Tahun Lompat 2016


Selamat hari Isnin
Selamat tahun lompat 29 Februari 2016!
Saya ada seorang kawan yang lahir pada 29 Februari. Dia selalu cakap walaupun dia lahir dalam tahun yang sama dengan kami, tapi usianya selalu lebih muda sebab pertambahan umur hanya berlaku selang empat tahun!
Sungguh tidak aci~!

Selamat hari lahir, Imah yang kini berada di Bintulu.

Monday Blues lagi ke?
Please say no to Monday Blues

Dhiya

Sushi King for the Queen


Momen paling berharga untuk kami adalah hujung minggu. Seawal hari Jumaat lagi dah gembira sebab tahu esoknya hujung minggu. Setahun sebelum berkahwin, saya di UKM menghabiskan pengajian sarjana. Hujung minggu saya banyak di bilik mahupun di makmal. Saya yang lebih suka memilih begitu. Tapi sejak ada partner in crime ni, hujung minggu saya lebih terisi. Kadang-kadang pagi Sabtu tu lah baru dapat short notice suruh bersiap-siap untuk balik ke Pahang. Maka 'melipas kudunglah' saya bersiap mengemas pakaian dan dapur.

Hari ini kami ke Sushi King. Sebenarnya dah lama sangat kami tak ke sini sejak SK mengenakan 10% caj tambahan tu. Ala-ala macam merajuk jugalah. Sudah bayar GST 6%, tambah lagi 10%. Tapi bagi meraikan diri sendiri, kami pergi jugalah. 

Sekali sekala ada treat macam ni, terasa dapat release tension sikit. Bukan tak boleh makan beradap berdua di rumah. Tapi suasana yang lain buat kami rasa lebih bersemangat :) Makan pun bukan sampai tahap mentekedarah. Dapat duduk lama, bersembang dan gelak-gelak like a queen pun dah cukup made the day. Cuma macam biasa, saya masih tak ada jiwa nak makan pakai chop stick tu. Grrrr!

Hujung minggu anda bagaimana?

Selamat!

Dhiya

Dilema Aku yang Rendah


Dilema.

Dengan ketinggian 155cm, saya nampak normal. Tapi kalau nak dibandingkan dengan suami saya, saya memang nampak renek! 
Masa mula-mula pindah rumah lepas kahwin dulu, perkara pertama yang suami saya buat adalah menggantung cermin muka di dalam bilik air. Sebaik saya masuk, saya hanya mengeluh kecil.

Dia ni tak tahu ke yang dia kahwin dengan wanita renek? Sampai hati dia gantung cermin ikut ketinggian dia je :( Saya membebel di dalam hati (Sambil tahan gelak sebab macam kelakar juga)

"Ala...kalau abang gantung ikut ketinggian D, hidung, mata, dahi dan rambut abang tak nampak dalam cermin tu~" Balasnya seperti boleh baca isi hati saya.

"Iyelah bang. Cermin yang abang ganting sekarang ni boleh nampak dahi D je~" Sabar ajelahhhhhhh

Itu hanya sebahagian kisah orang rendah macam saya. Banyak lagi la sampai satu tahap terasa alahai boleh tak ada satu alat yang boleh tinggikan diri? Hahahah. Semalam naik bas Rapid pun, terasa susah sungguh nak tekan loceng sebab bas baru ni, buzzer nya terletak hampir dengan bumbung bas. memang tinggi :(



Tapi kan...tinggi atau rendah, jangan kita lupa bahawa itu semua anugerah Allah. Syukurlah boleh berdiri tegak, tak ada masalah tulang dan boleh buat banyak kerja.
Orang rendah boleh lalu barrier atau ampaian baju tanpa perlu membongkok. Bukankah itu satu kelebihan?

Dhiya

Throwback


Bismillah

Sudah hampir 3 tahun kenangan ni. Bermukim dan hidup di negara orang terutamanya negara bukan Islam bukan mudah. Nak sembahyang susah, nak ke tandas susah, nak makan susah, nak bercakap pun susah.

Kenangan saya di Korea ini ada saya tulis dengan panjang lebarnya dalam tag Korea dan Travelog Korea. Anda boleh tengok di tab sebelah kanan dan pilih tag yang saya sebutkan tadi :)
Masa inilah kita akan menghargai semua yang kita ada- Agama yang suci, negara yang aman dan keluarga yang berjauhan. Tapi semua ini mematangkan. Saya belajar banyak benda selama berada di sana. Komitmen tugas dan belajar yang menuntut kesungguhan, serta tanggungjawab surviva yang masih diteruskan.

Saya rindu.
Saya rindu Korea
Saya rindu Daejeon sebenarnya

Dhiya

Long Silent


*Tiup habuk*

Sebenarnya saya terasa amatlah teruk kerana konsistensi menulis saya tidak sebaik dulu. Terasa tak ada apa yang nak dikongsikan (padahal berlambak je gambar dan cerita yang macam-macam. Bercuti ke sana ke mari bukan main lagi). T api kesihiran apakah iniiii~!?

Sebenarnya saya dan seorang rakan sedang 'mengerjakan' satu projek besar dengan visi yang agak complicated. Kami masih lagi dalam fasa permulaan. Kami pun bukanlah pakar sangat. Jadi semuanya bermula dari bawah dan paling asas. Tunggu bila dah stabil sikit nanti, saya akan launch di blog. Buat masa sekarang projek kami ni baru masuk tahap satu. Nak capai tahap dewa tu mungkin makan masa sikit :)
Kehidupan sekarang baik-baik saja. Daun-daun tua yang mengacau dan bersepah-sepah itu rasa mahu disimpun dan dibakar saja. Nampak lebih kemas dan bersih. Hhahahahha. Kami suami isteri memang suka food hunting, tapi kadang-kadang end up memasak dan makan di rumah saja. Pelik kan? Selalunya kalau ke tempat makan menarik ni, kami akan cabar diri untuk buat di rumah. Suami saya jenis tak kisah beli bahan dan buat masakan tu rasa sebijik macam yang kami makan di kedai. Lebih puas katanya. Kalau di kedai harganya dah RM 7.90 atau banyak lagi 9 di belakang, tapi di rumah kita boleh tambah berpinggan-pinggan. Itu konsep dia. Saya biarkan saja.

