Bingkisan Aidiladha 2012


الله اكبر! الله اكبر! الله اكبر! ولله الحمد
Seinfiniti syukur atas nikmat ini. Buat pertama kalinya Allah izinkan saya untuk mengambil bahagian dalam ibadah Qurban. Wang hasil titik peluh sendiri. Puas. Moga tsabat dan tetaplah kebergantungan kita kepadaNya. Insya Allah.
Raya Haji kali ini paling mudah. Saya memilih untuk tidak menyarung baju raya. Nak melapah daging tak boleh ayu ayu~
 Usai abah pulang dari solat sunat Aidiladha, kami terus ke tempat penyembelihan. Wah. Kali ini lebih meriah. Saya dimaklumkan ada 20 ekor lembu menanti untuk dikorbankan. Banyak kan? Alhamdulillah!
Tempat sembelihan
Dibawa keluar dari tempat sembelihan dan sedia untuk dilapah
20 ekor tau! Kena tungu giliran
Ayam bukan haiwan korban
Korban: Haiwan ternakan berkaki empat.
Menunggu giliran
Saya tak tengok. Hanya lens kamera yang bekerja
...
Tok Imam sedang berbincang. Ini kumpulan sembelihan abah.
Banyak nama
1
2
3
4
5
6
7
8
Penduduk sedang melapah daging bahagian masing-masing.
Abah tengah asah parang. Kami sedang berkelah. Patut?
Menangis nak tengok lembu
Meriah. Rasanya tahun depan bagus kalau buat macamni lagi
...
Lapah
Gigih sebab nak mengejar solat Jumaat!
Siap. Tak tahu siapa punya. Laju la sebab ada 7 orang. Kalau lembu abah, lambat sebab ada 4 orang je (-.-)
Rambut adik
Ekor lembu
Kuih raya
Siap!
Paling bangga sebab dapat bagi makan lembu
Budak bandar yang baru nak jadi budak kampung. Habis setiap pelusuk kandang lembu dia masuk
Hadoi!
Kalau boleh nak masuk dalam, katanya
Ni sorang lagi.
Kuih raya kami. Siap bawak ketupat lemang segala buat bekal. Berkelah bawah pokok sawit. Orang lain tak buat, kami buat. Lantak!
Terima kasih Allah. Saya dikurniakan keluarga yang sangat menggembirakan. Biarpun tidak punya wang ringgit yang melimpah rumah, tapi kami masih mampu untuk senyum. :)

Sekian bingkisan Aidiladha...

Salam sayang,
Dhiya

Durian di Kampung!


Sampai sahaja di kampung pagi tadi, saya menyusur tepi rumah emak. Ada tiga pokok durian yang tidak pernah tidak mengeluarkan hasil. Saya membesar di bawah harum, mekar bunga dan rimbunan dedaunnya!


 Hasilnya?


Inilah bumi bertuah saya. Saya dilahirkan di sini :)

Salam Sayang,
Dhiya
Aidiladha 2012

Sup Tulang Janda Baik @ Sungai Besi


Semuanya bermula secara kebetulan.Waktu itu saya pulang ke kampung dan sedang makan tengahari bersama keluarga sambil menonton rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3.
Kebetulan si Iqram tu tengah gigih meratah sup daging yang terhidang. Apa lagi...Dalam pada dok makan pun, saya masih terliur apa yang dia makan! (tamaknya kamu, Dhiya!)

Apabila pulang ke KL, saya beritahu Elis nama tempat tu- Sup Janda Baik. Bukan main dia gelak besar. Weh...Gelak pun gelak juga. Kalau dah sampai tahap masuk JJCM TV3 tu, mesti la sedap kan~
Jenuh juga kami Google, tapi tak banyak info tentang tempat makan ni. Kalau tak silap, hanya ada tiga-empat blog sahaja yang buat review. Selebihnya Google bagi saya hasil carian yang boleh diteka- Janda Baik, Pahang. Bukan tau!

Sup Janda Baik ni terletak di Sungai Besi. Bukan di Janda Baik, Pahang. Saya pun tak sempat tanya apa signifikan nama Janda Baik tu. Er..(nanti makan penampar pulak kut~)
Percubaan pertama kami menjejak Sup Janda Baik gagal. Dua kali kami berpusing di kawasan yang sama hingga akhirnya kami putus asa dan tersadai di D' Santai Station.

Isnin lepas, kami betul-betul nak tebus kegagalan tu. Berbekalkan alamat (siap dapat alamat tuu) dan Google Maps yang boleh tahan juga membantu, akhirnya kami sampai! Oyeah!
Selesai parkir kereta, kami tersenyum malu. Sebenarnya Gerai Sup Janda Baik hanya berada di tepi jalan besar Sungai Besi tu, cuma terlindung dek penghadang tinggi oleh satu projek pembinaan di situ. Simpang masuknya pun memang tak disangka-sangka sebab sangat banyak papan tanda pembinaan.
Dan yang paling cool, gerai ni terletak di hujung jalan berhampiran dengan kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Siapa sangka, kan? :)

Kami sampai dalam pukul 7.30 malam. Memang betul-betul selepas solat Maghrib. Pelanggan masih belum ramai. Bagus!
Tapi lama juga nak tunggu pelayan datang dan ambil pesanan. Nipis juga sabar saya dibuatnya. Iyalah, pelanggan masih belum ramai. Abang di belakang kami siap marah-marah sebab pesanan dia masih belum sampai sedangkan menu pelanggan yang datang kemudian daripadanya sudah terhidang.
Sebagai percubaan pertama, kami ambil dua set sup tulang- Nasi putih + Sup tulang + Telur dadar. (Itu pun satu set tak ada telur dadar. Telur habis katanya)
Sedap. Boleh tahan. Not bad.
Pada saya, kekuatan mereka adalah menu sup tu sendiri, berpadanan dengan namanya. Memang berpeluh jugalah nak menghabiskan semangkuk sup tu. Makan sup tulang tak boleh sopan-sopan. Saya letak sudu garfu di tepi. Jom makan dengan tangan! :)
Tempat- 7/10 Open air
Layanan- 5/10 Agak lambat
Menu- 7/10 Sup basis. Tapi ada juga menu lain seperti kuey teow, nasi lemak dll
Harga- 7/10 Set Sup Tulang: RM8. Ok la kan? Itu pun dah tolak sebab satu set tu tak ada telur dadar.

Selesai makan, baru saya teringat yang saya tak ada snap gambar. Dah tinggal mangkuk kosong dan tulang baru sedar diri. Maaf ya! Tapi saya tinggalkan anda alamatnya. Selamat mencuba!

Sup Janda Baik,
Jalan Pump House PPR Seri Alam
Off Jalan Istana
Sungai Besi
57100 Kuala Lumpur

Salam sayang,
Dhiya

Ada Bakat Tak?


Assalamualaikum...

Lama betul saya mendiamkan diri.Sibuk. Alasan cliche.

Balik dah malam. Sambil-sambil menunggu waktu tidur, inilah hasilnya :)


Saya bukan hebat sangat dalam seni ini. Semuanya bermula sekadar mengisi masa senggang. Tapi bagus juga kalau dijadikan hobi tetap.Lepas ni, semua ucapan harijadi rakan-rakan terdekat boleh digantikan dengan kad buatan sendiri ini.:)

Salam Sayang,
Dhiya