituai dan dalam masa yang sama menampakkan lagi tradisi mereka :) |
|
Hotel |
Kami menghabiskan masa lebih kurang satu jam di sini. Tempat menarik, tak boleh gopoh gapah. Kena nikmati setiap sudutnya dengan penuh nilai. Jalan-jalan ni bukan saja-saja. Kena cedok sebanyak mungkin hikmah supaya boleh dibuat pengajaran diri.
Ada satu lagi siri Gongju sebelum saya cerita tentang banyak lagi tempat menarik yang saya lawati selama berada di Korea Selatan.
Salam sayang,
Dhiya
ya allah comelnya mata cincin tuuuuu
ReplyDelete