Saya pula sangat passionate dengan penulisan dan perniagaan. Kata orang wanita yang menulis itu nampak jelita (Hahahahah!). Lagi jelita kalau kita tambah sikit nilai diri dan jebakkan diri dalam perniagaan. Insya Allah. Di saat sudah ramai orang berpusu-pusu berniaga, saya masih baru nak belajar dan bertatih. 

Motivasi datang dalam pelbagai bentuk. Melihat orang yang lebih senang dari kita, mahupun menginsafi orang yang lebih sukar jalan hidupnya berbanding kita. Semuanya adalah untuk kita belajar. Saya percaya, walaupun saya lambat sedikit bertindak, rezeki saya akan ada di sana. 

Insya Allah ada entri lagi nanti.
Saya akan terus menulis!

Dhiya

Tahniah Kepada Diri Sendiri


Wordless Wednesday


2000000 and counting. Terima kasih rakan DDD yang selalu ziarah dan tinggalkan doa baik-baik :)

Salam sayang,
Dhiya

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.
Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Februari 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 29 Februari 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Yang mana lebih menambat hati? : U Mobile vs. YES 4G.


Sebaik berpindah ke rumah yang kami duduki sekarang, suami saya sudah berkira-kira untuk melanggan penyedia internet untuk kami guna. Saya pun sukalah sebab masa tu kami masih belum beli TV. Makanya itu sajalah nanti yang akan jadi teman pengubat jika kebosanan. Tambahan pula, blogger (blogger ke) macam saya ni memang tak boleh kalau tak ada sambungan internet. Jadi saya pun menyokong saja pilihan dan keputusan suami saya.

Bermacam survey, kajian,  dan review telah kami buat (konon-kononnya laa). Kami memang sudah tolak Streamyx awal-awal lagi sebab kami tak ada dan tak mahu daftar talian tetap. Lagi pula macam rugi sebab kami bukan sentiasa di rumah sangat. Jadi kami pilih untuk mobile.
Akhirnya kami melanggan U Mobile dengan data 5GB + 7GB. Tapi to cut the story short and sweet, apa yang boleh saya katakan adalah signal strength yang dinikmati untuk waktu siang amatlah tidak sepadan dengan data yang diberinya iaitu 5GB. 7GB yang aktif bermula 2 pagi itu pula langsung tiada beza dengan 5GB waktu siang. Nak scroll FB pun lambat. Youtube selalu buffer tanpa sebab. Semangat berblog saya pinggirkan sebab nak muat naik gambar pun kena tunggu lama :( Bil bulanan: RM +-65

Akhirnya, cuti Krismas lalu telah mendorong kami membuat keputusan berani untuk bertukar ke YES 4G. YES 4G ni agak banyak review positif in terms of signal strength. Cuma yang menjadi dilema adalah YES mengenakan kontrak selama 2 tahun. Jika kita berniat untuk menamatkan langganan dalam tempoh kontrak, kita perlu membayar baki bayaran bulanan tersebut. Bunyi macam paksaan kejam gitu~

Tapi again, to cut the story short and sweet, kami lebih gembira dengan YES. Terasa macam kontrak 2 tahun itu tidak langsung menjadi beban kerana kami menikmati sambungan internet yang sangat baik. Buktinya, saya boleh mejawab soalan peperiksaan dalam talian PTD tempoh hati tanpa sebarang masalah. Yang bermasalah lagi memberi masalah ada sistem SPA itu sendiri yang buat ramai tak dapat menyudahkan peperiksaan dengan baik. Tambahan pula, kami boleh menyemak dari masa ke masa akan kadar penggunaan data kami supaya kami boleh berjimat cermat. 
Suami saya pun seronok melayan Youtube di waktu malam tanpa sebarang buffer sambil menonton TV. Aktiviti berblog kembali aktif cuma kadang-kadang tuan blog yang malas dan penuh dengan alasan. Hahahaha!
Bil bulanan RM82 / 9.5GB tanpa beza masa malam atau siang :)

* Jika dikira-kira balik, kami masih untung kerana grab YES ni semasa promosi Krismas kerana promosi CNY baru-baru ini RM92. Yeay!
This is my personal genuine review. It's from our own experience. 

Dhiya
and husband

Bercuti di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut & Pulau Pangkor


Bismillah

Entri hari ini adalah sejenis review pengalaman kami ke Lumut dan Pulau Pangkor dan menginap di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut. Sebenarnya pakej penginapan ini adalah 'hadiah' honeymoon dari SE suami saya. Katanya itu sajalah yang dia mampu beri sempena perkahwinan kami. Malu rasanya nak anggap sebagai hadiah bulan madu sebab dah lama menikah. Tapi bila dibelek-belek balik kalendar, tarikh yang dipersetujui ini adalah bersempena setahun pertunangan dan enam bulan perkahwinan kami. Cantik!

Dipendekken cerita, selepas kenduri di Dewan Seri Kerian Parit Buntar, kami terus ke Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut untuk mendaftar masuk. Macam yang saya cerita semalam, kami terlajak hingga ke Kuala Kangsar sebab tak sedar simpang Trong untuk ke Lumut. Sebaik sampai, kami sesat lagi sebab terlepas simpang masuk ke Persiaran Swiss-Garden tu :(
Jalan nak ke Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut ni agak jauh masuk ke dalam. Kalau tak ambil pakej dinner atau breakfast di hotel, memang susahlah nak keluar semata-mata nak cari makan. Jadi saya cadangkan ambillah pakej sekurang-kurangnya sarapan pagi ok. 
Kami masuk atas tiket ahli, jadi bilik kami memang tak termasuk dengan sarapan. Itu memang kami sudah maklum. Semasa daftar masuk, petugas di situ beritahu yang kupon sarapan boleh dibeli pada harga RM53 dan boleh guna untuk 3 orang. Agak berbaloi juga sebenarnya tapi kami memang dah ambil keputusan tak mahu ambil kupon tu sebab perancangan kami penuh dari pagi sampai malam.

Daftar masuk, kami dapat bilik aras 3 (tapi sama aras je dengan kaunter penyambut tetamu). Tak perlu menunggu lif. Paling menggembirakan, permintaan saya untuk dapatkan bilik sea view telah ditunaikan oleh pihak hotel. Mungkin sebab kami masuk hari Ahad dan tak ramai orang, jadi permintaan saya bolehlah dipenuhi :)

Bilik sea view kami (separuh view laut, separuh view kolam renang) tapi not bad :) 
 Dalam bilik: 

1. Tiada selipar bilik. Ada selipar untuk pergi pantai saja. Tak boleh bawa balik :(
2. Tiada seterika! Ini menyebabkan wanita jelita macam saya naik angin sebab tak boleh gosok tudung dan jadi cantik. Tapi tak ada masalah, saya telefon room service dan mereka hantar kurang dari 10 minit :)
3. Tiada sejadah :(
4. Langsir koyak~ Tergamak, kau! Hahahahha
5. Remote TV rosak, Kami terpaksa tengok HBO saja sebab tak boleh nak tukar siaran.

Overall semua nampak ok. Saya ada banyak baca review yang agak tak bagus tentang Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut ni, terutamanya tentang kebersihan. Tapi apa yang saya perhatikan, lantai bilik kami dan lantai tandas memang bersih. Lalat ada dua ekor saja yang termasuk ke dalam bilik kami tapi rasanya dia pun mati kesejukan sebab kami dah freeze kan bilik tu dengan suhu paling sejuk. Hahahah! 

Bilik air:

1. Tandas takde hos! Sengsara!
2. Tuala besar ada dua saja. Nak guna pun tak sanggup sebab macam kelabu saja :( Tiada tuala kecil. 
3. Tiada berus gigi disediakan
4. Sabun tak banyak buih (tu pun nak komen ka?)

Esoknya (1 Feb) kami ke Pulau Pangkor. Ini memang sejenis percutian bajet. Konsep asalkan merasa saja. Ok lah tu kan.

Tiket: RM10/ pax. Kami beli tiket dengan Konsortium Mesra Duta Sdn Bhd. Feri dia selesa dan boleh duduk di luar untuk menikmati pemandangan laut dan angin yang segar! Ada sejenis feri tu tak seronok sangat sebab tiada pilihan melainkan kena duduk di dalam saja. Feri lama rasanya tu.

Di jeti, akan ada satu meja kecil orang ajak sewa kenderaan dengan syarikat dia. Saya cadangkan janganlah terperdaya dengan mereka ini. Pergi ke pulau dulu. Di sana ada ramai lagi yang akan tawarkan kenderaan. Bukannya apa, dulu saya sudah pernah ke sini dan sewa motor dengan orang yang offer di jeti. Sampai je di pulau, sudah ada orang tunggu dan terus beri motor. Akhirnya apa? Kami dapat motor Kris yang hampir jahanam dan tak mampu pun nak bawa kami keliling pulau. Rasa macam tertipu kan? At least kalau sudah berada di Pulau, kita boleh pilih motor apa dan boleh tengok keadaannya dulu bagaimana. Ejen di sana pun lebih teratur sebab mereka akan dekati kita ikut giliran antara mereka. Jadi jangan bimbang kena rebut atau kena tarik kaki tangan oleh ejen. Hahhahaah!
Kami dapat Honda EX5 dan dipandu oleh suami saya.

 Galeri Pangkor. Banyak info sejarah di sini. Masuk percuma
Kota Belanda. Seronoknya ke sini sebab tak ramai pelancong. Kami 'menggila' betul bergambar sampai lupa untuk ambil satu-dua das gambar kosong untuk diletak dalam blog. Yang ada hanya gambar ini saja. Alahaiiii~
Selebihnya kami berehat di tepi pantai (siap baring dan tidur dengan nyenyak!), makan tengahari dengan bajet paling minimum, singgah solat jamak di masjid, jalan-jalan di pantai, ambil gambar, dan paling penting kami mengelilingi pulau dengan menaiki EX5 tuuuuuuu!
Tapi perlu diingat, berhati-hatilah ketika memandu (samada motor atau kereta). Van Pangkor yang berwarna merah jambu tu sangat laju dan berbahaya. 
2 Feb, kami hanya berjalan-jalan di sekitar hotel saja. Kami turun ke private beach mereka dan berendam di dalam swimming pool hotel sampai puas.

Bagi anda yang bercadang untuk ke sini, masukkan alamat ini ke dalam Waze atau Google Map anda siap-siap supaya tidak kesesatan macam kami. 
Persiaran Swiss-Garden, Damai Laut, Off Jalan, Jalan Teluk Senangin, lumut, 32200 Lumut, Darul Ridzuan, Perak


Banyak je aktiviti yang boleh dibuat di hotel ini, cuma kami yang banyak aktiviti luar.
Pengalaman 3 hari 2 malam di hotel ini sangat menggembirakan saya. Lepas ni kita test power Swiss Garden Kuantan pulaaaaaa~!

Sampai di sini dulu penulisan saya.

Selamat bercuti!

Dhiya

Perak 2016


Bismillah

Ini mungkin jadi entri yang panjang (bergantung kepada mood saya) dan kuantiti gambar yang banyak dan menarik yang terasa hendak ditayang semuanya :~
Cuti kali ini kami buat banyak benda. Selain bercuti berdua, kami lajak ke Taiping dulu bersama emak dan abah yang datang dari Pahang lebih awal kerana ada kenduri. Sejak menjalani pembedahan bypass, abah tak balik ke kampung melawat tok. Nak beri 'lesen' memandu sendiri, masih belum percaya sangat sebab jauh. Jadi inilah peluang untuk kami raikan mereka berdua sambil jalan-jalan makan angin.

30 Jan 2016

Kami (ada mak dan abah sekali) ke rumah Along di Bukit Merah Taiping sempena majlis pernikahan sepupu saya di Parit Buntar. Singgah di Ipoh sebab signal kereta suami saya tiba-tiba tak berfungsi pula. Bahaya kalau tak dibaiki. 'Berkat' bawa mak dan abah agaknya, mudah saja kami mendapatkan kedai yang boleh menukar relay signal ni.
Sebelum sampai, kami makan tengahari di Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. Sedikit kecewa sebab harganya sudah naik. Dulu RM9++ sekarang dah jadi belas-belas. Itu yang biasa. Malas nak sebut yang special. :(
Sampai di rumah Along, kami berehat sebentar. Petangnya kami ke Masjid Parit Buntar untuk majlis akad nikah. Makan-makan ala kadar, kami ke Pasar Kemboja dan kemudian minum-minum sambil makan kerang bakar di Kuala Gula.
Balik rumah Along- Semua tumbang kepenatan!

31 Jan 2016

Sarapan nasi lemak 60 sen di rumah Along. Kemudian kami ke tasik berdekatan dengan Bukit Merah sekejap. Berdating-dating katanya sambil menunggu matahari terbit. Pemandangan di situ cantik sebab ada tasik dan ada laluan ETS merentas tasik tu. 
9 pagi, kami bersiap dan terus ke Dewan Seri Kerian untuk majlis kenduri. Jadi adik beradik ni tak lain tak bukan adalah menunggu saudara mara. Saya sendiri pun bukanlah kenal sangat atok-nenek sedara di Perak ni sebab saya banyak membesar di Pahang dan keluarga sebelah tok dan tok wan sangat besar. Jadi kami duduk sebelah emak dan abah dan mereka akan kenalkan kepada kami. 
Jam 3 petang, kami bertolak ke Lumut untuk misi bulan madu. Itu pun dah lewat sebenarnya. Takut juga kalau reservation kami dibatalkan. Tapi saya sudah call dan maklumkan late check-in kami.
Dalam perjalanan, kami ligat bersembang. Sedar-sedar saja, kami sudah terlajak hingga ke Kuala Kangsar! Uwaaaaa! Patah balik dengan penuh macho dan sebaik sampai di Lumut, sesat pula. Ya Rabbi. Badan penat, mata mengantuk---Sesat pula! Memang kesian sambil gelakkan diri sendiri.
Sebaik dapat bilik, sedang elok masuk waktu Maghrib dan terus tersadai kepenatan.
1 Feb 2016

Seharian di Pulau Pangkor
Sewa motor RM30 dan berpusing-pusinglah kami di pulau itu di hari biasa. 
Pulau tu sudah jadi macam pulau kami sendiri sebab tak ramai orang. Nak ambil gambar pun senang bahagia. Weeeehu! Sungguh tak ada siapa yang heran dengan ke-loq-laq-an kami hari tu.

2 Feb 2016

Di hotel saja. Kami turun ke private beach hotel sambil bergambar. Upacara wajib sebelum check-out adalah terjun ke dalam swimming pool sampai lebam. Tambah pula orang tak ramai, jadi bukan main seronoklah kami berkepak dalam kolam hotel tu macam budak-budak.
(Review penuh tentang percutian di Swiss Garden Lumut ni akan saya tulis dalam masa terdekat. Sabar, ya)
Cukup jam, kami pun meninggalkan hotel dengan penuh sayu. Tunggu bajet bulan depan pula supaya dapat berjalan-jalan macam ni lagi. 
Sampai di rumah sebaik azan Isyak. Mana tidaknya. Kami lalu ikut jalan lama dan menyinggah banyak tempat termasuklah makan mentarang dan pasar malam di Shah Alam. Sampai rumah- Mandi- Tolak luggage ke tepi- Tidur. Penat hohoi!

Wrap-up cerita bercuti ke Perak. Semoga ada rezeki lagi :)

Dhiya

Resepi Kerabu Pucuk Gajus


Bismillah

Ini kes lepas balik kampung sempena CNY baru-baru ini. Banyak sangat bekal dan buah tangan yang dikirim untuk 'orang bandar' macam kami ni.

Pucuk gajus ni- Kalau makan macam tu je, agak kelat dan kena cicah dengan sambal belacan. Untuk menjimatkan masa, saya groom daun gajus ni supaya rasa kelat tu sekata dengan rasa-rasa lain dalam satu mangkuk yang sama. Malas yang mambawa kepada kreativiti kononnya!

Maka dengan itu terhasillah kerabu pucuk gajus ikut dan saya ni. Heheheh!
Kerabu pucuk gajus 

Bahan-bahan: 
1. Secekak pucuk gajus dihiris halus
2. Sebiji tomato dipotong dadu ( kalau suka boleh tambah nanas atau mangga muda)
3 1-2 biji cili merah ( saya hiris je. Kalau tumbuk takut pedas sangat)
4. 3 ulas bawang merah, sedikit garam dan belacan, sedikit gula.

Cara-cara:
1. Tumbuk: Bawang merah dan belacan 
2. Masukkan perahan air limau nipis, gula dan garam dalam lesung batu yang ada bawang tadi. Gaul semua dan rasa masam manisnya. Adjust kasi sedap . 
3. Masukkan ke dalam hirisan daun gajus tadi. Gaul rata
4. Sedia untuk dihidang. 

Selamat mencuba.

Dhiya

Resepi: Masak Lemak Cili Api Ikan Masin dan Pisang Muda


Bismillah

Kalau ada anugerah blogger paling malas- Sayalah tu orangnya. Banyak cerita nak kongsi, tapi tugasan pun sama banyak seolah-olah cemburu pula dengan saya :P

Dipendekkan cerita, saya nak kongsikan menu yang saya masak semalam. Cuti CNY ni, banyak bahan mentah terhad. Ikan di pasar pun semuanya yang sudah lama. Ayam pun dah lembik. Bakul sayur pun kosong. Harga mencanak tak usah cakap.
Masakan ni memang saya guna apa yang ada di rumah saja.

Bahan-bahan:
1. Ikan masin dipotong kecil (saya guna ikan kurau. Kalau tak tahu, tanya orang kedai)
2. 5 biji pisang muda (saya guna pisang berangan je)
3. Santan (saya buat perah sendiri; 1 cawan santan pekat dan 1.5 cawan yang cair)
4. Serai dititik
5. Udang kering- direndam dan ditumbuk kasar
6. Garam + gula + perasa secukupnya

Kisarkan: 
1. Sebiji bawang besar + 3 ulas bawang putih
2. 2 biji cili kecil (ikut kepedasan masing-masing)
3. 1 inci kunyit hidup
4. 1.5 cawan santan yang cair tadi

Cara-cara:
1. Siat kulit pisang dan potong serong supaya nampak ada seni~ Rendam sebentar dalam air garam
2. Masukkan bahan kisar + pisang + udang kering + serai yang diketuk. Masak sehingga pisang empuk
3. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan gula. Saya letak kuib pati bilis jadi saya hanya tambah sedikit gula dan garam saja. Tak perlu banyak
4. Biarkan hingga mendidih dan tutup api.
5. Siap!

Sedap kalau ada pakej nasi panas + telur dadar + sambal kicap. Muehehehe~

Selamat mencuba!
Dhiya

Mentarang Bakar @ Mis Mentarang Bakar


Semalam ketika dalam perjalanan balik ke KL, kami melalui jalan lama sepanjang Sungai Besar- Kuala Selangor. Di tepi-tepi jalan, memang banyak gerai yang menjual mentarang. Sebenarnya dah lama teringin nak cuba tapi masih takut-takut :P
Akhirnya semalam, kami singgah di gerai tepi jalan Mis Mentarang Bakar.

Harga terkini adalah RM27 sekilo. Emak cakap (dia memang orang Sungai Besar), dulu-dulu harganya murah sangat sampai tak ada siapa yang nak pandang. Hari ni bukan main mahal mengalahkan ayam!
Rasanya macam kerang sedikit, tapi isinya lebih besar. Memang macam kerang saja. Tapi dulu saya pernah makan sikit, terus tak lalu sebab payau. Rupanya rasa mentarang bakar ni bergantung juga pada orang yang memasaknya. Yang saya makan semalam rasanya sedang elok dengan ada rasa masin sikit, mungkin sudah dibasuh dan direndam air garam. Sos pencicahnya pun sedap. Jadi merasalah makan 3 ketul. Yang selebihnya suami saya yang makan~

Emak cakap, mentarang ni bermusim. Jadi sesiapa yang teringin, bolehlah ke sana sebab mungkin sekarang tengah musimnya. Kedai ni terletak di tepi jalan saja dari Pekan Sekinchan. Sebenarnya banyak je gerai-gerai begini. Singgah dan order saja :P

Menu apa yang sesuai untuk masak mentarang ni?
Mungkin:
Tomyam
Masak lemak cili api
Bakar/ rebus
Masak sambal

Mungkinlah kut~

Nanti saya cuba.

Dhiya

Uncivilized!


Hai semua.

Ini adalah 2 kisah uncivilized yang betul-betul terjadi kepada saya baru-baru ni. Nak tegur depan-depan, kadang-kadang orang ingat kita ni sengaja nak malukan dia atau kita ni perasan baik. Tambah-tambah sekarang ni trend viral sangatlah popular. Terasa sangat takut lagi berbahaya.

Uncivilized #1- Membeli roti Murah


AEONBIG dekat dengan rumah kami ni suka sangat buat 50%  off di kedai rotinya menjelang pukul 8 ke 8.30 malam. Sejak kahwin, memang kami suami isteri suka 'melayan' roti 50% ni sebab. Rumah pun dekat. Kadang-kadang, lepas makan malam, kami akan ke sana semata-mata untuk roti (dan kadang-kadang sushi). Mereka jual murah bukan sebab apa pun- Just nak buat fast selling sebab dah nak tutup kedai. Kalau datang tepat pada masanya, dapatlah kami grab Mexican Bun, Chiken Floss dan roti-roti lain yang sedap pada separuh harga which is sangat berbaloi pada kami. Kadang-kadang bukan nak beli banyak pun, tapi seronok dapat merasa roti yang sedap-sedap :)
Suatu hari ketika di dalam kedai itu untuk meraikan fast selling, ada satu insiden yang buat saya geleng kepala. Ada seorang kakak (berusia sedikit dari saya) kelihatan sangat gelojoh memasukkan roti ke dalam plastik. Paling saya geram, di saat suami saya tengah buka cover satu bekas roti (roti sosej je pun~), dia boleh datang dari tepi dan ambil semua roti sosej yang suami saya nak ambil tu. 
Di bekas roti yang seterusnya, perkara yang sama terjadi. Nampak macam takut betul kalau roti tu orang lain yang ambil :P

Gelojoh gila kau, kak~ bisik dalam hati penuh geram. 

Suami saya pula masih terkebil-kebil sebab terkejut dengan kakak yang potong line tu.
Di kaunter, kakak tu beratur di hadapan kami. Akhirnya semasa proses meletak harga oleh jurujual, banyak plastik berisi roti yang dia ambil tadi akhirnya dia tolak sebab tak jadi beli. Jurujual lain pula tanya sebab ingatkan semua tu roti kami. 

Jadi apa? Janganlah tunjuk sangat sifat tak bertamadun tu. Simpan sikit buat bekalan di masa hadapan. Sampai sekarang, kalau kami ke sana- Terlihat atau sebaik masuk saja ke kedai roti tu, kami akan tergelak mengingatkan sifat kakak tu. Suami saya siap berpesan: Ingat, D. Jangan jadi macam kakak tu especially kalau ada Gucci sale or whatsoever. Hahahah!

Saya harap kakak tu tengah kenyang sekarang.

Uncivilized #2- Telekung di surau awam

Anda biasa menyinggah solat di surau awam, pusat beli belah atau stesen minyak? Saya antara pengguna tegar surau awam. Satu hal yang paling saya tepuk dahi adalah tentang kebanyakan telekung di surau ini yang terbiar- Kotor, busuk dan berbau (loya tekak!)
Atas sebab inilah, saya telah terbiasa membawa telekung sendiri setiap kali berjalan. Paling kurang, bawalah tudung telekung tu saja. Kain boleh lagi la pinjam surau tu punya.

Suatu masa dulu- semasa saya hendak solat di satu surau awam yang agak ramai, saya pun keluarkanlah telekung saya. Tiba-tiba bahu saya ditepuk oleh seorang 
"After, ya" Tanda dia ingin menggunakan telekung selepas saya
"Tapi ini telekung saya sendiri"
"Oh, Ok. Saya memang tak bolehlah nak guna telekung kat sini. Kotor dan busuk"

Sebaik saya solat, saya lihat gadis tadi juga sudah siap bersolat menggunakan telekung 'kotor' tadi tapi malangnya dia hanya membentangkan telekung itu di atas sejadah tidak berlipat di lantai. Jadilah ia- Sudahlah kotor, bersepah pula dek tangan-tangan yang dipanggil uncivilized.
Kut ye pun tak mampu nak bersihkan telekung milik awam tu, janganlah tambah masalah dengan buat sepah pula. Silalah amalkan konsep- Kat mana hang ambik, kat situ hang pulang~ 

Saya yakin anda juga banyak kisah sebegini kan? Di jalan raya (yang ini memang sangat banyak!), di pasar raya, di medan selera dan macam-macam tempat dan senario lagi lah~

Semoga kita tak jadi macam mereka, dan menjadi 'duta kecil' dalam mengubah attitude ke arah yang lebih baik.

Konon-konon macam pesanan khidmat masyarakat
Dhiya

Cuti Panjang


Bismillah

Kembali selepas cuti panjang!

Minggu lepas kami ke Perak. Bawa mak dan abah ke kenduri adik kandungnya di Parit Buntar, bermalam di rumah kakak sulung saya di Bukit Merah- Kemudian kami sambung perjalanan ke Lumut pula.  

Banyak sangat nak cerita. Semangat berblog tengah membuak-buak ni. Tapi mengenangkan kain baju dan barang-barang masih belum unpacked, kita tangguhkan dulu lah dengan Tasbih Kafarah~


Hahhaa!



Selamat bersemangat kembali!


Dhiya

Orang Malaysia dan Sikapnya


Orang Malaysia ini banyak ragam. Salah satu yang saya paling perasan adalah tidak cakna terhadap kemudahan awam terutamanya tandas. Ya, kali ni saya nak emphasize pada tandas. 
beautiful-toilet-8


Suatu masa dulu, saya pernah ke satu pusat membeli belah yang agak terkenal di KL ni. Bila dah berjalan dalam air-cond, minum pula macam-macam- Mulalah seruan alam bergema. Sebaik masuk, saya dapati tak ramai orang. Tapi apabila saya masuk hampir ke semua ruang tandas, keadaannya sangat menjijikkan.

* Tisu bersepah di lantai
* Sanitary bin terbuka luas dan anda boleh lihat apa yang anda akan nampak
* Bau yang tidak menyenangkan
* Air di lantai bergenang tanda tidak dimop

Ada satu tandas yang bertutup. Saya fikir ada orang di dalamnya dan mungkin itulah tandas yang paling bersih kut. Saya pun menunggu dengan sabar.
Tidak lama kemudian, seorang wanita keluar dari tandas tu tanpa ada bunyi flush pun. Dia berlalu di depan saya dengan wajah penuh confident.
Saya masuk ke dalam. Geli~

Saya: Excuse me, you ada tinggal something ke dalam toilet? Saya 'menjerat'
Dia kelihatan terkejut mungkin terfikir dia tertinggal telefon atau barang berharga dan terus masuk ke tandas tadi
Saya: Boleh tak you flush tandas tu? Jangan tinggalkan untuk orang lain buatkan untuk you
Dia nampak malu, tapi tak berkata apa-apa. Sebaik flush, dia terus meninggalkan tandas.

Garang? Kasar? Kurang ajar? Yes I did. Tapi kalau fikir logik, tergamak tak kita nak masuk ke dalam tandas yang kotor begitu. Kalau di rumah semuanya perlu bersih, kenapa tidak di tempat awam? Adakah hanya kerana tandas itu "BUKAN AKU PUNYA?"

Emak saya pernah berkata, tandas itu cermin kepada ketamadunan seseorang. Kalau berlumut, berlendir dan tak semenggah, begitulah cara hidup pemiliknya. Sebab itu sejak duduk sendiri sebaik berkahwin ni, bahagian itulah yang paling saya concern.
Selama di Korea dulu, saya cukup kagum dengan attitude mereka di tandas. Tandas mereka memang tiada hos. Tapi mereka sangat menjaga kebersihan tandas tanpa ada setitis pun air yang membasahi lantai tandas. Pernah sekali tu, saya tertumpahkan air paip yang saya tadah dari sinki di dalam tandas. Rasa bersalah tu memuncak sangat sampai saya keluarkan tisu saya dan lap lantai tu sampai kering.

So dear Malaysians, marilah kita ubah sikap kita di tandas awam. 
* Jangan ada orang lain yang flush kan untuk kita.
* Jangan buang tisu merata-rata (aku sumbat dalam mulut kau, baru tahu!)
* Jangan hentam pintu tandas kuat-kuat sampai tercabut pintu tu :p

Jadilah rakyat Malaysia yang bertamadun.
Contoh tandas awam terbaik di dunia. Maaf, Malaysia tiada dalam senarai

Oh My Husband: Bagaimana Nak Lipat Baju macam PRO - 3 Cara


Random chat dengan suami sewaktu menonton TV selepas makan malam, sambil saya melipat kain...

Saya: Abang, D ada satu permintaan
Dia: Apa dia?
Saya: D nak tengok macam mana abang lipat baju masa bujang-bujang dulu
Dia: Abang tak lipat
Saya: Habis tu? Biar je membukit, bergumpal macam tenggiling?
Dia: Abang gantung. Life is simple, D. Buat apa nak make it complicated

Saya: Pandai laaaaa. Cepat la..D nak tengok~


Dia capai sehelai T-shirt nya dan dia terus lipat guna cara #1 macam dalam video tu. Saya tak boleh tahan dan terus tergelak besar.
I was like; Seriously abang lipat macam tu? Ya Allah!

Dia: Kan abang dah cakap..Life is simple~
Saya: Ok then. D tak tanya dah sejarah bujang abang lepas ni.

Dhiya

Random


Lazy Thursday.

Tak tahulah kenapa malas nak buat semua. Astaghfirullah.
Yang sebetulnya, saya tak sabar menunggu cuti 3 hari berderet hujung minggu ini. Walaupun masih belum ada apa-apa perancangan khusus, tapi saya suka cuti. 
Kami tak balik ke Pahang sebab emak dan abah akan ke KL minggu hadapan. Jadi kami hanya tunggu di sini sajalah.

Kehidupan sekarang baik-baik saja. Kami tak banyak keluar sebab sekarang ni musim panas. Ekonomi negara pun panas, jadi kita tak mahu menambah aliran wang keluar kepada negara bagi menampung 2.6 bintang~
Cuma yang pasti, dua minggu akan datang kami akan sedikit sibuk dengan beberapa perancangan termasuklah short getaway yang dihadiahkan oleh SE suami saya. Kalau nak plan sendiri, memang tak terbuatlah. Kami lebih rela meluangkan masa balik ke kampung atau kawasan di sekitar KL dan Selangor saja. Tapi memandangkan sudah fully sponsored, kita hahahaha kan saja!

Momentum menulis pun lemah. Rasa nak hire pekerja untuk update blog hari-hari. Satu hari, enam entri. Siapa nak?

Hari ini nak masak apa pun tak tahu. Tapi saya sudah rendamkan bihun. Apa akan jadi dengan bihun tu nanti, tunggu saja masa makan malam. Kadang-kadang menu bertambah sebab suami saya akan bawa balik buah tangan. Rezeki pot luck lah, SE belanja lah, beli tepi jalan lah~

Entri yang sangat random. 

Doakan sekejap lagi saya dapat idea dan dapat menulis dengan lebih baik dan kurang merepek :(

Dhiya

Wedding Review: Akashadin Photography (FB)


Bismillah

Sudah masuk bulan ke-6 berkahwin, saya masih malas-malas untuk menunaikan hutang review perkahwinan saya. Macam yang saya tulis dulu, sindrom ke-ISTERI-an sangat kuat menguasai diri. Tapi mengenangkan janji saya pada penyedia-penyedia perkhidmatan semasa majlis saya dulu, maka saya tulis juga sebagai tanda penghargaan saya yang seinfinitinya.

Kali ini saya ingin menulis tentang penyedia perkhidmatan jurugambar yang saya ambil iaitu Akashadin Photography. Nama inilah yang telah bertanggungjawab 'menghentikan masa' dalam majlis saya- Supaya pada usia tua nanti, saya masih boleh melihat memori perkahwinan saya yang kelihatan selamanya muda :)
Sebaik bertunang, saya sudah bekerja untuk majlis perkahwinan saya sendiri. Enam bulan tempoh persiapan bukanlah masa untuk bersenang lenang. Abah sakit, saya pula sibuk dengan tesis Sarjana- Siapa lagi yang saya nak harapkan kalau bukan diri saya sendiri. Jadi sebaik mendapat tarikh nikah dan persandingan, saya terus beritahu tunang saya dan dia bersetuju untuk saya handle bab ni. Maka saya pun terus mendapatkan beberapa sebut harga servis jurugambar ini. Tapi sebelum itu, saya sudah aim Akashadin Photography hasil review dari seorang pengantin yang telah menggunakan khidmatnya juga. (Jadi macam tak adil je saya ambil sebut harga tu sebab dalam hati sudah tekad mahukan khidmat Akashadin Photography. Hahahaha!)

Pertama kali saya berkomunikasi dengan pihak Akashadin Photography, saya bercakap dengan Abang Din. Masa itu saya dalam kereta di Pasar Malam SS1 Bangi sambil minum ayaq cendoi saja. Sembang, tanya lebih kurang- Dah. Itu saja
Hidup saya masa itu banyak just do it. Hidup gamble saja dan tak sempat nak jadi manusia cerewet dan mengada sebab masa tu otak saya sibuk dengan tesis dan memanjat Tingkat 3 bangunan Fizik melawat solar collector saya.
Tapi sebaik membandingkan semua sebut harga, Akashadin Photography lah penyedia servis fotografi yang paling berbaloi dalam banyak-banyak yang saya ada. Saya akhirnya membayar wang deposit sebanyak RM300 kepada Abang Din sebagai tanda komitmen. Masa tu rasa takut sangat. Feel like; Ya Allah betul ke aku nak kahwin, ni?

Dipendekkan cerita, saya menzahirkan komitmen saya kepada Akashadin Photography dengan membuat beberapa kali bayaran mengikut terma yang ditetapkan. Seingat saya, bayaran dibuat sekali sebelum majlis nikah, sekali sebelum majlis bertandang dan bakinya ketika menerima album. Komunikasi saya dengan Abang Din masa itu sangat mudah dan hanyalah melalui email, FB dan WA sahaja.

Pertama kali kami berjumpa adalah sehari sebelum majlis nikah saya. Dia sampai sudah hampir petang kerana majlis nikah akan diadakan pada malamnya. Masa itu saya sedang memasang signage di simpang rumah. Kelihatan sebuah BMW melintasi kami.
"Abil, tu sepupu aku yang duduk Kapar tu. Dah sampai, dia" Kata saya dengan penuh yakin sambil  menoleh ke arah kereta tadi . Saya masih buat muka tak malu sebab tangan dah merah berinai tapi masih gigih memasang pancang kayu~
"O..yang kau cerita pada aku yu, eh?" Sahut pengapit yang sama 'gila' dengan saya itu.
Sesampai di rumah, abah bising-bising cakap yang jurugambar saya sudah sampai.
Haa..itulah kali pertama saya jumpa jurugambar majlis kahwin saya.
"Oh..rupanya BMW tadi tu, Abang Din la ya?" Masih buat muka tidak malu lagi :p
Dalam hati, alamak...aku ambil photographer artis ke photographer diraja ni~? Kawan Saiful Nang ke kot?
"D, aku rasa betul la..Photographer kau ni geng SN" Abil menambah perisa!

Ah lantaklah~!

Secara keseluruhannya, Akashadin Photography (Abang Din dan Ady) telah melakukan tugas mereka dengan penuh dedikasi. Saya tidak menyesal memilih mereka tetapi saya menyesal kerana saya tidak pandai senyum di hari bahagia sendiri. Argh!
Mereka sangat cemerlang bekerja sejak pada malam majlis nikah, hinggalah ke majlis sanding keesokan harinya, malah sangat sporting ketika saya mengajak mereka ke Gunung Senyum yang agak jauh ke dalam ladang sawit. Jauh di dalam hati, kasihan juga sebenarnya. Tapi mengenangkan ini hajat yang sudah lama saya pendam, saya ajak mohon juga agar outdoor kami diadakan di sana.
Sesi outdoor di Gunung Senyum. Masya Allah mereka sangat sangat sabar dan sporting!
Majlis bertandang. Abang Din tidak dapat menjadi VIP saya kerana ada sedikit pertukaran. Ady dan Fika (betul ke nama dia) yang bersama saya. Mereka sangat cool dan sporting sampai tak tahu nak puji macam mana lagi dah!
Album kami mengambil masa 2-3 bulan juga untuk disiapkan. Hal itu sudah diberitahu awal-awal lagi. Saya faham dan dalam tempoh itu, saya tidak pernah bertanya melainkan sekali sahaja, itupun ketika sudah hampir mencecah tempoh yang dijanjikan.

Alhamdulillah saya menerima album sehari selepas majlis konvokesyen saya pada bulan November. Tengok-tengok saja album, saya menangis. Antara seronok, terharu, dan gembira. Terasa baru saja close deal dengan Akashadin Photography, tapi kini semuanya telah selesai dengan penuh gembira. Komunikasi dan urusan yang sangat mudah, memudahkan lagi dipermudahkan Allah Taala.

Tips memilih jurugambar (Transformed kepada seorang kakak yang garang):

1. Dalam konteks pemilihan jurugambar ni, saya pegang konsep alah membeli, menang memakai. Anda pernah terbaca tak kisah seorang pelanggan yang kecewa dengan khidmat jurugambarnya yang dikatakan buat kerja sambil lewa yang viral baru-baru ini? Album yang diberi tak sempurna dan kelihatan sangat menyedihkan. Apabila saya further read kisah ini, jurugambar tu mendakwa bajet pelanggan hanyalah RM500. Bila saya congak balik, RM500 tu adalah pakej shoot and burn sahaja. Please don't expect to get crystal album with beautifully edited photos with arts and designs.
Adik-adik, (sudah kena terima hakikat yang aku makin dewasa~) tak salah kalau kau nak berjimat. Tapi tolong spend lebih sedikit kepada perkara yang kau rasa penting demi memori. Kau makin tua dan berkedut sedangkan gambar yang diambil oleh jurugambar akan buat kau kelihatan kekal muda, jelita dan cantik. Gambar tu lah yang akan jadi kenangan kau dengan pasangan kau atau untuk ditunjuk kepada cucu cicit nanti
"Nenek nampak muda lah"
See? Kau tak bangga ke?
Kesimpulannya, carilah jurugambar yang berkaliber dan ada portfolio yang jelas. Kalau pick dari FB, pastikan bisnes mereka ini jelas. Cubalah selidik sedikit sebanyak review hasil kerja mereka di internet. Jangan main tangkap muat saja.

2. Simpan semua komunikasi yang berlaku. Simpan sebut harga, bukti bayaran, dan apa-apa juga persetujuan bersama. Ini bukan soal tidak percaya. Tapi ini SOP orang berurusniaga. Tak ada sesiapa akan teraniaya kalau kita semua jujur, kan? Tapi kalau terjadi apa-apa pun, sekurang-kurangnya- Bukti semua ada.

3. Jangan berlagak dengan mereka. Memanglah anda itu client yang membayar mereka. Tapi jangan ingat kita boleh buat apa saja kepada mereka. Kalau nak demand sekali pun, cakap baik-baik, mintalah elok-elok dan biarlah berpada-pada.

4. Jangan desak-desak jurugambar anda siapkan album anda dengan segera. Sekali lagi, memanglah anda client yang membayar mereka. Tapi tahukah anda bahawa tugasan menyunting dan menyiapkan album sangat memerlukan fokus? Jadi bersabarlah. Mereka juga manusia dengan dua tangan dan sepasang mata.

5. Jangan lupa ucap terima kasih walau berulang kali. Tak rugi pun bercakap baik dengan orang lain kerana percayalah, balasan baik akan berpatah balik kepada diri kita juga. Kalau ada sedikit terlebih atau terkurang tu, adatlah. Jurugambar anda bukan robot. Mereka juga tidur apabila penat dan makan apabila lapar.

Sekian nasihat akak yang baru berkahwin dan menggunakan khidmat jurugambar profesional malah tak kisah membayar lebih asalkan semuanya nampak sempurna dan tidak berkokok sakan di kemudian hari :p

Kepada Akashadin Photography (Abang Din, Ady dan Fika), saya ingin mengucapkan seinfiniti terima kasih kerana sudi bekerja dengan saya. Wallahi berurusan dengan kalian adalah sangat mudah, enjoy dan tak stress. Saya (dan seluruh ahli keluarga) ingin memohon maaf atas apa-apa kekurangan semasa majlis berlangsung dan mohon dihalalkan apa-apa hak yang tidak tertunaikan.
Terima kasih sekali lagi kerana menjadi sebahagian dari team yang menjadikan majlis perkahwinan saya tampak sempurna lagi meriah. Doa saya, semoga Akashadin Photography terus maju dan dimurahkan rezeki.

Adik-adik yang mahu melihat hasil kerja Akashadin Photography, bolehlah like FB mereka:

FB: Akashadin Photography. Akashadin Photography. Akashadin Photography

Semua maklumat ada di situ. Kalau nak minta sebut harga pun, email kan saja. Jangan lupa beri salam.
Blog ini memang tak ada muka pengantin. Hahahah!

Dhiya